© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, April 9, 2010

Hijau Kuning the legend...


Abaikan sekejap cerita biru dan hijau. Kita jeling sikit dengan berita Hijau Kuning... Final Piala FA. Kedah vs Nogori. Maaflah orang Nogori. Den bias Kedah sikit entry ni. Bukan asobiyyah. Hehehe....

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah meramalkan skuad "Hijau Kuning" mampu menjulang Piala FA apabila menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

Beliau, yang kini membimbing skuad bawah 21 tahun kebangsaan atau Harimau Muda A pada liga di Slovakia, berkata, walaupun Kedah dibarisi ramai pemain muda, ia bukan penghalang.

"Pemain muda ini sebenarnya mempunyai pengalaman bermain di peringkat yang lebih tinggi berbanding lawan, seperti Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) serta beberapa perlawanan akhir," katanya semalam. Baca lagi...

Ok... itu ramalan bekas Jurulatih Kedah, Azraai Khor, yang pernah membimbing pasukan Hijau Kuning hingga digelar Juara Treble berganda. Pasukan Kedah pernah dianggap hanya bergantung kepada kehebatan ayam-ayam tambatan import. Selepas FAM tak benarkan semua pasukan menggunakan khidmat pemain import, prestasi Kedah dilihat merosot seolah-olah membenarkan anggapan-anggapan sebelumnya. Sehinggakan prestasi permulaan pengurusan dan jurulatih baru turut dipertikai sesetengah pihak. Dan, kemaraan ke perlawanan akhir malam esok membuktikan anggapan-anggapan tersebut meleset. Menang atau kalah, pastinya Kedah akan terus diwaspadai oleh pasukan-pasukan lawan sebagai lagenda juara treble berganda (caishh... pandai-pandai label sendiri).

Ok... siap satu bab mengipas pasukan Kenari. Masuk pulak bab ramalan. Ramalan sana, ramalan sini. Seseorang hanya boleh meramal, dan tidak mampu menjamin sesuatu yang belum berlaku itu akan berlaku. Biasalah, kita semua manusia yang lemah. Ramal tiada masalah. Cuma beriman dengan ramalan sahaja yang sebenarnya bermasalah. Bunyi saja ramalan yang menyebelahi pasukan sendiri, mula lah syok dan rasa macam confirm menang. Apatah lagi kalau ramalan itu diutarakan oleh figure yang pernah 'berjaya' dalam ramalannya. Awas... ketika itu iblis akan mencucuk jarumnya yang boleh mencarikkan aqidah kita. Statement ini hanya sekadar peringatan. Rasanya peminat dan penyokong pasukan Kedah ke, N9 ke... takda lah sampai beriman dengan ramalan.

Oh ya... sape agaknya akan menang? Tanya orang Kedah, mesti depa nak Kedah memang. Ramalan pon musti hala ka menang. tanya orang nogori, mesti nak jang monang. Ramalan pun nogori laa yang monang jo... atas kertas nampak macam ___________. atas padang kita tunggu tengok jaa.

Settle bab ramalan. Kita intai pula bab cakap besar. Haa... yang ni ramai yang tak mampu control. Bila dah fanatik terlebih, cakap-cakap besar kedengaran. Lebih malang, bukan setakat cakap besar kelebihan sendiri, tetapi turut merendah-rendah pihak lain. Walaupun sekadar nak bagi motivasi kepada pemain, tapi awas. You are being watched! Sombong, angkuh, berlagak.... semua tu memang tak best dipandang. Tak kira pemain, coach, pengurus pasukan, presiden atau penyokong, elaklah dari beramal dengan sifat-sifat mazmumah tu. Sesuai dengan pembawaan kerajaan negeri yang diperintah oleh Ustaz, presiden KFA pun Ustaz, dalam pemain pun ada 'ustaz', insyaALLAH, pasukan Kenari tetap akan merendah diri sekalipun berjaya terbang tinggi.

Takat tu laa dulu. Kita tengok saja laa.... nak main tak reti. Ambo takat jadi coach bulih laa... hehehe. Bola-bola jugak. Yang pi stadium tu ingat-ingat ALLAH selalu. Takut stadium runtuh, tak dan buat apa... Solat maghrib dan isya jangan tersengaja lupa pulak. Solat jama' boleh ke? Tujuan tengok bola...?? haaa... pi tanya ustaz Azhar Idrus.... :D

Ini Presiden bola Kedah
bawah ni Presiden bola Nogori...


WaLLAHu a'lam...

Tuesday, April 6, 2010

Sembang: Cerita Biru dan Hijau

Lama tak merapu kat blog ni...

al-maklumlah, macam-macam komitmen kebelakangan ini...
Kerja-kerja di makmal fizikal dan review paper ni pun dah buat sel-sel kepala otak bangun dari tidor... donia...donia...

