© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, February 24, 2009

Mahasiswa perlu bina identiti ke arah membentuk icon yang baik

Berita Harian hari ini terpapar tajuk 90 Aduan rasuah politik babit pemimpin Umno.

Pasti majoriti umat manusia tidak terkejut dengan berita ini, kerana sudah sebati gelaja rasuah itu dalam organisasi bernama Umno. Hatta orang Umno, pemimpin Umno dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Umno sekalipun, pasti tidak terkejut. Kerana rasuah sudah menjadi identiti Umno.

Lain pula kalau begini beritanya

"90 Aduan rasuah politik babit pemimpin PAS"
"Mahkamah mendapati Nik Aziz terbabit rasuah"

Pasti ramai terkejut dan tidak percaya. Memang tidak boleh diterima, kerana selama ini PAS membawa imej bersih dari gejala rasuah. Identiti PAS bukan rasuah. PAS membawa identiti Islamik. Manakala TG Nik Aziz bukan sekadar membawa identiti bebas rasuah, Islamik, bahkan beliau menjadi icon individu dan pemimpin yang bersih.

Posting kali ini bukan untuk ulas isu politik yang disebutkan di atas, tetapi untuk membawa kita renung bersama berkenaan dengan identiti masyarakat kita pada hari ini, terutama warga kampus, mahasiswa USM sekalian.

Bagaimana dengan identiti yang kita bawa sekarang? Apakah bentuk imej dan keperibadian kita yang kita tonjolkan sekarang? Samada sedar ataupun tidak, rata-rata masyarakat kita, termasuk mahasiswa juga, tidak membawa identiti sendiri , apatah lagi menjadi icon yang baik.

Identiti yang baik merangkumi imej penampilan diri yang baik, cara pemakaian yang baik, akhlak dan moral yang tinggi, keintelektualan, cara berkomunikasi dan sebagainya. Sudah tentu semua aspek pembinaan identiti yang baik sukar diperoleh daripada mana-mana kursus atau seminar. Jikapun dapat menunjukkan identiti yang baik melalui cara berpakaian, belum tentu akhlak dan moral baik. Begitulah seterusnya, melainkan Islam adalah satu-satu nya pakej yang boleh membentuk identiti yang baik merangkumi semua aspek yang disebutkan.

Islam mengajar erti akhlak dan moral secara terperinci dan berkiblatkan tauhid kepada ALLAH, yang tidak ada pada agama-agama ciptaan manusia, tidak ada pada ideologi-ideologi dan juga fahaman-fahaman yang direka-reka manusia.

Islam juga mengajar umatnya membentuk identiti berpakaian yang baik dan lulus piawaiannya untuk kehidupan yang harmoni di dunia. Piawaian berpakaian dalam Islam adalah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna - dengan memberi kebebasan untuk manusia berfesyen mengikut kehendak masing-masing, asalkan piawaian menutup aurat dengan sempurna itu tidak dilanggari.

Islam juga mengajar umatnya kaedah berkomunikasi, cara berinteraksi sesama manusia, sikap terhadap ibubapa dan orang-orang tua, pembudayaan ilmu dan intelektual, mengajar erti kesabaran dan kesungguhan dan banyak lagi aspek-aspek yang jika seseorang itu berjaya keseluruhannya, dia akan menjadi icon yang baik.

Cuba kita renung diri kita, apakah identiti kita adalah identiti Islam? Atau berapa peratuskah kita mengimplementasi imej Islam dalam pembinaan identiti kita? Atau kita tidak pernah cakna apa perlunya bersusah payah menentukan identiti diri? Kita dapat lihat hari ini, masyarakat kita lebih mengagungkan identiti Barat. Lihatlah pakaian kita, akhlak kita, cara pergaulan kita, cara pemerintahan kita, dan sebagainya, semuanya berkiblatkan Barat. Semuanya kita tiru acuan Barat, walaupun kita yakin bahawa Barat membawa identiti yang merosakkan umat manusia.

Bukan sahaja masyarakat kita, termasuk mahasiswa berbangga dengan identiti Barat, malah malu pula untuk menonjolkan identiti Islam, yang kita yakini. Lihatlah jika berjubah dan berserban di pusat-pusat bandar, akan dipandang pelik oleh manusia berbading mamat-mamat yang memakai jeans koyak rabak. Hatta, nama sekalipun, umat kita malu untuk emnonjolkan identiti Islam.

Umat Islam hari ini malu untuk menjunjung identiti Islam tu sendiri. Misalnya kita tengok, orang yang bernama Muhammad, suka dipanggil Matt. Syazwan, Syazzy. Zaidi, Jedi. Syakirin, Shark (mak oii ganas). Aminah, Amy dan Khatijah, Kate. Kalau Melur? Mungkin Melly. Tapi kalau nama Melur tu salah ibu mengandung lah kot. Nama klasik sangat. Hahaha. Apa-apapun, apabila kita sebut nama Melly ,yang kita nampak, gadis KL, baju ketat, jalan gelek 180º, lepak dengan member-member ditepi-tepi longkang pasaraya. Melur? Gadis kampung, sopan-santun, jalan tunduk, gigit jari. Huhu...

