© The Mhakk Studio

You are being watched!

Saturday, October 25, 2008

Seharian di rumah kenduri Ustaz Ellias Zakaria

Satu hari penuh dengan aktiviti di rumah kenduri Ustas Ellias Zakaria, Pensyarah USM. Bermula petang semalam, aku dan beberapa sahabat dan sahabiyah membantu ustaz-ustaz Pusat Islam USMKKj setakat yang mampu bagi menyediakan juadah untuk majlis kenduri Ustaz Ellias, sempena pengishtiharan perkahwinan anak sulungnya, Ust Ramadhan Fitri bin Ellias.

Mengangkut makanan yang telah siap di masak ke rumah kenduri

Lepas subuh pagi tadi, kami sama-sama menyiapkan masakan ayam halia madu dan nasi minyak untuk dibawa ke rumah kenduri. Setelah siap, kami semua bertolak menaiki sebuah van dan sebuah kereta ke rumah kenduri.

15 Khemah tersedia dengan anggaran tetamu sebnyak 7000 jemputan. Kami di sama bertugas memantau statistik lauk pauk dan mengawal atur beberapa buah khemah untuk kelancaran majlis dan keselesaan tetamu.
Suasana ketika kami baru sampai

Sebelum orang ramai mula menbanjiri majlis, aku berbual-bual sebentar dengan ayahanda ustaz Ellias yang sedang duduk di atas kerusi memerhati gelagat manusia yang berlainan generasi dari nya. Aku kira dia yang paling tua di situ ketika itu. Seperti biasa, dia sentiasa tersenyum dan ceria apabila tetamu datang bersalaman dengannya. Selalu juga aku jumpa dia di masjid kampung ku. Begitulah keadaannya yang ceria sama saja seperti ketika di kampung.

Inilah ayahanda Ust Ellias, Haji Zakaria

Sungguh ramai. Operasi memakan oleh tetamu bemula lebih kurang pukul 10-11 pagi. Majlis turut dirancakkan dengan sembang 'merapu' oleh DJ yang dijemput khas, yang membingitkan telinga. Orang ramai mula berasak-asak masuk pada waktu kemuncak 12 tgh - 3.00 ptg.
Ini gambar pengantin lama, Ust Ellias dan Isterinya

Sedang aku bertugas memantau gelas-gelas kosong untuk dibasuh dan diisi air minuman, kelihatan sekumpulan tetamu yang hadir itu seperti aku mengenali mereka. Aku menghampiri mereka.

"Aihh, awai hang sampai?"
"saya mai dengan USM" aku menjawab sapa mereka.

Kumpulan itu datang dari Bukit Besar. Memang aku kenal, sebab selalu jumpa mereka di masjid Bukit Besar, di kampung aku. Orang kampung aku datang. Aku mencuri tulang dari tugas buat seketika dan bersembang dengan mereka. Kemudian mereka terus ke kaunter untuk ambil makanan.
Turut dihadiri tetamu pelbagai kaum

Sejam kemudian, kelihatan pula bapa saudaraku datang. Suami ibu saudaraku itu datang bersama kawannya. Tidak datang bersama ibu saudaraku, sebab ibu saudaraku baru pulang dari Kelantan bersama-sama ibu dan ayahku.

"Pak Lang mai sorang saja?"
"Ni, mai dengan kawan... lama dah ka mai?"
"Mai pagi tadi lagi. Jadi bentara sat... huhu" eh, mana ada aku kata "huhu". "huhu" adalah penyakit ketika berchatting dalam YM.

Aku kembali bertugas bersama-sama sahabat-sahabat yang lain. Minta maaf lah, sebab aku banyak curi tulang.
Seorang sahabat daru USM turut mempamerkan kerajinannya mengisi air.

Lebih kurang pukul 4 petang, kami semua bertolak pulang ke USM KKj semula. Begitulah sedikit sebanyak cerita untuk memenuhi posting blog ini yang sudah mula mempamerkan ketidak-istiqomahan ku menulis blog.


No comments:

Ũ