Hari ni takda isu penting yang nak digoreng. Bukan takda isu, tapi takda idea nak ulas... agaknya akibat asyik duk baca pasal carbon nanotube kot... Cuma nak sembang merapu sikit dalam entry kali ni.

Pagi-pagi lagi aku masuk bengkel school bahan, ambik sampel yang dicalcine semalaman. Kemudian ku timbang dan masukkan dalam plastik. Sebelum tu sudah 3 sampel yang dah dicalcine.

Sementara menunggu laptop on, aku membelek-belek setiap sampel berbentuk serbuk itu. Hmm... 3 sampel berwarna sama. satu sampel sahaja agak berbeza warnanya. Satu hijau kekuning-kuningan. Satu lagi biru keputin-putihan. Lalu aku terfikir, aishh... betul ka itu sebutan warna bagi sample-sample tu? Yellowish green? Blueish white? Teal blue? Green-green yellow?

Haa sudah... takkan nak bubuh nama-nama pelik tu dalam thesis nanti. Kalau kata green, nanti disalah faham green macam daun kayu pulak, walhal warna sample itu tidak begitu. Yellowish gree pun macam tak sesuai. Kalau biru pula, nanti orang pikir biru macam bendera dacing. Biru muda? nanti orang kata biru bendera PKR pulak. Bukan begitu warnanya...

Laptop sudah pun ready. Maka aku mendapat idea, guna wikipedia, cari info nama warna sampel-sampel. Cari punya cari , klik sana-sini akhirnya sampai ke sini juga...:

Green in Islam

.... Green is considered the traditional color of Islam. This is for several reasons. In the Quran, sura Al-Insan, believers in God in Paradise wear fine green silk. Also, Al-Khidr (“The Green One”), is a Qur’anic figure who met and traveled with Moses. The flag of Hamas, as well as the flag of Iran, is green, symbolizing their Islamist ideology.... baca lagi...

kemudian klik lagi satu link...:

Blue in Judaism

....In the Torah, the Israelites were commanded to put fringes, tzitzit, on the corners of their garments, and to weave within these fringes a “twisted thread of blue (tekhelet).”[2] The oral law requires that this blue thread be made from a dye extracted from a sea creature known as the hilazon. Maimonides claimed that this blue was the color of “the clear noonday sky”; Rashi, the color of the evening sky.... baca lagi...

Wahh... ke situ pulak warna sample aku.

Terfikir pulak, ada orang suka warna hijau, ada juga orang suka warna biru. Tak jadi masalah. warna-warna tu semua adalah ciptaan ALLAH, untuk kita hayati dan akhirnya membawa kepada mengakui kehebatan ALLAH.

Tapi, apabila sesuatu warna itu menjadi simbol kepada seseuatu organisasi besar, pasti adan makna tersirat disebalik kenapa warna itu dipilih. Kenapa hijau itu disinonimkan dengan Islam? Ya, banyak perkara yang kita tahu mengenai firman-firman ALLAH dalam al-Quran mengenai kaitan dengan warna hijau.

Biru? Menurut wikipedia, biru adalah warna kegemaran dan simbol kepada Judaism, Yahudi dan Israel. Lihatlah warna biru pada bendera Israel. Mesti tiada hijau. habya biru dan putih. Lihat warna bendera Amerika, pasti ada biru, tiada hijau. Perkaitan antara Amerika dan Israel, siapa mahu sangkal? Bendera Britain, merah dan biru. Siapa dapat katakan Britain tiada hubungan dengan Israel?

Lihat pula filem-filem Hollywood. Kebanyakannya kebiruan, terutama filem-filem hasil karya James Cameroon, pengarah filem genius anak didik Freemason-Illuminati, yang tugasnya menyerang minda umat manusia melalui filem-filem office of the box. terbaru Avatar. kenapa imaginasi yang diterapkan kepada penonton bahawa makhluk seperti kera berwarna biru itu adalah hero, bukan 'spesies' manusia? Kenapa biru?


...Speaking of blue, one of the primary colors of the Order of the Eastern Star is the color blue and this color is literally painted all over Avatar. The color represents the first three degrees of Freemasonry, known as the blue degrees and also signifies the ruling bloodline. This color is clearly seen throughout Cameron’s work, whether as a writer, director or producer..... baca sini (Avatar: Second Mega Plot)

.... The symbolism around the All-Seeing Eye, Pentagram, and the color Blue are obviously a reference to Sirius. As Above, So Below. According to Wikipedia, Sirius has an apparent magnitude of 1.46 and is considered as the brightest star in the night sky, nearly twice as second brightest star, Canopus, and can be seen from nearly every inhabited region of the Earth’s surface, and is described by several researchers as “sea blue.” with several traditions describing it as the blue star. The Pentagram is often interpreted as a cross in many cultures, such as Greece, Rome and Babylon; similar to how the cross is revered in the Christian faith. This cross is also found within the Order of the Eastern Star symbol as well as the pentagon, and crown symbols. Could this be the message? Baca di sini kalau rajin....

