© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, February 6, 2009

Gambar-gambar sekitar Masjid Ubudiyyah

Sekitar Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar.
Selepas solat Jumaat ( 6 Feb 2009 )






Haa... kan dah kena gas pemedih mata.

Budak sekolah pun turut serta

Ustaah Nuridah pun ada

Mamat FRU yang setia berdiri menunggu arahan

Laa... rupanya mamat-mamat FRU pun pedih mata juga ke..?

Mamat-mamat FRU sangat kuat... mereka mampu menjatuhkan motosikal!

Polis trafik pun tak terkecuali terkena penangan gas pemedih mata. Encik polis berbaju gelap dalam gambar ni yang bagi aku makan garam. "Dik... nah makan garam" "Terima kasih...". Oh..rupanya garam itu masin!

Ni Siapa? Aku tak kenal... kerabat di Raja kut?


Haa... siap tutup muka dengan surat khabar... siapa tu? Malu ke?

Mereka ini menyekat kereta-kereta VVIP...

Walau sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku di Perak,
mereka tetap mengingati saudara di Palestin...


Masjid diserang... tapi bukan di Palestin. Ni di Perak je.



Bom ke apa tu? C4?
Antara ciri-ciri keselamatan FRU... kerana takutkan mati (?)


Seoang yang mendakwa dirinya Ajk Pas Perak berucap atas trak FRU


Mahasiswa pun ada...


"Anak-anak muda sekalian, lebih baik bersurai...nanti polis tangkap" - nasihat Encik Polis ini


Akhirnya, lepas habis berdemonstrasi, mereka pun menjamu selera...

Sokongan Rakyat nampaknya masih baik kepada Pakatan Rakyat. Cuma, para pemimpin PR jangan terlalu gopoh apabila berdepan dengan pihak Istana.



Gambar-gambar Munajat di Kediaman MB Perak

Sekiranya seorang rakyat menzalimi kami, nescaya kami akan mengadu kepada Sultan (penguasa) kami. Tetapi apalah daya kami jika Sultan menzalimi kami, tiada lagi tempat kami mengadu, melainkan hanya kepada ALLAH tempat segala pengaduan.


YAB Nizar, bakal menjadi MB Perak  'dalam buangan' yang masih sah dari segi undang-undang.




Sekitar munajat rakyat Perak.
Gambar-gambar diambil dari forum Tranungkite



Ya ALLAH... Engkau adalah Tuhan yang Maha Adil... Tuhan yang Maha Mendengar rayuan hamba-Nya... Tuhan yang tidak sekali-kali menzalimi hamba-Nya... Sesungguhnya kami dizalimi. Bantulah kami.


Gambar-gambar ini diambil dari Cina-Islam

Tok guru pernah sebut;

”kalau orang nak bagi nampak dadah itu jijik, orang sebut NAJIS DADAH. Hari ini, Ambo nak bagi nampak rasuah tu jijik, hamba sebut TAHI RASUAH.. bermakna, kalau beli kereta dengan duit rasuah, KERETA TAHI. Kalau beli rumah dengan duit rasuah, RUMAH TAHI. Kalau menang pilihanraya dengan rasuah, YB TAHI”  - dipetik dari notoumno


"YB Tahi? eiii kotornyeee...."


Tengok gambar Press Conference ni... tak ada mikrofon RTM, TV3 dan tv-tv Malaysia... nak tutup berita sebenar kepada rakyat?


Oh no... rakyat dah marah...


Terima BN jadi MB, Sultan nampak bias kepada Umno.
Kekal YAB Nizar sebagai MB, Sultan akan nampak bias kepada PR.
So, sepatutnya, bubar DUN, serah kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Tapi...

akhirnya...


Inilah bakal MB BN Perak pintu belakang.
Takziah Rakyat Perak.

Thursday, February 5, 2009

2 MB: MB Perak vs MB BN...


Gawat...

Perak mungkin akan miliki 2 MB.

Satu MB Perak yang sah tetapi 'dalam buangan'.
Satu lagi MB BN 'pintu belakang' yang mendapat kuasa melalui taktik rasuah.

Pilihan rakyat dalam PRU12 dimusnahkan.
MB BN mungkin akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.
MB Perak masih mempertahankan jawatannya, kerana menunggu proses undang-undang - PR memfailkan permohonan mengosongkan 3 kerusi DUN.

Sebelum itu Istana mengarahkan MB Perak dan semua exco meletakkan jawatan. Jika tidak semua kerusi MB dan exco dianggap telah dikosongkan.
Para pemimpin BN 'berkampung' di Istana, kononnya untuk proses angkat sumpah MB BN pintu belakang.

Manakala pimpinan PR pula 'berkubu' di kediaman MB Perak, dan memutuskan untuk mengadap Sultan.

Jika 2 MB wujud, kerajaan Perak akan tidak stabil. Sultan yang bijaksana tidak akan membiarkan rakyatnya tidak tenteram akibat pergelutan politik yang berlaku - dan menyerahkan keputusan kepada rakyat dengan membubarkan DUN.

