© The Mhakk Studio

Thursday, September 25, 2008

Ambo nok kelik doh...

Assalamualaikum...

Petang ni ambo nok kena kelik dah. Hajatnya nak balik pagi esok atau lusa kerana petang ni (Khamis) ambo ada kelas. Sedang bersiap nak pergi kelas, ayahanda ambo call, suruh balik petang ni juga lepas habis kelas. Seperti biasa, ambo akan menurut perintah. Malam sampai rumah pun malam la. Apa boleh buat.

Sampai saja di kelas tadi, ambo dapati tak ada orang. Sah kelas batal. Fuh... ayahanda ambo macam tahu-tahu saja kelas ambo dibatalkan. Jadi ambo terus ke Pusat Islam untuk solat asar dulu. Lepas tu mintak Zulfirdaus tolong hantar ke stesen bas Parit Buntar. Nilai kebagusan Zulfirdaus ni tinggi. Dia sanggup menolong untuk menghantar ambo ke stesen bas. Terima Kasih.

Jadi keputusannya, ambo nak kelik doh ni. Sempat lagi menulis blog sempena nak balik rumah. Kesempatan ini ambo nok mintak maaf bebanyak kepada semua yang mengenali ambo, dan juga yang membaca blog ambo. Adapun sekiranya tulisan-tulisan ambo ni tidak sedap dibaca, tidak pantas diterima sanubari, mintak maaf banyak-banyak. Sempena Eidul Fitri ni, alangkah mulianya orang-orang yang memaafkan saudaranya.

Ambo bagaimana? Ya, ambo juga maafkan semua kesalahan sahabat-sahabat sekalian. Ambo nak cuba menjadi pemaaf. Kita pakat-pakat jadi pemaaf. Tidak rugi malah ganjarannya besar sekali.

Ambo mohon supaya kita doakan diri kita dapat terus menghayati Ramadhan sehingga titisan hari terakhirnya. Harap ambo juga istiqomah.

Sekian saja cetusan terakhir dalam Ramadhan ini ambo kira. Salam Eidul Fitri semua. Jumpa lagi.

Tegurlah dan bersedialah ditegur!

HIKMAH itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.

Justeru, membuat teguran berkenaan perkara yang berkaitan tuntutan hukum agama adalah perlu kerana perintah dan larangan ALLAH itu mengandungi kebaikan buat insan. Apabila hukum agama ditegakkan, maka ia bakal membuahkan kecemerlangan dan kemaslahatan umat.
Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik ALLAH. ALLAH jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Niat teguran untuk penambahbaikan

Dalam pada kita hendak melakukan teguran berkenaan sesuatu kesalahan, perkara pertama yang perlu dinilai terlebih dahulu ialah apakah maksud niat kita untuk melakukan teguran tersebut.

Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya? Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?

Andainya niat kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu teguran itu ditakuti bahawa keburukan yang bakal timbul kelak. Misalannya, hubungan menjadi renggang, kumpulan sasaran semakin hanyut dengan kesalahannya, ataupun mungkin menjurus kepada fitnah.

Tegas dalam santun

Santun dalam membuat teguran itu bermaksud kita menggunakan budi bahasa yang baik serta suasana yang kondusif untuk melakukan teguran. Dengan adanya santun, seseorang itu boleh membuka bicara dengan menanyakan keadaan individu sasaran itu, seperti adakah dia sudah makan atau sebagainya.

Kita juga boleh membaca riak muka orang yang ingin ditegur sama ada adakah dia berada dalam keadaan gembira, sedih, keletihan dan sebagainya. Melalui maklumat ini, kita mungkin boleh menilai sama ada ia merupakan waktu yang sesuai untuk menegur.

Namun dalam kesantunan melakukan teguran perlu ada ketegasan. Apa yang ditanggapi sebagai salah tetap salah, walaupun kadang kala pendekatan yang digunakan tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur.

Di samping itu, kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa dapat mengawal emosi apabila menegur. Ini kerana apabila emosi dibiarkan menguasai diri, di kala itu bukan akal yang memandu percakapan atau perbuatan kita, sebaliknya nafsu amarah yang mungkin boleh mendorong kita melakukan sesuatu perkara yang di luar dugaan.

Aspek teguran juga perlu jelas, yakni merujuk kepada isu utama yang diperbincangkan. Teknik teguran XYZ yang dicadangkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginott adalah sebuah teknik yang baik untuk dicuba dalam menegur.

Teknik tersebut mencadangkan kepada kita untuk menggunakan frasa berkenaan untuk menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”.

Maka apabila sesuatu kesalahan itu ingin diperbetulkan, maka adalah baik untuk kita membincangkan kesalahan tersebut, dan bukannya menyentuh peribadi seseorang itu seperti melabelkannya secara rambang.

Suasana teguran itu juga mungkin bermanfaat jika berada dalam situasi kehadiran individu lain secara minimum, agar keaiban orang yang ditegur itu dapat terpelihara di samping menjaga kehormatannya. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran tersebut.

Pengajaran buat insan lain

Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana sesuatu teguran itu dianggap akan lebih berkesan sekiranya dilakukan secara terbuka, iaitu dengan kehadiran atau pengetahuan orang-orang lain berkenaan teguran tersebut.

Ini kerana tujuan teguran tersebut turut mempunyai maksud pengajaran bermakna yang boleh diteladani oleh orang-orang lain agar mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa di samping memelihara kemaslahatan masyarakat umum.

Misalnya, seorang anak ditegur dan dimarahi oleh si bapa di hadapan anak-anak yang lain kerana si anak pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Di sini anak-anak yang lain turut mendapat pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Si bapa juga dapat menjelaskan pendiriannya secara tidak langsung kepada anak-anaknya.

Teguran yang bersifat umum

Sesuatu teguran itu juga boleh dilakukan secara umum yang diuar-uarkan dalam sesuatu perhimpunan atau melalui media tetapi tanpa menyebut secara terperinci berkaitan butiran teguran itu.

Sebagai contoh, nama dan kisah terperinci tidak dijelaskan sebaliknya hanya dibuat teguran bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar pihak yang ditegur itu dapat memahami bahawa maksud teguran itu ditujukan kepada dirinya serta menerimanya dengan lapang.

Di samping itu, mungkin akan ada individu lain yang pada asalnya bukan merupakan kumpulan sasaran tetapi turut berasakan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada dirinya. Maka itu adalah satu bonus dalam mengguna pakai kaedah teguran ini yang boleh juga bersifat serkap jarang.

Bak kata pepatah, “sesiapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.”

Percayalah dan Bersedialah… pasti akan berlaku dalam hidup kita pelbagai silap faham dan tidak sama pendapat. Kenapa? Sebabnya kita semua tidak sama tahap kefahamannya terhadap sesuatu perkara.

Namun percaya lah juga… bahawa kita semua yang berselisih dan silap faham tadi akan saling tegur, mengenai kesalahan atau idea yang kurang bernas dalam perbincangan dan mencari solusi sesuatu letak perkara yang dibincangkan.