Haa... macam tu kaa relation warna biru dengan Israel, Freemason dan Illuminati? Tu sikit saja baru.

Hmm... Facebook pon biru... apa maknanya?

Dan... bendera negara kita yang kita kata negara Islam, apa pasal takda warna hijau? Akibat dijajah kaa? Eh.. Pakistan, Afghanistan, Libya, dll ... pun pernah dijajah, tapi benderanya ada juga sikit warna hijau.

Menurut pendedahan Dato Seri Anwar, APCO ada campurtangan dalam agenda 1Malaysia. Israel juga pernah pakai 1Israel. Parti apa yang pakai warna biru? Ada kaitan ke?

Ops... jauh pulak perginya. Warna sampel pun tak boleh nak tentukan, merepek pulak. Setakat tu saja merapu pagi-pagi ni. Saja nak release stress-strain sikit. Jangan ambil hati laa yer... Kalau ada baju biru, jangan bakar pulak. Entry ini hanya sembang-sembang sahaja. Guna akal yang waras dalam setiap tindakan, berpandukan petunjuk yang benar, insyaALLAH, kita akan berada dipihak yang benar.

WaLLAHU a'lam...


Friday, April 2, 2010

USM Temui Kaedah Beza Daging Ayam dan Babi

Pulau Pinang, 1 April - Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Azhar Mat Easa bersama-sama rakan penyelidiknya, Tan Thuan Chew dan Dr. Abbas F.M Alkarkhi berjaya menemui kaedah untuk mengenal pasti perbezaan antara daging segar dan daging cincang ayam dengan babi.

Kaedah ini yang menggunakan pendekatan tindak balas Maillard atau reaksi warna perang bukan enzim yang terhasil semasa memasak makanan khususnya melalui pemanasan.

Tindakbalas Maillard telah ditemui pada tahun 1912 oleh seorang ahli sains Perancis yang tidak pernah dimanfaatkan untuk tujuan membezakan daging.

“Kami menggunakan tindak balas ini dengan menggunakan gula ribose (ribose) semasa pemanasan dan menggunakan alat spectrophotometer untuk menentukan warna pigmen terhasil. Masa pemanasan dan analis mengambil kira-kira dua jam untuk melihat perbezaan antara daging ayam dengan daging babi,” kata Prof. Azhar dalam sidang media yang diadakan di sini.

Prof. Azhar juga adalah Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Penyelidikan di Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

Menurut Prof. Azhar, perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam perbandingan kadar penyerapan (absorbance) pada 420nm untuk ekstrak Maillard menggunakan air terhadap sampel ayam dan daging babi yang dipanaskan dengan menggunakan 10% gula ribosa dari berat keseluruhannya pada 95 darjah celcius

Lagi lama pemanasan dilakukan, lebih tinggi kadar penyerapan direkodkan pada skala antara 0.21 hingga 0.25 berbanding dengan daging babi yang mempunyai skala jauh lebih rendah antara 0.12 hingga 0.144.

Menurut Prof. Azhar, kaedah baru ini telah difailkan untuk paten yang merupakan satu-satunya yang ada pada masa ini di dunia yang boleh dimanfaatkan bagi mengatasi keraguan terhadap tahap halal daging terutamanya kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Kos untuk membeli mesin spectrophotometer ialah sekitar RM25,000 manakala “PC Indicator” (ribose) yang digunakan untuk membuat uji kaji ke atas daging ini hanyalah sekitar RM15.00 untuk setiap botol yang mengandungi sebanyak 4 g.

“Dengan kos operasi yang rendah, kawalan mutu halal untuk mengesahkan jenis daging yang digunakan dapat dilakukan setiap hari,” kata Prof. Azhar.

Sebelum ini terdapat banyak kaedah lain yang digunakan bagi menguji perbezaan daging halal antaranya ialah electrophoresis, liquid chromatography, DNA polymerase chain reaction (PCR) dan lain-lain lagi yang biasanya agak kompleks, tinggi harganya, memerlukan kemahiran tertentu untuk mengendalikannya dan tidak mudah untuk digunakan terutamanya bagi mereka yang mengendalikan IKS.

“Kami menghasilkan kaedah baru ini berdasarkan pemerhatian masalah-masalah yang timbul dalam industri yang berkaitan dengan perbezaan antara daging ayam dengan babi yang pernah berlaku, sama ada apabila daging babi diletakkan tanda halal di negara jiran yang menimbulkan keraguan mahu pun timbulnya masalah mengenalpasti atau membezakan antara daging ayam dengan babi di dalam negara ini terutamanya untuk daging yang diimport dari luar negara,” jelas Prof. Azhar.

