© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, January 8, 2015

Awas! Fraud Transaction "SELL GOOGLE Supercell\\ GOOGLE DATED ..."

Oleh: Aneroid09

Kira-kira seminggu lepas, saya mengeluarkan RM200 daripada akaun Maybank melalui ATM. Baki akaun Maybank saya selepas itu tinggal sebanyak RM100. Dua atau tiga hari setelah itu saya memeriksa akaun Maybank melalui Maybank2u, mendapati amaun baki dalam akaun Maybank saya hanya tinggal RM10 lebih kurang. Saya mengerut dahi sambil berfikir sendirian. Rasa-rasanya baki dalam akaun ini RM100 lebih kurang kalau tak silap. Emmm... mungkin aku tersilap tengok hari tu. Saya menganggap, memang baki RM10 lah kut. Ok.

Dua hari lepas pula, saya telah buat satu pemindahan wang sebanyak RM200 dari akaun CIMB melalui CIMBclicks ke dalam akaun Maybank, menggunakan normal transfer. Tercatat di akaun CIMB saya, pemindahan pending. Tetapi amaun dalam CIMB sudah tertolak RM200. Saya memeriksa akaun Maybank2u. Baki masih RM10. Tiada pertambahan. Mungkin disebabkan normal transfer, lambat sedikit. Saya memujuk diri sendiri.


 
Keesokan harinya, saya periksa sekali lagi akaun Maybank melalui Maybank2u. Sedikit terkejut melihat bakinya menjadi RM40 lebih kurang. Perkataan "Aiikkk" hampir keluar, tersekat apabila saya memeriksa transaction history di Maybank2u... mendapati ada transaksi keluar sebanyak RM169.99. Sebab itulah bakinya RM40. Transaksi RM200 dari CIMB telah Berjaya, tetapi ada transaksi lain yang merembat sebanyak RM169.99, dengan description SALES DEBIT. Saya hairan, sales debit apa yang saya buat, bertarikh hari ini, sedangkan saya tak keluar rumah lagi pun hari tersebut.
 
Cepat-cepat saya membelek semua transaction history. Ada beberapa SALES DEBIT lain yang mencurigakan. Saya menekan link untuk melihat history transaksi kad debit. Nah, rupa-rupanya di sini.
 
 
Saya merenung sejenak, apakah saya pernah lakukan transaksi SALE GOOGLE * Supercell ini. Ah... apa benda Google supercell pun saya tak tahu. Saya terus Google Search cari maklumat yang mungkin membantu. Saya dapati satu link Forum yang mana ramai orang terkena fraud sedemikian, membantah.
 
Ada yang memaki hamun Google, ada yang marah tak dapat balik duit, ada yang berterima kasih kepada Bank ditepat mereka kerana refund balik, ada pula yang justifikasi bahawa supercell itu mungkin game seperti CoC, pembelian gem dalam game tersebut dan sebagainya.

Saya tidak pernah main CoC atau apa-apa game pelik-pelik dalam hanset saya. Saya terus Search Google untuk mencari maklumat lagi. Ada yang kaitkan dengan Google Wallet yang tidak secure, sehingga mudah dihack. Lebih-lebih lagi Google Wallet yang ada maklumat Kad Kredit. Apa saja kebarangkaliannya, saya cepat-cepat memadam semua maklumat Kad Debit saya di Google Wallet. Sebelum ini saya hanya guna Google Wallet untuk purchase Android App waktu solat sahaja.

Apa yang perlu saya buat? Saya segera menelefon pihak Maybank, hotline. Bercakap sendiri dengan pegawai yang bertugas, dia mencadangkan saya segera ke Cawangan maybank terdekat. Tanpa berlengah, saya segera... eh... eh.. saya solat zohor dulu, kemudian makan nasi dulu, kemudian terus menuju ke Maybank Kepala Batas.

Saya terus bertanya di kaunter pertanyaan. Pegawai yang bertugas meminta saya terus berjumpa seorang pegawai berbangsa Cina dihujung sekali. Apa nama... tak ingat. Saya terus explain apa yang patut, sebagaimana saya tulis dari mula (LoL). Pegawai itu memulakan semakan. Satu persatu maklumat akaun dan pengenalan diri saya ditaip. Saya hanya memerhati kelajuannya menaip nombor-nombor yang banyak.
 
Keluar paparan transaksi akaun saya pada skrin komputernya. Saya tunjuk kepadanya beberapa transaksi yang saya tidak pernah buat. Pegawai itu kemudiannya meminta saya mengisi Dispute Form.

