© The Mhakk Studio

You are being watched!

Sunday, July 31, 2011

Hanya kali ini sahaja Ramadhan 1432


Ramadhan yang penuh barakah bertandang lagi. Saban tahun bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini membawa pakej-pakej ganjaran yang besar untuk aktiviti ibadah umat Islam. Sekecil-kecil kebaikan akan dibalas dengan sebesar-besarnya, maka berebutlah kita mengerjakan sekecil-kecil kebaikan sehingga sebesar-besarnya, kerana ALLAH pasti tidak memungkiri janji-Nya.

Tidaklah hamba mahu berbicara panjang mengenai fadhilat Ramadhan sekiranya diri sendiri tidak berusaha merebutnya. Doakan sesama kita agar memperoleh redha ALLAH sepanjang Ramadhan. Ingatlah Ramadhan 1432 hanya sekali sahaja. Perginya takkan kembali. Rebutlah sama-sama.

Ya ALLAH berkatilah aku dalam bulan Ramadhan. Berkatilah ibu bapaku, adik beradikku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan segala orang beriman dalam bulan Ramadhan.

Selamat Beribadah dalam bulan Ramadhan 1432!


No comments:

Ũ