© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, October 17, 2008

Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah (1)

Muqaddimah

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)


Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam.


Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.


Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).


Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.


Antara syarat-syarat tersebut ialah:


Syarat Pertama


Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.


Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.


Syarat Kedua


Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.


Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.


Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).


Syarat Ketiga


Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.


Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.


Syarat Keempat


Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.


Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).


Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.


Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.


Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.


Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.


Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).


Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).


Monday, October 13, 2008

Cerita harga petrol turun lagi...

Senyum Kambing kadang-kadang kritis, kadang-kadang boleh dikatakan tak cerdik, banyaknya mengampu dan membodek.

Hari ini dialog dua ekor kambing yang famous berpuluh-puluh tahun itu adalah seperti berikut:
Senyum Kambing, Utusan Malaysia 15 Oktober 2008

Pengajaran yang dapat diambil daripada dialog kambing di atas adalah, kerajaan wajib berfikir semasak-masaknya sebelum menaikkan harga petrol, kerana harga petrol, boleh diturunkan, namun implikasi kenaikan harga barang adalah seperti yang kita tahu, harga barang sangat sukar turun.

Dalam hal ini kita lihat bagaimana harga petrol naik mendadak sebanyak 78 sen sebelum ini, manakala harga tersebut diturunkan perlahan-lahan. Kenapa naik mendadak, turunnya perlahan-lahan?

Sekarang harga petrol dunia sudah turun sehingga hampir USD 60 setong. Dan kerajaan menurunkan lagi harga bahan api itu sebanyak 15 sen, menjadikan harga petrol masa ini RM2.30/liter.

Tetapi kerajaan tidak boleh mendabik dada bahawa mereka telah mengurangkan beban rakyat, kerana penurunan harga petrol masih lembab dan tidak mengikut harga minyak dunia. Rakyat memandang kerajaan gelojoh dalam menaikkan harga petrol, dan sangat lembab ketika mahu turunkan harga petrol. Ingat, walaupun penurunan harga bahan tersebut sudah 3 kali kononnya, tetapi penurunan tersebut masih tidak mampu memadam rekod kenaikan 78 sen tempohari.

Luka 78 sen dahulu masih belum terubat. Luka harga barang yang tidak turun-turun belum ada tanda mahu sembuh.

Mahu ubati luka 78 sen dahulu bukanlah dengan penurunan yang sedikit-sedikit. Kononnya beralasan kerajaan perlu mengkaji secara kolektif keadaan harga petrol semasa. Chewaaahhh... banyak cantik. Rasanya, rakyat nak tengok, turun juga mendadak. Cuba, try, test, turunkan harga petrol sehingga berada di bawah paras RM2.92 sebelum kenaikan 78 sen dahulu ecara mendadak juga. Kita tengok apa reaksi rakyat.

Saturday, October 11, 2008

UMNO adalah raksasa tua yang sukar tumbang...

Nak ubah nada sikit dalam post kali ini.

Umno akhir-akhir ini menerima pelbagai bala bencana yang tidak putus-putus selepas prestasi yang merosot teruk dalam PRU-12 yang lalu. Pelbagai isu luaran dan dalaman yang menggugat kstabilan negara dan Umno sendiri. Pelbagai individu yang menjadi liabiliti kepada Umno terserlah satu persatu untuk dinilai rakyat.

Jika kita ikuti perkembangan berita dari sudut pembangkang, dengan dibantu oleh beberapa berita arus perdana, isu-isu yang timbul ini sudah cukup kuat untuk kerajaan Umno/BN tumbang. 8 Mac, walaupun merosot teruk, Umno masih bertahan dengan memiliki kerusi terbanyak berbanding rakan-rakan komponen BN yang lain. 26 Ogos, Pilihanraya Permatang Pauh, sepatutnya gelombang Anwar sudah boleh meranapkan sehingga 70% perolehan undi kepada Umno/BN. 16 September, logiknya, Umno/BN sudah tumbang dan kerajaan sudah beralih tangan seperti yang dirancang DS Anwar.

Malangnya, sehingga hari ini, Umno masih berdiri walaupun tempang. Sepak terajang yang kuat dari pihak luar, kecederaan dalaman akibat pertelingkahan sesama sendiri, masih tidak cukup untuk membuat Umno menyembah bumi.

Apakah ubat yang Umno makan sehingga begitu liat untuk tumbang? Dalam blog-blog di intenet, berita-berita alternatif dan sebagainya sudah berminggu-minggu membincangkan kejatuhan Umno/BN. Hanya menunggu masa. Tetapi masa terus berlalu. Umno masih berdiri.

Sebagai parti yang sudah lama memerintah, Umno sudah dianggap kerajaan, dan kerajaaan adalah Umno/BN. Melawan Umno sama dengan melawan kerajaan. Inilah pasak yang ditanam dalam kepala orang-orang Melayu khususnya agar mereka boleh terus memerintah.

Sebagai parti yang lama memerintah, mereka sudah berpengalaman dalam banyak hal. Strategi-strategi mereka untuk terus berkuasa sering dibahaskan oleh para perancang strategi mereka. Mereka boleh kerahkan tokoh-tokoh pemikir dari dalam dan luar negara untuk berfikir cara mempertahankan kerajaan korup mereka.

