© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, February 27, 2009

Kerajaan yang 'loklaq'

Kaji kenaikan tol: PM - UtusanOnline

Syarikat konsesi mesti prihatin situasi semasa

PATTAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kabinet mengkaji semula keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya yang diumumkan kerajaan semalam, kerana kenaikan itu yang sepatutnya berkuat kuasa Ahad ini tidak sesuai dengan situasi semasa.

Perdana Menteri berkata, kenaikan kadar tol itu diputuskan Kabinet beberapa minggu lalu ketika keadaan ekonomi ketika itu berbeza.

"Apa yang dibincangkan dan diputuskan itu dibuat dua tiga minggu lalu dan sejak itu keadaan ekonomi menjadi bertambah buruk.

"Memandangkan rakyat sedang dalam kesusahan, pada masa sama kerajaan nak pastikan ekonomi dapat dirangsang, maka langkah menaikkan tol itu akan dibincangkan semula dengan mengambil kira situasi semasa," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat ketiga Menteri Pertahanan Asean di sini, semalam. baca lagi...


Apa daa... Naik dulu baru nak kaji? Loklaq sungguh...


Thursday, February 26, 2009

Jangan leka bermain 'solitaire'

Hari ini aku mahu menulis pasal muslimat. Apa? Muslimat? Keh keh keh... pasti sorang dua tersengih, ada pula yang membuat telahan yang pelbagai dalam kotak minda masing-masing. Kenapa kali ni pasal muslimat?

Sedang aku klik-klik berita-berita akhbar, aku terbaca artikel dari UtusanOnline ini yang bertajuk Perjuangan gender hapuskan diskriminasi.


BENARKAH berlakunya diskriminasi wanita kerana wujudnya undang-undang keluarga Islam yang sedia ada? Perlukah perubahan bagi memastikan wanita tidak lagi menjadi mangsa keadaan atau ditindas kerana halangan budaya dan agama?

Pengarah Projek Pergerakan Global Bagi Kesamaan dan Keadilan Dalam


Keluarga Islam (Musawah), Zainah Anwar mengakui tindakan mengubah undang-undang bukan sesuatu yang mudah dilakukan, malah tentangan pasti datang bagi menggagalkan usaha itu termasuk daripada pihak berkaitan khususnya pemimpin agama.


Zainah menerangkan, undang-undang yang dibuat atas perintah Islam tidak boleh berunsur tidak adil dan mendiskriminasi sebab keadilan dan kesaksamaan adalah terkandung dalam agama. Tambahan lagi, peranan dan status wanita telah ditetapkan oleh angkatan konservatif dalam Islam. baca lagi...


Siapa tidak kenal Zainah Anwar, rakan seangkatan Amina Wadud yang memperjuangkan Islam Liberal yang sesat lagi menyesatkan. Dalam artikel tersebut, jelaslah bahawa dakyah Sisters in Islam terus berjalan dalam menyesatkan umat Islam.


"Biasanya, apabila wanita Islam mahu menuntut keadilan atau inginkan perubahan undang-undang, mereka akan dimaklumkan bahawa ini semua adalah undang-undang Tuhan yang tidak boleh ditukar atau dibincangkan langsung.


Wanita yang mempersoalkan, mencabar atau mahukan perubahan kerana ketidakadilan itu akan dilihat sebagai individu yang menentang syariah atau lemah iman.


"Paling tidak pun, wanita itu akan dikatakan bersikap anti-Islam, kebaratan atau akidahnya jauh menyimpang, malah laporan akan dibuat kepada polis atau pertubuhan agama supaya kita ditangkap dan pertubuhan kita diharamkan kerana dikatakan menghina Islam," jelasnya.



Sisters in Islam (SIS) terkenal dalam perjuangan menuntut hak persamaan gender kononnya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita. Sehinggakan mereka berani mempertikai hukum yang sudah ditetapkan dalam Islam. (Sebenarnya tindakan mereka adalah mendiskriminasi kaum lelaki, haha...)

Sudah banyak hujah dan penerangan yang dikemukan oleh pihak yang cintaka Islam, tetapi SIS masih berdegil dan terus berusaha meneruskan perjuangan sesat mereka. Kita semua tahu bagaimana kesamaan gender yang dikehendaki SIS, sehingga Amina Wadud pernah menjadi imam wanita pertama untuk solat Jumaat yang dimakmumi oleh saf-saf yang bercampur lelaki dan perempuan.

Tindakan Amina Wadud menjadi wanita Islam pertama di dunia menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah menerima kecaman ulama di seluruh dunia, antaranya Syeikh Yusuf al-Qardhawi.
Inilah as-Syeikhtan Amina Wadud yang
sedang mengimami jemaah sesatnya...


Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, fuqaha bersependapat wanita diharamkan menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah. Pendapat ini berdasarkan pengajaran dan bukan berdasarkan adat sesuatu kaum seperti mana yang didakwa, ketika memberi ulasan lanjut kepada agensi berita Islam Online tentang wanita diharamkan menjadi imam sembahyang kepada makmum lelaki ialah:

Tidak pernah terjadi dalam sejarah Islam seorang wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah;

• Tidak ada seorang Fuqaha pun bersetuju membenarkan wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbahnya;

• Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita.

• Ibadah sembahyang dalam Islam memerlukan tumpuan penuh minda, perasaan dan penyerahan hati khusyuk kepada Allah SWT;

• Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah swt secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.
khusyuknya depa.... loklaq sungguh!

Sehingga tahap itukah kesamaan gender yang diperjuangkan? Islam Liberal yang sesat itu cuba disuburkan dalam negara kita. Jika dibiarkan, mungkin Zainah Anwar ini akan menjadi wanita Malaysia pertama menjadi iman solat Jumaat.
Haa... inilah Zainah Anwar...
amacam? Islamik tak dia ni?
Adakah dia ni lebih hebat dr Dr Yusuf Qardhawi, Imam Ghazali, imam Syafiie?

Mereka juga mempertikai kaedah pembahagian harta pusaka yang dikatakan tidak memihak kepada wanita, menganggap Islam meletakkan wanita menjadi warganegara kelas kedua dan sebagainya. Mereka bertindak seolah-olah mereka ini faham lebih mengenai Islam, sehingga membelakangi al-quran dan hadis serta jumhur ulama.

Banyak lagi benda yang perlu kita fahami mengenai gerakan sesat SIS ini. Wanita muslimah perlu bertindak. Para muslimat gerakan Islam perlu agresif dalam mempertahankan Islam daripada diliberalisasi oleh golongan munafiq SIS yang jelas mahu merosakkan Islam, atas perjuangan mereka kononnya untuk menyelamatkan wanita Islam.

Alasan wujudnya keganasan rumahtangga bukanlah berpunca daripada ketidak-adilan undang-undang Islam, tetapi punca sebenar adalah daripada kurangnya ilmu dan tarbiyah. Masyarakat Islam tidak difahamkan dengan undang-undang Islam sebenar. Sepatutnya SIS berjuang menuntut supaya kerajaan menggandakan program dan langkah-langkah memberi kefahaman yang jitu terhadap Islam kepada rakyat, bagi mengurangkan kes-kes keganasan rumah tangga.

Pendokong-pendokong Islam Liberal seperti SIS ini sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangan membela hak wanita. Motif mereka sebenarnya adalah untuk merosakkan Islam itu secara halus. Percayalah sekiranya dipinda undang-undang sekalipun, keganasan rumah tangga akan terus berlaku kerana masyarakat ketandusan ilmu dan pentarbiyahan. Lihat sahaja undang-undang jenayah lain yang kerap dipinda, hasilnya jenayah tetap meningkat. Kenapa? Kerana undang-undang ciptaan manusia sememangnya hampeh!

Zainah berkata, penganjuran Musawaf tepat pada masanya kerana rangkaian wanita Islam antarabangsa perlu diwujudkan untuk memperjuangkan usaha supaya perubahan undang-undang dapat dilakukan.


Jika wanita mahukan perubahan mendalam berlaku dalam usaha mencapai hak kesaksamaan wanita dan keadilan dalam Islam, wanita mestilah mencipta institusi baru dan menuntut identiti agama mereka untuk diri mereka sendiri.


Gerakan sesat ini semakin meluaskan empayarnya ke seluruh dunia. Bermakna jika tidak dibanteras, ajaran sesat ini akan menjadi budaya seluruh dunia, sepertimana budaya memakai seluar jeans koyak. Orang tahu jeans carik-carik itu tidak senonoh, tetapi apabila menjadi buadaya, orang akan diamkan sahaja kononnya itu adalah hak individu.


Maka para muslimat yang cintakan Islam, tidak harus berdiam diri. Anda perlu ke hadapan membela Islam. Jangan hanya membiarkan kaum lelaki sahaja lantang bersuara mempertahankan kesyumulan Islam. Muslimat sendiri perlu bangun memberitahu bahawa undang-undang Islam tidak mendiskriminasi kami. Kami selesa di bawah undang-undang Islam di bawah naungan al-Quran dan Sunnah.


Ayuh, muslimat dan mujahidat! Ayuh siswi-siswi Islam, bangkitlah. Musuh-musuh Islam bergerak cergas, jangan pula kalian leka bermain solitaire!


p/s: lelaki pun sama laa... jangan gelak kat orang saja, huuhu.