Tujuan Menegur

“Kau tegur aku atau kau marah aku?”

“Engkau mahu nasihatkan aku atau engkau mahu tohmah caci aku?!”

Dialog di atas cukup menjengkelkan dan ia sering berlaku kepada kita bahkan.

Si penegur atau tukang beri nasihat perlu jelas bahawa perbuatannya hanya satu, tawasau bil Haq wa tawasau bis Sabr. Membetulkan kesilapan dengan memahamkan kebenaran dan mendamaikan dengan kesabaran.

Tua dan Muda

Dalam soal tegur-menegur ini, biasanya golongan muda akan lebih banyak diam, sementara golongan tua atau senior akan lebih superior atau lantang memberikan nasihat. Dalam masyarakat Nusantara ini, sebahagian besar orang muda lebih memberikan autoriti kepada golongan senior untuk menegur dahulu. Walaupun ianya berlaku silap faham dalam kalangan muda.

Jangan patuh buta pada senior. Tegur pada membetulkan kesilapan yang dilakukan. Kepatuhan mutlak hanya buat Rabbul Jalil, ALLAH Penguasa Manusia, Raja Alam ini. Pada manusia kita hanya menurut pada perkara yang disepakati Islam.

Hakikatnya, dalam perihal tegur-menegur ini, tidak mengira umur atau pangkat, tegurlah selagi mana benar dan kena pada caranya.

Masa Menegur & Ilmu

“Engkau takkan tak nasihatkan dia semasa dia buat benda tak senonoh tu!?”, kata si kawan apabila mendengar cerita kawannya yang lain dalam kemungkaran.

Kawan yang seorang ini dengan muka malasnya menjawab balas, “Alahai, biarlah ayah dia yang tegur dia, ayah dia lagi berhak.”

Jika kita mengharap dan memberikan autoriti menegur lebih dahulu kepada golongan senior, maka tujuan menegur itu sukar dicapai. Tambahan kehangatan peristiwa sukar dirasai jika penegur lambat atau tidak kena pada situasi berlakunya perselisihan atau kemunkaran.

Kebenaran, walaupun pahit kadangnya, perlu disampaikan segera, sebab setengah keadaan itu memerlukan kebenaran pada waktu itu juga untuk menatijahkan kebaikan pada semua.

Firman ALLAH Maha Bijaksana yang dapat kita fahami:

"Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”
(Surah An-Nahl: 125)

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para daie supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para daie mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat.

Namun pada sejarah Islam, terlihat contoh psikologi persuasif baginda RasuluLLAH didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah RasuluLLAH mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelaki itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub atau kaedah Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah SAW Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

Spesifik atau Khusus pada yang Haq

“Jika engkau dah membohong, pastinya yang mengajarnya cikgu engkau di sekolah usang itu.”

“Awak ini tak patut babitkan sekolah kami, yang bersalah hanya dia seorang, jangan kamu buat fitnah terhadap cikgunya pula.”, seorang yang lain meredakan.

Berhati-hati dan berwaspada di waktu menegur atau mengeluarkan kenyataan. Ia bakal mengundang pergaduhan antara kumpulan dan juga bangsa. Ya ALLAH minta dijauhkan.

‘Holier than thou’ / ‘Gua’ lagi mulia dari ‘lu’

Bukan diajar oleh cikgu di sekolah, juga bukan Perdana Menteri yang memerintah, dan yang sewaktu dengannya. “Inna akramakum indALLAHi at qakum..”dari surah Al Hujurat ayat 13 yang diajar. Sayugia diingatkan di sini agar kita buat usaha kita sebagai manusia & tinggalkan urusan ALLAH SWT kepada ALLAH. Mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterimaNya.

Teguran : Oleh itu, sila berhenti dari mempunyai unsur & sifat sebegini dalam jiwa kita apabila menulis & menjalani kehidupan seharian. Laksanakan haq kita & tinggalkan hak ALLAH untuk ALLAH SWT.

Teguran & Jiwa Besar, Sabar & Husnudzan yang Tinggi.

“Jika engkau mahu nasihatkan anak engkau, mestilah engkau rendahkan suara, tidak mestinya dengan suara kasar teriak, utamanya tegur nasihat engkau itu, hadirkan ia dari jiwa hati engkau yang bersih agar mudah anak mendengar terima. Anak engkau itu bukannya bebal dan pekak telinganya, cumanya nasihat kita mesti ada baik sangka bunyinya pada telinga anak kita itu, tidak terasa di hatinya sedikitpun buruk sangka dari nasihat yang kita sampaikan. Anak kita masih lagi boleh ditegur, bukan Firaun yang mengaku Tuhan sombong.” pesan sahabat yang lebih berpengalaman dalam mendidik anak pada sahabatnya yang seorang ini.

Ya, teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas.

Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat.

Memulakan Teguran

Panggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai, berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita.

Panggillah Abang, Pakcik, Makcik, atau apa jua panggilan sekalipun yang melembutkan hati kepada mereka yang lebih tua. Juga panggillah Anakku, cahaya mataku, Ibuku, ayahku, atau jua kesukaan yang mententeramkan jiwa kepada jiwa pemuda-pemudi kita. Agar keduanya tidak terabai dari menerima kebaikan dari manfaat ditegur.

Menyampaikan Idea dalam Teguran

Pakcik, saya fikir pakcik sepatutnya….” hingga akhir teguran.

Bernas atau tidak teguran engkau ini? Atau memandai sahaja?

Jangan takut orang cabar idea kita.. Kita kena berani menyuarakan pendapat dan pandangan.. otherwise.. kita orang muda ni hilang peranan jika terlalu mengharap hebat dari golongan tua atau senior.

Peluang dan Dendam dalam Teguran

Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang.

Di bawah ini saya sertakan beberapa daripada Al Quran yang mana ALLAH telah lama mengingatkan manusia agar sentiasa memohon kepadaNya dan kembali kepadaNya jika berlaku perselisihan pendapat dan silap faham.

Doa Agar Difasihkan Lidah & Dilapangkan Dada untuk Berkomunikasi

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha ayat 25-2
Amalkan ayat ini di permulaan ucapan untuk mendapat kekuatan menyampaikan hasrat hati kepada sesiapa sahaja terutamanya jika dipilih menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menyampaikan ucapan dan peringatan kepada masyarakat atau pekerja. Keterangan ayat ini boleh dirujuk daripada kisah Nabi Musa Alaihissalam.