Sultan perlu belajar daripada dua peristiwa yang berlaku kepada Sultan Terengganu ( Yang Di-Pertuan Agong), dan Raja Perlis - bahawasanya pemimpin Umno/BN sebenarnya akan memanipulasi sultan, dan akan menderhaka dan memaki sultan jika kehendak mereka tidak dipenuhi.

Dua peristiwa itu menaikkan imej sultan negeri-negeri tersebut di mata rakyat, di mana Sultan berkuasa dan tidak tunduk kepada kerakusan Umno/BN.

Jadi, sebagai sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim negara, adalah lebih comel jika semua kemelut ini diselesaikan mengikut prosedur undang-undang yang telus dan menjamin prinsip keadilan terlaksana.

Huhu... menasihati sultan la plak aku nih.... 

Wednesday, February 4, 2009

Seronoknya mereka, seronoknya Najib!


Ha Ha Ha ... mereka ini ketawa... seronok sekali. Kenapa yer?




















































Daaaari kanan ( gambar yang dibulatkan)  - Jamaluddin, Osman jailu , Yit Foong, Nasharuddin dan Najib.

Mereka ketawa...
Menang agaknya dalam game yang mengkucar-kacirkan kerajaan Perak [Lihat Sepak terajang politik Perak]

Gambar di atas, menunjukkan mereka ketawa kerana impian masing-masing tercapai agaknya.

Najib ketawa...
Mungkin BN akan memerintah Perak selepas ini. Dia seronok sampai kemerahan mukanya kerana mendapat kejayaan besar, setelah tewas 2 Pilihanraya Kecil yang dikepalainya.[Baca

Nasharudin (Adun Bota) ketawa....
Mungkin dia seronok dapat memperdaya Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat  dengan kemasukannya ke dalam PKR beberapa hari lalu. [Baca]

Osman Jailu , Jamaluddin  dan Adun Jelapang ( Yit Foong) ketawa....
Mungkin seronok mendapat habuan selepas ini. Seronok juga mereka kerana berjaya menipu rakyat yang mengundi mereka. Seronok mengkhianati sokongan rakyat. [Yahoo!]




Seterusnya, bagaimana?
Tunggu dan lihat?

SubhanaLLAH , mereka tersenyum bertemu ALLAH ...

SubhanaLLAH... Mereka tersenyum kerana sudah nampak ganjaran yang ALLAH kurniakan kepada mereka, sedangkan kita masih terhoyong-hayang mengharungi kemelut dunia. Kemelut Gaza, kemelut Umat, Kemelut politik di Perak, kemelut dalam kampus dan macam-macam lagi.







Kita bila?
Ya ALLAH... tempatkan kami bersama-sama pejuang-pejuang agama-Mu, dan matikanlah kami sebagai Syuhada'.

Gambar :  Satu Umat

Tuesday, February 3, 2009

USM bantu penduduk Gaza

PULAU PINANG, 2 Feb – Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang mengambil kanak-kanak mangsa peperangan di Gaza, Palestin untuk diberikan bantuan perubatan dan tempat tinggal sementara yang lebih selamat di negara ini.

Misi membawa kanak-kanak malang tersebut ke negara ini khususnya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian tercetus disebabkan kesukaran untuk menghantar bantuan penyelamat dari Malaysia ekoran pergolakan di negara tersebut masih belum reda dan diisytihar selamat.

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, langkah iu dirasakan amat sesuai bagi membantu mangsa peperangan di Gaza yang dihimpit masalah kekurangan bantuan perubatan khususnya dari segi peralatan, ubat-ubatan dan sebagainya. Baca lagi....

AlhamduliLLAH, misi ini sangat bagus. Bangga jadi warga USM. Sesuai dengan taraf Apex, USM melangkah ke hadapan dengan misi global.

`Jika perbincangan berjalan lancar, USM dijangka menempatkan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak Palestin berusia bawah 10 tahun di HUSM pertengahan Mac depan,’’ tambah beliau.

Kanak-kanak adalah antara bangsa terbanyak dalam keganasan Yahudi Zionis. Mati, cedera dan menderita. Sungguh kasihan. Harap lebih ramai lagi kanak-kanak Palestin di bawa ke Malaysia, terutama yang kehilangan tempat bergantung.

Mungkin ada pula yang kurang bersetuju dengan misi ini. Membawa kanak-kanak ini ke Malaysia, akan melunturkan tarbiyyah jihad kepada mereka. Kehidupan yang selesa dan agak jauh dari ruh jihad mungkin akan melemahkan jiwa anak-anak Palestin ini untuk menyambung perjuangan ibu-bapa mereka yang syahid.

Kita berharap bantuan ke atas kanak-kanak Palestin ini bukan hanya sebagai tanggungjawab kemanusiaan, tetapi adalah atas dasar aqidah, ukhuwwah dan perjuangan. Syabas USM!

