© The Mhakk Studio

Sunday, July 31, 2011

Hanya kali ini sahaja Ramadhan 1432


Ramadhan yang penuh barakah bertandang lagi. Saban tahun bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini membawa pakej-pakej ganjaran yang besar untuk aktiviti ibadah umat Islam. Sekecil-kecil kebaikan akan dibalas dengan sebesar-besarnya, maka berebutlah kita mengerjakan sekecil-kecil kebaikan sehingga sebesar-besarnya, kerana ALLAH pasti tidak memungkiri janji-Nya.

Tidaklah hamba mahu berbicara panjang mengenai fadhilat Ramadhan sekiranya diri sendiri tidak berusaha merebutnya. Doakan sesama kita agar memperoleh redha ALLAH sepanjang Ramadhan. Ingatlah Ramadhan 1432 hanya sekali sahaja. Perginya takkan kembali. Rebutlah sama-sama.

Ya ALLAH berkatilah aku dalam bulan Ramadhan. Berkatilah ibu bapaku, adik beradikku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan segala orang beriman dalam bulan Ramadhan.

Selamat Beribadah dalam bulan Ramadhan 1432!


Wednesday, July 13, 2011

Pasca BERSIH 2.0

BismiLLAHirRahmanirRahim

Aku mulai tulisan ini dengan takbir, ALLAHU AKBAR!

1) BERSIH 2.0 berlalu. Timbalan Presiden PAS memberi amaran BERSIH 3.0 akan menyusul jika SPR tidak endah tuntutan BERSIh 2.0.

2) Bermakna, KL akan sekali lagi menjadi bandar Polis. Peniaga-peniaga KL akan rugi RM20,000 setiap seorang. KL akan sesak akibat sekatan jalanraya. KL akan berasap dengan gas pemedih mata. Lutut Mat Sabu akan patah lagi. Akan ada peserta demonstrasi yang mati lagi.

3) Kenapa susah payah berhimpun dan menyusahkan orang ramai? Kenapa memilih jalanan , tidak rundingan? Kenapa terikut-ikut budaya luar negara? Kenapa mudah diperalat Ambiga dan Anwar? kenapa mahu nama negara buruk di mata dunia? Kenapa ... kenapa..? kenapa...?

4) Berhimpun tidak menyusahkan sesiapa. Pihak polis boleh mengawal aliran orang ramai dengan menyediakan plan laluan selamat ke tempat perhimpunan (cth: stadium). Tetapi polis bertindak sebaliknya, merangka plan untuk menyekat.

5) Memilih jalanan setelah rundingan gagal. Memilih jalanan bukan bermaksud mahu berperang dengan kerajaan. memilih jalanan adalah cara dan alat moden untuk menyuarakan protest yang tidak diendah secara rundingan.

6)Budaya demonstrasi bukanlah budaya luar. Sejak zaman berzaman manusia (rakyat) melakukan demonstrasi menuntut keadilan termasuk dalam negara kita. Cuma zaman dahulu tidak disebut dengan istilah 'demonstrasi'.

7) Anwar dan Ambiga bukanlah faktor ramai orang berhimpun. Faktor Anwar mungkin relevan ketika dia dipecat - ramai berhimpun menyokongnya. Hari ini orang tidak berhimpun kerana Anwar. Jika Anwar tiada, protest tetap berjalan kerana tuntutan tidak diendah. Ambiga pula hanya dikenali selepas diwar-warkan dalam TV dan media kerajaan. Jika tidak, majoriti manusia tak kenal siapa Ambiga. Meraka mahu berhimpun sebab tuntutan mereka, bukan kerana Ambiga.

8) Nama negara tidak buruk di mata dunia. Bahkah rakyat Malaysia tidak lagi dianggap dungu dan bersikap 'asalkan dapat makan' semata-mata. Rakyat Malaysia sudah tersenarai dalam senarai golongan yang berani memperjuangkan keadilan.

9) BERSIH 2.0 bukanlah perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan sebagaimana di Dataran Tahrir, Mesir . Tujuan BERSIH 2.0 jelas , mahukan 8 tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil daripada SPR. Kenapa pihak pemerintah kacau? BERSIH 2.0 bukan menuntut najib berundur seperti demonstrasi menuntut Thaksin berundur di Thailand. Kenapa mesti takut?

10) Ingatlah, generasi tua dan generasi yang buta huruf sudah berlalu. Kini warga negara rata-ratanya celik massa. Masyarakat sudah boleh berfikir secara kritis. Melawan masyarakat yang cerdik mengunakan kekerasan adalah jalan singkat untuk jatuh.

11) Strategi kerajaan menghadapai BERSIH 2.0 dengan kekerasan adalah tidak bijak. Polis perlu fikir strategi baru, bukan strategi zaman komunis. Kerajaan boleh gunakan media memuji anggota polis yang 'cekap' mengawal, guna media untuk menyedapkan hati, tapi hakikatnya siapa tahu...

WALLAHU a'lam


Ũ