Doa Memohon Ditambah Ilmu

Wahai Tuhanku! Tambahkan ilmuku. (Surah Taha ayat 114)

Ayat ini tidak terbatas untuk orang yang menuntut ilmu secara formal (menuntut ilmu sebenarnya selagi hidup bernafas takkan berakhir) malahan untuk orang yang sedang berkomunikasi dan berinteraksi. Sebab apa? Sebab mereka terkadang sukar menyampaikan idea dalam perkataan yang mudah, maka eloklah ayat ini dibaca untuk memohon dipermudahkan penyampaian maklumat. Doa ini juga disarankan untuk mengelakkan silap dan salah faham dalam hubungan suami isteri, kawan-kawan dan jug adalam perdebatan. Menurut At Tibi, ayat ini diturunkan agar Ar Rasul SAW fokus terhadap makna sebenar dari ayat-ayat ALLAH diturunkan kepada baginda dalam penurunan Al Quran sesuai dengan keadaan semasa. WALLAHualam, ALLAH jua yang lebih mengetahui.

Doa Memohon Dijauhkan Angkara Kezaliman


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada angkara kaum yang kafir.
(Surah Yunus ayat 85-86)




MENEGUR DAN DITEGUR

Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat. PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati dan KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.


Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha ALLAH. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.


Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!


Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang ALLAH. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!

Tegur Menegur dalam berjamaah

Dalam sebuah organisasi berjemaah, amalan tegur menegur dapat memantapkan lagi hubungan ukhuwwah dan gerakerja yang dilakukan. Teguran yang ikhlas adalah motivasi kepada orang yang ditegur dan sebagai agen penambahbaikan terhadap kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Manakala orang yang menerima teguran perlu menerima teguran dengan berlapang dada. Tidak perlu menyimpan dendam kesumat yang tidak menguntungkan sesiapa. Jika teguran itu dirasakan tidak serasi dengan pemikirannya, atau dirasakan apa yang telah dibuatnya adalah terbaik, maka berbincang dan berhujah dalam suasana yang aman.

Jika teguran itu berdasarkan persepakatan mesyuarat, atau keputusan syura, maka terimalah kesepakatan itu sekalipun bercanggah dengan pendirian diri sendiri. Meskipun pendirian kita benar, bermusyawarah juga ada keberkatannya kerana keputusan bukan bersifat peribadi tetapi melalui pertukaran buah fikiran. Kemungkinan idea kita itu diletakkan oleh ALLAH ke suatu masa yang sesuai, manakala keputusan mesyuarat adalah untuk masa tersebut.

Kerap kali orang yang ditegur mudah berkecil hati, merajuk, mula menjauh diri dari si penegur dan seumpamanya. Ada pula yang menaruh dendam kesumat, menunggu masa sesuai untuk melibas semula, membuat pakatan untuk membuat 'serangan' terhadap penegur dan sebagainya. Mereka ini tidak berjiwa besar. Lemah untuk berlapang dada. Tiada kekuatan untuk menerima teguran.

Lihatlah peribadi Saiyidina Umar ketika ditegur didepan khalayak menganai jubah yang dipakainya ketika baru hendak memulakan khutbah. Jika kita ditempat beliau, rasanya si penegur itu terus saja dibelasah atau dimalukan. Tetapi Saiyidina Umar sedikit pun tidak menunjukkan reaksi negatif tersebut malah dengan tenang dia menerima teguran itu sehingga anaknya sendiri bangun membela Umar.

Marilah sama-sama kita saling tegur menegur, dan berlapang dada apabila ditegur. Jernihkan suasana dengan berlapang dada. Jika hati terasa akibat teguran, bertenanglah. Mungkin si penegur belum mahir dalam berhikmah, kita terimalah kerana tidak semua orang sempurna. Untuk menenangkan hati terhadap si penegur, berdoalah untuk kebaikannya. Maka tidak timbul lagi dendam kerana kita telah mendoakan kebaikan kepadanya. Kurang waras jika kita siang hari berdendam kepadanya, malam hari kita doakan kebahagiannya.

Wednesday, September 24, 2008

Duit raya sekupang dan sambut Raya bersama ayam , lembu

Kerajaan umum penurunan harga petrol/diesel RM0.10. Sekupang je duit raya. Cuba bagi duit raya dekat budak-budak kampung. Dalam hati mesti dikatanya "kedekut!!" Orang kaya bagi sekupang saja. Mentekedarah RM0.70 lebih, bagi balik sekupang. Tambah dengan yang hari tu punya, jadilah RM0.25. Aduhai, teragak-agak je nak turunkan harga minyak. Kalau nak naik, cukup cekap bersih amanah. Nak turun, lepas pikir, pikir. nak turun dua kupang la, 15 sen la. Last-last sekupang saja.

Orang kata kena bersyukur, mujur dia mau kasi turun... Huh, kalau dia kasi naik lagi 70 sen, apa mau kata? Sabar la, mujur naik 70 sen saja.

Empat lima hari lagi nak raya. Lagu-lagu raya berkumandang rata-rata. Di kampus lagi lah. Tiap-tiap bilik ada saja kedengaran lagu raya. Hilang terus semangat nak cari lailatul-Qadr. Ada yang bersedih - bukan sebab nak berpisah dengan Ramadhan. Tapi sebab dengar lagu raya, yang tiap-tiap tahun 'mesti' dengar. kalau tak, tak sah sambut raya. Lepas tu usahakan diri untuk bersedih kononnya teringatkan kampung halaman. Oh rindunya kampungku... sedihnya dengar lagu raya. Adoi... raya tu hari kemenangan syeikh. Kena gembira. Ingat, Eidul Fitri bukan seperti Krismas, bukan seperti Deepavali! Raya kita dengan gema takbir, bukan lagu raya.

Habis~~ lambaian akhir Ramadhan usah peduli lagi. Yang penting raya. Tarawih kantoi pun tak apa, asalkan boleh raya.

Dalam media-media cetak dan elektronik pula sibuk sambut raya dengan ayam dan lembu. 'Kementerian akan memastikan bekalan ayam dan daging mencukupi untuk sambutan raya'. Apa raya tu nak makan saja? Huh... kalau tak ada ayam dan lembu, alamatnya kita tak boleh raya laa (?).

Sepatutnya semakin akhir Ramadhan semakin bersemangat kita beribadah. Bukan semakin rancak dengar lagu raya. Bukan bersungguh-sungguh 'mengumpul ayam dan lembu untuk raya bersama-sama'. Ah~ umat sekarang memang sudah tak boleh diubah (?). Sambut Raya seolah-olah Eidul Fitri tu bukan hari ibadah.

Pusat Islam USMKKj, anjur qiamullayl pada 10 malam akhir Ramadhan. Buka peluang untuk orang-orang yang mahu untung. Sahur pun ada. Tapi sayang... tak perlu ulas lagi kehadirannya.

Ayahku pernah berkata kepadaku, kalau ada majlis yang mengumpulkan alim ulama, ustaz-ustaz, para hafiz dan seangkatannya, elok kita join. Tak payah nanti suruh. Dalam ramai-ramai, kita tak tahu doa siapa yang akan makbul. Lagi ramai, lagi banyak chance doa makbul. Program qiamullayl salah satunya tempat golongan tersebut berkumpul. Ada ustaz, ada hafiz yang jadi imam, ada juga kalangan kita yang ikhlas, mana tahu - akan termakbul doa mereka, kita juga akan dapat tempiasnya.