Dari segi itulah, kita lihat Umno masih mampu berdiri. Cantas sikit-sikit tidak memberi kesan kepada mereka. Lihatlah bagaimana matlamat 16 September tidak berjaya pada tarikh tersebut, walaupun PR menegaskan ia masih dilandasan. Kenapa tidak berjaya? Apabila Umno/BN 'melarikan' ahli-ahli Parlimen ke Taiwan, kita ketawakan mereka. Seolah-olah mereka bodoh dan takut bayang-bayang sendiri. Ya, memang lagaknya mereka takut. Mereka akan buat apa saja asalkan mereka terus berkuasa. Tidak hirau lagi label-label penakut, bacul, jahat, rasuah dan sebagainya.

Mereka sudah lali. Mereka mempunyai pengalaman dan strategi yang setiap hari diolah oleh think tank mereka. Kita tidak seharisnya pandang rendah kepada raksasa yang bernama Umno ini. Nampak macam sudah nak rebah, tetapi ia masih liat. Lihatlah, walaupun PM Abdullah Badawi dikatakan lembik dan lemah, tetapi dia juga masih belum jatuh. Sehebat-hebat Anwar juga belum boleh jatuhkan Abdullah, kerana sebenarnya Anwar bukan berlawan dengan Abdullah, tetapi think tanker belakangnya. Siapa? Khairi Jamaluddin? Mungkin juga, dan mungkin lebih dari itu.

Jika sudah cedera parah pun masih boleh berdiri dan meronta-ronta membelasah lawan, berhati-hatilah, mungkin jika rebahnya raksasa ini, ia akan menghempap kita semua. Alang-alang kalah, mereka akan sabotaj dan buat huru hara, siapa tahu. Golongan yang tiada fikrah Islamiyah itu akan berbuat apa saja tanpa berpandukan akhlak dan moral. Berwaspadalah! - Sekadar renungan.

Datuk Shah rukh Khan : Kerajaan sudah tidak waras!

Berita menggemparkan : Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka

"Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam...." Baca lagi..
Akhir-akhir ini kita lihat gelaran Darjah dan pingat kebesaran (yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan sebagainya) seolah-olah sesuatu yang murah dan mudah didapati oleh sesiapa sahaja. Hanya dengan alasan mengharumkan nama negara, gelaran Datuk terus dipalit kepada individu-individu terbabit.


Mudah bukan? Lee Chong Wei, sekali pun tudak memenangi emas di Olimpik Beijing, dapat gelaran Datuk. Tak kiralah taraf apa sekalipun, yang penting gelarannya adalah Datuk. Jurulaihnya juga mendapat Datuk. Nicol David, pemain Squash nombor satu dunia juga mendapat Datuk.

Oklah, jika alasan mereka harumkan nama negara, dalam bidang sukan. Tetapi yang lebih aneh, Shah Rukh Khan yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba saja akan mendapat gelaran Datuk esok (rujuk UtusanOnline), kerana alasannya mengharumkan nama Melaka. Ahhh... apa semua ini? Pelakon hindustan yang rosak akhlak itu diberi pengiktirafan oleh Melaka, padahal jasa mengharumkan nama Melaka adalah tidak boleh diterima langsung. Promosi apa kepada Melaka? Just datang berlakon saja. Penonton filem takkan fikir di mana penggambaran dibuat. Yang ditumpu adalah jalan cerita dan lakonannya. Jika Shah Rukh Khan dapat gelaran Datuk, maka penerbit filem tersebut juga perlu diberi Datuk kerana membawa pelakon itu berlakon di Melaka (?).

Sedangkan kita lihat, pak-pak menteri yang sudah lama berjuang untuk kemajuan negara, juga mendapat Datuk, Datuk Seri, Tan-tan Sri dan seumpamanya. Tiba-tiba Shah Rukh Khan itu disama-tarafkan dengan pak-pak menteri dalam negara kita. Aduhai, jatuh martabat negara. Menterinya sama taraf dengan pelakon hindustan, dari India.

Kita lihat, MB Kedah, Ust Azizan, sudah beberapa pilihanraya berjuang, baru-baru ini sahaja dapat gelaran Datuk. Lihat pula YB Salahuddin Ayub, sudah bertahun-tahun berjuang untuk menegakkan keadilan dalam negara, masih tiada gelaran Datuk. Itu dua contoh. Ramai lagi yang sepatutnya lebih berhak dapat gelaran tersebut, tidak dapat. Bukanlah gelaran itu yang dicari oleh mereka-mereka ini, tetapi nak beri contoh sahaja bahawa kerajaan amnya, dan Melaka khususnya, sudah tidak waras dalam berfikir dalam hal ini.

Shah Rukh Khan adalah pelakon yang rosak akhlak, lagi merokkan akhlak orang lain. Tiadalah berhak sedikit pun untuk diiktiraf oleh sesiapa yang waras, lebih-lebih lagi umat Islam. pengiktirafan oleh kerajaan umat Islam terhadap pelakon rosak akhlak itu adalah sanga mengkhianati amanah terhadap umat Islam!

----------------------------------

Respon lain : http://daulatpang5.blogspot.com

Bangangnya Kerajaan Negeri Melaka

Kerajaan Negeri Melaka sudah nyanyuk agaknya apabila menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka(DMSM)kepada Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan yang melayakkan beliau bergelar Datuk sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, yang bukan anak kelahiran Melaka ini iaitu Tun Mohd. Khalil Yaakob ke 70, esok.

Apa sudah jadi ni..!!! di mana akal waras mereka yang mencadangkan pangkat Datuk ini kepada pelakon ini. Apa jasa yang telah dibuat oleh pelakon ini hingga kerajaan negeri semacam mabok kepayang memberi anugerah ini.

Beliau bukannya rakyat Malaysia. Sedarlah diri sikit, ramai lagi mereka-mereka yang tersangat berhak dan layak untuk terima anugerah ini bagi mengenang jasa mereka kepada tanah air tercinta ini. Seakan Kerajaan Melaka sudah tiada orang dalam senarainya untuk menerima darjah kemuliaan ini.

Pendek benar fikiran mereka yang mencadang dan meluluskannya. Kita jangan lupa, pelakon inilah yang dengan menggunakan filemnya banyak merosakkan akhlak dan fikiran anak-anak muda tidak kira lelaki dan perempuan untuk lari dari rumah meninggalkan ibu & bapa, adik beradik juga keluarga demi cinta suci mereka konon, dengan menurut pasangan masing-masing ke mana sahaja mahupun lautan api sanggup direnangi.

Kerana terpengaruh dengan filem pelakon inilah ramai anak-anak Melayu murtad dari agamanya dengan berkahwin dengan pasangan non muslim mengikut adat istiadat agama lain. Hinggakan Mufti Perak Datuk Harussani pernah menyarankan agar filem-filem hindustan ini diharamkan dari ditayang di kaca-kaca TV bagi membendung gejala Murtad yang melanda negara.

Justeru itu apa yang Kerajaan Melaka banggakan sangat dengan Shah Rukh Khan ini ??? Jangan marah jika rakyat menganggap tindakan ini sebagai tindakan bangang lagi zalim kepada penerima yang sepatutnya layak tetapi tidak menerimanya. Wallahualam

Friday, October 10, 2008

Sembang : Ada pulak anugerah macam tu?

"Anugerah individu paling berkomitmen dengan persatuan, saudara Helmi"

Bagaikan beruk terkejut, aku memandang ke arah pengerusi majlis yang tersengih menyebut namaku. Beberapa saat sebelum aku bangun, aku ketawa kehairanan dalam hati. Apa semua ini? Ada pulak jenis anugerah macam tu? Selama aku dalam persatuan ni, tak pernah aku dengar anugerah sebegitu.

Kalau ada pun anugerah macam tu, bukan aku selayaknya terima. Sebagai menghormati majlis, aku terus bangun dan menerima hadiah. Apalah sangat komitmen yang aku bagi. Rasanya keculasan aku dalam kerja persatuan lebih banyak daripada komitmen.

Terima kasih kepada yang terlibat dalam Majlis Jamuan hari raya dan ceramah motivasi, serta anugerah pelajar cemerlang akademik PMIUSMKKj sebentar tadi. Sebenarnya Zulfirdaus sudah maklumkan kepadaku bahawa aku akan menerima hadiah dan menyuruh aku datang awal. Aku memandang ringan sahaja kata-katanya. Hadiah apa, aku bukan kategori cemerlang yang menerima anugerah dekan.

Jadi aku tidak kisah pun dengan kata-kata Zulfirdaus. Sebelum aku datang ke majlis tersebut, aku leka menyiapkan beberapa tugasan sehingga aku lewat hampir 30 minit ke majlis. Memang tak sangka sungguh nama ku akan dipanggil, lebih terkejut dengan ungkapan 'paling berkomitmen'. Macam takleh terima.

Kepada saudara-saudari sahabat sahabiyah sekalian. Dalam kita berpersatuan, berjamaah, komitmen adalah sangat penting untuk menjadikan mobilisasi organisasi berterusan. Tanpa komitmen, akan kakulah organisasi. Tiada gunalah aktiviti. Sia-sialah perancangan dan mesyuarat. Rugilah umat.

Komitmen bukan bertujuan untuk 'menerima anugerah' seperti yang tersebut di atas. Komitmen adalah asas kepada aktiviti berpersatuan, hatta dalam apa bidang pekerjaan sekalipun. Jadi, berilah komitmen anda semua dalam setiap aktiviti yang dijalankan, terutama yang dianjurkan oleh persatuan berfikrah Islam, dan program-program Islamik yang lain.

Apa faedahnya memberi komitmen? Faedahnya bukanlah berupa hadiah atau pingat. Faedahnya adalah baik untuk diri kita sendiri ataupun kepada persatuan/organisasi. Komitmen kita dari suatu sudut, adalah menjadi 'moral support' kepada penganjur, untuk terus berfikir dan menjana idea bagi menjalankan ativiti sedemikian. Sokongan moral begini adalah sangat diperlukan dikala penganjur selalunya gelisah dengan kehadiran yang kecil, sedangkan masa dan tenaga banyak dicurahkan untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Bayangkan jika kita sendiri menjadi penganjur suatu program, tetapi jumlah yang hadir kecil, malah tidak sampai separuh daripada target, alangkah sedihnya. Dengan sendiri, moral sudah sedikit jatuh dan minat untuk mengajur aktiviti sedemikian menjadi pudar.

Memberi komitmen juga boleh menjadi tarikan kepada orang lain untuk hadir sama ke majlis yang dianjur. Apabila komitmen kita para ahli persatuan adalah tinggi, kehadiran sesama ahli tinggi, maka dengan sendiri orang lain yang bukan ahli juga turut berminat untuk bersama-sama.

Sudah fitrah manusia, suka kepada keramaian. Cubalah pergi ke pasar malam. Tengoklah penjual ubat. Kadang-kadang orang ramai digerainya bukan disebabkan ubat yang dijual, tetapi orang ramai berkerumun digerainya kerana ingin tahu kenapa begitu ramai orang di situ. Maka bertambah ramailah.

Kesimpulannya, berilah komitmen kepada aktiviti bercorak Islam. Dengan komitmen kita, menyebabkan orang lain pula berminat untuk commit, kita akan mendapat ganjaran yang banyak di sisi-Nya. Kapada pemimpin, berilah komimen anda sebagai pimpinan, dan kepada ahli, berilah komitmen anda sebagai ahli. Semoga beristiqomah.

Firman ALLAH:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran."
[Surah al-Ma-idah : 2]

Thursday, October 9, 2008

Slot Sembang Kosong: Bagaimana kaedah merapu yang baik?

"In class you are so quiet. Why?" tanya Guru Bahasa Inggeris kepada aku selepas selesai sesi gimik Job Interview. Aku memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk menjawab. English aku agak teruk. Tak reti nak cakap fluent macam watak Theodore Bagwell dalam cerita Prison Break. Kalau cakap sorang-sorang boleh (perasan kut).

Guru itu agak berpuas hati dengan sesi temuduga itu. Aku cuba kelentong dan cakap merawang-rawang saja. Maklumlah gimik sahaja. Separuh benar, separuh rekaan. Tak mengapa, Guru itu juga yang suruh kelentong. Maka aku kelentonglah dengan penuh confident. Jadi kelihatannya dia berpuas hati. Puas hati lain, markah lain pulak. Harap markah tak kantoi, sebab bab speaking ni kureng skit. Kalau dalam BM pun, agaknya kureng jugak la dalam bab interview ni, sebab lidah aku sudah hampir jadi multilingual dah. Kejap bunyi macam loghat kedah, kejab bahasa baku, kadang-kadang jd klate, jd tranungkite pong ade. Sejak menang di Perak, cakap ala yob pon ade. "huhu". Jadi kalau interview dalam BM pun belum tentu butir kataku berbutir di rongga telinga penemuduga. Adoi...

"You must act agressive and active, especially when you work. If you are choosing an employee, whcih one you will choose, quiet one or talkactive one?"

"talkactive one" aku menjawab ikut skema yang ada dalam fikiran guru itu.

"In class, you are quiet. But during personal presentation, I quite impressived, you are not bad. You can do it. So, please inject some spirit to change your 'quiet' expression." Cheewaah .... haha, lebih kurang macam tu lah maksud nasihat guru itu. Dia mintak aku ubah lebih aktif. Jangan terlalu pasif kerana aku ada potensi (pandai aku menambah. Tapi lebih kurang macam tu la maksud dia).

Dalam kelas , aku memang diam. Takkan nak buat bising. em.. maksudnya dia lihat aku tidak aktif. Orang lain pun diam juga, tak aktif juga. Tapi mungkin dia lebih nampak ketidak-aktifan aku sebab aku kurang berkomunikasi dengan classmate yang lain. Nak buat macamana. Aku jenis pendiam, tambah-tambah dengan orang yang aku kurang biasa. Classmate aku semuanya student tahun ketiga. Aku, tahun lain. Hanya berjumpa dalam kelas English tu saja.

Gambar Hiasan

Kalau tanya orang yang rapat dengan aku, rupa-rupanya aku bukan jenis pendiam juga. Malah boleh sembang merapu lagi. Mungkin aku ada dua karekter berbeza kut. eh... itu munafik la pulak. Mintak jauh.

Tak mengapalah. Aku ambil nasihat guru itu sebagai panduan untuk masa depan. Ekspresi aku membuatkan ada orang yang tak berani dekati aku. Creepy, mistery... macam tu ke? Aku cuba untuk bercakap benda yang perlu. Tapi kalau aku start sembang merapu, aku akan cuba selitkan isi-isi yang berguna dalam kemerapuanku supaya merapu aku menjadi merapu berisi. Heh.. ada pulak gitu.

Rujuk firman ALLAH:
Wama yalfizhu min qaulin illa ladaihi raqeebun 'ateed.

Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir(Raqibun 'Atid).
[Surah Qa~f: 18]
Gambar Hiasan

Ha.. yang tu yang kita kena risau. Rekod komunikasi kita dipantau. Kelak akan didedah. Nanti ada kata-kata yang akan diberi ganjaran, ada pula yang akan menerima pembalasan, ada pula yang tiada apa-apa. Jadi, kalau kita sembang merapu, tiada tujuan, akan jadi sia-sia. Kalau bernasib baik, tiada pahala, tiada dosa. Takut-takut merapu kita itu mendatangkan dosa. Alangkah ruginya. Apatah lagi kalau sampai mengumpat orang lain.

Apa contoh sembang merapu? Contohnya; Sembang bab bola sepak. Memang tak ada apa-apa. Sia-sia. cuma berseronok saja. Asalnya tiada dosa-tiada pahala. Tetapi apabila dicampur aduk dengan kata-kata kesat, terlepas waktu solat, umpat-mengumpat, dan sebagainya, berdosalah sembang-sembang bola sepak itu. Sama juga dengan sembang benda lain.

Jika terlanjur sembang benda sia-sia, berhentilah. Ganti dengan istighfar, atau buka topik baru yang lebih ilmiyah, atau lebih kepada nasihat-menasihati. Kan bagus. Bagus juga sembang ke arah menambah keimanan sesama kita.

Tak boleh ke sembang merapu? Takkan nak sembang ilmiyah dari pagi sampai malam? Maksudnya, jangan penuh satu hari tu dengan merapu saja. Sembang bagi ada isi. Elok kalau lepas habis sembang, sebelum bersurai, buat kesimpulan daripada persembangan itu. Muhasabah, apa untungnya sembang kali ini. Kalau jadi budaya macam tu, maka lahirlah generasi berwawasan.
Gambar Hiasan

Cuba kita renung pula, dalam satu hari, berapa kali kita berfikir tentang Islam? tentang umat Islam? Tentang masa depan umat Islam? Berapa kali kita berfikir untuk menangkan Islam? Sangat sedikit, bukan? malah lebih malang, ada yang tidak pernah terfikir langsung agenda untuk Islam. Lalai dengan asbab-asbab kelalaian. Nabi pernah bersabda, sesiapa yang tidak memikirkan hal umat Islam, bukanlah dari kalangan baginda.

Hari ini, urusan umat Islam seolah-olah diletakkan atas kepala para ustaz, tok-tok guru, ali ulama sahaja. Padahal, tugas ini perlu dipikul oleh semua umat Islam. Lihatlah, para pemimpinnya sering berebut jawatan - sehingga tidak cakna hal-ehwal umat. Para profesionalnya pula sibuk dengan kerja-kerja duniawi dan mengumpul kekayaan. Para mahasiswa pula dilalai dengan tujuan akademik semata-mata seolah-olah mahu hidup senang, akademik kena bagus, baru dapat kerja bagus, baru dapat duit bagus, baru boleh hidup bagus. Tiada ruang untuk membuka minda supaya berfikir tentang nasib umat Islam seluruh dunia amnya, dalam negara khasnya.

Eh? Sampai ke sini pulak tulisan aku merawang-rawang. Ada orang sindir, bahawa orang yang menulis blog itu sebenarnya tiada kerja untuk dibuat. Mungkin dia tiada blog agaknya. Sesungguhnya tulisan ini untuk diri aku sendiri. Mungkin suatu hari nanti tulisan ini akan jadi kenangan kepada aku. Pembaca sekalian, kalau nak ambil isi-isi yang bermanfaat, silakan. Yang tak penting, abaikan.
Gambar Hiasan

Kesimpulan dari sembang-sembang post kali ini:

  1. Aku perlu ikut nasihat guru, supaya berubah agar menjadi individu yang dapat bersaing pada masa depan.
  2. Bercakaplah sesuatu yang berfaedah walaupun sedikit, kerana Rasul tidak berkata-kata mengikut hawa nafsu melainkan semuanya adalah wahyu yang diturunkan kepada baginda.
  3. Sediakan ruang dalam satu hari untuk berfikir dan bekerja untuk Islam.
p/s: kalau ada kesimpulan lain, boleh lah hantar di bahagian komen. Takda kesimpulan, nak kritik lebih digalakkan.




Tuesday, October 7, 2008

Tolak Siapa?

Tolak golongan tak hormati pemimpin negara - Najib

KUALA TERENGGANU 9 Okt. – Rakyat digesa menolak mana-mana golongan yang tidak menghormati dan berkelakuan kurang ajar terhadap pemimpin negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak rela sikap itu menjadi amalan kerana jika ia dibiarkan boleh menggugat kestabilan negara. - UtusanOnline

Saranan TPM itu memang wajar. Pemimpin wajar dihormati. Tetapi ingat pula kata-kata "Raja zalim, raja disanggah". Penghormatan terhadap pemimpin tidak perlu disuruh-suruh. Rakyat akan menghormati pemimpin jika pemimpin menghormati rakyat.

Pemimpin perlu jadi contoh, iaitu menghormati rakyat, dengan itu rakyat akan mencontohi pula pemimpin dengan menghormati mereka.

