© The Mhakk Studio

Monday, April 28, 2008

Aduhai pemimpin negara ku...

Sudah hampir dua bulan BN memenangi pilihanraya umum ke 12, dengan majoriti mudah dan membentuk kerajaan, namun menteri-menteri yang dilantik, atau secara mudahnya pemimpin negara, masih tidak melaksanakan tugas sebagai pemimpin negara dengan sebaik-baiknya.
-
Mereka lebih menumpu kepada usaha membaiki parti mereka, tanpa menghiraukan amanah sebagai menteri. Saban hari berita-berita media arus BN melaporkan itu dan ini hanyalah pergolakan yang berlaku dalam umno/BN. Bilakah mereka ini akan mentadbir negara dan melaksanakan manifesto yang mereka janjikan?
-
Aduhai pemimpin negara ku...
jika anda tidak mampu memerintah, serahkan kepada orang yang mampu. Jika masih mahu sibuk urus parti, silakan serah tampuk kepimpinan itu kepada parti yang mampu. Jangan membazir masa lagi...

Friday, April 18, 2008

Blog Ali Rustam diklon untuk pengunjung memberi komen

Oleh: aneroid09
-
Blog Dato Mohd Ali Rustam baru dilancarkan selepas BN kalah teruk dalam PRU-12 lalu, tetapi beliau mendabik dada seperti sudah lama menulis blog. Satu artikel yang di-post oleh beliau, menerima berpuluh-puluh komen , sama macam blog Dr Khir Toyo juga.
-
Namun selepas beberapa hari, kelihatan blognya itu sudah tiada link komen untuk para pengunjung memberi sebarang komen terhadap komentarnya. (Lihat blog beliau http://mohdalirustam.blogspot.com/).
-
Takut dengan kebenaran yang semakin terdedah, dihilangkan semua komen pembaca di blognya. Itu Ali Rustam! Mujur pihak tertentu telah membuat salinan terhadap komen-komen berkenaan dan setentunya ia bahan arkib yang amat berharga yang cuba ditutup oleh blogger yang bernama Ali Rustam ini.
-
Malah lebih jauh dari itu Sebol di dalam satu tulisannya menyatakan adanya usaha Profesor Klon, telah mengklonkan Blog Ali Rustam dengan lengkap dan disitu para pelayar blog boleh mengulas serta meninggalkan komennya.Alamat Blog Ali Rustam Klon adalah:http://mohdalirustam2.blogspot.com/
-
Yang anehnya profil Ali Rustam turut diklonkannya. Kata sebol: "Tahniah kepada profesor klon kerana telah mengklonkan Blog Ali Rustam supaya rakyat boleh bersuara."
-
-
Diolah dari : greenboc dan sebol

Wednesday, April 16, 2008

Sepandai-pandai babi melompat!

Oleh: jingoza
(Gambar Malaysiakini: Karim Mansor menunjukkan
isyarat 'bagus' di sebelah kandang babi di Jerman)
Kebelakangan ini kisah makhluk yang haram dimakan orang Islam jadi topik hangat,yang pada mula cuba diekploitasikan Umno/BN untuk memburuk-burukkan kerajaan PR Selangor tiba-tiba terbongkar segala kebejatan dan penipuan fakta bila ahli seangkatan Barisan Nasional mendedahkan kisah sebenar.


Di sebalik kelicikkan Khir Toyo memutarbelitkan fakta dengan berbagai helah memalukan diri sendiri bila kisah sebenar terdedah, tidak ada pula tuduhan pada pembangkang seperti dulu yang selalu saja Khir lemparkan sebagai fitnah ! Kini 'rakan seperjuangan' dalam Barisan Nasional mengisahkan kisah benar,tidak ada lagi dalil atau apasaja hujah yang boleh mengubah fakta tersebut,munafiknya orang seperti bekas SETPOL Khir bernama Karim Mansor dengan 'syarikat joint-venture'nya juga ketua kampung Ladang Tumbuk iaitu Mohd Tarmudi Tushiran yang sama-sama mengekor rombongan ke Jerman untuk mengkaji teknologi yang digunakan menternak babi disana ,tapi ketua kampung yang Umno ini jugalah yang mengetuai para demonstrasi di depan Bangunan SUK Selangor yang kini menentang ,konon kerajaan PR punya angkara, dimanakah akhlak dan pekerti manusia seperti ini?


Kini banyak kisah kebobrokkan para pemimpin Umno/BN terserlah yang mana semakin mereka mahu sembunyikan semakin terbongkar segala onar & nanah ! Satu persatu kisah khianat mereka terdedah hanya menunjukkan pada rakyat marhaen semua bahawa inikah pemimpin-pemimpin yang ingin membela Melayu dan Islam , janji-janji serta lafaz mereka konon mempertahankan Melayu & Islam,hak-hak dan apasaja semuanya pembohongan belaka,seolah-olah Melayu ini mudah lupa ibarat kata mamak Madey anak Kutty ,mungkin Melayu Umno mudah lupa tapi Melayu kini bukan yang senang mereka perbodohkan ,jelas 'ketidaklupaan' Melayu dan rakyat lain telah mengakibatkan hanyutnya 5 buah negeri dibawa arus deras singgah pada Pakatan Rakyat yang dulunya dibawah kerajaan Umno/BN !


Ibarat kata orang tua-tua sepandai pandai (ditukar supaya sesuai) babi melompat akhirnya ketanah juga jatuhnya ! Tunggulah banyak lagi kisah-kisah benar dan khianat dari pemimpin-pemimpin Umno/BN akan terbongkar yang mana kita perlu bersyukur dan redha pada Allah SWT atas qada dan qadar Nya.


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Dipetik dari jasindaily.blogspot

Tuesday, April 15, 2008

Perkasakan institusi masjid

Perdana Menteri mahu masjid menjadi institusi yang diminati oleh semua golongan umat Islam, baik tua mahupun muda. Katanya, masjid perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat umat Islam untuk meingimarahkannya.

Saranan PM itu sangat baik dan sangat perlu diambil perhatian, kerana pendidikan masyarakat sesuatu qariah itu dapat dilakukan di masjid. Pentarbiayahan sangat penting masa ini kerana pelbagai penyakit kronik masyarakat dapat disaksikan oleg kita semua. Remaja dengan gejala sosialnya, orang dewasa dengan skandalnya, korporat dengan rasuahnya, pemimpin dengan salah-guna kuasanya dan sebaginya adalah berpunca daripada hati mereka yang tidak berminat ke masjid.