Banyaklah berdoa, offkan lah lagu raya yang entah apa-apa tu. Tak ada maknanya menangis sebab dengar lagu raya. Jangan main mercun. Jangan halau Ramadhan...

p/s: kalau nak main mercun juga, main pukul 4 pagi. Boleh kejut orang qiyamullayl...
p/s lagi: Aku bukan anti-lagu raya.

Jika benar, sedihnya !!!

Berita ini sangat menggemparkan...



Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap - UtusanOnline



IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.


Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.


Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.


Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.


Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.


Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.


Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.


“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.


“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.


Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.


Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa.


Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang.


Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.


“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.


Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.


Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.


Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''


Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.


Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.


Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.


============


Benarkah berita ini?


Jika benar, alangkah sedihnya. Ingatkan Chua Soi Lek saja yang 'jujur' mengaku berzina. Apa sudah jadi? Bukankah karektor yang mengaku itu beragama Islam? Dan zina dianggap sedekah? Atau ini satu konspirasi untuk memalukan kerajaan Negeri Perak? Kalaupun bukan terperangkap, kenapa tergamak melakukan zina? Alangkah keringnya iman manusia hari ini. Sebenarnya samada konspirasi atau tidak, zina adalah seburuk-buruk jalan yang kelasnya dosa besar. Bukan saja memalukan kerajaan Perak, malah memalukan umat Islam seluruhnya. Kita sama sekali tidak boleh terima apabila zina dianggap sedekah, Itu biadab namanya!

Ramadhan 1429 sudah ke penghujungnya, jangan menyesal nanti!

Ramadhan 1429 semakin menuju penghujungnya. Sepuluh hari terakhir - menawarkan perlepasan dari api neraka. Suatu tawaran yang sangat besar disediakan oleh ALLAH kepada mereka yang hidup hatinya. Orang-orang yang bersungguh-sungguh menghayati Ramadhan akan mula merasai countdown pemergian Ramadhan 1429, manakala yang orang yang entah apa-apa hanya membilang hari hendak raya.

Padahal tiada apapun usahanya dalam bulan Ramadhan. Padahal tarawihnya kantoi, sedekahnya kantoi, tidurnya memanjang, aktiviti lalai memenuhi jadual dan seumpamanya. Sedar tidak sedar, golongan ini tidak berasa malu kepada ALLAH, kerana menumpang berhari raya yang ALLAH sediakan untuk orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha mentarbiyah diri dalam bulan Ramadhan.

Aku harap diriku tidak tergolong dalam golongan yang tidak tahu malu kepada ALLAH. Harap juga kalian begitu. Ramadhan 1429 masih berbaki 5-6 hari lagi. Masih terbuka untuk kita terus membaiki diri. Masih ada ruang untuk kita menggandakan ibadah jika umur kita dipanjangkan sedikit lagi. Berusahalah, kerana Ramadhan tahun depan belum tentu kita dapat. Jika kita mati, sebelum Ramadhan 1430, maka dalam minggu terakhir Ramadhan 1429 inilah satu-satunya peluang untuk kita kaut segala tawaran yang ALLAH sediakan.

Sekiranya peluang ini kita lepaskan, kelak menyesal besar kita. Menyesal bagaimana? Menyesal yang tidak akan dapat lagi mengubah apa-apa. Hari ini kita tidak rasa bagaimana menyesal itu dirasai. Apabila mengalaminya kelak, baru kita faham betapa peritnya sebuah penyesalan yang tidak boleh sama sekali diperbaiki.

Oleh itu, perbanyakkan amalan kita. Perbanyakkan ibadah kita. Perbanyakkan nasihat-menasihati sesama kita. Perbanyakkan doa kita. Berdoalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. InsyaALLAH mudah-mudahan minggu terakhir Ramadhan memberi suatu makna kepada kita. Semoga Syawal nanti menjadi ibadah kepada kita.

Allah taala berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa-doa orang yang berdo`a apabila mereka memohon kepada-Ku. Maka hendaknya mereka mengucapkan labbaik /menyambut segala perintah- Ku dan hendaknya mereka beriman kepada-Ku, agar mereka mendapat petunjuk.
[Al-Baqarah 187]


Antara doa-doa yang boleh kita amalkan:

اللهم أصلح لنا ديننا الذى هو عصمة أمرنا

وأصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا

وأصلح لنا آخرتنا التى فيها معادنا


واجعل الحياة زيادة لنا في كل خير

Jadikanlah keHidupan bertambah bagi kami segala kebaikan

واجعل الموت راحة لنا من كل شر

Dan jadikan keMatian bagi kami rehat daripada segala keburukan


اللهم إنا نسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنا إلى حبك

[Allahumma inna nas-aluka hubbaka, wahubba man yuhibbuka, wahubba 'amalin yuqarribuna ila hubbika]

Ya Allah, kami mohon kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, dan kecintaan kepada orang-orang yang Engkau cintai, dan kecintaan kepada amalan yang mendekatkan kami kepada-Mu


اللهم اغفرلنا وارحمنا وأعتق رقابنا من النار
اللهم اغفرلنا وارحمنا وأعتق رقابنا ورقاب والدينا من النار
اللهم اغفرلنا وارحمنا وأعتق رقابنا ورقاب أزواجنا من النار
اللهم اغفرلنا وارحمنا وأعتق رقابنا ورقاب أولادنا من النار
اللهم اغفرلنا وارحمنا وأعتق رقابنا ورقاب معلمينا وأستاذنا صديقنا من النار
[ALLAHumma-ghfir lana warhamna wa-a'tiq riqobana wariqoba mu'allimina wa ustazina wa shodiqina minannar]

Ya ALLAH, ampuni dosa kami dan kasihanilah kami. Bebaskan leher kami dari Api Neraka.
Ya ALLAH, ampuni dosa kami dan kasihanilah kami. Bebaskan leher kami dan leher kedua ibubapa kami dari Api Neraka.
Ya ALLAH, ampuni dosa kami dan kasihanilah kami. Bebaskan leher kami dan leher suami/isteri kami dari Api Neraka.
Ya ALLAH, ampuni dosa kami dan kasihanilah kami. Bebaskan leher kami dan leher anak-anak kami dari Api Neraka.
Ya ALLAH, ampuni dosa kami dan kasihanilah kami. Bebaskan leher kami dan leher guru-guru kami, ustaz-ustaz kami dan rakan-rakan kami dari Api Neraka.

اللهم إياك نعبد ولك نصلى ونسجد وإليك نسعى ونخفض
نرجوا رحمتك ونخشى عذابك
إن عذابك الجد بالكفار ملحق

لآإله إلا أنت
أنت الغنى ونحن الفقراء
أنزلنا علينا الغيث ولا تجعلنا من العائثين

Banyak lagi doa yang boleh diamalkan. Doa dalam Bahasa Melayu pun boleh. Dalam bahasa Inggeris pun boleh. Bahasa Jepun pun boleh.