Lihat contoh TG Nik Aziz. Dia hormati rakyat, rakyat bertambah sayang kepadanya. Dia sayang rakyatnya dunia hingga akhirat. Jadi, bukan orang-orang PAS saja sayang padanya, orang-orang Umno pun kalau berdepan dengan dia, akan hormat automatik. Main serang ikut belakang boleh la. Kalau berdepan, pemimpin umno pun surrender dengan MB Kelantan tu. Kalah angin.

Jadi, nak tolak golongan mana? Tolak golongan tak hormati pemimpin atau tolak pemimpin tak hormati rakyat?

Gambar besar atau berhala Anwar?

Inilah 'berhala' Anwar yang diisukan sesetangah pihak. Ada yang kata ini gambar besar, ada yang kata replika, ada yang kata berhala! Khurafat... Khurafat, syirik jika memuja dan menyembah. Tak kira gambar sesiapa pun, besar atau kecil.

Jadi isu sebab gambar Anwar... kalau gambar di bawah? Tak jadi isu berhala pulak...

Rasanya gambar ni lagi besar... bolehkah kita sebut sebagai dua berhala besar Pak Lah dan najib? Harap Mufti Perlis dapat fatwakan gambar dua orang ini pula...
Ini gambar Sultan...besar juga. Tak jadi isu pula?

Ya, kesimpulan mudah, isu berhala sebab gambar Anwar. kalau gambar lain tak dengar pulak diisukan.

Lagi satu, walaupun bukan atas sebab memuja, tapi penyokong PKR tak payah la rajin-rajin buat benda macam tu. Semangat saja tak jadi. Isi dada dengan ilmu dan kefahaman tentang Keadilan, keamanan, bernegara dan sebagainya. Yang Muslim, fahami tuntutan sebenar bernegara dalam Islam. Bukan bertindak seperti taksub. Perjuangan berasaskan semangat dan emosi akan mudah hilang. Tarbiyah akan mengikat kukuh kepada prinsip dan perjuangan.

Link berkaitan:
No2Umno.com
Kpmu.net

Sunday, October 5, 2008

Politik Wang - Rasuah yang dilindungi

Jangan amal politik wang - Rithaudeen [UtusanOnline]

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Ismail memberi amaran tegas kepada bahagian UMNO yang akan memulakan persidangan Khamis ini agar tidak mengamalkan politik wang dan terlibat dalam salah guna kuasa kerana ia melanggar peraturan parti.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin akan bertindak membanteras gejala itu sehingga ke akar umbi bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku pada masa depan.

Menurutnya, individu yang bertanding juga perlu menanam tekad dan azam untuk menghapuskan terus amalan tidak sihat itu daripada parti.

"Kita mahu pemilihan kali ini mencatatkan lembaran baru bagi UMNO supaya parti tidak lagi berdepan dengan kes politik wang seperti yang berlaku pada pemilihan lepas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ibu pejabat UMNO menetapkan persidangan perwakilan bermula dari 9 Oktober sehingga 9 November ini.

Ahmad Rithaudeen memberitahu, Lembaga Disiplin bersikap telus dan tidak berat sebelah dalam membanteras politik wang.

Ditanya mengenai saranan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Lembaga Disiplin menambah anggota bagi meningkatkan keberkesanan selepas banyak aduan diterima mengenai politik wang, beliau berkata, perkara itu dalam pertimbangan UMNO.

Tambah beliau, pihaknya memerlukan individu yang berpengalaman dalam pelbagai bidang undang-undang seperti majistret dan peguam untuk memperkukuhkan kredibiliti Lembaga Disiplin.

"Sekarang kita ada kira-kira 18 anggota dan saya berharap pucuk pimpinan dapat menambah keanggotaan Lembaga Disiplin kepada sekurang-kurangnya 30 orang," ujarnya.


Istilah Rasuah ditukar menjadi istilah politik wang. Nak bagi nampak macam baik sikit. Hakikatnya, politik wang adalah rasuah. Patut yang dituduh rasuah tu bukan Lembaga Disiplin yang dirujuk. Rujuk BPR terus lah. Orang bukan Umno yang rasuah kena siasat dgn BPR. Pemimpin Umno rasuah, Lembaga Disiplin Umno je? Inilah sejenis Rasuah yang dilindungi.

Kalau begitu, pertuduhan rasuah seks yang berlaku kepada anggota PKR, tak perlulah BPR siasat. Serahkan kepada lembaga disiplin PKR saja. Lepastu biar BPR makan gaji buta. Tak perlu double standard. Sepatutnya apabila berlakunya pemilihan agung Umno, beratus-ratus anggota BPR harus dikerahkan ke persidangan tersebut sebagaimana pasukan FRU dikerahkan ke perhimpunan Bersih tempohari. Di sanalah BPR akan berdepan dengan lubuk kes rasuah. Baru dapat elaun OT...