Pelbagai langkah untuk menarik minat masyarakat kepada masjid boleh dilaksanakan jika institusi masjid diperkasa. Fungsi imam-imam yang dilantik juga mesti diperkasa juga. Bukan imam yang sekadar mengimami solat, membaca khutbah , kematian dan urusan nikah-kawin semata-mata. Fungsi imam mesti lebih luas daripada itu, dan perlantikan imam mestilah berdasarkan kredibiliti, keilmuan dan tawadhuk serta bertenaga.

Seboleh-bolehnya, para imam diberi elaun yang lebih besar sebagai pendapatan tetapnya untuk mengurus dan mentadbir urusan anak qariah dengan tumuan yang sepenuhnyatanpa perlu memikirkan pekerjaan lain. Imam-imam yang diberi elaun ini wajib merangka program-program yang boleh membantu pengimarahan masjid. Kuasa imam sewajarnya tidak diganggu-gugat oleh JKKK. Malangnya, kelibat JKKK sering menghantui imam-imam. Bahkan JKKK bukan sahaja menganggu kebebasan imam, malah pegawai daerah pun terpaksa akur dengan 'kuasa' JKKK.(?)

Dan setiap program-program masjid tidak wajar disekat. Penceramah-penceramah jemputan tidak harus disenarai hitam jika isi ceramahnya tidak memuaskan perut usus kerajaan. Malah isi kandungan khutbah juga tidak perlu ditapis dengan penapisan politik. Kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu umat Islam mestilah dicetuskan supaya mereka tidak terus lalai.

Jika kerajaan terus dengan bersikap mencantas imam-imam dan jawantan kuasa masjid mengikut nafsu politik mereka, sia-sialah masjid-masjid yang indah terbina. Sia-sialah saranan PM. Rugilah umat Islam.

Masjid perlu jadi institusi yang diminati - PM

KUALA LUMPUR 15 April — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata masjid perlu menjadi institusi yang penting dan dapat menarik minat umat Islam mengunjunginya dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

Perdana Menteri berkata penekanan harus diberi bahawa masjid bukan hanya tempat untuk mengerjakan ibadah, sebaliknya digunakan oleh umat Islam bagi menganjurkan pelbagai kegiatan lain yang ada hubung kait dengan agama dan pada masa yang sama menjaga kesucian masjid sebagai tempat ibadah.

"Saya juga mahu masjid menjadi tempat yang memberi ketenteraman kepada yang mengunjunginya oleh itu banyak yang perlu diusahakan agar fungsi masjid menjadi lebih baik. Masjid juga tidak harus menjadi tarikan hanya kepada orang tua sahaja...kita tidak mahu masjid menjadi tempat yang dijauhi oleh golongan muda,” katanya.

Abdullah berkata aspek penyelenggaraan perlu diberi perhatian berat oleh pihak pengurusan masjid bagi memastikan persekitarannya sentiasa terpelihara.

“Tidak semestinya masjid baru sahaja nak bersih...saya lihat Masjidil Haram yang sudah lama didirikan, tetapi keadaannya sentiasa bersih dan memberi ketenangan,” katanya ketika merasmikan Multaqa Imam-Imam Masjid seluruh negara, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Persekutuan di sini hari ini.

Monday, April 14, 2008

Tauke babi kena faham kenapa babi haram dimakan.

Isu ternakan babi di Selangor hampir selesai (agaknya orang sudah mula faham dengan pendirian kerajaan Selangor). Pihak yang cuba memperalatkan isu ini berasa seolah-olah isu ini akan makan diri mereka sendiri. Kita tunggulah, lepas isu babi ini, mereka akan timbulkan pula isu lain yang mereka rasa boleh menghentam kerajaan baru Selangor. Dulu DEB, sekarang babi seterunya kita tunggu.
Sebelum isu babi ini sejuk, mari kita lihat kenapa babi yang menjadi sensitif kepada Melayu/Islam. Kena Islam mengharamkan umatnya memakan babi dan kenapa umat Islam diharamkan daripada memakan babi serta suku sakatnya.
Alasan utama umat Islam tidak boleh makan BABI adalah kerana itu larangan memakan babi adalah daripada ALLAH. Apabila sesuatu itu dilarang oleh ALLAH, umat Islam WAJIB meninggalkannya. Dan ALLAH tidak mengharamkan sesuatu melainkan ada sebab-sebabnya . Berikut adalah sedikit sebanyak fakta mengenai babi.

Semua bangsa di seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang menganggap babi/ khinzir sebagai BINATANG YANG PALING HINA lagi menjijikkan. Buktinya, apabila seorang lelaki di Eropah berasa amat marah atau benci kepada seseorang, DIA AKAN MEMAKI “Babi!”. Seorang ibu di negara China dengan niat menghina atau memburuk-burukkan seseorang, dia akan memaki ‘Babi!”. Begitu juga seorang anak kecil di India yang menaruh dendam dan sehabis benci dengan orang lain akan memaki ‘Babi!”. Mengapa tidak dikatakan saja kuda, unta, tikus, arnab dan lain-lain?

Maksudnya di sini, telah ada satu kepercayaan turun-temurun di seluruh dunia yang babi adalah binatang paling hina lagi menjijikkan. Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan mulia di sisi Allah. Dengan sebab itu jugalah ORANG-ORANG YANG MULIA TIDAK akan MEMAKAN binatang atau DAGING YANG paling HINA lagi menjijikkan.

Babi juga merupakan BINATANG YANG PALING KOTOR dan menjadi AGEN KEPADA BANYAK JENIS KUMAN DAN PENYAKIT. Babilah pembawa CACING PITA yang BOLEH MENGAKIBATKAN MAUT itu. Dr. Yoshihiro Kawaoka menjadi pemimpin sekumpulan 12 orang saintis dari Universiti Wisconsin telah menjalankan penyelidikan terhadap babi. Dan hasilnya, terdapat satu sistem di KERONGKONG BABI yang membolehkan PELBAGAI VIRUS BERKUMPUL di dalamnya, dan ia amat berbahaya kepada manusia. Mereka mengisytiharkan babi sebagai “mixing vessel” atau pun “BAHTERA TAKUNGAN KUMAN-KUMAN” sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘Journal of Virology 1997’.

