Gerakan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak bermula sejak YAB Ir Mohd Nizar menjadi MB. Gerakan ini diketuai oleh Tajol Rosli, Pengerusi Perhubungan Umno Perak. Gerakan DSAI pula dikatakan mahu menumbangkan kerajaan BN di peringkat Pusat dalam masa yang sama mahu mengukukah kerajaan-kerajaan PR.
Awal penubuhan kerajaan PR nampak seperti tenang pada permukaan. Tetapi di dalamnya berkocak, kerana Adun-adun DAP dan PKR tidak bersetuju Adun PAS menjadi MB - malah fenomena ini turut diambil kesempatan gerakan Tajol untuk menambah proka-peranda lagi krisis dalaman tersebut, sehinggalah dengan kebijaksanaan YAB Nizar, akhirnya Adun-adun tersebut akur dan mula menghormati beliau, dan PAS sendiri. Pusingan pertama , Gerakan Tajol gagal.
Melihat keadaan begitu, Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak berdiam diri, kerana pada pandangan beliau mungkin, perbezaan jumlah adun PR dan BN adalah tipis, memungkinkan gerakan menjatuhkan kerajaan Perak ini akan terus bertindak menganggu-gugat kestabilan kerajaan yang terbentuk. Jadi DSAI telah mengarahkan adun-adun PKR menandatangani satu surat secara sulit.
Gerakan Tajol meletakkan tarikh 31 Ogos 2008 sebagai tarikh keramat untuk kejatuhan kerajaan PR Perak. DSAI pula meletakkan 16 September sebagai sasaran. Hasilnya kita dapat lihat, kedua-duanya 'gagal'. Gerakan DSAI terlebih dahulu mentertawakan kegagalan Gerakan Tajol. Manakala keseluruhan BN berdebar dan cemas menunggu saat 16 September, kemudian baru boleh lega bernafas sedikit, kemudian mentertawakan. NamunDSAI mengisytiharkan 16 September masih berjalan. Pun begitu, tidak dapat dinafikan Gerakan Tajol juga terus berjalan.
Kes 2 Adun PKR yang didakwa terlibat rasuah melegakan gerakan Tajol Rosli, dan membuatkan penyokong-penyokong PR bertelagah sesama sendiri. Sekali lagi kredibiliti YAB Nizar diuji. Beliau berpendirian membela 2 Adun tersebut sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah. Sedikit sebanyak, penyokong PKR reda dan menghormati YAB Nizar, sera disambut baik oleh para penyokong PAS. Gerakan Tajol bagaiman mendapat durian runtuh daripada pendakwaan itu.
Penahanan 2 Adun PKR tersebut sedikit sebanyak menjejaskan nama baik PKR. DSAI tidak berdiam diri, terus merangka strategi. Usahan menarik Adun Umno ke PKR dan mengarahkan 2 Adun PKR berunding dengan Umno. Gerakan Tajol kurang selesa untuk menerima mereka ke dalam Umno. Kes yg memalukan PKR itu akan terpalit kepada Umno, mungkin. Malah kekalahan di Kuala Terengganu membuatkan imej Umno jatuh, masakan pula hendak menerima 2 Adun yang dituduh terlibat rasuah. Gempar pula dengan kemasukan Adun Bota dari Umno ke PKR, membuatkan Tajol sendiri melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Umno Perak. Pusingan ini, Tajol Kalah lagi.
Dato Seri Najib (Najib) berganding dengan Dato Zahid Hamidi (Zahid) mengepalai gerakan legasi Tajol tadi. Gerakan ini menjadi lebih agresif dalam usaha menjatuhkan kerajaan Perak. 2 Adun PKR tadi 'hilang', sehingga ada desas-desus mengatakan akan berhijrah ke Umno. Suasana menjadi kelam-kabut. Kerajaan Perak nampaknya semakin goyah. Andaian kalau-kalau Adun Bota membuat kelakar dengan kembali ke pangkuan Umno, maka runtuhlah kerajaan PR Perak! Gerakan Najib-Zahid nampak sinar untuk berjaya.
Tetapi gerakan Najib-Zahid tidak sedar akan kewujudan surat yang ditandatangani oleh 2 Adun PKR itu. Surat perletakan jawatan tanpa tarikh itu ditandatangani dengan rela hati, dengan maksud, jika mereka melompat parti, mereka akan meletakkan jawatannya. Kelihatannya, Najib-Zahid terperangkap. Nampak gayanya seperti DSAI memang mahukan pilihanraya kecil di dua DUN tersebut, kerana untuk memulihkan imej PKR akibat kes rasuah 2 adun tersebut, dan juga perang psikologi terhadap bakal PM, Najib yang mungkin akan terus diarah menjadi general perang dalam pilihanraya kecil, walaupun sudah dua pilihanraya kecil sebelum ini general itu sudah tewas. Pusingan ini nampaknya terus memihak kepada DSAI.
Apa seterusnya akan berlaku dalam sepak terajang politik Perak ini? Ada cakap-cakap mengatakan semua ini adalah strategi DSAI. Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment