© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, December 28, 2009

Cerita rekaan 11 dan 12 ...

Macam biasa, bila dah malas nak tulis benda lain ...

Cerita 11

"Dahsyat..." Pak Ali Zidan menggeleng kepala selepas membaca tajuk akhbar.
"Drebar dia terlelap, mati 10 orang..." Pak Usu menambah.
"Tu dia... bahaya bawak bas malam-malam" ujar Pak Ali Zidan.
"Bukan sebab bawak malam-malam, orang lain bawak malam-malam tak apa pun" Haji Ismail yang turut berada di gerai Nasi Lemak Wan Soh mencelah.

"Lain kali tak payah benarkan bas dua tingkat beroperasi di lebuhraya" Pak Usu bersuara lagi.
"betui tu... kat negara lain, bas macam tu berjalan di tengah bandar saja" Haji Ismail menyokong Pak Usu.
"mana tak mati ramai, semua yg mati tu sama level dengan tayar bas saja..." tambah Haji Ismail lagi.

Berita kemalangan bas Sani Express tempohari turut menjadi buah mulut orang kampung.

"Kalau macam tu, aku tak mau naik bas dua tingkat lah. Baik naik bas biasa saja, selamat lah sikit..." Pak Ali Zidan membuat kesimpulan mudah.

"Pak Ali, ajal maut di tangan ALLAH. Naik bas mana pun sama. Yang kita bincang ni bukan nak elak dari mati, tapi kena sama-sama beringat" Pak Usu menegur Pak Ali.

"Betul tu Pak Ali. Kemalangan maut dalam KB Mall tempohari, siapa sangka akan berlaku? Tak de kena mengena dengan bas dua tingkat pun..." Haji Ismail menambah.

Pak Ali Zidan mengangguk sambil meneruskan pembacaan.



Cerita 12


"Adik, PTPTN adik dah masuk ka?" tanya seorang abang kepada adiknya.

"Belum lagi... katanya bulan depan" si adik menjawab bersahaja.

"Oh... kalau duit masuk nanti, berbelanja elok-elok. Seboleh-boleh, buka akaun lain untuk simpanan" nasihat si abang.

"simpan dalam akaun yang adik jarang ambik. Bila dah habis belajar nanti, sekurang-kurang RM10 ribu dalam simpanan. Taklah kalut sangat..." tambah si abang lagi.

"Emm... betul tu. Abang, simpanan abang dah banyak mana?" si adik ingin tahu.

"Huhu... sebenarnya, abang terlewat. tinggal lagi dua-tiga semester nak habis baru abang mula simpan...tak banyaklah. Sebab tu abang nasihatkan, mulakan menabung bermula sekarang..." nasihat si abang.

"Abang tak menjawab soalan..." si adik tidak berpuas hati dengan jawapan abangnya.

"Adik... kalaulah abang mula menabung lebih awal, dah tentu sekarang ni abang banyak duit... hehe..." si abang tidak terus menjawab.

"Abang, jika diikutkan 'KALAU', gajah pun boleh terbang..." ujar si adik sambil tersengih.

Si abang terdiam. Sebentar kemudian dia tersenyum setelah mendengar kata-kata adiknya. Walaupun agak lucu, tapi maksudnya sangat mendalam.


p/s: Ada pengajaran ke tak cerita-cerita separuh merapu di atas, anda sendiri menilai... huhuhu...

2 comments:

toya said...

pebende la ngko merepek ni. buang masa aku je buka entry blog ngko ni

Anonymous said...

nice story. i also read your prev stories. i bet the stories based on somekind of experience rite?

Ũ