Babi TIDAK ADA LEHER untuk disembelih sebagaimana haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman di dalam badannya tidak dapat dikeluarkan. Bagi Islam, darah adalah najis. Mungkin ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya virus di leher babi sebagaimana pendapat para saintis.

Babi dipercayai berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan kepercayaan kuno yang tidak mustahil ada kebenarannya. Kita ambillah kisahnya sebagai menambah pengetahuan saja. Sewaktu seluruh dunia di tenggelami banjir, Iblis turut berada dalam bahtera Nabi Nuh tersebut. Oleh kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah sarap bersepah di sana-sini. Nabi Nuh minta pertolongan Tuhan untuk membersihkannya lalu Tuhan menyuruh dia mengusap kepala gajah dan terciptalah tikus yang memakan semua kotoran tersebut. Iblis turut berbuat demikian lalu terciptalah pula babi. Maka babi TERCIPTA HASIL KERJA TANGAN IBLIS.

Jika kita membaca BIBLE The New Testament- kitab suci orang Kristian, kita akan dapati peristiwa di mana Jesus (Nabi Isa) telah mengusir roh-roh jahat dari dalam tubuh manusia lalu dimasukkan ke dalam tubuh babi-babi. Ini secara simboliknya bertujuan menunjukkan pengharaman babi.

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:

• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism • Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis

Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkahsiat MELAINKAN DAGING BABI.”

Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.” Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”

Kesimpulannya, tabib-tabib termasyhur dari negara China juga mempunyi pendapat yang sama dengan Islam.

Antara 20 KE 40 JUTA MANUSIA seluruh dunia MAUT akibat jangkitan virus INFLUENZA pada awal kurun ke-20. Kajian menunjukkan virus baru ini BERPUNCA DARIPADA BABI-BABI DI AMERIKA. Ia telah menjangkiti askar-askar Amerika dalam Perang Dunia 1 dan kemudiannya dibawa bersama mereka ke negara-negara lain. Antara VIRUS BARU berpunca daripada babi yang ditemui sejak tahun 1997 ialah kuman Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus), H3N2 Swine Flu Virus dan virus menangle. Alangkah berbahayanya babi kepada umat manusia.

Spanish flu 1918, Asian flu 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu 1997 yang mengrobankan banyak jiwa adalah berpunca daripada babi.

Yang hebatnya, VIRUS DARIPADA BABI agak CANGGIH. Ia SENTIASA BERUBAH BENTUK dan menyerang dalam bentuk yang baru. Sistem pertahanan badan manusia tidak dapat melawan serangan virus-virus yang cerdik ini. Ada juga virus daripada keluarga HIV pada babi. Virus ini dibawa oleh DNAnya dan tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, pakar virologi Institut Kajian Kanser London mengatakan, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi memiliki kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."
Satu cara selain daripada membina pusat penternakan Babi ini adalah memberikan pemahaman kepada tauke-tauke dan penternak babi mengenai bahaya Babi kepada kesihatan manusia. Sediakan kursus-kursus intensif kepada tauke-tauke babi serta pelapis-pelapis mereka supaya mereka sangat peka kepada persekitaran, sensitiviti dan kesihatan manusia sekeliling mereka, bukan hanya mahu keuntungan semata-mata. Kesedaran-kesedaran secara intensif dan perlahan-lahan mengenai bahaya babi kepada manusia akan insyaALLAH mengurangkan minat para pemakan babi untuk terus memakan babi. Seterusnya akan berkuranglah permintaan babi.
Dan kerajaan wajib mengharamkan penggunaan babi dalam bahan makanan, perisa makanan dan sebagainya. Biar pemakan babi hanya makan daging babi sahaja, tidak mengubah kepada produk-produk yang boleh mengelirukan umat Islam.
Ringkasan kenapa kami umat Islam diharamkan memakan babi:

Sebab utama adalah ia adalah dilarang oleh Tuhan kami. Kami wajib mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kami yakin setiap ketetapan yang Allah tetapkan pasti ada kebaikan untuk kami.

'Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu ) adalah kefasikan. [QS:5:3]

Kami juga tidak memakan babi kerana sebab-sebab kemuliaan, agama dan kesihatan.

Sunday, April 13, 2008

Novel pendek: Kasih Ibu


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Dipetik dari TKOdaily.net

Saturday, April 12, 2008

Musuh gagal nafi keadilan Islam

Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan bagi Allah, bersaksi dengan keadilan, dan janganlah kerana kemarahan kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maidah ayat 8).

Marilah kita yakin dan percaya bahawa Islam satu-satunya agama yang benar, membawa ajaran yang baik dan keadilan serta memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Marilah kita mengambil contoh keadilan yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w. apabila beliau mendirikan negara Islam di Madinah Al-Munawwarah, sebuah negara Islam pertama.

Walaupun Madinah pada masa itu didiami oleh masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbagai kaum dan menganut berbagai agama, Rasulullah s.a.w. berjaya membuktikan bahawa hukum Allah Taala merupakan satu hukum yang adil dan diterima bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga oleh orang-orang yang bukan Islam dan hukum Allah Taala menjadi undang-undang di dalam negara.

Berita kebaikan dan keadilan Islam telah didengar dan diketahui oleh masyarakat dunia yang menyebabkan seluruh pe mimpin negara bukan Islam samada kecil atau pun besar merasakan kedudukan mereka tergugat bukan kerana bala tentera Islam yang besar tetapi kerana berita keadilan dan kebaikan Islam telah masuk ke dalam hati seluruh rakyat mereka. Keadilan Islam telah membawa kepada keIslaman seluruh penduduk Madinah dan sebahagian besar kabilah Arab yang berada di sekeliling negara Islam Madinah.

Maka peristiwa ini membatalkan alasan-alasan yang mengatakan bahawa masyarakat majmuk tidak dapat menerima-pakai hukum Islam dan ajaran Islam tidak berupaya berhadapan dengan perkembangan masyarakat dan tidak sesuai lagi sekarang ini. Sebenarnya Islam telah membuktikan di alam nyata, kemampuan hukumnya untuk berlaku adil dan undang-undang yang lain daripada Islam adalah hawa nafsu semata-mata.