Link berkaitan: 

Monday, February 2, 2009

Sultan Abdul Hamid II: Tegas sekalipun di saat kejatuhan

Kerajaan Othmaniyyah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyyah. Nama kerajaan othmaniyyah diambil sempena nama Sultan Othman ibn Sauji ibn Artugrul ibn Sulaiman Shah ibn Kia Alp, yang merupakan seorang ketua kabilah Kabi di Asia Tenggara. Meraka telah beroleh suatu kejayaan yang tidak dapat dicapai oleh kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah, kemuncak kejayaan itu ialah penaklukan kota Konstentinopal oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibukota kerajaan Othmaniyyah dengan nama barunya Istanbul. Kemuncak kegemilangan Kerajaan Othmaniyyah boleh dilihat sejak dari pemerintahan Sultan Urkhan I (1326-1359) yang merupakan satu nilai kemajuaan yang dapat dibanggakan. 

Kerajaan Othmaniyah selama pemerintaannya dalam lingkungan 600 tahun itu mempunyai sultan seramai 36 orang dan dalam setiap pentadbiran yang dijalankan di zaman kerajaan ini juga mengalami situasi yang berbeza mengikut tahap kewibawaan sultan tersebut. Sultan Abdul Hamid II merupakan salah seorang sultan yang berwibawa di zaman kerajaan Othmaniyyah. Beliau telah banyak membuat pembaharuan-pembaharuan samaada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial, walaupun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II kerajaan Othamaniyyah semakin berada diambang keruntuhan dan banyak peperangan yang berlaku.  [Dipetik dari  : Blog Jannatunnaim]

Khalifah Abdul Hamid ke-2 dilahirkan pada hari Rabu, 21/9/1842.  Nama penuh beliau adalah Abdul Hamid Khan ke-2 bin Abdul Majeed Khan.  Beliau adalah putera kepada Sultan Abdul Majeed (dari isteri kedua).  Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun.  Khalifah Abdul Hamid boleh bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Farsi.  Beliau juga mengkaji beberapa buku tentang kesusasteraan dan puisi.  Apabila ayahnya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak lama sebagai Khalifah. Beliau dipaksa turun dari tahta dan kemudiannya dibunih oleh musuh politik kerajaan Uthmaniyyah.  Beliau diganti oleh Sultan Murad, anak lelakinya, tetapi beliau juga diturunkan dari tahta dalam jangkamasa yang pendek kerana didapati tidak berkemampuan memerintah. 

Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Khalifah Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah dengan disertai bai'ah oleh umat Islam.  Beliau berusia 34 tahun ketika itu.  Khalifah Abdul Hamid menyedari, sebagaimana yang beliau nukilkan di dalam catatan hariannya, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam. 

Peribadi Khalifah Abdul Hamid (lihat gambar) telah dikaji hebat oleh ahli sejarah. Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang.  Beliau menghabiskan lebih 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan perubahan yang tidak berhenti.  Khalifah Abdul Hamid sendiri meluahkan perasaannya tentang perkara ini di dalam tulisan dan puisinya.  Ini adalah satu contoh puisi beliau yang ditulis tangan (gambar tidak disertakan), yang diambil dari buku ,"Bapaku Abdul Hamid," yang ditulis oleh anak perempuannya Aisha. 

Terjemahan puisi tersebut adalah seperti berikut: 

Tuhanku, aku tahu kaulah al-Aziz...dan tiada yang selainMu yang   
Kaulah Satu-Satunya, dan tiada yang lain   
Ya Allah, pimpinlah tanganku dalam kesusahan ini   
Ya Allah, bantulah aku dalam saat-saat yang kritikal ini

Masalah pertama yang dihadapi beliau adalah Midhat Pasha.  Midhat Pasha terlibat secara sulit dalam pakatan menjatuhkan bapa saudara Khalifah Abdul Hamid.  Apabila Khalifah Abdul Hamid menjadi Khalifah, beliau telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri kerana Midhat sangat popular ketikat itu dan Khalifah Abdul Hamid perlukan 'insuran' untuk terus memegang kepimpinan. Midhat Pasha bijak menjalankan tugasnya tetapi beliau terlalu mengikut pandangannya sendiri sahaja. Midhat Pasha juga disokong oleh satu aliran yang kuat dari Majlis Syura (Parlimen).  Dengan bantuan dari golongan ini, Midhat Pasha berjaya meluluskan resolusi untuk berperang dengan Rusia.  Khalifah Abdul Hamid tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau kemungkinan akan dijatuhkan sekiranya cuba bertindak.  Kekalahan peperangan tersebut bagaimanapun, cuba dipertanggung-jawabkan ke atas Khalifah Abdul Hamid oleh penyokong-penyokong Midhat itu. Bagaimanapun, setelah sesuai masanya, Khalifah Abdul Hamid telah berjaya menggunakan perselisihan antara beliau dengan Midhat Pasha untuk membuang Midhat ke Eropah.  Rakyat dan para pemerhati politik menyokong penuh tindakan berani dan bijak Khalifah Islam ini. 

