© The Mhakk Studio

Thursday, August 28, 2008

Apakah akan berulangnya Kisah Yusuf a.s?


Maka tersebutlah suatu kisah yang tercatat dalam al-Quran, yang di grade kan oleh ALLAH sebagai kisah terbaik (Ahsanal-Qasas). Kisah bagaimana Nabi Yusuf sewaktu kecilnya menceritakan sebuah mimpi yang unik kepada bapanya. Lalu bapanya Nabi Ya'qub menasihatinya supaya tidak diceritakan kepada saudara-saudaranya yang lain kerana bimbang provokasi mereka akibat sifat iri hati dan hasutan syaitan.

-

Namun, taqdir ALLAH jua, saudara-saudara Yusuf a.s tetap irihati kepadanya dek lebihnya kasih sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf. Ditambah lagi dengan jarum-jarum hasad yang ditusuk syaitan, akhirnya mereka semua berkonspirasi untuk memisahkah Yusuf a.s dari bapa mereka.

-

Konspirasi mereka berjaya. Dengan meninggalkan Yusuf dalam sebuah telaga, mereka memberitakan kepada bapa mereka yang Yusuf telah dimakan dek serigala. Tipu daya dan konspirasi mereka telah berjaya memisahkan Yusuf dari bapa mereka. Berdukacita dan menangislah Nabi Ya'qub sehingga buta matanya. 

-

Namun setelah kurang lebih 40 tahun berlalu, para konspirator serta penyokong dan pengampu mereka  akhirnya berdepan dengan kebenaran. Konspirasi yang mereka aturkan itu akhirnya didedahkan, dan mereka mengakui kesilapan mereka akhirnya. Mereka mengakui kesilapan dan rancangan kosnpirasi mereka di depan Nabi Ya'qub, dan Nabi Yusuf a.s yang ketika itu sebagai pembesar Mesir!

-

Hari ini, dalam negara kita, semua orang sedia maklum mengenai konspirasi politik terhadap DS Anwar Ibrahim. Al-Kisahnya 10 tahun lalu, cerita mengenai salah-laku dan skandal DSAI seolah-olah benar-benar berlaku. Liciknya para konspirator dan pengampu-pengampunya memanipulasi media untuk mengaburi pemikiran rakyat - sebagaimana saudara-saudara Yusuf cuba mengaburi bapa mereka dengan membawa baju Yusuf bersalut darah palsu. 

-

10 tahun sudah berlalu. Kini DSAI yang pernah merengkok dalam penjara kembali ke pentas politik dan kini sebagai Ketua Pembangkang di parlimen. Nabi Yusuf juga pernah dipenjara dan akhirnya keluar sebagai menteri pada masa itu. Selangkah lagi DSAI akan mengambil-alih kepimpinan negara - sebagai Perdana Menteri. Jika hal ini terjadi, DSAI akan menjadi pembesar Malaysia sebagaimana Yusuf menjadi pembesar Mesir. Ketika itu mungkin akan melututlah semua konspirator mengakui kesilapan mereka 10 tahun dahulu!

-

Bagaimana Saiful? Anwar sudah 'Bersumpah'...

28/08/2008 10:22am

Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai ahli Parlimen
-
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Pemantang Pauh.
-
Anwar yang memenangi pilihan raya kecil Pematang Pauh pada Selasa lepas mengangkat sumpah pada pukul 10.05 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
-
Beliau memasuki Dewan Rakyat pada pukul 9.50 pagi dengan diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) serta beberapa ahli Parlimen dari PKR dan DAP.
-

Acara angkat sumpah itu hanya disaksikan kira-kira 70 ahli Parlimen iaitu 30 orang dari Barisan Nasional (BN) dan 40 lagi dari parti pembangkang. - Utusan
=========================================================================

-

-

Setelah lebih kurang 10 tahun beliau hilang dari Parlimen, kali ini DSAI kembali sebagai Ketua Pembangkang, atau Perdana Menteri dalam penantian.

-

Bagaimana Parlimen selepas ini? Bagaimana Pak Lah akan bentang Bajet 2009 depan Anwar? 

Wednesday, August 6, 2008

Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
-
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu."
-
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."
-
Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa berbuat demikian.
-
Sebagai contoh sekiranya benda itu layak dibakar api atau dihancurkan, maka benda itu perlulah dilakukan demikian selepas ditegur dengan lidah, kemungkaran itu tetap tidak berubah dengan syarat jangan membawa fitnah yang lebih besar.
Yakni sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah mengelak fitnah yang lebih besar.
-
Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang.
-
Jangan pula berlaku kerajaaan sendiri memberi lesen untuk membenarkan orang ramai melakukan maksiat atau kemungkaran dengan meluluskan lesen judi, arak dan seumpamanya.
-
Kerajaan memberi alasan kononnya tindakan tersebut bertujuan mengawal kegiatan maksiat di kalangan rakyat. Jika demikian kenapa lesen mencuri tidak diberikan kepada pencuri dan perompak untuk mengawal berlakunya kecurian dan rompakan?
Bukan bererti mengawal sesuatu kegiatan itu dengan memberi lesen kepada sesuatu organisasi atau indivisu tetapi mengawal juga boleh berlaku dengan menyediakan tempat atau sebaliknya.
-
Jika diambil contoh untuk mengawal supaya orang ramai tidak buang air merata justeru disediakan tandas, bukan bererti untuk mengawal kecurian dan rompakan disediakan pula tempat untuk aktiviti jenayah berkenaan.
-
Ini kaedah yang tidak boleh dipakai dari segi undang-undang dan akal fikiran yang waras. Bukan semua kaedah boleh dipakai dalam semua perkara kerana kaedah penyelesaiannya berlainan antara satu perkara dengan satu perkara lain.
-
Misalnya, untuk menimbang emas dan getah mestilah memakai dacing berbeza bukan hanya dengan menggunakan satu dacing sahaja.
Ertinya pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan.
-
Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
-
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan sembahyang)."
-
Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama.
-
Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan. - lanh
Ũ