Sejarah keadilan Islam bukan berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. sahaja bahkan menjadi sejarah dunia selepas kewafatan baginda s.a.w. Keadilan Islam tidak berjaya dinafikan oleh musuh Islam sendiri yang sentiasa memburuk-burukkan Islam. Mereka gagal membuktikan bahawa Islam tidak sesuai diamalkan sekarang ini.

Masalahnya sekarang ialah hujah-hujah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk memburuk-burukkan Islam telah masuk ke dalam pemikiran orang-orang yang mengaku menjadi orang Islam sehingga mereka ini menjadi ragu-ragu untuk melaksanakan syariat Islam di dalam tanahair umat Islam apabila mereka memegang tampuk pemerintahan.

Mereka masih malu untuk melaksanakan hukum Allah Taala walau pun dunia sekeliling mereka mengalami berbagai penyakit seperti penyakit sosial, ekonomi, akhlak, politik dan lain-lain.
Di antara contoh keadilan yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Ali karamallahu wajhah, beliau telah menahan seorang Yahudi yang membawa baju besi miliknya. Saidina Ali yang menjadi ketua negara pada masa itu tidak terus merampas baju besinya tetapi membawa Yahudi tersebut ke mahkamah Islam yang diadili oleh kadi Syuraih al-Kandi, seorang hakim yang alim, zuhud dan bersifat dengan seorang hakim Islam.

Syuraih telah membuktikan keadilan Islam yang bukan takut kepada Ali tetapi takut kepada Allah Taala. Sekiranya Syuraih takut kepada Ali tentulah beliau memenangkan Ali di dalam perbicaraan tersebut tetapi Syuraih menegakkan keadilan dengan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak. Hakim Syuraih telah meminta Saidina Ali melakukan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya:

"Saksi diperlukan kepada orang yang menuduh dan sumpah bagi orang yang menafikan tuduhan".

Lalu Syuraih berkata kepada Saidina Ali: Di manakah saksi anda wahai Amirul Mukminin?
Walau pun baju besi itu haknya, Saidina Ali tidak dapat membawa saksi. Oleh itu hukum Syuraih membuat keputusan menyerahkan baju itu kepada Yahudi tersebut. Apabila Yahudi itu keluar dari mahkamah membawa baju tersebut dan Saidina Ali juga berjalan keluar, selepas beberapa langkah Yahudi tersebut berpaling kepada Saidina Ali dan berkata:

"Wahai Amirul Mukminin! Ambil baju ini, sesungguhnya baju ini kepunyaan Amirul Mukminin. Saya mengambil baju ini ketika ianya terjatuh daripada Amirul Mukminin." Kemudian Yahudi itu berkata "Itulah hukum yang adil dan itulah hukum para nabi, oleh itu saya mengaku, tidak ada Tuhan kecuali Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Itu hanya satu contoh dan banyak lagi contoh di dalam sejarah pelaksanaan hukum Allah Taala. Mengapa di akhir-akhir ini umat Islam gagal menunjukkan contoh yang baik? Orang Islam akhir-akhir ini lebih menunjukkan perkara buruk sehingga tidak boleh menjadi teladan kepada orang bukan Islam.

Kini orang kafir pula menuduh orang Islam tidak berlaku adil. Kita jangan mudah melenting dan marah tanpa mengemukakan hujah yang benar dan kadang-kadang orang Islam melenting di dalam mempertahankan orang yang zalim. Itulah Asobiyyah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya:

"Bukan dari kalangan kamu orang yang mengajak kepada Asobiyyah, berperang di atas dasar Asobiyyah dan mati di atas dasar Asobiyyah".

Lalu para sahabat bertanya" Ya Rasulullah? Apakah itu Asobiyyah wahai Rasulullah? jawab Rasulullah s.a.w. "Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman".

Marilah kita menyahut seruan Allah Taala supaya kita menegakkan keadilan walau pun ke atas diri kita sendiri dan ke atas orang lain supaya kita mengajak orang lain kepada Islam dan menjadi hajat ketika berhadapan dengan Allah Taala di hari akhirat.

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu lagi dan berjihad dengan harta benda mereka dan diri mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.

Thursday, April 10, 2008

Angkasawan: Ke mana arahnya selepas BN kalah?


Program Angkasawan negara baru-baru ini disimpulkan oleh sesetengah pihak bahawa program tersebut seolah-olah satu agenda politik BN kerana Angkasawan negara, Dr Syeikh Muzaffar diarak ke sana ke mari dalam setiap kempen pilihanraya BN. Dengan menggunakan title yang sangat 'janggal, hebat dan popular' dalam kalangan rakyat Malaysia, Dr Syiekh Muzaffar dilihat mampu mempengaruhi minda rakyat untuk terus mengundi BN.

Malangnya, kempen mempergunakan angkasawan itu seolah-olah tidak mendapat 'pulangan' yang setimpalnya apabila BN kalah teruk sehingga majoriti 2/3 dinafikan di parlimen. Program Angkasawan ini seolah-olah sepi selepas kekalahan BN dan setakat ini belum pasti Dr Faiz akan dapat meneruskan impiannya menjadi angkasawan nombor 2.

Jika kerajaan benar-benar ingin memajukan teknologi aero-angkasa, bukanlah dengan cara menghantar seorang rakyatnya ke angkasa lepas. Mungkin penghantaran itu boleh dilakukan, tetapi bukan masa ini, kerana negara kita sebetulnya belum ada apa-apa usaha memantapkan teknologi aero-angkasa. Malah, penghantaran angkasawan ini lebih dilihat sebagai membazir wang rakyat dan tidak berbaloi. Kita ketepikan sebentar tentang agenda menyelamatkan survival BN. Kita fokuskan kepada kerelevanan penghantaran angkasawan itu sendiri.

Bagi saya, jika kerajaan benar-benar mahukan kemajuan negara dalam bidang aero-angkasa ini setanding dengan negara-negara maju, sepatutnya pelaburan kepada penyelidikan lebih utama daripada menghantar angkasawan yang tugasnya hanya melakukan eksperimen yang ditertawa oleh orang lain. Kerajaan wajar mengintensifkan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan mengenai aero-angkasa di IPT-IPT tempatan. Tetapi apa yang kita lihat, kerajaan sebenarnya tiada usaha ke arah itu. Lihat sahaja di sebuah universiti di utara negara kita. Program kejuruteraan aero-angkasanya tidak mendapat pengiktirafan Board of Engineer Malaysia (BEM), seterusnya memaksa pusat pengajian aero-angkasa universiti itu terpaksa bergabung dengan pusat pengajian mekanik. Tidak dapat pengiktirafan BEM bermakna ijazah mereka tidak akan laku sebagai seorang jurutera aero-angkasa, walhal mereka terpaksa bersusah payah belajar selama 4 tahun.