Kemudian Khalifah Abdul Hamid mengalihkan perhatian beliau kepada musuh-musuh luar Kerajaan Islam.  Beliau telah menjangkakan Revolusi Komunis di Rusia dan menyedari bahawa itu akan menguatkan Rusia dan menjadikannya lebih merbahaya. Pada ketika itu, Balkan merupakan sebahagian dari Kerajaan Islam dan sedang menghadapi tekanan dari Rusia dan Austria. Khalifah Abdul Hamid cuma menyedarkan negara-negara Balkan ini akan bahaya yang akan mereka hadapi.  Beliau hampir berjaya mencapai persetujuan dengan negara-negara ini.  Tetapi ketika saat-saat akhir pemeteraian perjanjian tersebut, 4 negara Balkan telah belot dan membuat perjanjian lain mengenepikan Kerajaan Islam Uthmaniyyah atas pengaruh Rusia dan Austria. 

Khalifah Abdul Hamid sedar bahawa konspirasi untuk menghancurkan Negara Islam adalah lebih hebat daripada yang diketahui umum.  Konspirasi ini terdapat dari dalaman dan luaran.  Ketika beliau merasa lega kerana berjaya membuang Midhat Pasha dan pengikut-pengikutnya, beliau berhadapan pula dengan Awni Pasha, juga Ketua Jemaah Menteri yang juga merupakan seorang pemimpin angkatan tentera.  Kemudiaannya, Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu bahawa Awni Pasha menerima wang dan hadiah dari pihak England dan juga tentang peranannya dalam menjatuhkan Abdul Aziz. 

Awni Pasha membawa Kerajaan Uthmaniyyah ke dalam peperangan Bosnia walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Abdul Hamid.  Abdul Hamid mengetahui sekiranya peperangan tercetus, Rusia, England, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Italy dan Perancis akan menyerang Kerajaan Islam dan mengambil Bosnia.  Awni memberikan maklumat palsu kepada Khalifah Abdul Hamid tentang kekuatan tentera Islam di Bosnia.  Dia berkata terdapat 200,000 tentera Islam di sana sedangkan apabila Khalifah Abdul Hamid mendapatkan maklumat dari pemimpin-pemimpin tentera yang lain, hanya terdapat 30,000 tentera Islam di Bosnia, berhadapan dengan lebih 300,000 tentera kafir. Bagaimanapun umum menyukai Awni pada ketika itu dan sekiranya Khalifah Abdul Hamid cuba memecatnya, kestabilan dalam negara akan terancam.  Kuasa-kuasa kafir Barat, apabila menyedari mereka berhadapan dengan lawan yang kecil bilangannya telah menyerang Bosnia dengan bantuan empat negara Balkan (Romania, Montenegro, Serbia dan Austria-Hungary).  Akibat dari peperangan ini, Bosnia dan Greece telah dirampas dari Kerajaan Islam.  Setelah kekalahan tersebut, barulah Khalifah Abdul Hamid boleh mendapatkan sokongan umum dalam memecat Awni. Mahkamah mendapati Awni bersalah kerana konspirasi menjatuh kerajaan dan membantu kuasa asing seperti England. 

Kejatuhan 'Orang Sakit Eropah' kelihatan seperti tidak dapat dielakkan lagi.  Semua pihak bersekongkol menjatuhkannya, termasuklah pihak Yahudi.  Pada tahun 1901, seorang pemilik Bank Yahudi, Mizray Qraow dan 2 lagi pemimpin Yahudi yang berpengaruh datang melawat Khalifah Abdul Hamid dengan tawaran: 

1) Membayar SEMUA hutang Kerajaan Islam Uthmaniyyah  
2) Membina Angkatan Tentera Laut Kerajaan Isslam Uthmaniyyah  
3) 35 Juta Lira Emas tanpa interest untuk membantu perkembangan Negara Islam Uthmaniyyah

Sebagai Pertukaran Kepada: 
1)Membenarkan Yahudi melawat Palestin pada bila-bila masa yang mereka suka dan untuk tinggal seberapa lama yang mereka mereka mahu "melawat tempat-tempat suci"
2) Membenarkan Yahudi membina penempatan di tempat mereka tinggal di Palestin dan mereka mahukan tempat yang hampir dengan Baitul-Maqdis

Khalifah Abdul Hamid enggan berjumpa mereka sekalipun, apalagi menerima tawaran merreka.  Beliau mengutuskan jawapan beliau melalui Tahsin Pasha yang berbunyi, 

"Beritahu Yahudi-yahudi yang tidak beradab itu bahawa hutang-hutang Kerajaan Uthmaniyyah bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.  Baitul-Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar ibn Al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggung-jawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku.  Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." - (di manakah pemimpin seperti ini hari ini? 

Khalifah Abdul Hamid juga menyuruh mereka pergi dan jangan sekali-kali datang untuk berjumpa dengan beliau lagi. Dengan terlibatnya Yahudi dan Zionis di dalam konspirasi ini, maka lengkaplah 'peserta-peserta'nya.  Kewangan Yahudilah yang membiayai kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.  Mereka sanggup memberikan apa sahaja kerana mereka tahu selagi Khilafah Islam wujub di muka bumi ini, walau selemah mana, mereka tidak akan dapat menubuhkan sebuah 'Negara Yahudi' di bumi Palestin. 