 
Kemudian pegawai itu memadam terus Kad Debit saya. Dia meminta saya isi borang untuk permohonan Kad Debit yang baru.
 
Menurut pegawai itu, borang Dispute Form dan Data Transaksi itu akan dihantar segera kepada ibu pejabat Maybank. Dalam masa 45 hari, ibupejabat akan siasat laporan/aduan ini. Tiada jaminan untuk saya dapatkan kembali wang saya. Tetapi jika aduan ini disapprove, Maybank akan refund balik, dalam masa 45 hari ini.

Saya pun pulang. nak dapat duit balik belum tentu.
Namun saya lega kerana Kad Debit saya sudah dibatalkan, dan dapat kad baru.

Kesimpulannya:
 
1) Saya bersyukur kerana menyedari kes ini. Ada orang yang sedar setelah transaksi fraud itu sampai 140 kali... lebih $3000 kena rembat.
 
2) Mungkin itu cara Allah kasi warning atas dosa saya, atau teguran kerana saya kurang beribadah kepada-Nya, atau itu tandanya harta yang kurang barakah. Alhamdulillah, Allah masih beri teguran dengan cara yang halus.
 
3) Google Wallet adalah tidak selamat. Jika ingin gunakan juga, lebih baik jangan simpan maklumat kad credit/debit dalam Google Wallet.
 
4) Cuba check akaun bank anda, jika ada banyak transaction yang ada 99 sen di belakang, mungkin anda juga kena. Saya kena RM169.99, RM67.99, RM67.99, RM33.99....
 
5) Semoga pengalaman yang saya catatkan ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Sesiapa yang ada maklumat tambahan, adalah dialu-alukan. Hantarkan kepada ibnuquddus@yahoo.com , jika bersesuaian saya akan update entry ini dengan maklumat anda, untuk rujukan kita semua yang belum kena dan juga yang telah kena.

Wallahu al'lam.
 

13 comments:

Unknown said...

maybank refund semula ke duit tu?
saya pun ade terkena ni.

Unknown said...

Maybank tak refund.

Kejadian yang sama berlaku kepada abg ipar isteri saya - Bank Islam. Jumlah fraud hampir RM1500. Saya cadangkan perkara yg sama kepada dia. Dipendekkan cerita, Bank Islam refund.

Maybank tak refund,
Bank Islam refund.

Unknown said...

inilah link untuk kita membuat pendapatan sambilan dari hujung jari.tiada modal,cuma copy dan paste saja.link=http:jobrize.com/index.php?ref=599964

Anonymous said...

supercell tu pemaju gameonline android/ios.game mcm Clash of Clan (COC). saya rs ank encik/puan yang guna kad puan utk beli duit game COC dari Supercell. cuba tengok fon anak2 puan atau suami atau sapa yg ada COC . tgk dia daftar googlewallet apa.just opinion.TQ

sham said...

yes...saya pun salah sorang mangsa..2kali kene.mmg jgn lagi aktufkan goggke wallet atau masukkan detail kad ke dlm internet

fuat al amin said...

saya oun terkena sale debit , bolehkah kita mengetahui siapa orang yang buat sale debit tersebut ?

Unknown said...

Ye sya pun tekena semlam rm129.99 tapi public beri peringatan agar sya tel public bank.. Hari ni sya nak tel public bank..

Idup Ba Dunya said...

Saya kena sale debit rm194+200 Bulan Yang Sama ini heran saya tidak Ada pun Saya Main game

Diana Sofea said...

Saya pun baru kena semalam 344.99 atas transaksi Sales Google Wallpaper Home. Memang sumpah betul sapa yg buat tu dalam bulan puasa ni. Org tgh susah jadi plak mcm ni

Azli said...

Kalau ada report polis maybank akan refund duit yg hilang tu?

Unknown said...

😓saya pun baru kena ..saya tak fhm langsung ..tup2 baki tngl rm2.00 ...x pernah main games berbayar ni ..Ya Allah x Halal duit niaga aku tuk kau...aku susa sngt2 skg nie...

M said...

Sy pun baru terkena.. 40 kali dia sales debit. Sekali debit rm4.29. Total semua rm 171.60.. sesukati je debit acct aku. Dah la aku x kje.. sedangkan sy tak main game pun.. hadoiii. Esok mmg nk kena pegi bank nampaknye. Naya org betul la..

Unknown said...

Sy baru kena kelmarin.chek d transaksi ada tulis google sales debit.tpi sy tak pernah beli apa² hilang rm20.99

Ũ