Tuesday, February 24, 2009

Mahasiswa perlu bina identiti ke arah membentuk icon yang baik

Berita Harian hari ini terpapar tajuk 90 Aduan rasuah politik babit pemimpin Umno.

Pasti majoriti umat manusia tidak terkejut dengan berita ini, kerana sudah sebati gelaja rasuah itu dalam organisasi bernama Umno. Hatta orang Umno, pemimpin Umno dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Umno sekalipun, pasti tidak terkejut. Kerana rasuah sudah menjadi identiti Umno.

Lain pula kalau begini beritanya

"90 Aduan rasuah politik babit pemimpin PAS"
"Mahkamah mendapati Nik Aziz terbabit rasuah"

Pasti ramai terkejut dan tidak percaya. Memang tidak boleh diterima, kerana selama ini PAS membawa imej bersih dari gejala rasuah. Identiti PAS bukan rasuah. PAS membawa identiti Islamik. Manakala TG Nik Aziz bukan sekadar membawa identiti bebas rasuah, Islamik, bahkan beliau menjadi icon individu dan pemimpin yang bersih.

Posting kali ini bukan untuk ulas isu politik yang disebutkan di atas, tetapi untuk membawa kita renung bersama berkenaan dengan identiti masyarakat kita pada hari ini, terutama warga kampus, mahasiswa USM sekalian.

Bagaimana dengan identiti yang kita bawa sekarang? Apakah bentuk imej dan keperibadian kita yang kita tonjolkan sekarang? Samada sedar ataupun tidak, rata-rata masyarakat kita, termasuk mahasiswa juga, tidak membawa identiti sendiri , apatah lagi menjadi icon yang baik.

Identiti yang baik merangkumi imej penampilan diri yang baik, cara pemakaian yang baik, akhlak dan moral yang tinggi, keintelektualan, cara berkomunikasi dan sebagainya. Sudah tentu semua aspek pembinaan identiti yang baik sukar diperoleh daripada mana-mana kursus atau seminar. Jikapun dapat menunjukkan identiti yang baik melalui cara berpakaian, belum tentu akhlak dan moral baik. Begitulah seterusnya, melainkan Islam adalah satu-satu nya pakej yang boleh membentuk identiti yang baik merangkumi semua aspek yang disebutkan.

Islam mengajar erti akhlak dan moral secara terperinci dan berkiblatkan tauhid kepada ALLAH, yang tidak ada pada agama-agama ciptaan manusia, tidak ada pada ideologi-ideologi dan juga fahaman-fahaman yang direka-reka manusia.

Islam juga mengajar umatnya membentuk identiti berpakaian yang baik dan lulus piawaiannya untuk kehidupan yang harmoni di dunia. Piawaian berpakaian dalam Islam adalah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna - dengan memberi kebebasan untuk manusia berfesyen mengikut kehendak masing-masing, asalkan piawaian menutup aurat dengan sempurna itu tidak dilanggari.

Islam juga mengajar umatnya kaedah berkomunikasi, cara berinteraksi sesama manusia, sikap terhadap ibubapa dan orang-orang tua, pembudayaan ilmu dan intelektual, mengajar erti kesabaran dan kesungguhan dan banyak lagi aspek-aspek yang jika seseorang itu berjaya keseluruhannya, dia akan menjadi icon yang baik.

Cuba kita renung diri kita, apakah identiti kita adalah identiti Islam? Atau berapa peratuskah kita mengimplementasi imej Islam dalam pembinaan identiti kita? Atau kita tidak pernah cakna apa perlunya bersusah payah menentukan identiti diri? Kita dapat lihat hari ini, masyarakat kita lebih mengagungkan identiti Barat. Lihatlah pakaian kita, akhlak kita, cara pergaulan kita, cara pemerintahan kita, dan sebagainya, semuanya berkiblatkan Barat. Semuanya kita tiru acuan Barat, walaupun kita yakin bahawa Barat membawa identiti yang merosakkan umat manusia.

Bukan sahaja masyarakat kita, termasuk mahasiswa berbangga dengan identiti Barat, malah malu pula untuk menonjolkan identiti Islam, yang kita yakini. Lihatlah jika berjubah dan berserban di pusat-pusat bandar, akan dipandang pelik oleh manusia berbading mamat-mamat yang memakai jeans koyak rabak. Hatta, nama sekalipun, umat kita malu untuk emnonjolkan identiti Islam.