Yahudi tidak berputus asa dengan kegagalan mempengaruhi Khalifah Abdul Hamid.  Pada akhir tahun yang sama, 1901, pengasas gerakan Zionis. Theodor Hertzl (lihat gambar), melawat Istanbul dan cuba bertemu dengan Khalifah Abdul Hamid.  Khalifah Abdul Hamid enggan bertemu Hertzl dan mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya, 

"Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah ini kerana ia bukan milikku, ia untuk Ummah Islam seluruhnya.  Ummah Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan wang dan jutaan mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran!  Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini ('penjualan Palestin') adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup." - (ini pendirian Khalifah di saat-saat kehancuran, bagaimanakah tindakannya sekiranya Khilafah Islam masih kuat ketika itu?  Ya Allah, berikan kami peluang menyaksikannya atau berikan kami Syahid dalam usaha mendapatkannya, Amin -

Dengan kegagalan ini, Yahudi mendapatkan bantuan British untuk mencapai impian mereka. Pihak British dan Perancis telah bersedia untuk menhancurkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Tetapi perkataan JIHAD masih tetap ditakuti, masih membuatkan seluruh Eropah bergegar. Eropah masih takutkan 'Orang Sakit Eropah'.  Maka British mengambil keputusan menggunakan polisi luarnya yang paling penting, 'Pecah dan Perintah'.  British mula menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti 'Turki Muda' dan 'Arab Muda'. Apabila 'Turki Muda' menjadi berpengaruh di dalam Negara Islam, Britain hanya perlu berpeluk tubuh, membiarkan 'Turki Muda' ini meneruskan usaha mereka.  'Turki Muda' memulakan aliran Kebangsaan dan Perjudis di kalangan penduduk bangsa turki di dalam Negara Islam.  Kesannya, bangsa Arab, Amenia, Kurdish dan lain-lain (Melayu? - jauh selepas itu)  juga mahukan aliran kebangsaan mereka sendiri.  Mereka mula merasakan semangat sebagai sebahagian dari bangsa mereka, tidak lagi sebagai Umat Islam dan inilah titik mulanya kejatuhan Khilafah Islam. 

Kemudiannya, ketika Perang Dunia Pertama, bangsa Arab telah bersekongkol dengan British dan Perancis dan melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyyah.  Mereka kemudiannya 'bebas' dari Khilafah Islam dan dijajah oleh British dan Perancis yang belot ke atas mereka. 

Khalifah Abdul Hamid tidak melupakan pembangunan Negaranya.  Beliau membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada rakyat. Tentera Uthmaniyyah bukanlah selemah yang dipropagandakan oleh musuh ('Orang Sakit Eropah'?).  Artileri Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan yang paling kuat di dunia.  Tentera Lautnya pula tersusun rapi dan diakui yang ketiga terkuat selepas British dan Perancis. Banyak industri seperti persenjataan, penenunan dan sebagainya dimulakan. Sistem jalanraya diperbaharui dan pelabuhan-pelabuhan dibesarkan. Sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Syria mempunyai leebih 1300 suratkhabar dan majalah. 

Pada suatu ketika kelihatan seperti 'Orang Sakit Eropah' akan bangkit semula, tetapi kuasa-kuasa Barat tidak mungkin membiarkan kesatuan Ummah ini berterusan.  Penduduk minoriti bukan Islam di dalam Kerajaan Islam digunakan oleh mereka untuk mencetuskan ketidaksatabilan dan kekecohan. Barat sentiasa mahu campur-tangan dalam urusan dalaman Kerajaan Islam atas alasan 'membela minorit Kristian'.  Mereka juga memulakan kempen pendakyahan Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah-sekolah Kristian dan gereja-gereja (buktinya ada di depan mata kita). Matlamat utama mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada Islam yang sebenar dan melibatkan mereka dengan tabiat sosial dan pemikiran yang tidak Islamik.  Media-media cetak juga ditubuhkan untuk tujuan yang sama (kini dikenali sebagai URTV dan sebagainya), meracuni pemikiran umat Islam dan mengembangkan idea-idea songsang di kalangan mereka. Barat juga menyusahkan Kerajaan Islam dengan menggunakan penduduk minoriti.  Mereka menggalakkan dan membiayai revolusi Armenia menentang Kerajaan Islam.  England membantu puak Druze tang sesat manakala Perancis menolong 'Maronites' di Lebanon dan kedua pihat ini terlibat dalam peperangan yang terpaksa diselesaikan oleh tentera Islam. Pada satu ketika tentera Islam terpaksa menenangkan umat Islam di Damsyik dari membunuh seluruh penduduk Kristian. Era tersebut penuh dengan konspirasi dari pelbagai arah yang dirancang oleh Barat dan terpaksa dihadapi oleh Khalifah Abdul Hamid dan lain-lain umat Islam yang masih jelas pendirian mereka. 

