© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, November 10, 2010

Sembang: Sibuk dan menyibuk

"Kita sentiasa sibuk. Jadi beruntunglah orang yang bijak mengurus kesibukannya," si abang menasihati adiknya.

"Tak semua orang sibuk. Ada juga orang yang punyai masa lapang," si adik seperti biasa, suka memanjangkan perbincangan dengan idea yang berlawanan.

"Ya betul. Tapi kita kena sibukkan diri..." si abang menambah.

"bukankah kita disuruh beringat ketika waktu lapang sebelum tiba waktu sibuk? Kenapa perlu sibukkan diri? Kita mesti manfaatkan masa lapang," si adik memintas idea abangnya.

Si abang tersenyum.

"Ya, nak manfaatkan masa lapang, kita kena sibukkan diri," si abang menjawab. Si adik diam seketika untuk mendengar penjelasan abangnya.

"Setiap masa, kita akan sibuk. Sama ada kita ini sibuk buat baik, atau sibuk buat benda jahat. Sama-ada kita sibuk berbuat ibadat, ataupun kita sibuk berbuat maksiat"

Si adik terus mendengar.

"Jika kita rasa ada kelapangan, maka sibukkanlah diri kita dengan perkara ibadat, kerana jika tidak, pasti kita akan disibukkan dengan perkara maksiat sama ada kita sedar ataupun tidak," si abang berceramah panjang lebar.

"bagaimana pula ada orang yang tak buat ibadat, tak buat juga maksiat... duduk saja je... orang ni tak sibuk kan?" si adik cuba mencuit abangnya.

"orang itu sibuk juga" si abang tersenyum.

"kenapa?"

"sibuk duduk saja," jawab si abang disusuli dengan ketawa kecil mereka berdua.


No comments:

Ũ