Kalau kerajaan mahukan kemajuan dalam bidang ini, sewajarnya wang untuk penghantaran Angkasawan negara digunakan untuk meningkatkan keperluan program aero-angkasa dengan menyediakan peralatan yang terkini dan canggih serta meningkatkan kualiti program tersebut dengan tenaga-tenaga pakar dari dalam dan luar negara. Jika BEM sendiri tidak iktiraf program aero-angkasa itu, bagaimana pula pihak antarabangsa akan mengiktirafnya, seterusnya angan-angan kerajaan untuk memajukan taknologi aero-angkasa ini hanya tinggal angan-angan.

Sebab itulah, pendapat yang mengatakn program Angkasawan negara ini hanya strategi politik BN semata-mata, dan sanggup membazir wang begitu banyak dengan tujuan yang disebutkan. Mereka membazir begitu banyak wang untuk membentuk satu watak yang 'janggal, hebat dan popular' untuk menjadi boneka mereka dalam setipa kempen pilihanraya. Saya mengatakan watak yang 'janggal, hebat dan popular' kerana title angkasawan sememangnya tidak pernah digapai oleh mana-mana rakyat Malaysia sebelum ini. Hebat kerana dia adalah Dr Muzaffar yang terpilih untuk menjadi angkasawan dan popular adalah disebabkan dia bagaikan artis/selebriti ketika dia menghadiri pelbagai program yang dianjurkan selepas bergelar angkasawan.

Insan yang janggal,hebat dan popular ini direka khas bagi menarik rakyat untuk mengundi BN. Jika tidak, apa kena mengena angkasawan tersebut dengan kempen BN? Samalah taraf angkasawan tersebut dengan darjat rendah seorang artis yang turut menjadi boneka BN dalam kempen pilihanraya dalam usaha mengaburi mata rakyat. Begitulah hebatnya kerajaan dalam merangka kemajuan teknologi aero-angkasa. Walaupun Dr Syeikh Muzaffar berkata program itu tidak membazir, tetapi rakyat sudah tidak mahu percaya!
p/s: jika ada kesilapan fakta, sila maklumkan.

Hentikan siasat, hukum aktivis siswa

Dipetik dari: Malaysiakini
Sebuah badan bukan kerajaan hari ini menggesa pihak universiti dan polis menggugurkan tindakan terhadap dua pemimpin siswa yang terlibat dalam Parti Mahasiswa Negara (PMN) ketika pilihanraya umum lalu.

Pusat Kewartawanan Independen (CIJ), yang memantau isu-isu media dan hak kebebasan bersuara, berkata pertuduhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan siasatan polis terhadap pelajar Universiti Malaya (UM) "menafikan hak-hak mereka berpersatuan dan menyuarakan pandangan politik."

"Mahasiswa universiti tidak wajar didiskriminasi daripada pembabitan politik menggunakan undang-undang (Akta Universiti dan Kolej Universiti) itu, yang sering dikecam kerana digunakan untuk menghukum mereka yang berbeza pandangan," kata pengarah eksekutifnya Gayathry Venkiteswaran (foto kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

"Mereka berhak menyertai proses pilihanraya kerana syarat umum minimum (penglibatan seseorang warga) ialah 21 tahun."

Sejak minggu lalu Malaysiakini mendedahkan, Meor Isfandi Meor Azizan, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik UIA, dipanggil untuk menghadap jawatankuasa disiplin universiti itu.

Meor Isfandi menghadapi dua pertuduhan, pertama memberikan kenyataan umum mengenai penubuhan dan agenda PMN di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada 7 Januari lalu dan kedua, dituduh menubuhkan PMN.

Sekumpulan mahasiswa ke pejabat SPR awal tahun ini untuk mendaftarkan penubuhan PMN bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12.

Parti yang belum didaftarkan itu mendakwa mendapat sokongan 2,000 pelajar institusi pengajian tinggi.

Prosiding tatatertib terhadap Meor Isfandi - yang dijadual Isnin - ditangguhkan kesuatu tarikh yang belum ditetapkan dan sebab-sebab penangguhan tidak dimaklumkan.

Selain siswa UIA itu, seorang pelajar semester akhir UM yang memimpin PMN disiasat polis minggu lalu berhubung satu kenyataannya di kawasan parlimen Rembau - kerusi itu kini dimenangi naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Azlan Zainal, presiden penaja PMN, berkata seorang pegawai polis berpangkat asisten supritenden datang bertemunya Isnin minggu lalu.

Pegawai polis daripada ibu pejabat polis Negeri Sembilan ingin mendapatkan maklumat peribadinya dan juga penjelasan lanjut berhubung kenyataan akhbarnya di Dataran Senawang pada 2 Mac lalu.

Menurut Azlan, pertemuan pegawai itu dengan beliau memakan masa dua jam di pejabat ijazah dasar, Akademi Pengajian Islam - tempat beliau menuntut dalam jurusan bioteknologi dan agama.

Wednesday, April 9, 2008

Kehinaan kepada orang yang menolak Islam

Suatu masa dahulu, Saiydina Umar bin Khattab r.a. pernah berkata, "Dahulu, kami adalah orang-orang yang terhina. Lalu Allah meninggikan kemuliaan kami dengan Islam. Demi Allah, andai saja kami mencari kemuliaan selain dari Islam. Pasti Allah akan membuat kami menjadi terhina lagi."
Kita sendiri juga dapat melihat, sesiapa yang bersama Islam, akan mendapat kemuliaan. Pada masa yang sama, golongan yang menolak Islam akan dihina tanpa mereka sedari, dan mereka tetap tidak mahu menyedari penghinaan Allah ke atas mereka sedang berlaku. Mereka masih berdolak-dalik lagi, dan terus angkuh dengan kedegilan mereka untuk tidak kembali kepada syariat Islam.

Tuesday, April 8, 2008

Babi Selangor buat hal lagi?