Adalah penting juga untuk kita lihat kedudukan kewangan Kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu.  Ketika Khalifah Abdul Hamid dilantik sebagai Khalifah, hutang Kerajaan Islam adalah 2.528 Juta Lira Emas Uthmaniyyah.  Ketika beliau dijatuhkan, hutang tersebut hanya tinggal 106 Juta Lira.  Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga 1/20 daripada jumlah asalnya.  'Turki Muda' yang berkuasa selepas itu 'berjaya' menaikkan hutang Turki sebanyak 1300%.  Melihatkan kejayaan Khalifah Abdul Hamid membayar hutang-hutang tersebut, jangan disangka beliau tidak membangunkan negara.  Beliau membina talian-talian Fax di antara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki.  Kemudian beliau menghubungkannya ke talian Fax Iran dan India.  Beliau berjaya mendapatkan balik kos projek tersebut dalam masa 2 tahun kerana kemudahan yang disediakan itu mendapat sambutan hangat terutamanya oleh para jemaah haji. 

Khalifah Abdul Hamid menyedari bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah Kesatuan Ummah yang jitu.  Khalifah Abdul Hamid menyedari bahawa kuasa-kuasa kuffar Barat cuba memecah-belahkan Negara Islam dan kemudiannya menguasai setiap satu secara berasingan.  Kesatuan Ummah diperlukan. Beliau mula menyedarkan ummah tentang konsep Khalifah Uthmaniyyah sebagai pemimpin seluruh dunia Islam (ramai yang telah lupa ketika itu).  Umat Islam di India berjaya difahamkan dan ini menimbulkan masalah kepada British.  Kesan yang sama berjaya diwujudkan dengan umat Islam Rusia dan di selatan USSR. Rusia juga merasa tertekan. Pada ketika itu, Khalifah Abdul Hamid, menurut catatan hariannya, merasa tertekan.  Beliau memulakan kerjasama dengan Jerman tetapi kemudian sedar bahawa Jerman juga mahukan sebahagian dari Negara Islam.  Beliau merasakan 'Perang Besar' semakin hampir dan pihak yang berperang inginkan bahagian-bahagian Negara Islam. 

Khalifah Abdul Hamid memerlukan sesuatu yang besar, yang kuat, sesuatu yang dapat membangkitkan Kesatuan Ummah di hati-hati umat Islam sedunia.  Antara lain, usaha beliau adalah pembinaan Jalan Keretapi Hijaz (1900).  Jalan Keretapi berkenaan adalah dari Damsyik ke Madinah dan dari Aqaba ke Maan.  Ia menjadi simbol Kesatuan Islam.  Setiap umat Islam yang pergi menunaikan haji merasai bagaimana Khalifah berusaha menyatukan mereka.  Ia juga berfungsi sebagai cara yang pantas menghantar unit-unit tentera. (Akan tetapi, usaha murni ini dimusnahkah oleh pejuang-pejuang Arab yang berfahaman nasionalis - yang mendapat tunjuk ajar Barat ketika projek mega ini baru sempurna Fasa pertamanya. Pejuang-pejuang nasionalis Arab ini memusnahkan usaha murni khalifah untuk menyatukan ummah dengan cara perang gerila)  

Khalifah Abdul Hamid juga berusaha melancarkan kempen Kesatuan Ummah di selatan Rusia, India, Pakistan dan Afrika.  Beliau mula menjemput ulama'-ulama' Islam dari Indonesia, Afrika dan India ke Negara Islam Uthmaniyyah.  Beliau juga memulakan program pembinaan masjid dan institusi-instutsi Islam di serata dunia Islam. 

 Kuasa-kuasa Barat pula telah bertindak menghimpit dunia Islam. Tunisia melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyah pada 1877.  Perancis menduduki Tunisia pada 1881 (lihat taktik mereka).  Britain menduduki Mesir pada 1882.  Belanda menduduki Indonesia.  Rusia menduduki Asia tengah.  Britain menguatkan kedudukannya di India dan Sudan (juga Tanah Melayu). 

Akhirnya, pada hari Selasa, 27 April 1909, 240 ahli Senat Kerajaan Uthmaniyyah bersetuju atas tekanan kuat 'Turki Muda Kebangsaan' untuk menyingkirkan Khalifah Abdul Hamid.  Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali telah menulis fatwa menyingkiran tersebut. Pihak Senat meluluskannya.  Terjemahan Fatwa tersebut adalah seperti berikut:  
 

"Sekiranya pemimpin umat Islam mengambil isu-isu agama yang penting dari buku-buku perundangan dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan wang Negara dan terlibat dengan perjanjian yang bertentangan dengan Hukum Islam, membunuh, menangkap, membuang negeri, rakyat tanpa apa-apa sebab, maka berjanjilah untuk tidak melakukannya lagi dan masih kelakukannya untuk memeritkan keadaan umat Islam di seluruh dunia Islam maka pemimpin ini hendaklah disingkirkan dari jawatannya.  Sekiranya penyingkirannya akan membawa keadaan yang lebih baik daripada beliau terus kekal, maka beliau mempunyai pilihan samada meletakkan jawatan ataupun disingkirkan dari jawatan" 
--Sheikhul Islam Muhammad Dia' Aldin Afandi