Umat Islam hari ini malu untuk menjunjung identiti Islam tu sendiri. Misalnya kita tengok, orang yang bernama Muhammad, suka dipanggil Matt. Syazwan, Syazzy. Zaidi, Jedi. Syakirin, Shark (mak oii ganas). Aminah, Amy dan Khatijah, Kate. Kalau Melur? Mungkin Melly. Tapi kalau nama Melur tu salah ibu mengandung lah kot. Nama klasik sangat. Hahaha. Apa-apapun, apabila kita sebut nama Melly ,yang kita nampak, gadis KL, baju ketat, jalan gelek 180º, lepak dengan member-member ditepi-tepi longkang pasaraya. Melur? Gadis kampung, sopan-santun, jalan tunduk, gigit jari. Huhu...

Ungkapan yang mengatakan umat Islam hari ini hanya tinggal Islamnya pada nama, seperti sudah tidak benar. Mereka malu pada nama Islam mereka. Nama yang baik sedikit sebanyak akan mempengaruhi akhlak seseorang itu. Renunglah rakan-rakan dalam kelas kita. Bagaimana akhlak mereka dan cuba hubungkaitkan dengan nama sebenar dan juga nama panggilan mereka. Pasti ada sesuatu yang akan membuatkan anda tersengih, sekiranya anda dapat memahami perkara ini.

Teringat dialog begini lebih kurang bunyinya...

"tolong passing kertas ni kepada akak jem"

Aku menerima kertas yang dimaksudkan. Tercatat nama Nur Jamaliah di kertas.

"ini nama dia ke? mana dia"

"ya, nama dia. dia sedang berbual di meja AJK"

Aku memandang ke arah wanita yang dimaksudkan. Opss.. memang jem...

Nama Nur Jamaliah, cahaya kecantikan. Lekat nama Jem saja. Mengikut loghat Klate nyo, jem tu jeng... teruk, beghat... kalau rasa nama tu panjang sangat, panggil lah Nur ke, Jamaliah ke (Nama penuh lagi bagus). Malu sangat agaknya dengan nama Nur. Kalau dipanggil Nur, takut dicop baik, warak atau mungkin takut tak boleh pakai ketat-ketat. Kalau dipanggi Jamaliah takut diri perasan cantik. Jem pun jem laa. :D

Dalam kita membentuk identiti diri, kita memerlukan panduan yang sokongan daripada persekitaran. Jika hari ini kondisi persekitaran adalah tidak banyak membantu, maka kita perlu wujudkan persekitaran itu sekalipun persekitaran itu kecil dan tidak menyeluruh. Caranya adalah dengan berjemaah. Berkumpulan. Berorganisasi. Apabila kita bersama dengan rakan-rakan yang juga mahu membina identiti yang baik (baca = identiti Islam) dalam satu jemaah, kita sudah memulakan langkah membentuk suasana yang kondusif untuk pembinaan identiti diri. Anasir-anasir buruk yang masih ada, akan sedikit sebanyak tersejat keluar sekiranya kita benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam jemaah.

Lihatlah tokoh-tokoh Islam yang hebat. Mereka tidak hebat dengan bersendirian. Mereka tidak akan dapat menjadi icon kepada umat jika mereka tidak bersama-sama jemaah. Jadi, kita mesti yakin bahawa ALLAH akan bersama-sama dengan orang-orang yang berjamaah. Dalam solat sekalipun, kita disarankan solat berjamaah bagi mendapatkan solat yang berkualiti untuk diterima di sisi ALLAH.

Binalah identiti tersendiri yang berlandaskan Islam. Tidak perlu untuk terus berjubah dan berserban. Mulakan dengan langkah berpakaian yang menutup aurat, smart, bersih dan kemas. Bersikaplah dengan sikap tenang, sabar, pemaaf dan murah hati. Kuasasilah ilmu agama dan ilmu akademik. Tanamkan kesemua identiti ini dalam kumpulan usrah dan jemaah. Kembangkan seterusnya, dan sekiranya identiti anda popular, anda akan ditiru cara berpakaian anda. Anda akan ditiru cara berjalan, cara bercakap, cara berinteraksi dan sebagainya. Ketika itu, anda sudah mula menjadi icon mahasiswa, icon masyarakat dan icon umat. Selarilah pula dengan jolokan mahasiswa icon masyarakat, iaitu setiap perlakuan mahasiswa menjadi contoh ikutan masyarakat. Bukan sebaliknya, mahasiswa mudah terpengaruh dengan gejala buruk dari luar. Kita semua sudah tahu bahawa setiap perkara yang baik, akan menerima ganjaran pahala. Jika amalan baik kita menjadi ikutan, maka bergandalah ganjaran yang ALLAH janjikan.