Oleh: Aneroid09
Babi oh babi... kau buat hal lagi? Bukan babi yang buat hal. Manusia yang buat hal. Apabila kerajaan Selangor diberitakan melluskan projek ternakan babi bernilai RM100 juta, ramai yang terus melompat, ada pula yang bangga dan ada pula yang tunggu dan lihat.

Macam biasa, apabila satu-satu keputusan yang dilihat kontroversi dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat, media-media dan para pemimpin Umno akan melompat. Tu diaaa. bagi sangat mereka menang, kan dah mau bela babi besar-besaran! Mungkin itulah maksud tersirat disebalik berita-berita dalam akhbar arus BN. Haa! PAS pun sokong ternak babi! Media arus BN cuba menggambarkan pula PAS seolah-olah hilang arah tuju - daripada matlamat negara Islam kepada projek ternak babi. Inilah manipulasi media yang kadang-kadang membuatkan kita terus membuat kesimpulan yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Tapi rakyat dewasa ini tidak mudah melatah. Setiap gerak-kerja kerajaan Pakatan Rakyat akan diperhatikan dahulu sebelum membuat sebarang reaksi. Rakyat menunggu penjelasan dari kerajaan negeri sebelum melompat tak tentu arah. Mungkin projek ternak babi ini sudah dirancang dengan teliti supaya tidak berlaku kes-kes babi seperti sebelum ini yang sampai sekarang tiada penyelesaian. Kita tunggu dan lihat keberkesanan tindakan kerajaan Pakatan rakyat pula dalam menangani masalah rakyat setelah usaha-usaha kerajaan BN sebelum ini gagal.

Jangan cepat melenting tak tentu arah. Sensitiviti kaum dan agama sudah pun dikaji dan diteliti oleh kerajaan Selangor. Jika tidak masakan mereka meluluskan projek sensitif ini. Mereka bukannya mahu memerintah satu penggal sahaja, jadi mereka pasti akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat.

Pas sokong Selangor maju projek ternak babi

SHAH ALAM: Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi.... [baca lagi]


Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta

SHAH ALAM 7 April – Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.... [baca lagi]


PAS benar orang Cina ternak babi

PAS memberi jaminan bahawa hak-hak orang bukan Islam, khususnya orang Cina, akan dikekalkan dan dibela, termasuk keperluan menternak dan menjual daging babi kepada kaum itu seperti di Kelantan...[baca lagi]


Selangor Lulus Projek Ternak Babi RM100j

...Saya akan memaklumkan kepada semua Exco dalam mesyuarat itu bahawa biarlah ladang penternakan babi di Selangor menjadi contoh kepada negeri-negeri lain,” katanya yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.... [baca lagi]


MB jelas itu khinzir dan skandal pejabat tanah esok (hari ini)

SHAH ALAM, Isnin 7 April: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjelaskan isu kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri berkaitan penternakan khinzir membabitkan peruntukan RM100 juta, esok.

“Saya akan buat kenyataan. Saya dah sediakan. Masanya tak sesuai sebab hari ini ada Lim Guan Eng. Saya akan buat kenyataan beritahu bagaimana usaha-usaha ini dijalankan dan apa keputusan kerajaan negeri Selangor mengenainya,” ujar beliau. [baca lagi]

http://aneroid09.blogspot.com

Terkenang kerajaan Kedah masa lalu....

Sedang aku melayari web-web membaca berita di akhbar internet, aku terfikir, bagaimana blog aku apabila aku balik nanti. Sekarang ini line internet 24 jam aku boleh guna tanpa masalah. Blog aku boleh saja diupdate bila-bila masa. Bandwidth pun boleh tahan juga la. Tapi macamana aku nak update blog aku nanti bila aku meninggalkan kampus ini. Di rumah, aku hanya guna dial-up saja untuk berinternet yang sudah tentu mahal dan mengehadkan aku untuk tidak online seperti sekarang ini.

Tidak semena-mena, aku teringat Karnival ICT 2007 di Kedah suatu ketika dulu. Aku tak pernah pergi pun. Tapi seminggu sebelum itu rasanya pihak penganjur dan seorang exco kerajaan negeri Kedah ketika itu pernah berkata dalam temuramah di MHI TV3, pihaknya berazam untuk menjadikan perkhidmatan jalur lebar ini sebagai keperluan asas sama seperti air dan tenaga elektrik. Aku tersengih ketika itu. Bagus juga azam begitu. Jangan hanya azam 3 hari, seminggu atau 40 hari je. Harap-harap laksanakanlah. Di kampung aku pun hanya sebuah rumah saja yang pakai jalur lebar streamyx. Aku nak langgan pun tak padan sebab aku bukannya berada di rumah setiap hari.

Azam exco tersebut untuk menjadikan jalur lebar sebagai keperluan asas setaraf dengan keperluan bekalan letrik dan air sangat besar, apatah lagi dia terus berkata itu adalah untuk kemudahan para petani supaya dapat memasarkan produk secara online. Wah...

Sepanjang tempoh Karnival tersebut, aku sedikit kecewa kerana aktiviti yang begitu ditonjolkan adalah pertandingan CounterStrike. Papan tanda besar di jalan menuju ke Alor Setar yang aku pernah nampak memaparkan iklan CounterStrike lebih besar dan menonlol daripada aktiviti ICT yang lain dalam karnival tersebut. Bukan kerana aku tak pandai bermain CounterStrike menyebabkan aku kecewa, tapi biarlah taraf karnival itu lebih profesional kerana ia dianjur oleh kerajaan negeri. Memanglah CounterStrike itu adalah ramuan untuk menarik orang ramai menghadiri karnival tersebut. Malah yang tak masuk akalnya, kata exco tersebut dalam MHI, bahawa penganjuran pertandingan CounterStrike itu dapat menarik minat para remaja untuk menyertainya seterusnya mengurangkan gejala mat rempit dan gejala sosial yang lain. Adoii... aku ketika itu tergelak sorang-sorang depan TV. Lingkup punya pikiran. Karnival tu hari-hari ke ada?

Belum pun azam exco tersebut dapat dilaksanakan (entah dah mula bergerak atau pun tidak, atau sekadar gimik depan kamera TV saja), kerajaan negeri Kedah pula bertukar tangan. Melepas lah aku nak dapatkan perkhidmatan jalur lebar yang murah. Pada anggapan aku jika itu plan kerajaan negeri, sudah tentu pihak kerajaan akan negotiate dengan pihak terlibat untuk bekalkan perkhidmatan tersebut dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Kedah. Keperluan asas katakan..!