Fatwa ini sangat aneh dan sesiapapun boleh melihat bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di dalamnya tidak berkaitan dengan perbuatan dan tindakan Khalifah Abdul Hamid langsung. Selepas itu Ketua Jemaah Menteri, Tawfiq Pasha telah diminta menyampai keputusan itu kepada Khalifah Abdul Hamid.  Beliau enggan.  Maka mereka menghantar sekumpulan 4 orang; Aref Hikmat, Aram Afandi (bangsa Armenia), As'ad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi).  Ketika memasuki pejabat beliau, mereka melihat beliau sedang berdiri dengan tenang.  Aref Hikmat membacakan Fatwa tersebut kepadanya, kemudian As'ad Tobatani mara dan berkata, "Ummah ini telah menyingkirkan kau dari jawatan Khalifah."  Khalifah Abdul Hamid berkata dengan kemarahan, "Ummah ini telah menyingkirkanku dari jawatanku, tidak mengapa...tetapi kenapa kamu membawa Yahudi ke dalam Pejabat Khalifah?" dan beliau menuding ke arah Qrasow.  Jelas sekali Yahudi membalas dendam atas penolakan Khalifah Abdul Hamid untuk menjual Palestin kepada mereka dan mereka mahu menunjukkan bahawa mereka terlibat menjatuhkannya.  Satu cabaran kepada maruah Khalifah Abdul Hamid dan cabaran kepada maruah Ummah ini, saya dan anda. 

Setelah penyingkirannya, ramai penulis-penulis yang menyerang beliau dari sudut rasmi dan peribadi.  Salah seorang dari mereka adalah John Haslib, bukunya "The Red Sultan" menjadi terkenal dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa termasuk bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku bahasa Turki "iki me vrin perde arkasi - yazan : nafiz tansu" oleh Ararat Yayinevi juga merupakan sebahagian dari propaganda yang cuba menunjukkan bahawa 'Turki Muda' telah menyelamatkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah daripada kehancuran.  Sebuah lagi oleh penulis Arab-Kristian yang terkenal, Georgy Zaydan, "Stories of the Islamic History - The Ottoman Revolution."  Kesemua buku-buku ini adalah penipuan-penipuan yang ditulis oleh musuh-musuh Islam.  Buku-buku ini menggambarkan Khalifah Abdul Hamid sebagai seorang yang tenggelam dalam kemewahan dunia seperti wanita dan arak, dan juga seorang pemerintah yang zalim ke atas musuh-musuh politiknya dan rakyatnya.  Penipuan-penipuan ini tidak mungkin tertegak kerana kebenaran akan sentiasa terbukti.  
  
Selepas Khalifah Abdul Hamid, muncullah beberapa pemimpin yang lemah.  Mereka tidak mampu memerintah dan hilang kuasa mereka dengan mudah.  Seperti yang dijangkakan oleh Khalifah Abdul Hamid, Peperangan Dunia Pertama meletus dan Bumi Islam Kerajaan Uthmaniyyah dipecahkan.  Orang-orang Arab bangkit menentang Khalifah di Hijaz dengan bantuan Bristish dan Perancis untuk 'bebas' dibawah penjajahan 'penolong-penolong' mereka.  Bumi Islam Palestin diserahkan kepada Yahudi.  Kalaulah mereka mendengar nasihat Khalifah Abdul Hamid....

'Turki Muda Kebangsaan' mengambil-alih kuasa dan Mustafa Kamal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada 1924.  Buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam, kepimpinan Islam yang bersatu sejak zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, hilang.  Perang Salib berakhir dengan kemenangan bagi Barat. 

Hari ini, Ummah ini kembali dibangkitkan dari kehancuran peperangan Arab-Israel 1967 (akibat taksub dengan Nasionalisme -bukan berperang atas nama Islam), dari kehancuran Peperangan Bosnia, Peperangan Chechnya, Peperangan Kashmir, Peperangan Moro, Peperangan Afghanistan, Penaklukan ke atas Iraq, dan Pembantaian ke atas Gaza oleh Zionis.  Ummah ini mula sedar bahawa tanpa Islam mereka tiada kekuatan. Tanpa Islam, tiga kuasa negara Arab tewas di tangan negara haram Israel yang kecil dalam masa enam hari dalam perang Arab-Israel 1967, secara serentak. Tanpa kesatuan mereka menjadi hidangan musuh, tanpa Jihad mereka terus dalam kehinaan.  Setelah puluhan tahun, azan kembali berkumandang di Turki dalam bahasa Arab, walaupun sementara. 

Kami mohon agar pembaca-pembaca Islam membacakan al-Fatihah untuk roh Khalifah Abdul Hamid dan semua umat Islam yang menjual jiwa mereka demi keagungan seluruh Ummah ini. Semoga dengan ini anda kembali jelas dan yakin dengan perjuangan ini dan hilanglah segala salah-faham dan kesangsian tentang kenyataan ini. Bodohlah bagi umat Islam yang masih bebal dengan semangat nasionalisme. Bodohlah pendokong semangat Nasionalisme - kebangsaan.
 