Bagi membina identiti diri, kita perlulah mempunyai icon untuk kita contohi. Contoh agung adalah RasuluLLAH. Akan tetapi jarak baginda dengan kita terlalu jauh. Kita kecilkan skop. Icon TG Nik Aziz juga baik. Bagi kita selaku mahasiswa kampus kejuruteraan, atau disebut bakal engineer, rasa-rasanya DS Ir Mohd Nizar boleh menjadi icon kita. Beliau adalah engineer, menteri besar, imam solat, pemimpin peringkat kawasan dan sebagainya. Lihat bagaimana beliau mengurus masanya, mengurus diri dan kelaurga dan terkini beliau berdepan dengan ujian krisis undang-undang di Perak. Betapa teguhnya hati beliau dan hebatnya kesabaran beliau, beliau dapat menjalani ujian ini dengan tenang. Dan jemaah yang bersama-sama beliau memberi sokongan padu dalam membentuk beliau sebagai icon kita.

WaLLAHu a'lam...

Monday, February 23, 2009

Makkah to be turned into a smart city?

The series of pictures shows how the Muslim Holy City of Makkah will look like by 2010 when the massive construction project and reconstruction of its surroundings will be completed. It is a wonderful view and the pictures are simply awesome!

These pictures were took from World Future (2008). Now 2009.
See : Berita Harian Online [Perkasa Masjidil Haram]
See also : Makkah to be turned into a smart city







Friday, February 20, 2009

Rasa terbeban dengan bebanan kecil?

Dua-tiga hari ni, tiba-tiba saja banyak kerja yang perlu disiapkan muncul secara pukal. Perlu disiap segera. Sebab tu blog ni pun jadi slow. Dah 3 hari tak update (alasan!). Tak mengapa, sebab ini blog, aku yang punya... hehe .

Bercakap mengenai kerja/tugas yang perlu disiapkan ada kalanya membuatkan diri kita rasa terbeban. Kononnya lah. Selalunya sebagai mahasiswa, tugas akademiknya seolah-olah suatu beban yang mengehadkan aktivitinya yang lain - mungkin sesetengah orang sahaja.

Kepada mahasiswa ahli organisasi yang berjenama Islam, aneh sekali, beban akademik, tugasan, ujian, dan ulangkaji ini muncul ketika tugas organisasi/jemaah itu diberi kepadanya, ataupun ketika diajaknya ke program jemaah. Tidak pula kedengaran itu ini jika diajak ke program lain selain jemaah. Jika di ajak bermain bolak sepak, tidak pula disebut ada kerja yang perlu disiapkan. Aneh sekali apabila diajak ke majlis-majlis ilmu, majlis harakiah dan seumpamanya, maka silih bergantilah alasannya. Jika diajak mengikuti usrah, kelas-kelas nuqaba, kuliyah-kuliyah agama , akan ada saja alasan mahu mengelak.

Disangkanya alasan akademik itu sangat kukuh untuk dirinya mengelak. Kebijaksanaan yang dikurniakan kepadanya digunakan untuk mencipta alasan-alasan yang padanya dirasakan sangat kukuh untuk mengelak. Bukan dituju kepada sesiapa, tetapi diriku sendiri pun ada rasa macam tu. Dalam keadaan biasa, masa terluang tidak diguna sepenuhnya untuk tujuan akademik. Tetapi kerajinan untuk study itu tiba-tiba datang apabila ada kerja jemaah yang perlu dibuat.

Beban kerja, masalah dan sebagainya yang kita rasa menjadi beban dalam perjalanan hidup dalam kampus ini adalah perkara biasa. Memang tak boleh lari. Lepas selesai masalah ini, akan timbul masalah lain. Kalau kita lari sekalipun dari masalah di depan kita, kita tetap akan bertemu masalah lain pula. Hidup memang penuh dugaan. Tak mahu masalah, tak mahu dugaan, tak payah lah hidup. 

Tapi hakikatnya kita sudah hidup. Apabila sudah hidup, maka mati pun akan bermasalah jika kita tidak urus permasalahan kita dengan baik semasa hidup. Masalah, beban kerja dan sebagainya hanyalah sebagai tarbiyyah langsung dari ALLAH untuk mematangkan diri kita. Alam mahasiswa, dugaannya begini. Alam pekerjaan, dugaannya mungkin lebih hebat. Jadi hadapilah dugaan hari ini sebagai tarbiyyah untuk hadapi ujian seterusnya.

Ahli politik tidak terlepas dari ujian dan dugaan yang akan mematangkan mereka. Lihat sahaja isu-isu politik hari ini. Dari isu muzakarah, muqabalah, lompat parti, isu Perak, isu undang-undang, isu moral dan sebagainya semua ini akan mematangkan orang-orang politik, parti-parti politik dan rakyat keseluruhannya. 

Pejuang-pejuang bahasa hari ini sudah mula bangun menyatakan suara mereka membela bahasa ibunda secara berdepan. Sebelum ini isu bahasa sudah berlegar dalam percaturan politik negara, tetapi pejuang-pejuang bahasa tidak melibatkan diri secara tegas berdepan. Apabila dugaan demi dugaan diterima, akhirnya mereka 'matang' sedikit dan bangun berjuang. harap tidak terlewat.

Jadi contoh-contoh yang sedikit itu dapat memahamkan kita bahawa hidup ini tidak manis tanpa masalah dan ujian sebenarnya. manusia tidak akan matang tanpa ujian. Maka bagi penggerak-penggerak dakwah Islamiyyah, para pejuang Islam, para ahli gerakan Islam, sudah tentu ALLAH tidak membiarkan pejuang agama-Nya lambat matang atau tidak matang. Untuk meneruskan risalah para nabi yang mulia, maka pendokongnya perlu matang dan lulus setiap ujian. Barulah layak untuk meneruskan risalah suci dakwah para rasul.

Oleh itu, jika kita diamanahkan sesuatu yang kita rasa terbeban, maka ingatlah bahawa ALLAH tidak akan membebani kita dengan sesuatu melainkan apa yang kita mampu. Ya, kita mampu. Walau apa masalah yang timbul, ALLAH sudah setkan bahawa ujian itu kita mampu hadapi. Jadi usah mencipta alasan untuk mengelak.

p/s: Kerja jemaah tu kerja apa? Sudah tentu bukan kerja sorang-sorang.

Tuesday, February 17, 2009

Dua kambing membela ulama...?

Senyum kambing hari ini (Utusan Malaysia Selasa 17 Feb 2009)

Hina ulama? Cerca ulama?
Jom tengok siapa cerca ulama, hina Islam

Jom flashback...

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? 

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993) " Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.


MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Almarhum Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.


SIAPA YANG MENARIK BANTUAN PERKAPITA KE SEKOLAH AGAMA RAKYAT?

Bukankah tindakan ini menyekat perkembangan ilmu agama dan menyekat kelahiran ulama masa depan? Siapa yang membela ulama, dan siapa pula yang menghalangi para ulama. Fikir-fikirkan.



Tuesday, February 10, 2009

Kisah raja dengan ikan specialnya...

Suatu hari, seorang raja dalam sebuah negeri keluar bersiar-siar bersama para pembesarnya untuk melihat kehidupan rakyatnya. Mungkin kerana dia mahu dianggap raja berjiwa rakyat, maka dia dan para pembesarnya melawat kawasan pedalaman dalam negerinya itu. Raja itu dikhabarkan oleh para pembesarnya bahawa rakyat negeri itu sangat menyayangi rajanya.

Apabila sampai di sebatang sungai, didapatinya seorang lelaki miskin yang sedang mengail ikan. Dari jauh raja dan para pembesarnya itu memerhati lelaki si pengail ikan itu. Tidak lama selepas itu, kelihatan lelaki itu berjaya mendapat seekor ikan yang besar dan jarang sekali dijumpai. Alangkah gembiranya si lelaki itu, kerana dengan ikan yang besar itu, dapatlah dia berama isteri dan tiga anaknya menikmati rezeki yang lebih pada hari itu. Selalunya, setiap petang dia akan pulang dengan kehampaan kerana hasil tangkapan tiada atau kadang-kadang cukup untuk sekali makan sahaja.

Sedang si pengail itu gembira dan mengucap syukur kepada ALLAH kerana memberi rezeki kepadanya, datanglah rombongan raja negeri itu kepadanya. Sang raja itu amat berminat dengan ikan yang jarang sekali ditemui itu. Lalu raja menitahkan agar ikan itu diserahkan kepadanya. Si pengail miskin itu menolak permintaan rajanya kerana ikan itu adalah rezeki untuk ahli keluarganya makan setelah sepetang berusaha mengail. Raja itu terkejut dengan tindakan pengail itu menolak permintaannya. Sangkaannya, pengail itu akan menyerahkan ikan itu sebagai tanda sayang kepada rajanya. Pantang melihat rakyat menderhaka kepadanya lalu sang raja menitahkan pengawalnya untuk merampas ikan itu daripada pengail miskin itu sebagai balasan menderhaka raja.

Maka pulanglah si pengail itu dalam keadaan hampa. Dia menceritakan peristiwa malang itu kepada isteri dan anak-anaknya. Mereka sekeluarga terpaksa berlapar pada malam itu.

Berbalik kepada cerita sang raja yang membawa balik ikan istimewa itu ke istana. Lalu sang raja menyuruh tukang masak istana menyediakan masakan istimewa daripada ikan tersebut. Maka diperlakukanlah tukang masak itu seperti yang diperintahkan rajanya.