Dalam sepuluh malam akhir Ramadhan ini, banyakkanlah berdoa agar ALLAH melepaskan kita daripada belengu api neraka. Berdoalah bersungguh-sungguh, terutama ketika awal pagi sebelum bersahur. Menangislah mohon keampunan dari-Nya. Sesungguhnya ALLAH mengharamkan api neraka kepada mata yang menagis kerana takutkan ALLAH.

Berdoalah untuk kejayaan kita dunia dan akhirat.

Berdoalah agar Ramadhan kita kali ini bernilai dan diterima di sisi ALLAH.

Berdoalah untuk kesejahteraan diri, keluarga dan umat Islam.

Berdoalah agar dikurniakan kepada kita pemimpin yang boleh mendambakan rahmat dan keampunan Tuhan kepada negara dan rakyatnya.

Berdoalah agar kita bisa menemui Ramadhan tahun hadapan. Semoga kita bersama mendapat rahmat dah kasih sayang ALLAH. WaLLAHU a'lam.


Tuesday, September 23, 2008

Awas, jauhi dari berhala yang disembah umat Islam hari ini!!

Akhir-akhir ini kita mula menyedari bahawa memisahkan Agama dan Politik adalah ajaran sekular. Memisahkan Politik daripada Islam adalah sekularisme yang mesti ditentang. Berkata Syeikh Mustafa Masyhur bahawa memisahkan agama dengan politik adalah jalan paling mudah untuk menjadi kafir!

Bukan politik sahaja, memisahkan Islam dari sistem ekonomi, juga sekular. Memisahkan Islam dari sistem pendidikan, juga adalah sekular. Memisahkan Islam dari sistem pemerintahan adalah sekular. Memisahkan setiap inci cara hidup daripada Islam adalah langkah sekular, yang telah membaham agama Kristian.

Persepsi kita selalunya menganggap sekular itu hanya kepada orang yang menumpu kepada duniawi, dan Islam hanya dipandang dari sudut ibadah spiritual sahaja. Memang, itu adalah sekular. Tetapi jarang orang pandang orang yang hanya menumpu kepada ibadah spiritual sahaja dengan mengabaikan duniawi sebagai sekular. Bukankah itu juga salah satu pemisahan agama dengan kehidupan duniawi?

Syeikh Ibrahim Ahmad, seorang ulama Tasawwuf menegaskan bahawa perjalanan ahli Tasawuf tidak lepas dari dakwah dan siasah (politik) . Banyak penyelewengan yang berlaku dalam tasawuf pada hari ini seperti pemisahan dakwah dan siasah dari kehidupan dengan hanya memfokuskan jalan sufi ini hanya pada amalan ibadat semata-mata dan ini disebabkan mengamalnya tidak memahami tuntutan tasawuf dan tidak ahli dalam ilmu tasawuf itu tersendiri.


Beliau seterusnya menerangkan konspirasi yahudi untuk menjatuhkan umat ini. Pertamanya, mereka mencipta berhala yang baru-Dinar, Dollar, Money, Duit- Setelah hancurnya berhala Latta dan ‘Uzza ditangan Khalid al-WAlid sewaktu Pembukaan Makkah, maka hari ini berhala diinkarnasi dalam bentuk baru. Aqidah manusia ditanggalkan dan digantikan dengan duit. ALLAH diletak tepi dan digantikan dengan duit. Buktinya, ibubapa dan orang tua lama (sekarang pun lebih kurang saja) mereka percaya duit bagi kebahagiaan, kerja besar banyak duit baru buleh makan, baru masa depan terjamin, duit bagi rezeki, takda duit matilah kita, dll. Sedangkan apa yang sebenar Allah yang bagi rezeki, ALLAH yang bagi kebahagiaan, ALLAH lah segala-galanya.


Jalan kedua ialah mereka (Yahudi dan Nasara) mengitar semula agama kita. Mereka sama sekali tidak akan menghapuskan Islam kerana umat Islam akan bangkit menentang tetapi mereka buat acuan baru pada Islam dengan menanggalkan aqidah kepercayaan teras dan hanya meninggalkan amalan-amalan berbentuk fardi pada ‘Islam’ kita. Lalu, tugas kita ialah berusaha menjelaskan kembali adakah benar Islam yang kita faham, beriman, yakini dan amalkan pada hari ini adalah sama dengan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi. Kepercayaan teras seperti “kita sanggup mati tak makan, sanggup miskin demi pertahankan agama kita kerana Allah adalah matlamat utama kita”, perlu dikembalikan dalam diri masyarakat hari ini.


Jalan keseterusnya adalah mereka Yahudi dan Nasara rosakkan wanita-wanita Islam. Mereka jadikan mereka ‘hantu’ membeli belah. Fahaman kebendaan dipasakkan dalam diri mereka. Lalu keluarlah qaul dan kata-kata seperti ‘kena la blajar sungguh-sungguh, baru dapat kerja bagus dan gaji besar. Terjamin masa depan kamu’... Lalu di mana teras kepercayaan kita bahawa ALLAH adalah sumber pemberi rezeki? Fahaman kebendaan ditanam di dalam diri anak-anak oleh sesetengah ibu bapa dan nilai ibu dan isteri solehah dicabut perlahan-lahan dari diri wanita. Ingatlah bahawa wanita yang derhaka, keluar izin tanpa kebenaran suami, menyakiti hati suaminya, nusyuz maka bau syurga pun takkan mampu mereka cium.

Sebagai Mahasiswa Islam, kita adalah pemuda yang wajib mengembalikan kedaulatan Islam. Islam itu sebenarnya tinggi, tiada yang lebih tinggi. Waktu ini Islam dipandang rendah dan dibuli oleh musuh-musuh serta orang-orang Islam yang zalim itu sendiri.

Ayuhlah, kita berusaha memunculkan semula pemuda-pemuda Islam yang membela Islam, bermula dari kita Mahasiswa-mahasiswa Islam. Kita sudah banyak lalai dan menjadi hamba kepada berhala bentuk baru yang dirumus khas oleh Yahudi dan Nasara. Kita mesti keluar dari putar-belit percaturan mereka.

Mahasiswa Kedah Tubuh NGO

KUALA LUMPUR : Keprihatinan, kepekaan dan kesungguhan telah ditunjukkan oleh mahasiswa-mahasiswa Kedah terhadap perpaduan rakyat, semangat integrasi, soal-soal kebajikan dan juga sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada masyarakat terutamanya di negeri Kedah, telah terbukti dengan tertubuhnya sebuah badan NGO baru, yang dinamakan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA).

Persatuan Mahasiswa Darul Aman atau ringkasannya PERSADA, ditubuhkan dibawah ikatan amanah dan dijadikan sebagai satu medium terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa Kedah, sama ada yang berada di dalam dan juga di luar negara, menggagaskan dan memperluaskan peranan mereka hingga mencapai tahap yang optimum, demi kebaikan seluruh mahasiswa anak-anak Kedah dan masyarakat khususnya untuk rakyat negeri Kedah itu sendiri.


Dengan tertubuhnya PERSADA yang menaungi semua persatuan-persatuan mahasiswa dan pelajar negeri Kedah di setiap IPTA dan IPTS, persatuan mahasiswa dan pelajar di semua Institut Perguruan dan maktab, kolej-kolej, politeknik-politeknik, sama ada di dalam dan juga di luar negara, ia diharapkan mampu menjadi wadah kesatuan buat semua mahasiswa anak jati negeri tersebut.


PERSADA yang telah didaftarkan secara sah dan rasmi sebagai sebuah badan NGO yang bebas, turut menyertai gabungan badan-badan NGO seluruh negeri Kedah yang lebih dikenali sebagai WEHDAH. Daripada sambutan yang agak memberansangkan dan juga respon positif yang telah ditunjukkan oleh mahasiswa-mahasiswa Kedah atas penubuhan PERSADA ini, menyerlahkan kesungguhan dan kesanggupan mahasiswa-mahasiswa Kedah berganding bahu dan bekerjasama bagi mencapai matlamat penubuhannya.


Antara matlamat penubuhan PERSADA ini ialah untuk menganjurkan sebarang aktiviti kebajikan bagi mahasiswa-mahasiswa Kedah yang berada di dalam mahupun di luar negara. PERSADA juga bermatlamat untuk menjayakan dan melaksanakan kerja-kerja ke arah memaksimumkan pengupayaan mahasiswa dan masyarakat melalui peningkatan ilmu, kemahiran, pengalaman dan daya inisiatif untuk membangunkan mereka dengan nilai-nilai murni yang kondusif.


Selain itu juga, penubuhan PERSADA turut bertujuan untuk mengadakan kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan di peringkat negeri dan juga nasional dalam usaha mencapai matlamatnya. Penubuhan PERSADA secara tuntasnya bertindak sebagai wadah yang dapat mengemblengkan tenaga, idea, gerak kerja dan usaha, seterusnya memacu mahasiswa Kedah di seluruh Malaysia dan di luar negara, untuk memberi dan mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat.


Menurut Presiden Penaja PERSADA, Mohd Faisal bin Mustaffa, dengan termaktubnya PERSADA ini sebagai badan NGO berdaftar, beliau berharap PERSADA dapat menjadi medan terbaik untuk mahasiswa-mahasiswa Kedah dari pelbagai kaum dan agama, sama ada di dalam dan di luar negara, berkumpul dan duduk di bawah naungan yang satu, iaitu PERSADA, demi penyatuan mahasiswa Kedah itu sendiri.


Beliau juga menegaskan bahawa melalui PERSADA jugalah mahasiswa dapat bergerak dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat terutamanya di negeri Kedah, di atas nama sebuah badan NGO yang sah.


Hasrat beliau lagi agar PERSADA yang ditubuhkan atas dasar menyedari kepentingan hubungan keintelektualan mahasiswa dengan masyarakat, dalam mendepani arus sebenar dalam dunia masa kini, mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, bagi merealisasikan apa yang telah direncanakan. - Sumber


Web SiswaKedah : http://www.siswakedah.com

Monday, September 22, 2008

TARBIAH DAN PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI

Kalimah Rabbani digunakan oleh Syeikh Said Hawa dalam satu risalah kecilnya “إحياء الربانية” (Menghidup kembali generasi Rabbani)[1] bagi menggambarkan generasi yang akan menyelamatkan Islam pada masa kini. Beliau berpandangan, hanya generasi Rabbani yang mampu diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam di zaman moden ini setelah sekian lama ia mengalami keruntuhan.

Siapakah generasi Rabbani ?

Kalimah Rabbani( الرباني ) bersandar kepada kalimah Rabb ( الرب) yang bermaksud Tuhan. Rabbani dapat dimaknakan dalam bahasa Melayu dengan “Ketuhanan”. Generasi Rabbani dari segi maknanya bermaksud generasi Ketuhanan.

Secara lebih nyata; generasi Rabbani ialah generasi yang menyandarkan diri mereka kepada Tuhan di mana mereka hidup untuk melaksanakan matlamat yang ditetapkan Allah, mencari kerdhaanNya semata-mata, mereka menjalani kehidupan di atas manhaj Allah (yakni Islam) dan mereka bermati-matian memperjuangkan manhaj tersebut dengan mengorbankan apa sahaja yang ada pada mereka sama ada harta, tenaga dan jiwa raga mereka.

Generasi rabbani adalah generasi muslim sejati. Mereka bukan sekadar beramal dengan Islam tetapi juga bekerja untuk menegakkan Islam (yakni menjadi Amilin Islam). Mereka tidak hanya menjadi penyokong kepada Harakah Islam, tetapi juga adalah pendokong dan tunggaknya. Contoh unggul bagi generasi Rabbani ini ialah para sahabat yang dididik dan ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w..

Ciri-ciri golongan Rabbani

Golongan Rabbani (ketuhanan) di dalam al-Quran diungkapkan Allah tentang mereka dengan memakai beberapa istilah antaranya; al-Mukminun[2], al-Muttaqun[3], al-Muflihun[4], Hizbullah[5], Ansarullah[6], ‘Ibadur Rahman[7], Orang-orang yang bersama Muhammad[8] dan sebagainya.

Antara ciri-ciri mereka -sebagaimana yang dibentangkan Allah di dalam al-Quran- ialah;
1. Beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lainnya.
2. Mendirikan Solat dan menjaganya.
3. Membayar zakat dan bersedekah.
4. Yakin dan beramal dengan al-Quran.
5. Nenjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia.
6. Menjaga kehormatan dirinya (dari zina dan sebagainya).
7. Menjaga amanah dan janjinya.
8. Berjalan di muka bumi dengan sopan santun (yakni tidak angkuh dan bongkak).
9. Tekun mengerjakan ibadah di malam hari.
10. Berdoa kepada Allah agar dijauhkan azabnya.
11. Bersederhana dalam membelanja harta (tidak boros dan tidak bakhil).
12. Tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
13. Tidak membunuh tanpa hak.
14. Tidak menghadiri tempat-tempat maksiat.
15. Memberi perhatian kepada peringatan Allah.
16. Berdoa kepada Allah agar dikurniakan pasangan dan anak yang baik dan menjadi ikutan kepada orang bertakwa.
17. Dicintai Allah dan menyintai Allah.
18. Bersifat lemah-lembut (kasih sayang) kepada orang beriman.
19. Bersikap tegas kepada musuh Islam.
20. Berjihad di jalan Allah tanpa takut celaan sesiapapun.
21. Memberi wala’ sepenuhnya kepada Allah, Rasul dan kepimpinan orang beriman.
22. Sabar dalam berhadapan dengan segala kesukaran dalam mentaati Allah.
23. Al-Musabarah (meningkatkan ketahanan dalam menghadapi musuh).
24. Ar-Ribath (Sentiasa berjaga-jaga dan bersiap-sedia menghadapi musuh).