Tambahnya lagi, kaedah ini juga berguna untuk membezakan antara serbuk gelatin babi dengan lembu serta boleh digunakan dalam indusrri makanan yang menggunakan daging serta industri daging beku.

Penyelidikan yang bertajuk “Characterization of chicken and pork meat protein using the Maillard reaction: towards the development of a rapid method of species differentiation and confirmation” melalui dana eScience Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM180,000 sejak Oktober 2008.


Dipetik dari Web Rasmi USM

p/s: Dah jumpa cara, lepas ni buat research pulak untuk dapatkan cara beza ayam dan babi paling mudah dan murah. Takkan pengguna khasnya umat Islam nak kena beli mesin RM25000.00... baik bela ayam kampung saja. Apapun, tahniah kepada para penyelidik USM... :)

Thursday, April 1, 2010

Matangkah Rakyat Berpolitik?

Pasca PRU12 8 Mac 2008 yang lalu, rata-rata pemerhati politik, dan pemimpin parti-parti politik menyifatkan landskap politik negara sudah berubah. Ada yang mengakui bahawa rakyat negara kita terutama di Semenanjung Malaysia tidak mudah digula-gulakan. Ungkapan 'rakyat sudah bijak menilai' sering kedengaran dalam ceramah-ceramah politik, sidang media dan seumpamanya. Rakyat dikatakan telah matang dalam politik setelah 50 tahun dicengkam kuasa Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah.

Pakatan Rakyat (PR) adalah satu koalisi yang dibentuk bagi mengimbangi kuasa BN dan berjaya menguasai beberapa negeri semenanjung pasca PRU12 yang lalu. PR dan BN saling berlumba-lumba untuk mendapatkan sokongan rakyat walau 'apa cara' sekalipun. Sokongan rakyat yang berterusan akan menjadi kayu ukur sebenar apakah benar tsunami politik 8 Mac 2008 itu benar-benar tsunami yang menyentap BN, atau hanya sekadar rakyat menolak BN kerana marah tetapi tidak benar-benar menyukai PR. Jika demikian, apabila BN 'pulih', PR akan mengalami kekalahan yang teruk pada PRU13 nanti.

Biarkan seketika isu siapa bakal menang PRU13. Hakikatnya hari ini, apakah rakyat Malaysia sebenarnya telah celik politik? Atau dengan kata lain telah matang dalam berpolitik? Bagi penulis, sebenarnya rakyat Malaysia belum matang sepenuhnya. Biarlah pemimpin-pemimpin PR mencanang rakyat sudah bijak berpolitik dek kerana rakyat menyebelahi mereka. Biarlah BN berkempen semahunya yang rakyat semakin sedar untuk kembali bersama BN, kerana itu kerja mereka mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti mereka.

Lihatlah budaya politik rakyat negara kita yang tercinta. Bagaimana mereka memilih pemimpin mereka? Bagaimana mereka memilih wakil rakyat mereka? Ada kalangan rakyat yang memilih pemimpin berdasarkan kriteria pemimpin yang berkaliber dan berpendidikan tinggi. Ada pula yang memilih pemimpin yang berjawatan besar dan banyak harta. Ada juga yang memilih berdasarkan sentuhan peribadi dan kebajikan yang dihulurkan. Tidak kurang pula yang memilih pemimpin berdasarkan warak, berakhlak dan amanah. Ramai pula yang masih mudah dibeli sokongan mereka dengan duit dan kebendaan yang ditabur.


Jika semua perkara di atas diambil kira, saya kira rakyat keseluruhannya belum matang dalam politik. Bayangkan apabila rakyat hanya mengundi seseorang calon pemimpin berdasarkan 'adakah bila menang nanti, dia dapat betulkan atap rumah aku', 'bolehkan dia nanti turap jalan depan rumah aku', 'kalau dia menang nanti, bolehlah dia bantu kos rawatan penyakit aku' dan seumpamanya. Apakah ini budaya matang berpolitik?

Bayangkan pula jika ada yang berfikiran 'semua orang sokong dia, kalau aku tak sokong nanti kena boikot pula', 'dia ini orang tempatan, kita kena sokong dia', 'dia pernah jadi menteri dulu, dah ada pengalaman... rasuah sikit-sikit takde hal, tolong orang kita juga', dan sebagainya. Matangkah cara fikir rakyat tentang politik?

Banyak lagi contoh yang kita boleh bentangkan untuk menilai tahap matang berpolitik rakuyat negara kita, sekalipun kita sudah lebih 50 tahun 'merdeka'. Itu belum kira isu pemimpin lagi, dengan isu moral, rasuah dan politik wang, isu lompat parti, pecah amanah, tidak profesional dalam tindakan, menindas musuh politik, berdendam dan sebagainya.