Ungkapan yang mengatakan umat Islam hari ini hanya tinggal Islamnya pada nama, seperti sudah tidak benar. Mereka malu pada nama Islam mereka. Nama yang baik sedikit sebanyak akan mempengaruhi akhlak seseorang itu. Renunglah rakan-rakan dalam kelas kita. Bagaimana akhlak mereka dan cuba hubungkaitkan dengan nama sebenar dan juga nama panggilan mereka. Pasti ada sesuatu yang akan membuatkan anda tersengih, sekiranya anda dapat memahami perkara ini.

Teringat dialog begini lebih kurang bunyinya...

"tolong passing kertas ni kepada akak jem"

Aku menerima kertas yang dimaksudkan. Tercatat nama Nur Jamaliah di kertas.

"ini nama dia ke? mana dia"

"ya, nama dia. dia sedang berbual di meja AJK"

Aku memandang ke arah wanita yang dimaksudkan. Opss.. memang jem...

Nama Nur Jamaliah, cahaya kecantikan. Lekat nama Jem saja. Mengikut loghat Klate nyo, jem tu jeng... teruk, beghat... kalau rasa nama tu panjang sangat, panggil lah Nur ke, Jamaliah ke (Nama penuh lagi bagus). Malu sangat agaknya dengan nama Nur. Kalau dipanggil Nur, takut dicop baik, warak atau mungkin takut tak boleh pakai ketat-ketat. Kalau dipanggi Jamaliah takut diri perasan cantik. Jem pun jem laa. :D

Dalam kita membentuk identiti diri, kita memerlukan panduan yang sokongan daripada persekitaran. Jika hari ini kondisi persekitaran adalah tidak banyak membantu, maka kita perlu wujudkan persekitaran itu sekalipun persekitaran itu kecil dan tidak menyeluruh. Caranya adalah dengan berjemaah. Berkumpulan. Berorganisasi. Apabila kita bersama dengan rakan-rakan yang juga mahu membina identiti yang baik (baca = identiti Islam) dalam satu jemaah, kita sudah memulakan langkah membentuk suasana yang kondusif untuk pembinaan identiti diri. Anasir-anasir buruk yang masih ada, akan sedikit sebanyak tersejat keluar sekiranya kita benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam jemaah.

Lihatlah tokoh-tokoh Islam yang hebat. Mereka tidak hebat dengan bersendirian. Mereka tidak akan dapat menjadi icon kepada umat jika mereka tidak bersama-sama jemaah. Jadi, kita mesti yakin bahawa ALLAH akan bersama-sama dengan orang-orang yang berjamaah. Dalam solat sekalipun, kita disarankan solat berjamaah bagi mendapatkan solat yang berkualiti untuk diterima di sisi ALLAH.

Binalah identiti tersendiri yang berlandaskan Islam. Tidak perlu untuk terus berjubah dan berserban. Mulakan dengan langkah berpakaian yang menutup aurat, smart, bersih dan kemas. Bersikaplah dengan sikap tenang, sabar, pemaaf dan murah hati. Kuasasilah ilmu agama dan ilmu akademik. Tanamkan kesemua identiti ini dalam kumpulan usrah dan jemaah. Kembangkan seterusnya, dan sekiranya identiti anda popular, anda akan ditiru cara berpakaian anda. Anda akan ditiru cara berjalan, cara bercakap, cara berinteraksi dan sebagainya. Ketika itu, anda sudah mula menjadi icon mahasiswa, icon masyarakat dan icon umat. Selarilah pula dengan jolokan mahasiswa icon masyarakat, iaitu setiap perlakuan mahasiswa menjadi contoh ikutan masyarakat. Bukan sebaliknya, mahasiswa mudah terpengaruh dengan gejala buruk dari luar. Kita semua sudah tahu bahawa setiap perkara yang baik, akan menerima ganjaran pahala. Jika amalan baik kita menjadi ikutan, maka bergandalah ganjaran yang ALLAH janjikan.

Bagi membina identiti diri, kita perlulah mempunyai icon untuk kita contohi. Contoh agung adalah RasuluLLAH. Akan tetapi jarak baginda dengan kita terlalu jauh. Kita kecilkan skop. Icon TG Nik Aziz juga baik. Bagi kita selaku mahasiswa kampus kejuruteraan, atau disebut bakal engineer, rasa-rasanya DS Ir Mohd Nizar boleh menjadi icon kita. Beliau adalah engineer, menteri besar, imam solat, pemimpin peringkat kawasan dan sebagainya. Lihat bagaimana beliau mengurus masanya, mengurus diri dan kelaurga dan terkini beliau berdepan dengan ujian krisis undang-undang di Perak. Betapa teguhnya hati beliau dan hebatnya kesabaran beliau, beliau dapat menjalani ujian ini dengan tenang. Dan jemaah yang bersama-sama beliau memberi sokongan padu dalam membentuk beliau sebagai icon kita.

WaLLAHu a'lam...

2 comments:

Anonymous said...

waaaaa luasnya makcik umno tu buka mulut. mau makan apa tuuu

Anonymous said...

setakat tulis blog boleh le. mu tu dah tonjolkn identiti islam ke? jgn cakap sj.

Ũ