Apa yang kita kemukakan di atas hanya sebahagian sahaja dari ciri-ciri golongan Rabbani yang terdapat di adalam al-Quran. Pengemukaan di atas hanya suatu tasawwur awal. Untuk pengukuhannya, adalah dicadangkan supaya diadakan suatu pengisian yang khusus berkenaan dengannya.

Menurut Syeikh Said Hawa, seseorang insan muslim hari ini tidak akan berjaya untuk menjadi seorang insan Rabbani kecuali dengan memiliki empat perkara;

Kemantapan dari sudut ilmu tentang Islam.
Kematangan dari sudut ronani.
Penghayatan dari sudut akhlak Islam.
Mempunyai kefahaman harakah dan organisasi yang bertepatan dengan tuntutan amal Islami semasa.

Peranan Tarbiyah

Generasi Rabbani dengan pengertian dan ciri-ciri yang dikemukakan di atas tidak akan lahir tanpa dilakukan usaha-usaha ke arahnya. Di sinilah letaknya peranan tarbiyah. Perlaksanaan tarbiyah yang berkesan amat diperlukan untuk melahirkan insan rabbani yang mantap ilmu, rohani dan akhlaknya serta faham tuntutan harakah dan dakwah.

Apa yang dikatakan tarbiyah?

Tarbiyah adalah suatu kalimah yang bermaksud memelihara, mengasuh, mendidik dan mengajar. Dengan itu, kalimah tarbiyah lebih luas pengertiannya dari kalimah ta’lim (yang bermaksud pengajaran atau penyampaian ilmu). Ta’lim hanya menekankan pertumbuhan dari aspek aqli manusia sahaja. Akan tetapi tarbiyah menekankan seluruh aspek pertumbuhan manusia; aqalnya, rohaninya, akhlaknya, perasaannya, semangat jihadnya, fizikalnya dan sebagainya.

Oleh itu, seorang murabbi tugasnya bukan sekadar menyampaikan ilmu -sebagaimana seorang mu’allim atau guru- tetapi mentarbiyah atau dalam erti kata lain memberi perhatian bersungguh kepada orang-orang yang ditarbiyahnya sehingga tercapai sasaran yang dikehendaki. Dalam konteks perbicaraan kita dalam kertas ini, sasaran tarbiyah ialah membentuk insan Rabbani.

Penyusunan Tarbiyah Islamiyah masa kini

Penyusunan tarbiyah Islamiyah masa kini -bagi mencapai insan Rabbani- hendaklah merangkumi dua aspek utama iaitu;
1. Pembinaan diri (Tarbiyah Rohaniyah, Aqliyah dan Jasadiyah).
2. Penglibatan dengan Harakah (Tarbiyah Harakiyah).

Perlaksanaan terhadap dua aspek di atas seboleh-bolehnya dilaksanakan secara beriringan mengikut tahap-tahap keahlian yang ada dalam jama’ah. Perlaksanaan juga hendaklah merangkumi teori dan praktikal atau ilmu dan amali kerana inilah corak pentarbiyahan yang telah diamalkan oleh Rasulullah terhadap para sahabat.

Tarbiyah untuk pembinaan diri

Tarbiyah pembinaan diri yang berjaya hendaklah merangkumi semua unsur dalam diri manusia; Qalb, roh, aqal, nafs dan jasad. Oleh itu, program tarbiyah hendaklah merangkumi;

1. Program untuk mengislahkan qalb dan meningkatkan ruhani.

Iaitu dengan melaksanakan ibadah dan zikir seperti; Menjaga solat lima waktu, solat-solat sunat, Qiyamullail, membaca al-Quran, berzikir (tahlil, tahmid, istighfar dan sebagainya), pembacaan maksurat pagi dan petang dan sebagainya.

2. Program peningkatan ilmu atau aqli

Iaitu dengan mengadakan program untuk menambah ilmu agama dan duniawi dengan mengadakan majlis-majlis ilmu, melalui usrah, perbincangan, pembacaan dan sebagainya. Di samping itu dalam al-Quran, Allah menggalakkan manusia supaya merenung, berfikir serta mengkaji bertujuan untuk meningkatkan ketajaman minda dan aqal.

3. Program untuk membina ketahanan jasad

Iaitu dengan melakukan riadah jasadiyah. Dalam satu hadis, Rasulullah menyatakan bahawa; “Seorang mukmin yang kuat tubuh-badannya lebih baik di sisi Allah dari mukmin yang lemah”. Rasulullah juga menggalakkan para sahabat berlatih menunggang kuda, memanah, bergusti, berenang dan sebagainya. Imam Hasan al-Banna pernah berpesan dalam satu pesanannya kepada ahli Ikhwan agar mereka menjaga kesihatan mereka.

4. Membendung nafsu

Nafsu manusia jika tidak dibendung akan memudaratkan diri, menjerumuskan diri ke lembah maksiat. Oleh itu, amat perlu nafsu ini dilatih dengan puasa, mengurangkan makan, mengelak dari bergelak ketawa/bergurau berlebih-lebihan, menahan pandangan dan sebagainya. Untuk menyempurnakan pentarbiyahan terhadapan nafs ini, amat baik jika kita dapat mendalami ilmu tasauf.

Tarbiyah penghayatan Harakah (Tarbiyah Harakiyah)

Tarbiyah ini menjurus kepada membina seorang muslim yang memahami kewajipan berharakah dan sanggup bergerak aktif dalam harakah. Lebih jelas, tarbiyah ini merangkumi;
1. Faham apa itu harakah Islamiyah, ciri-cirinya, peranan-peranannya dan juga cara pergerakannya khususnya di zaman ini.
2. Memahami tanggungjawab sebagai ahli Harakah.
3. Memahami peranan Qiyadah dalam Harakah apabila ditugaskan memimpin Harakah.
4. Berkomitmen sepenuhnya dengan Harakah dan program-program Harakah.
5. Memberi wala’ (kepatuhan) kepada pemimpin Harakah.
6. Sanggup berjihad dan berkorban bagi melaksanakan cita-cita harakah.
7. Memahami adab-adab Jama’ah seperti mematuhi keputusan syura, beradap dalam memberi teguran kepada pemimpin, menghormati kepimpinan dan keputusan mereka, dapat menerima teguran dan kritikan dan sebagainya.

Imam Hasan Al-Banna dalam Risalah At-Ta’alim (Peraturan dan Arahan kepada Amilin Ikhwan) telah menggariskan 10 sifat yang mesti dilazimi oleh para Amilin dalam jama’ah Ikhwan iaitu; Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban, Taat, Tsabat, Tajarrud, Ukhuwwah dan Tsiqah.

Penutup

Program tarbiyah yang berkesan ialah yang istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh walaupun sederhana. Keutamaan hendaklah diberikan kepada perlaksaan perkara-perkara yang diwajibkan Syara’, kemudiannya barulah pergi kepada yang sunat. Demi keberkesanan tarbiyah, ahli-ahli jama’ah hendaklah rela untuk menerima taklif Ibadah atau amali yang diberikan oleh kepimpinan walaupun ia adalah sunat atau harus di sisi Syara’. Pada masa yang sama, kepimpinan jamaah juga hendaklah sentiasa mengambil kira kemampuan ahli jamaah untuk menerima taklif yang diberikan mengikut tahap-tahap masing-masing.