Setibanya waktu santapan malam, raja dan ahli keluarga dirajanya berkumpul dan makan bersama-sama. Ikan istimewa itu siap terhidang sebagai masakan yang paling disukai raja. baru sahaja raja itu mencubit ikan tersebut, jarinya tercucuk dek tulang ikan tersebut. Cepat-cepat raja itu menghisap jarinya yang sakit itu.

Kemudian dicubanya mencubit untuk kali kedua, sekali lagi dia tercucuk oleh tulang ikan tersebut. Cucukan kali keduanya sangat berbisa. Jari raja menjadi sakit seperti disengat binatang berbisa, sehingga dia hilang selera makan malam itu.

Masa terus berlalu. Malam sudah mahu menjengah pagi. Kesakitan pada jari raja itu sudah melarat hingga ke tangannya. Semalaman dia tidak dapat tidur keranan menahan sakit. Akibat tidak tahan dengan kesakitan yang sudah merebak, raja itu menitahkan tabib-tabib diraja untuk mengubatinya. Malangnya semua tabib tersebut gagal mengenalpasti puncanya, kerana ikan tersebut bukanlah ikan yang beracun. Tiada dalam ilmu tabib-tabib itu cara untuk menyembuhkan penyakit raja yang tidak diketahui puncanya.

Raja itu tidak berputus asa. Dia menitahkan sesiapa yang dapat menyembuhkan penyakit anehnya itu, maka dia akan mengganjarinya dengan sesuatu. Maka berduyunlah tabib-tabib dalam negeri mencuba nasib. Namun tiada sesiapa pun mampu menyembuhkannya, sehingga kesakitan itu sudah merebak hingga ke pergelangan tangan.

Raja semakin cemas dan tidak senang duduk. Dia terseksa kesakitan. Tabib demi tabib berusaha mengubatinya, namun semuanya gagal. Sehinggalah penyakit itu sudah hampir ke paras sikunya, seorang daripada rakyatnya membawa seorang ulama yang dikatakan mampu merawatnya. Raja itu gembira mendengar perkhabaran itu dan berjanji akan memberi ganjaran yang lumayan kepada ulama itu sekiranya berjaya menyembuhkan penyakitnya.

Malangnya, ulama itu memberitahu raja itu bahawa, penderitaan raja itu bukanlah penyakit biasa yang dapat disembuhkan. Raja harus memotong tangannya agar penyakit itu tidak merebak menjadi lebih parah.

Mendengar penjelasan ulama itu, raja bersetuju untuk tangannya dipotong. Maka terpotonglah tangan raja itu dengan selamatnya.

Kemudian raja itu bertanya tentang penyakitnya itu kepada ulama tersebut.

"Dari manaka tuanku mendapatkan ikan tersebut" tanya ulama itu kepada Raja.
"dari seorang pengail ikan yang miskin" Raja itu menceritakan cara dia mendapatkan ikan tersebut.

"Kalau begitu, panggillah pengail ikan itu ke sini sekarang juga" ulama itu memberitahu raja.

Lalu raja menitahkan wakilnya memanggil pengail itu ke istana.

Apabila pengail itu masuk mengadap raja, pengail itu sedikit terkejut melihat tangan raja sudah terpotong.

"SubhanaLLAH" spontan bibirnya bertasbih kepada ALLAH.

"wahai pengail yang mulia, apakah yang telah engkau lakukan sehingga Rajamu dipotong tangannya?" ulama itu bertanya kepada pengail.

Pengail itu terdiam seketika dan kemudian bersuara.

" Aku tidak berbuat apa-apa kepada tuanku. Setelah ikan itu dirampas oleh tuanku, aku pulang ke rumah dalam keadaan hampa. Aku berduka-cita dengan apa yang berlaku. Sekiranya pencuri mencuri ikan ku, akan ku adu kepada Rajaku. tetapi apalah daya aku jika raja yang mencuri ikanku, melainkan sepajang malam aku menangis mengadu kepada Tuhanku ALLAH yang Maha mendengar pengaduan hamba-hamba-Nya yang mengadu..."

Mendengar begitu, raja itu tunduk dan menyesali perbuatannya yang menzalimi rakyatnya sendiri. Ulama itu memberitahu raja itu bahawa penyakit itu bukanlah penyakit biasa, tetapi adalah doa orang-orang yang dizalimi, yang tiada sekatan antaranya dengan ALLAH. Berwaspadalah dengan doa orang yang dizalimi.

Hadis riwayat Muaz ra., RasuluLLAH bersabda :
"...Dan takutlah engkau dari doa orang yang dizalimi, kerana doa itu tidak
ada sekatan dengan Allah Taala." (Shahih Muslim No.27)


Monday, February 9, 2009

Mari baling kasut!