Kita perlu sedar, kisah-kisah rakyat yang tidak matang dalam politik telah pun diceritakan dalam lembaran sejarah, hatta dalam al-Quran, ALLAH menceritakan bagaimana isu pemilihan pemimpin yang berlaku di zaman Nabi Daud ketika masih muda. Kisah bagaimana rakyat tidak bersetuju Thalut yang miskin dan tidak berharta dipilih menjadi pemimpin. Bagi mereka, pemimpin mestilah banyak harta. Namun ALLAH menetapkan bahawa Thalutlah yang layak menjadi raja untuk memacu kemajuan dan kekuatan berdepan dengan musuh mereka semua, iaitu Jalut dan tenteranya.

Lihatlah mentaliti kuno rakyat zaman Thalut masih dianuti sebilangan besar rakyat negara kita, hatta penyokong PR sendiri. Jika orang berharta banyak itu menjadi pemimpin, maka bolehlah rakyat bergantung harap dari harta pemimpin tersebut. Apakah tugas seseorang pemimpin itu menyuap nasi ke dalam mulut rakyatnya? Jika demikianlah mentaliti kita rakyat Malaysia, bermakna rakyat masih lagi tidak faham erti sebenar pemimpin.

Kita lihat pula kepada isu 'orang tempatan' yang kedengaran dalam setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu. Sesiapa sahaja yang layak menjadi pemimpin, maka dialah sepatutnya dipilih. Apa guna 'orang tempatan' kalau kualifikasi sebagai pemimpin tidak dipenuhi. Mungkin isu orang tempatan ada juga sedikit relevannya jika pilihanraya itu dalah kerusi DUN. Tetapi relevan itu sangat sedikit. Jika pemimpin itu bagus, tidak perlu pun dia berada dalam DUN itu untuk menyalurkan khidmatnya kepada rakyat.

Bagi kerusi parlimen pula, kriteria calon yang sepatutnya sebati dalam minda rakyat, adalah pemimpin yang dipilihnya kelak mampu membawa visi dan misi membangunkan negara secara keseluruhannya. Pemimpin peringkat parlimen sepatutnya dari kalangan mereka yang mempu berbahas mempertahankan kebenaran dan mampu berhujah dalam mendepani sesuatu isu. Akibat memilih pemimpin kononnya 'anak tempatan', tanpa memikirkan kriteria ini, kita dapat lihat betapa ramai ahli-ahli parlimen yang membisu, dan tidur sahaja dalam dewan parlimen. Mereka hanya menyokong sesuatu usul hanya berdasarkan mereka dari parti mana, tanpa berhujah bagi kepentingan rakyat yang memilihnya. Maaflah, itu bukan pemimpin sepatutnya diperingkat parlimen! Pak cik kampung, JKKK dipilih menjadi ahli parlimen, maka membisulah dia, dan angguklah dengan usul partinya sekalipun usul menaikkan harga minyak yang membebankan orang kampungnya.

Contohilah bagaimana kebijaksanaan penduduk Madinah memilih pemimpin. kabilah Aus dan Khazraj tidak memandang kepada 'anak tempatan' dalam memilih pemimpin mereka. Mereka memberi taat setia kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin, tidak kepada orang tempatan Abdullah bin Ubai bin Salul, yang sebelum itu diwar-warkan bakal menjadi ketua Madinah. Walhal semangat kenegerian masyarakat ketika itu sangat tinggi. Label-label orang Mekah dan orang Madinah menggambarkan betapa mereka mempunyai semangat kenegerian dan semangat 'anak tempatan'. Tetapi pada saat Aus dan Kazraj yang sering bertelingkah, mereka memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan mereka. Mereka lebih memberi kepercayaan kepada RasuluLLAH walaupun RasuluLLAH adalah 'orang Mekah'. Lihatlah betapa kukuhnya penyatuan ukhuwwah bukan sahaja antara Aus dan Khazraj yang sebelum itu bertelingkah, malah mereka dapat pula menerima kaum Muhajirin 'orang-orang Mekah'

Dua tiga contoh yang dibentangkan menggambarkan minda politik rakyat masih ditahap rendah. Bukan semua, tetapi rata-rata begitu. Ingat, PR menang banyak kerusi bukan kerana rakyat faham sepenuhnya isu. BN masih mempunyai talian hayatnya jika mentaliti rakyat masih ditahap ini. Model Ekonomi Baru adalah cubaan manipulasi minda rakyat. Penguasaan media adalah senjata yang masih kuat dihunus oleh parti pemerintah dalam mendepani gelombang perubahan mentaliti politik rakyat. Sampai bila kita akan terus begini?