Kini YB. TUAN HAJI ABDULLAH BIN JUSOH sebagai exco yang memegang portfolio Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mungkinkah beliau akan meneruskan azam exco lepas, ataupun mempunyai plan tersendiri yang lebih baik. Kita sama-sama nantikan.

Monday, April 7, 2008

Jika demikian, kau sudah expired, Karpal!


Pakatan Rakyat retak? Itulah modal yang dimainkan oleh media arus BN bagi melaga-lagakan komponen Pakatan Rakyat serta menutup huru-hara yang berlaku dalam umno/BN itu sendiri.


Isu keretakan Pakatan Rakyat dimainkan bermula dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.


Kemudia Kit Siang dan Karpal Singh dari DAP memberi reaksi yang negatif dan memberi amaran tentang punca kegagalan BA dahulu. Sikap Karpal Singh yang dilihan 'anti-Negara Islam' diselar oleh Musyidul Am PAS, Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beliau mencabar Karpal supaya melawat Kelantan dan boleh bertemu mana-mana masyarakat bukan Islam di negeri itu untuk mendapatkan maklumat mengenai corak pemerintahan Islam.


Karpal Singh pula menolak tawaran MB Kelantan itu. Kenapa Karpal menolak tawaran tersebut? Bukankah Karpal berlatarkan seorang peguam, mestilah membuktikan kata-katanya dengan hujah yang kukuh mengapa dia menolak 'Negara Islam'. Dia mesti kemukakan hujah, bukan membabi-buta sahaja menolak cadangan PAS untuk mewujudkan negara Islam dan undang-undang Islam dalam negara. Sepatutnya dia menerima tawaran MB Kelantan, bukan menolaknya jika benar-benar seorang pejuang keadilan.


Jika Karpal tidak ingin melakukan kesalahan, mengapakah dia perlu takut kepada negara Islam dan undang-undang Islam? Malah undang-undang Islam (hudud) hanya membabitkan orang-orang Islam sahaja, tiada kena mengena dengan Karpal dan suku-sakatnya jika mereka tidak mahu menerima hudud! Apakah Karpal mempunyai agenda yang buruk seperti mahu merompak harta rakyat seperti umno/BN, sebab itu dia takut dengan hudud dan Negara Islam?


Bukankah dia juga tahu bahawa negara Islam juga memperjuangkan sama seperti yang DAP perjuangkan iaitu keadilan, keamanan, banteras rasuah, pentadbiran yang cekap dan sebagainya, malah Negara Islam mampu membawa negara ke arah yang lebih baik daripada apa yang DAP mahukan itu? Atau, Karpal sudah tua dan keras hatinya untuk bertoleransi dengan Islam, tidak seperti pemimpin muda seperti Guan Eng-yang mahu menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh? Jika demikian, kau sudah expired, Karpal!





KUALA LUMPUR 7 April – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menolak jemputan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melawat Kelantan ekoran kenyataannya agar Pas tidak memasang angan-angan untuk menjadi tunjang Pakatan Rakyat. – Utusan.

Sunday, April 6, 2008

Aku bukan blogger

Ada orang kata aku ni seorang blogger. Tapi bagi aku, aku bukan blogger, walaupun aku menulis blog. Belum sampai tahap aku untuk dipanggil blogger kerana aku bukan spesies yang rajin menulis/menaip. Kemunculan blog aku pun masih sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru, walaupun sebelum ini dah banyak blog aku buat, seperti blog frienster, blog space, wordpress dan banyak lagi. Tapi semuanya seolah-olah kaku dan jarang dikemaskini.

Sebab itulah aku kata aku bukan blogger. Apatah lagi nak kata aku tergolong dalam golongan blogger-blogger yang memberi kesan tsunami politik terhadap BN. Blog aku ini tumbuh selepas pasca-tsunami tersebut, tumbuh seiring dengan blog Dr Khir Toyo dan Ali Rustam. Jadi aku blog aku tidak menyumbang kepada kemenangan besar Pakatan Rakyat. Aku cuma menumpang gembira kemenangan ini dengan mewujudkan blog, kononnya lah.

Blogku ini bukanlah seperti blog-blog politik yang 100% memaparkan berita-berita politik. Tetapi blog ini hanya mengandungi perkara-perkara yang aku fikir perlu untuk aku letak saja. Aku bukannya penganalisis politik, bukan juga sasterawan dan bukan juga penulis lulusan Azhar untuk menulis bab keagamaan. Cuma aku muatkan sedikit sebanyak apa yang tercetus dalam neuron-neuron dalam kepala ku, dan juga salinan artikel dan berita dari blog-blog lain, termasuk akhbar-akhbar dan sebagainya.

Sekian saja penjelasan yang agak merapu kerana aku tak tahu nak taip apa dah.

Saturday, April 5, 2008

Karpal mahu jadi hero DAP?

Karpal seperti mahu menjadi hero DAP selepas Kit Siang apabila memberi reaksi negatif terhadap kenyataan pemimpin PAS. Karpal Singh perlu lebih memahami konsep Islam itu sendiri. Sikap degil Karpal yang rasanya sudah tahu kebenaran Islam (peguam macamana kalau tidak tahu), tetapi masih keras kepala untuk tidak menerima pendekatan Islam demi menjaga survival politiknya dihadapan extremist DAP sangat mendukacitakan. Kita berharap Karpal dan ketuanya Lim Kit Siang lebih matang dalam situasi politik dalam negara.
Mungkin mereka berdua ini sudah sangat tua untuk menggunakan minda yang lebih bertoleransi terhadap Islam. Lihat anak Kit Siang sendiri, Lim Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang, pernah menyebut bahawa beliau ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahannya. Guan Eng dilihat lebih bijak untuk berpolitik dan bertoleransi dalam suasana politik negara, berbanding kedua-dua Kita Siang dan Karpal Singh.
-
Berikut adalah petikan dari UtusanOnline mengenai komen MB Kelantan terhadap Karpal:
-
KOTA BHARU 6 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.

"Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di pejabatnya di sini, hari ini.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.
Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.

“Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini,” katanya.

