© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, January 27, 2009

Ceramah Palestin di Stadium Sukamenanti

Semalam, solat hajat dan ceramah perdana kekejaman Israel terhadap Palestin diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar.

Program tersebut anjuran Kerajaan Negeri Kedah, dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kedah.

Solat Hajat diimami oleh Tuan Guru Haji Salleh.

Ceramah disampaikan oleh YAB Ustaz Azizan (MB Kedah - Persuruhjaya PAS Kedah), Tuan Hj Mohammad Sabu (Naib Presiden PAS), Wakil HAMAS (diterjemah oleh Prof Dr Badaruddin Ahmad) dan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi (Presiden PAS - Ahli Parlimen Marang).

Antara isi kandungan ceramah:

1) Keganasan Israel bermula selepas Perang Dunia pertama dan kedua.

2) Menduduki Palestin secara haram dengan bantuan kuasa Barat - Britain, Perancis dan US

3) Tanah-tanah kerajaan di bawah pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dipecah-pecah kepada negara-negara kecil.

4) Para pemimpin Arab didoktrin dengan idea-idea nasionalis - untuk melepaskan negara daripada pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyyah.

5) Perang Arab-Israel dimenangi oleh Israel dalam masa enam hari. Israel, kuasa haram yang baru terbentuk di tengah-tengah masyarakat Arab, menyerang Mesir, Jordan dan Syiria serentak. Akibat menggunakan semangat nasionalis, negara-negara Arab ini kalah dalam masa 6 hari kepada Israel.

6) Bayangkan, Hizbullah dan Hamas berjaya melawan serangan Israel dan memaksa Israel berundur setelah berperang masing-masing selama 34 dan 22 hari. Hamas dan Hizbullah berperang atas nama Islam, bukan semangat kebangsaan.

7) Demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat tidak diiktiraf jika demokrasi itu memenangkan Islam, contohnya Hamas yang menang tidak diiktiraf.

8) Malangnya terdapat Kerajaan Umat Islam juga tidak mengiktiraf kemanangan Hamas selaku kerajaan Palestin yang sah. 

9) Presiden Israel, Simon Perez pernah berkata, beliau masa depan Negara Israel bertambah gelap kerana sudah muncul generasi baru Palestin yang berani membaling batu ke arah kereta kebal dan tentera-tentera Israel. 

10) Kerajaan Malaysia juga bersekongkol untuk tidak mengiktiraf Hamas! - Tidak mengktiraf wakil Hamas dalam persidangan negara-negara berkecuali (NAM) yang berlangsung di Kuala Lumpur, sebaliknya melayan wakil Fatah, yang kalah dalam pilihanaya Palestin.

11) Wakil Hamas bertegas, Umat Islam Palestin tidak akan tunduk kepada tekanan san kekejaman Zionis. Beliau membaca doa yang dibaca RasuluLLAH ketika baginda dihujani batu-batu semasa berdakwah di Thaif.

Banyak lagi isi penting. Carilah CD nya.

Kutipan derma untuk Palestin malam tadi berjumlah sekita RM40 ribu seperti yang diumum, berbanding di Kelantan dalam program yang sama, berjaya mengumpul lebih kurang RM1.2 juta. (Orang Kedah duit tak dak kut... padi belum tuai .... huhu...)

Suatu ketika dahulu, Rasul pernah bersabda bahawa kota Constantinople akan ditawan oleh umat Islam. Sebaik-baik Raja adalah rajanya, dan sebaik-baik tentera-adalah tenteranya (yang menawan kota itu).

Sultan Muhammad al-Fateh tidak menunggu "sebaik-baik Raja dan sebaik-baik tentera" itu muncul untuk menawan kota itu, bahkan beliau sendiri mengetuai para mujahidin untuk membebaskan Kota Constantine itu daripada kekufuran. Maka beliaulah yang menjadi sebaik-baik Raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Rasul juga pernah bersabda bahawa Islam akan menang akhirnya, di mana para mujahidin akan membunuh orang-orang Yahudi dan zionis yang kejam, sehingga apabila mereka melarikan diri bersembunyi, batu-batu dan pohon kayu akan memberitahu pejuang Islam bahawa Yahudi sedang bersembunyi di belakangnya. Bunuhlah dia.

Islam akan menang akhirnya. Pejuang-pejuang Islam akan menewaskan tentera-tentera Zionis dan umat Yahudi yang zalim. Namun siapakah yang akan menjadi pejuang-pejuang yang akan menghapuskan Zionis itu? Atau kita hanya menjadi penonton kepada kemenangan yang dijanjikan ALLAH dan Rasul-Nya? Tidakkah sudah tiba masanya kita menzahirkan diri kita sebagai pejuang yang disabdakan oleh RasuliLLAH?

WaLLAHu a'lam.



No comments:

Ũ