Tuesday, March 23, 2010

Hari ini Kambing Senyum lagi....

Salam 1Kambing...

Kambing Senyum 23 Mac 2010


sambungan Kambing Senyum...
.

No hard feeling...

Tuesday, March 16, 2010

Sembang: Cerita 14 - "Pendidikan...."

"Kalau boleh ayah nak Humaira masuk UM" ujar ayah setelah mendapat tahu keputusan SPM Humaira.

Muhammad memandang wajah ayahnya sambil tersenyum. Dialah yang akan mengisi borang kemasukan UPU online. Al-maklumlah internet di rumahnya tiada. Bukan kerana kamp[ungnya mundur, tetapi gejala curi kabel menyebabkan kampungnya terputus hubungan dengan dunia luar jika tiada teknologi wireless seperti hanset.

"bagi dia ambik bahagian agama pula. Hangpa semua tukaq lorong, biaq Humaira ambik aliran agama pula" sambung ayah.

"hm... ambik pengajian Islam ka, usuluddin?" tanya Muhammad.

"Isilah yang mana dulu pun... cuba bagi dia mengaji kat Kelantan pula" tambah ayah.

"UIAM tak mau isi ka?"

"isi pi laa... tapi kalau dapat UM Nilam Puri lagi baik. Bulih laa tengok janggut tok guru... kat tempat lain tak dak suasana macam kat sana... " ayah tersengih.

"tp Nilam Puri tu pengajiannya dua tahun rasanya..." Muhammad cuba membandingkan dengan program martikulasi KPM.

"Dua tahun pun tak paa. Bagi dia matang sikit. Nak bagi dia cari ilmu. Bukan nak suruh dia cari kerja, bukan nak suruh dia cari duit..." ayah berkhutbah ringkas. Muhammad 'tersedar'. Dia tersenyum sahaja.

"... kalau nak cari duit, tak payah pi U.... suruh dia buat bendang pun dapat duit... tengok Pak Dolah tuu... kerjanya ambil upah meracun rumput saja, dah bulih beli kereta... tu kalau nak cari duit... ayah nak bagi dia cari ilmu,... dan bina syakhsiyah..." si ayah menyambung lagi.

"tengok laa akhlak dan syakhsiyyah budak-budak la ni... akademik memang pandai, tapi apa guna kalau syakhsiyyah teruk. Biar Humaira bina syaksiyyah kat Nilam Puri dulu, lepas tu kuat la sikit bila pi KL nanti..."

Muhammad mendengar kata-kata ayahnya dengan rasa insaf. Ya... ayahnya bukanlah mahu lihat anaknya mengutip A yang banyak semata-mata, tetapi pembinaan rohani lebih ayahnya pentingkan. Bagi Muhammad, benarlah kata-kata ayahnya. Bukan sahaja ayahnya menyusun 'perancangan' untuk Humaira, tetapi dia rasakan ayahnya turut secara halus memberi nasihat kepadanya. Walaupun Muhammad sendiri bertukar aliran, dari aliran agama ke aliran kejuruteraan, tetapi point yang penting adalah perlunya mendalami ilmu agama dan membina syakhsiyyah diri walau di mana dia berada.

Muhammad faham bahawa seorang ayah pasti akan mendapat firasat tentang anak-anaknya. Ayah pasti dapat merasai apa-apa perubahan pada seseorang anak. Muhammad bersyukur, kerana ALLAH masih mendidiknya melalui nasihat-nasihat ayahnya.

Thursday, March 11, 2010

Berpeganglah dengan kebenaran, jangan memanjangkan pertelingkahan...


Berbeza pendapat...
Berlainan pendirian...
Berkeras dengan idea sendiri...
Bertelingkah...
Bermasam muka...
Bertikam lidah...
Bergaduh...
Boikot memboikot...
Berperang!!


Itulah lumrah manusia yang pelbagai ragam, apabila tidak disatukan ideologi dengan fikrah yang sebenar. Masing-masing keras kepala dan menganggap diri sendiri sangat betul, tanpa mempedulikan pandangan orang lain, tanpa mahu muhasabah fikrah sendiri. Aku betul, maka akulah yang betul. Peduli apa dengan orang lain! Biarlah hati puas dengan pendirian keras diri sendiri.

Dua pihak bertelagah, maka sifirnya mudah. Salah satu dari kedua-dua pihak itu pasti benar, dan pihak satu lagi semestinya salah. Atau, kedua-duanya adalah salah. Tidak mungkin kedua-duanya benar. Kebenaran hanya satu, tiada dua, tiada tiga atau empat.