Hendaklah diingat bahawa keberkesanan tarbiyah dalam jamaah bukan sahaja bergantung kepada program yang diatur, tetapi juga kepada kesedaran ahli. Ahli-ahli jamaah hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan tarbiyah dan sentiasa bersedia untuk ditarbiyahkan oleh jama’ah.


(Ditulis pada; 25 Mei 2001 : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL)

Nota kaki;

[1] Risalah ini terkandung dalam buku beliau “كي لا نمضي بعيدا عن احتياجاتنا العصر” (Agar kita tidak lari jauh dari kehendak-kehendak semasa di zaman kita), ter. Dar as-Salam, Kaherah.
[2] Rujuk surah al-Mukminun ayat 1-11.
[3] Rujuk surah al-Baqarah 1-5.
[4] Antara ciri-ciri al-Muflihun ialah dalam surah Ali Imran ayat 200.
[5] Rujuk surah al-Maidah ayat 54 hingga 56.
[6] Rujuk surah as-Saff ayat 14.
[7] Rujuk surah al-Furqan ayat 63-76.
[8] Rujuk surah al-Fath ayat 29.


Thursday, September 18, 2008

Artis wanita bertudung di Alor Setar

Tiga hari aku berbuka puasa di rumah. Fuh... macam-macam ada. Tapi macam biasa lah, aku makan nasi sikit saja. Lauk aku balun banyak-banyak. Huhu...

Pagi-pagi lagi aku naik bas untuk kembali ke tempat mengaji. Dari Alor Setar, ke Butterworth, kemudian terus ke Parit Buntar. Dari dalam bas aku berpeluang melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar seawal pukul 7.30 pagi. Manusia-manusia sibuk menuju ke tempat kerja, pelajar sekolah pula bergegas ke sekolah.

Sambil aku melihat pemandangan sepanjang jalan, aku terpandang satu papan tanda iklan besar Nescafe. Tiada apa yang istimewa. Hanya sedikit membuatkan aku teringat sesuatu apabila model iklan tersebut, artis Fara Fauzana (artis ke DJ?) memakai tudung.

Satu papan iklan di Alor Setar

Aku dah banyak kali tengok. Tapi hari ni aku nak tulis lah blog sikit. Tiada yang istimewa pun dia memakai tudung, kerana ramai lagi wanita yang bertudung, dan bukankah menutup aurat itu wajib? Melihat papan iklan itu, aku teringat akan kuliyah seorang ustaz.

Kata ustaz itu berseloroh.

"Sekarang ni di Kedah, gambar artis-artis wanita kena pakai tudung untuk jadi model iklan. "

Semua audien ketika itu terus menanti kata-kata ustaz seterusnya.

"Kalau nak tengok Fara Fauzana bertudung, pergilah ke Alor Setar"

Kelihatan beberapa orang audiens berbisik. "Betul ke? emm betul..." (Dialog ni aku tambah saja. Orang bisik mana la aku dengar). Tapi aku seperti terpandang satu gerak bicara seorang audien yang berkata kepada sahabatnya yang aku fikir dia menyebut "Macam kat Kelantan".

Papan Iklan di Jalan Sungai Petani

Haa, agaknya betul lah dia kata macam tu, kerana aku pun sebut juga dalam hati. Memang iklan-iklan di Kelantan, artis-artis wanitanya bertudung. Bukan Fara Fauzana saja, Maya Karin yang tidak berbaju dalam filem Duyung juga bertudung di Kelantan!
Papan iklan Celcom di Kelantan

Kerajaan baru Kedah mula meniru cara tadbir negeri Kelantan yang menjurus ke arah Islamisasi dalam pentadbiran.

Lepas teringat kata-kata ustaz itu, aku tersenyum. Bangga juga sebab negeri kelahiran aku mencontohi negeri yang kagumi. Sampai saja di kawasan Sungai Petani, Fara Fauzana tadi bertudung, kini tidak bertudung pula. Padahal papantanda iklan Nescafe juga. Aku fikir, ini papan sebelum kerajaan bertukar tangan.

Yang kagumnya, belum 100 hari pemerintahan, sudah ada papan iklan yang menutup aurat wanita walaupun kerajaan negeri belum mewartakan secara rasmi undang-undang papan iklan itu. Nampaknya, pengusaha-pengushaa iklan ini menghormati kerajaan negeri yang baru dipilih rakyat. Nak hebat macam kelantan, tunggulah dulu. Tak sampai setahun pun lagi.

Papan iklan Digi di Kelantan

Kita mengharapkan bukan hanya kerajaan-kerajaan negeri tertentu sahaja berbuat demikian, malah kerajaan pusat juga perlu bertegas mewajibkan papan iklan yang memberi imej menutup aurat. Malah iklan yang ada kebanyakannya seolah-olah memperdagangkan wanita, aurat wanita dan tubuh wanita.
'Celcom Sempurnakan hidup anda' di Kelantan

Nescafe lagi... yang ni aku tak kenal, tapi di Kelantan.

Apalah relevannya iklan secawan Nescafe, tapi yang tertonjolnya adalah wanita. Hendak iklankan Nescafe atau artis wanita? Sama juga iklan sabun, syampu dan sebagainya. Sepatutnya produk lebih menonjol dalam iklan, bukan susuk tubuh wanita yang tiada kena mengena langsung dengan produk.Contohilah Kopi Radix, mai secawan... iklan itu tidak memperagakan wanita, kerana ia mahu lariskan kopinya.

Iklan Syampu Sunsilk di Kelantan
Walaupun iklan syampu, tapi tak perlu tunjuk rambut.


Jika mahu peralatkan juga wanita, letaklah imej menutup aurat. Biar masyarakat sekeliling bukan saja dapat tahu mengenai produk, malah berminat juga mahu menutup aurat. Kan bagus tu.



Papan tanda yang berimej dedah sana sini, memperdagang wanita, adalah sangat tidak relevan. Sepatutnya golongan yang memekik melolong mengenai hak-hak wanita bangun mendepani perkara ini. Maruah wanita dengan murah-murah saja didagang besar-besar di papan iklan dan media-media yang lain. Bukan saja hak-hak wanita dicabu, malah lelaki juga mengalami gangguan seksual (seperti kata TG Nik Aziz : Wanita mendedah aurat itu melakukan penderaan seksual kepada lelaki).

Bukan tu saja, dalam bulan Ramadhan ni, iklan-iklan macam tu boleh mengurangkan pahala puasa.

Tahniah kerajaan Kedah. Syabas Kelantan. Terenganu pun sama, harap DS Ahmad Said kekalkan legasi TG haji Hadi dulu... ALLAHU AKBAR!

Ũ