Haaa... mai ramai-ramai pakat cuba.
Maaf kepada yang tak suka. Ini adalah hiburan semata-mata.
Lepas cuba, tinggalkan komen sikit... hehehe.
[Jika browser anda tak support Adobe Flash, silalah guna browser lain]

Saturday, February 7, 2009

Kisah Raja Zalim dan Raja Adil

RasuluLLAH pernah menceritakan suatu kisah.

Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasai kezaliman yang dilakukannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa ketika ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun dipaksanya juga semua orang untuk mencari ikan tersebut. Aneh dan ajaib.... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemui . Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Pada lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal dengan keadilan dan kebijakasanaannya. Ia sangat disayangi oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang adil dan bijaksana itu jatuh sakit. Kesimpulan para tabib itu sama dengan tabib raja zalim tadinya, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Mereka sangat yakin raja kesayangan mereka akan segera pulih kembali.

Akan tetapi, lain pula yang terjadi. Ikan yang sepatutnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun kelihatan..! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para penyelamnya, namun ikan itu tidak ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat...

Dikisahkan pula bahawa para malaikat pun hairan dengan dua kejadian tersebut. Akhirnya mereka menghadap ALLAH dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apakah sebabnya Engkau menghantar ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat;

manakala pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"

Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku nanti, tidak ada lagi apa-apa kebaikan sedikitpun (yang belum mendapat ganjaran) yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan dia pada neraka yang paling bawah !

Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya , kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pengajaran dari kisah ini.

Pertama:
Ada kesalahan yang hukumannya ditunaikan secara langsung oleh ALLAH di dunia ini juga; sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak menjadi hutang kepada-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Kedua:
Apabila kita tidak pernah ditimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan ALLAH sedang 'menghabiskan' tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrawi.

Ketiga:
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu disebabkan orang itu telah membuat kesilapan. Keyakinan ini akan mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk kepadanya , bahkan membuatkan kita ingin membantu meringankan penderitaannya.

Keempat:
Raja yang baik itu pernah membuat kesalahan kepada ALLAH, maka ALLAH melaksanakan urusan-Nya untuk mengampuni Raja itu. Akan tetapi, Raja yang zalim itu, adalah menzalimi rakyatnya. Maka dosanya tidak diampunkan ALLAH, melainkan setiap rakyatnya memaafkannya.


Kelima:
Siapa yang tahu maksud ALLAH? ALLAH Maha Bijaksana dalam setiap urusan-Nya.

Mai pakat ambik poster '3 wira' BN Perak....

Tok guru pernah sebut;

”kalau orang nak bagi nampak dadah itu jijik, orang sebut NAJIS DADAH. Hari ini, Ambo nak bagi nampak rasuah tu jijik, hamba sebut TAHI RASUAH.. bermakna, kalau beli kereta dengan duit rasuah, KERETA TAHI. Kalau beli rumah dengan duit rasuah, RUMAH TAHI. Kalau menang pilihanraya dengan rasuah, YB TAHI





















Friday, February 6, 2009

Gambar-gambar sekitar Masjid Ubudiyyah

Sekitar Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar.
Selepas solat Jumaat ( 6 Feb 2009 )






Haa... kan dah kena gas pemedih mata.

Budak sekolah pun turut serta

Ustaah Nuridah pun ada

Mamat FRU yang setia berdiri menunggu arahan

Laa... rupanya mamat-mamat FRU pun pedih mata juga ke..?

Mamat-mamat FRU sangat kuat... mereka mampu menjatuhkan motosikal!

Polis trafik pun tak terkecuali terkena penangan gas pemedih mata. Encik polis berbaju gelap dalam gambar ni yang bagi aku makan garam. "Dik... nah makan garam" "Terima kasih...". Oh..rupanya garam itu masin!

Ni Siapa? Aku tak kenal... kerabat di Raja kut?


Haa... siap tutup muka dengan surat khabar... siapa tu? Malu ke?

Mereka ini menyekat kereta-kereta VVIP...

Walau sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku di Perak,
mereka tetap mengingati saudara di Palestin...


Masjid diserang... tapi bukan di Palestin. Ni di Perak je.



Bom ke apa tu? C4?
Antara ciri-ciri keselamatan FRU... kerana takutkan mati (?)


Seoang yang mendakwa dirinya Ajk Pas Perak berucap atas trak FRU


Mahasiswa pun ada...


"Anak-anak muda sekalian, lebih baik bersurai...nanti polis tangkap" - nasihat Encik Polis ini


Akhirnya, lepas habis berdemonstrasi, mereka pun menjamu selera...

Sokongan Rakyat nampaknya masih baik kepada Pakatan Rakyat. Cuma, para pemimpin PR jangan terlalu gopoh apabila berdepan dengan pihak Istana.



Ũ