Dalam ayat al-Quran, ALLAH berfirman;

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ ءامَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنْ الظُّلُمَتِ اِلَى النُّورِ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا اوْلِيَاؤُهُمْ الطَّغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنْ النُّورِ اِلَى الظُّلُمتِ
اُوْلئِكَ اصْحَبُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَلِدُونَ

"ALLAH adalah pelindung kepada orang-orang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari zhulumat (kegelapan) kepada nuur (cahaya). Dan orang-orang kafir (engkar) penolong-penolong mereka adalah taghut, yang ianya mengeluarkan mereka dari nuur (cahaya) kepada zhulumat (kegelapan). Mereka adalah ahli neraka, sedang mereka kekal di dalamnya"

[al-Baqarah: 257]

Dalam ayat di atas, ALLAH menggunakan perkataan nuur (cahaya) dengan bermaksud mufrad (singular), manakala zhulumat (kegelapan) adalah kata jama' (plural) dari perkataan zhulmatun (gelap). Maka cahaya kebenaran hanyalah satu, tiada dua atau tiga. Kegelapan dan kesesatan adalah dari cabang yang banyak. Maka orang-orang beriman mestilah berwaspada agar tidak terjerumus ke lorong-lorong kesesatan yang banyak itu. Cukuplah ALLAH (al-quran) dan Rasul (as-sunnah) sebagai pelindung dari kesesatan.

Berbalik kepada isu pertelingkahan yang tidak berkesudahan antara individu dengan individu, kumpulan dengan kumpulan, parti A dengan parti B, negara itu dengan negara ini... maka penyelesaiannya adalah dengan cara masing-masing perlu akur dengan kebenaran, samada pihak yang benar ataupun salah, kedua-duanya mesti berpegang kepada prinsip kebenaran.

Dalam Islam, al-Quran dan as-sunnah adalah prinsip kebenaran yang ulung. Kedua-duanya mesti menjadi pegangan dan rujukan setiap orang yang mengaku beriman kepada ALLAH dan Rasul. Maka apakah yang mnjadi penghalang kepada kalian semua hai orang-orang beriman sehingga kamu terus menerus bertelingkah sesama sendiri, sedang musuh-musuhmu bersuka-ria dengan keadaanmu?

Contohnya dalam keadaan politik bernegara, Parti A dan Parti B kedua-duanya berbeza dasar perjuangan, walhal kedua-duanya mengaku memperjuangkan keadilan, memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Namun kedua-dua bertelagah. Maka ketahuilah salah satu samada Parti A itu benar, Parti B itu salah, atau Parti A itu salah , Parti B itu benar. Atau pertelingkahan berlaku kerana kedua-duanya salah. Parti A salah, Parti b juga salah, dan mereka bertelingkah kerana jahil dan tidak mengetahui bahawa mereka adalah salah. Tidak mungkin kedua-dua sekali parti itu benar serentak, kerana kebenaran tidak akan berlawan dengan kebenaran. Kebenaran akan hanya menentang kebathilan, dan kebathilan juga sunnahnya akan melawan kebenaran.

Pertelingkahan dan perbalahan akan berterusan apabila prinsip kebenaran tidak dipatuhi dan tidak mahu diikuti. Pihak yang bersalah tetap mahu mengatakan pihaknya adalah benar, enggan mengaku salah. Saya pantang dicabar! Lawan tetap lawan, adalah slogan yang tidak wajar ditanam dalam jiwa pihak yang mengetahui dirinya bersalah. Tunduk kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berbangga dengan kebathilan. Jika prinsip kebenaran tertegak dan dipatuhi, yang bersalah tidak akan segan silu mengaku salah, dan pihak yang benar tidak pula takabur dengan kebenaran. Maka terhasillah perdamaian.

Ingatlah bahawa Iblis adalah makhluk yang sangat mengetahui kebenaran, namun ia menggadaikan prinsip kebenaran kerana ego dan keangkuhan dirinya. Maka Iblis memilih untuk menentang kebenaran, dulu, kini dan selamanya. Baginya tiada istilah berdamai dengan manusia. Manusia akan terus dipecah belahkannya supaya membelakangi kebenaran. Dan orang-orang beriman hendaklah bersatu agar tidak terjerumus ke dalam perangkap iblis laknatuLLAHi 'alaih.

WaLLAHU a'lam...

Tuesday, March 9, 2010

Negara Kebajikan...


MIRI, 9 Mac: PAS Kawasan Miri sekali lagi telah bersama-sama menterjemahkan manifesto PAS di dalam pilihanraya lalu dan akan datang bagi mengetengahkan konsep Negara Berkebajikan yang turun kepada masayarakat memberikan bantuan, kelmarin.

Pada kali ini, PAS kawasan meninjau kehidupan masyarakat di Kampung Senadin yang terletak kira-kira 10 kilometer daripada pusat bandar raya ini.

Sebanyak 13 keluarga telah menerima bantuan berupa keperluan kehidupan seharian di kampung yang terletak di pesisir pantai.

