© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, January 15, 2010

Haiti berkabung, umat lain masih tidak mengambil pengajaran

InnaliLLAH...

Mungkin 500,000 maut di Haiti akibat gempa bumi dahsyat. Bagaikan dahsyatnya Tsunami yang melanda Asia beberapa tahun lalu.

Manusia sehingga hari ini, dengan ilmu sains yang dimiliki, tidak mampu menghurai, mengapa bumi semakin 'mengganas' sejak akhir-akhir ini, sehingga menyebabkan manusia kehilangan nyawa secara besar-besaran. Tiada sebarang penjelasan yang muktamad untuk diambil tindakan bagi 'menjinakkan' semula bumi. Hanya kedengaran manusia menyalahkan tindakan mereka sendiri. Akibat tangan-tangan manusia yang rakus, bumi menjadi 'marah' dan tidak keruan. Kehebatan ilmu sains manusia setakat itu sahaja. Hanya mampu menganalisis secebis rahsia mengapa keadaan bumi hari ini jadi begitu.

Kemusnahan sesuatu kaum adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Bukan mahu menuduh apa-apa kepada masyarakat Haiti, tetapi ALLAH telah jelaskan bahawa zahirnya kemusnahan darat dan di laut adalah hasil kerja tangan-tangan manusia. Kerja yang songsang dan dan melawan fitrah alam, serta menyimpang dari ajaran ALLAH, maka bumi bergoncang sebagai tanda amaran dari ALLAH. Namun manusia yang masih hidup, tetap melakukan perkara kerosakan yang sama dan tidak mengambil pengajaran dari kemusnahan-kemusnahan umat terdahulu. Sedangkan seekor haiwan akan menjauhi perkara yang menyebabkan 'saudaranya' binasa. Tidak pula bagi manusia, kerana manusia itu degil dan angkuh halnya.

WaLLAHU a'lam...

No comments:

Ũ