Bab rasuah politik wang dalam Umno, memang dah tak boleh nak buat apa dah. Mana tidaknya, nak rebut jawatan Ketua Pemuda Umno di satu kawasan parlimen di Kedah pun khabarnya sudah lebih RM50 ribu dilaburkan. Tu baru jawatan ketua pemuda peringkat yang rendah. Bayangkan jawatan-jawatan yang lebih tinggi dalam Umno, tambahan pula yang menjadi rebutan atau kerusi panas. Kita tunggu dan lihat sajalah. Jika Umno nak tunjuk baik sikit kononnya menentang rasuah, ada lah sorang dua yang akan dijadikan kambing hitam.

Umno sudah tidak dapat dipulihkan lagi sebagaimana kayu yang sudah teruk dimakan anai-anai. Tunggu masa saja nak rebah. Bertukarlah, keluar saja dari Umno. Jangan biar suatu hari nanti generasi anak cucu berasa malu kerana mak ayah, datuk nenek mereka adalah orang Umno. Jangan biar kita menjadi watak yang dicemuh suatu hari nanti setelah Umno menjadi sejarah kerana kedegilan kita untuk terus bersama Umno. Orang yang cerdik dan bijaksana akan keluar Umno kerana Umno sudah tidak relevan kepada golongan cerdik pandai. Umno hanya untuk hantu rasuah, hantu rasis, hantu fitnah, hantu projek, hantu komisyen, hantu kronisme dan seumpamanya. Ayuh, keluarlah dari Umno hai pemimpin-pemimpin Umno, anda akan tercatat sebagai hero dalam sejarah.

"Mereka pemimpin-pemimpin BN, akan juga menjadi pemimpin PR setelah masuk PR, sekiranya mereka mengetahui..."

Cerita sikit kisah hari raya...

Hari ini ketika post ini ditaip, sudah pun hari raya ke-5. Hari ke 5 Syawal, juga 5 Oktober. Cerita Ramadhan 1429 sudah berlalu. Hari ni kita cerita pulak bab Raya. Hari raya pertama sampai ke empat, aku tidak dapat menulis blog disebabkan beberapa faktor. Faktor malas dan susah nak istiqomah adalah faktor yang selalu dialami. Faktor lain yang menghalang, adalah kabel telefon di kampungku dikebas orang. Malam terakhir Ramadhan merupakan malam pengkebasan kabel-kabel telefon besar-besaran. Habis satu kampung terputus perkhidmatan telefon sehingga hari ini.

Jadi tidaklah dapat aku mengakses internet, apatah lagi berblog. Kena cadang kepada kerajaan Kedah supaya kasi perkhidmatan wireless di setiap kampung di Kedah. Biar rakyat Kedah menjadi rakyat bijak dan celik IT menjelang 2010. Hehehe...

Berbalik kepada cerita Raya, aku beraya dikampung saja. Bermula dengan bertakbir selepas solat maghrib berjamah bersama-sama keluarga setelah selesai berbuka puasa, dikala anak-anak jiran sekampungku sedang meletupkan bahan-bahan letupan yang menggetarkan salur-salur pembuluh jantung. Aduhai... aneh sungguh orang-orang kita sambut raya. Mengalahkan orang Cina sambut Tahun Baru Cina dengan bermain mercunnya.

Esok paginya, kami satu keluarga ke masjid awal-awal pagi untuk bertakbir dan menunaikan solat sunat Eidul Fitri. Tajuk khutbah Raya tahun ini adalah "Mengenali Jahiliyyah". Jahiliyyah adalah sangat sukar ditangani dan memerlukan kesungguhan para daei. Di zaman RasuluLLAH, Jahiliyyah adalah sangat sukar ditangani berbanding kuasa besar Rom dan Parsi. Sebab itu apabila RasuluLLAH berjaya mengalahka Jahiliyyah, maka mudahlah menguasai Rom dan Parsi.

Jahiliyyah ini ada di mana-mana, setiap zaman bentuk jalan ceritanya akan berkitar semula. Arab Jahiliyyah, adalah contoh Jahiliyyah zaman sebelum RasuluLLAH diutus. Mereka mengekalkan amalan-amalan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim seperti haji, tawaf, dan sebagainya. Dari satu segi, ubudiyyah mereka kepada ALLAH masih wujud. Tetapi pada masa yang sama mereka meletakkan berhala-berhala sebagai perantara antara mereka dengan ALLAH. Mempercayai kepada berhala sebagai pemberi rezeki dan pemberi kemajuan. Pada masa yang sama juga, akhlak mereka tumbang dan tidak selenggara. Zina merata-rata. Bunuh, samun, rompak dan seumpamanya bermaharajalela. Sistem ekonomi pula berasaskan riba dan menindas. Perebutan kuasa sehingga peringkat bunuh membunuh.

Setiap zaman, Jahiliyyah berkitar semula. Hari ini kita umat Islam - Melayu, turut mengalami penjahiliyyahan. Lihatlah, Melayu yang beragama Islam - dari satu segi masih wujud ubudiyyah kepada ALLAH - apabila perintah solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya dilakukan. Tetapi kejahiliyyahan Melayu terserlah apabila meletakkan kuasa politik sebagai pemberi rezeki dan pemberi kemajuan pembangunan. Akhlak pemuda-pemuda Melayu semakin hancur tanpa pembelaan. Zina menular sehingga peringkat berlaku sumbang mahram. Bunuh, samun, ropak semuanya sudah didominasi oleh orang-orang Melayu beragama Islam. Sistem ekomoni menggunapakai sistem kapitalis dan riba. Perebutan kuasa politik sehingga tahap fitnah-memfitnah (Fitnah lebih dahsyat daripada membunuh). Jahiliyyah moden yang dianuti masyarakat Melayu adalah sangat dahsyat, dan kebanyakan kita tidak menyedarinya.