Mentari Mungkin Telah Terbenam, 
Tetapi, Insha-Allah, Ia Akan Terbit Kembali

Sunday, February 1, 2009

Sepak terajang politik Perak

Gerakan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak bermula sejak YAB Ir Mohd Nizar menjadi MB. Gerakan ini diketuai oleh Tajol Rosli, Pengerusi Perhubungan Umno Perak. Gerakan DSAI pula dikatakan mahu menumbangkan kerajaan BN di peringkat Pusat dalam masa yang sama mahu mengukukah kerajaan-kerajaan PR.

Awal penubuhan kerajaan PR nampak seperti tenang pada permukaan. Tetapi di dalamnya berkocak, kerana Adun-adun DAP dan PKR tidak bersetuju Adun PAS menjadi MB - malah fenomena ini turut diambil kesempatan gerakan Tajol untuk menambah proka-peranda lagi krisis dalaman tersebut, sehinggalah dengan kebijaksanaan YAB Nizar, akhirnya Adun-adun tersebut akur dan mula menghormati beliau, dan PAS sendiri. Pusingan pertama , Gerakan Tajol gagal.

Melihat keadaan begitu, Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak berdiam diri, kerana pada pandangan beliau mungkin, perbezaan jumlah adun PR dan BN adalah tipis, memungkinkan gerakan menjatuhkan kerajaan Perak ini akan terus bertindak menganggu-gugat kestabilan kerajaan yang terbentuk. Jadi DSAI telah mengarahkan adun-adun PKR menandatangani satu surat secara sulit.

Gerakan Tajol meletakkan tarikh 31 Ogos 2008 sebagai tarikh keramat untuk kejatuhan kerajaan PR Perak. DSAI pula meletakkan 16 September sebagai sasaran. Hasilnya kita dapat lihat, kedua-duanya 'gagal'. Gerakan DSAI terlebih dahulu mentertawakan kegagalan Gerakan Tajol. Manakala keseluruhan BN berdebar dan cemas menunggu saat 16 September, kemudian baru boleh lega bernafas sedikit, kemudian mentertawakan. NamunDSAI mengisytiharkan  16 September masih berjalan. Pun begitu, tidak dapat dinafikan Gerakan Tajol juga terus berjalan.

Kes 2 Adun PKR yang didakwa terlibat rasuah melegakan gerakan Tajol Rosli, dan membuatkan penyokong-penyokong PR bertelagah sesama sendiri. Sekali lagi kredibiliti YAB Nizar diuji. Beliau berpendirian membela 2 Adun tersebut sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah. Sedikit sebanyak, penyokong PKR reda dan menghormati YAB Nizar, sera disambut baik oleh para penyokong PAS. Gerakan Tajol bagaiman mendapat durian runtuh daripada pendakwaan itu.

Penahanan 2 Adun PKR tersebut sedikit sebanyak menjejaskan nama baik PKR. DSAI tidak berdiam diri, terus merangka strategi. Usahan menarik Adun Umno ke PKR dan mengarahkan 2 Adun PKR berunding dengan Umno. Gerakan Tajol kurang selesa untuk menerima mereka ke dalam Umno. Kes yg memalukan PKR itu akan terpalit kepada Umno, mungkin. Malah kekalahan di Kuala Terengganu membuatkan imej Umno jatuh, masakan pula hendak menerima 2 Adun yang dituduh terlibat rasuah. Gempar pula dengan kemasukan Adun Bota dari Umno ke PKR, membuatkan Tajol sendiri melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Umno Perak. Pusingan ini, Tajol Kalah lagi.

Dato Seri Najib (Najib) berganding dengan Dato Zahid Hamidi (Zahid) mengepalai gerakan legasi Tajol tadi. Gerakan ini menjadi lebih agresif dalam usaha menjatuhkan kerajaan Perak. 2 Adun PKR tadi 'hilang', sehingga ada desas-desus mengatakan akan berhijrah ke Umno. Suasana menjadi kelam-kabut. Kerajaan Perak nampaknya semakin goyah. Andaian kalau-kalau Adun Bota membuat kelakar dengan kembali ke pangkuan Umno, maka runtuhlah kerajaan PR Perak! Gerakan Najib-Zahid nampak sinar untuk berjaya.

Tetapi gerakan Najib-Zahid tidak sedar akan kewujudan surat yang ditandatangani oleh 2 Adun PKR itu. Surat perletakan jawatan tanpa tarikh itu ditandatangani dengan rela hati, dengan maksud, jika mereka melompat parti, mereka akan meletakkan jawatannya. Kelihatannya, Najib-Zahid terperangkap. Nampak gayanya seperti DSAI memang mahukan pilihanraya kecil di dua DUN tersebut, kerana untuk memulihkan imej PKR akibat kes rasuah 2 adun tersebut, dan juga perang psikologi terhadap bakal PM, Najib yang mungkin akan terus diarah menjadi general perang dalam pilihanraya kecil, walaupun sudah dua pilihanraya kecil sebelum ini general itu sudah tewas. Pusingan ini nampaknya terus memihak kepada DSAI.

Apa seterusnya akan berlaku dalam sepak terajang politik Perak ini?  Ada cakap-cakap mengatakan semua ini adalah strategi DSAI. Kita tunggu dan lihat.

Ũ