Terdapat rumah penduduk yang terbabit telah runtuh akibat selalu dinaiki air, ada juga yang dibina dan dibaiki dengan menggunakan bahan binaan terbuang menyebabkan struktur rumah terbabit tidak selamat untuk didiami. Baca lagi...

Sudah lama tidak mendengar Negara Kebajikan ....

-----------------------------------------------

Pengumuman dari joe penang:

joe penang minta tolong sebarkan info ceramah maulidur Rasul, Ahad ini (14 Mac 2010 - kalau tak silap, mengikut tarikh komen beliau 9 Mac - Selasa). Keterangan lanjut hubungi 019-5176476. Terima kasih joe penang.

Tuesday, March 2, 2010

Orang-orang beriman itu saling menasihati, bukan berkelahi...


Dalam surah al'Asr, ALLAH berfirman:

"Demi masa! Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kebenaran."

Asas makna al-’Asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.

Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang bermaksud:

"Dan Kami menurunkan dari awan (mu’siraat) , air hujan yang mencurah-curah."

Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlu ‘memerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

"Demi masa!" ALLAH tidak bersumpah melainkan dengan nama makhluk ciptaan-Nya yang Dia berkehendak memperlihatkan kehebatan-Nya mencipta makhluk tersebut. Masa adalah salah satu makhluk ALLAH yang sangat ajaib dan hebat. Hanya orang-orang yang mahu mngambil iktibar sahaja akan mengagumi kehebatan makhluk ciptaan ALLAH yang bernama "masa".

Ketahui oleh kamu semua, demi masa, semua manusia itu telah rugi, sedang rugi dan akan terus mengalami kerugian. Apabila sesuatu ayat atau surah itu ALLAH mulakan dengan perkataan sumpah, bermakna ayat atau surah itu sangat mengajak kita memberi perhatian bahawa ada sesuatu yang sangat penting untuk kita ketahui. Apa dia? Sesungguhnya semua manusia kerugian. Siapa manusia itu? Semua manusia termasuk kita kah?

Ya, semua manusia adalah dalam kerugian biar apa pun posisi dalam kehidupannya. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan, nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Selain orang orang ini, semuanya kerugian.

Hanya dengan beriman, beramal soleh, saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran, manusia akan terkeluar dari mengalami kerugian.

Bagaimana keadaan orang-orang beriman dan beramal soleh itu?

Orang orang beriman itu adalah orang-orang yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, patuh pada Rasulnya, tidak meninggalkan solat fardhu, menginfaq sebahagian harta mereka, tidak berbohong dalam percakapan, tidak memungkiri janjinya, tidak khianat pada amanah yang diberikan kepadanya, tidak mencerca sahabatnya, tidak menderhaka kedua ibu bapanya, menghormati jiran tetangganya, menghormati orang-orang yang lebih tua darinya, menyayangi orang yang lebih muda darinya, taat pada pemimpin yang bertaqwa, bersederhana dalam tindakannya, lembut percakapannya, tidak berlebih-lebihan dalam pertikaian sesama mukmin, menjauhi dosa-dosa besar, meminimumkan dosa-dosa kecil, tegur menegur sesama saudara mukminin, tolong menolong sesama manusia, yakin akan ketentuan ALLAH, dan seumpamanya.

Untuk terus keluar dari kerugian, orang-orang beriman dan beramal soleh mestilah tidak meninggalkan seruan "berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Apabila berlaku perselisihan antara dua orang bersaudara, nasihatilah mereka supaya berdamai. Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara dan berlemah lembut terhadap saudaranya.

Sabda RasuluLLAH S.A.W:

"Tanda munafiq itu ada tiga. Apabila berbicara ia berdusta. Apabila berjanji ia mungkiri. Apabila diberi amanah, ia khianat"

dalam hadis lain RasuluLLAH S.A.W bersabda:

"Tanda munafiq itu ada empat. Apabila berbicara ia berdusta. Apabila berjanji ia mungkiri. Apabila diberi amanah, ia khianat. Apabila bertengkar ia berlebih-lebihan (melampau)"

RasuluLLAH mengharamkan perkelahian orang-orang mukmin melebihi tiga hari tiga malam sesama saudaranya.


Hadis Abu Ayub Al-Ansari r.a:

"Sesungguhnya RasuluLLAH S.A.W bersabda: Tidak halal bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam"

Orang-orang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat adalah sangat memuliakan jirannya.

Hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa RasuluLLAH S.A.W bersabda :

Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata akan kebaikan ataupun diam, Dan barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya, Dan barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya “

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sekian untuk kali ini...

Marilah kita semua menghindari diri dari terlibat dengan gejala yang menjadikan kita rugi di sisi ALLAH.


WaLLAHU a'lam.

Ũ