Ketidak-sedaran kita sama seperti ketidak-sedaran orang-orang Arab Jahiliyyah suatu ketika dulu. Mereka tidak sedar bahawa mereka berada dalam satu suasana Jahiliyyah dan menganuti Jahiliyyah. Kita hari ini mengenali bahawa Arab sebelum Nabi Muhammad adalah Arab Jahiliyyah, padahal mereka dulu tidak menyedari kejahilan mereka. Maka nasib kita juga akan sedemikian sekiranya kita terus tidak menyedari hakikat kejahiliyyahan yang melanda umat Melayu-Islam hari ini dalam negara kita, sehingga tercatat sejarah pada masa akan datang bahawa kita sebenarnya Melau Jahiliyyah. Generasi akan datang akan melabel kita sebgai Melayu Jahiliyyah, sedangkan kita hari ini belum mahu sedar.

Nabi diutus memerangi Jahiliyyah. Zaman ini, para ulama bermujahadah memerangi jahiliyyah. Nabi ditentang oleh pembesar-pembesar Arab Jahiliyyah. Ulama hari ini juga menerima tentangan hebat daripada pembesar-pembesar Melayu Jahiliyyah. Zaman silih berganti. Ada yang menurut arus dakwah Nabi, maka ada pula yang menjadi penentangnya samada secara sedar atau pun tidak, secara serius ataupun main-main. Maka pilihlah yang mana haluan kita. Mengikut atau menentang.

Panjang pulak ulasah khutbah. Cerita bab raya semula. Lepas solat sunat Raya, kami menziarahi kubur, suatu destinasi yang kita juga bakal singgah sebelum ke alam akhirat. Kami juga menziarah kubur ulama di situ (Tok Guru Pak Man). Kemudian pulang menziarahi jiran-jiran yang uzur dan sakit. Kemudian pulanglah kami ke rumah.

Petang pula, kami menerima kunjungan tetamu yang sangat ramai- saudara mara sebelah ayahanda kami. Dipendekkan cerita (letih dah menaip), keesokan pula kunjungan dari keluarga sebelah adik beradik nenek sebelah bonda. Hari raya ketiga pula kunjungan dari saudara-mara sebelah bonda kami. Semalam- Raya ke-empat, kunjungan dari keluarga nenek sebelah ayahanda pula. 4 hari pack dengan aktiviti melayan tetamu. Hari ini hari raya ke-5, aku kembali ke kampus.

Hari ini hari raya ke 5. Ketika menaiki bas, aku teringat akan sahabatku yang akan bernikah hari ini. Sahibussamahah Tengku. Selamat Bernikah. Minta maaf sebab tidak menghadiri majlis demo Tengku. Jauh sangat. Hanya al-Fatihah sahaja dapat ku kirimkan...

Dalam menyambut hari raya, suatu benda yang kita perlu tanam dalam benak sanubari kita, bahawa Eidul Fitri adalah hari ibadah. Bukan hari berfoya-foya melepaskan geram selepas Ramadhan. Awaslah, bahawa rancangan Raya di kaca TV adalah Jahiliyyah yang mesti kita perangi. Peraaaang!!! Menjelekkan dan memalukan. Syawal dan Eidul Fitri adalah anugerah ALLAH kepada hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dalam Ramadhan. Bersungguh-sungguh mendambakan Rahmat, keampunan dan perlepasan dari azab Neraka.

Tiba-tiba mereka yang entah bagaimana Ramadhan mereka, terpekik-terlolong 'bergembira' menumpang beraya. Malu-lah kepada ALLAH. Benar, kita tak tahu bagaimana amalan mereka dalam bukan Ramadhan, mungkin lebih baik dan tawadhuk. Tapi biasanya orang-orang yang terpekik-terlolong menyanyi dan menari itu, gagal puasanya. Hanya lapar dan dahaga. Jika sekiranya benar sekalipun mereka peroleh ganjaran besar dalam Ramadhan, tetapi mereka membatalkan ganjarah pahala tersebut dengan amalan maksiat pada hari raya. Sedihnya, na'uzubiLLAH.

Satu lagi , aku teringat satu pesan seorang ustaz tentang Laylatul-Qadr. Sesiapa yang bersungguh-sungguh dalam Ramadhan dan mendapat Laylatul-Qadr yang ganjarannya lebih baik dari seribu bulan, maka berawaslah. Walau besar mana pun ganjaran Laylatul-Qadr, ia akan lenyap dengan mudah sekali apabila kita melakukan amalan syirik, khurafat dan menentang hukum ALLAH. Dengan kata mudah, menentang Islam, lenyap pahala Laylatul-Qadr.


Semoga ALLAH terus memelihara kita.

Ũ