Nik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam.

"Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini,” katanya.

Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.

Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.

"Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini,” katanya.
-
aneroid09

Sifat Nabi Muhammad s.a.w dari kacamata Sahabat

Assalamualaikum wht.

MUHAMMAD S.A.W. RASUL ALLAH YG TERAKHIR!
KENALI SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia... untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagi an demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawa tir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kita bagaimana? Apakah kita mengasihi Rasulullah? Apakah reaksi kita apabila Rasulullah dihina dan dicerca musuh-musuh Islam? Apakah yang kita mampu lakukan lagi sekiranya tindakan memboikot pihak musuh Islam pun kita tidak mahu? Bagaimana sikap kita demi mempertahankan insan yang mencintai kita. Rasulullah bukan sahaja sayang kepada kita di dunia sahaja, malah sehingga saat-saat akhir keputusan pembalasan di akhirat nanti juga, Rasulullah berusaha menyelamatkan umatnya daripada siksaan api neraka. Jadi bagaimanakah kita menunjukkan kecintaan kita kepada baginda?

Untuk peringatan:-
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu di akhirat.

Kisah gabenor yang hodoh

Suatu masa, wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya. Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu menarik.

Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya:Semasa Yazid mentadbir Khurasan,semua wajah kelihatan ceria.pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas.Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya berwajah hodoh dan menakutkan.

Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetap si penyair segera melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.

Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat dari ibunya. ''Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?'' Tanya Qutaibah.

''Dengan wajah yang kugunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepada-Nya. Dia tidak marah. Padahal kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu.'' Qutaibah tertawa dan suka mendengarkan alasan si penyair itu, maka dia pun dibebaskan.

Klasifikasi Jamaah

Oleh: Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi

Jamaah adalah umum . Di sana ada Jamaah yang tidak menepati sifat Harakah Islamiyyah atau Jamaah yang bergerak dan berjuang menyebarkan agama Allah, mendidik ummah dan memimpin mereka serta berjuang dalam skop Islam yang Syumul ke arah mendaulatkan syariat Allah swt dan mengembalikan Khilafah Islamiyyah di muka bumi ini .

Sebaliknya Jamaah ini hanyalah mengambil satu juzuk yang kecil daripada amal islami seperti Jamaah Kebajikan yang hanya mengurus soal kebajikan anak - anak yatim , khairat kematian dan seumpamanya .

Ada pula Jamaah yang hanya mengambil aspek mengajak masyarakat berbuat baik tanpa melihat kepentingan perlaksanaan undang-undang syariat serta tidak juga melihat kepentingan bertindak menentang kemungkaran . Mungkin dengan alasan kalau semua orang sudah menjadi baik , maka secara automatiknya mungkar akan hilang .

Ada pula Jamaah yang hanya berlegar di ruang hawa dingin dengan pembentangan kertas kerja- kertas kerja Ilmiah di bilik seminar dan simposium . Membincangkan permasaalahan Islam penuh teoritik tanpa terjun ke medan berhadapan dengan permasaalahan ummah yang sebenar dan bergelumang pula dengan segala konflik yang dihadapi oleh ummah .

Ada Jamaah yang terhenti di atas majlis - majlis ibadah seperti wirid zikir , selawat dan berqasidah serta solat nawafil yang banyak tanpa mengambil kira penyakit barah yang dialami oleh masyarakat dan ancaman moral serta aqidah yang melingkari daerah mereka .

Ada Jamaah yang mungkin telah melakukan pelbagai aktiviti amal islami , tetapi mereka akur dan tunduk kepada pemerintah yang enggan melaksanakan syariat Allah swt. dan melakukan maksiat serta menaja mungkar yang meleka dan melalaikan ummah dengan alasan , ruang untuk mereka melakukan amal islami masih terbuka , sementara pihak yang lain masing – masing ada tanggungjawab masing -masing untuk menjaga akhlak dan aqidah .

Begitulah pelbagai warna Jamaah yang wujud .

Berkemungkinan sukar untuk memperolehi Jamaah yang sempurna begitu , tetapi sekurang – kurangnya ada jamaah yang dilihat hampir dengan kriteria Jamaah yang dikehendaki oleh Allah swt. dengan 5 sifat yang Allah gariskan dalam surah Al Maidah Ayat 54 berbanding Jamaah yang kedudukan mereka sangat jauh dari garis sempadan ilahi .

Firman Allah swt. yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman ! sesiapa yang berpaling dikalangan kamu dari agamanya maka nescaya Allah swt akan mendatangkan satu golongan :

1. Allah kasih kepada mereka , mereka kasih kepada Allah swt.
2. Bersikap lunak sesama orang yang beriman
3. Bersikap tegas terhadap orang-orang yang ingkar
4. Mereka berjihad di jalan Allah swt dan
5. Mereka tidak takut celaan orang-orang yang mencela .

Demikian itu kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah swt. adalah Tuhan yang Maha luas PembendaharaanNya lagi Maha Mengetahui .
Surah Al Maidah : 54

Apakah kita tidak boleh membezakan Jamaah yang berjihad di jalan Allah swt. untuk mendaulatkan syariat Allah dengan Jamaah yang tidak berjuang untuk mendaulatkannya .

Apakah kita tidak boleh membezakan Jamaah yang berani berkata benar demi menegakkan agama Allah dengan Jamaah yang tunduk dan takut kepada penguasa yang zalim dan angkuh .

Menyertai parti/organisasi untuk berjuang menegakkan kerajaan Islam

Dalam usaha menegakkan agama dan mendaulatkan Syari’at Allah serta hukum-hakamNya di atas muka-bumi ini, umat Islam diperintahkan supaya berdakwah dan berjihad menggunakan segala tenaga dan kemampuan yang ada pada mereka.

Tanggungjawab berdakwah dan berjihad ini tidak diperintahkan supaya dilaksanakan secara individu atau perseorangan sahaja, tetapi juga dengan jamaah. Ini dapat difahami dari firman Allah;

وَلْتــَكُن مِنكُمْ أمـَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَى الْخَيْرِ وَيـَأْمُرُوْنَ بــِالْمَعْرُوْفِ وَ يَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ (آل عمران) : 104
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) menyeru kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)”.

Menurut Tafsir Al-Jalalain, kalimah al-Khair (الخير) yang tersebut dalam ayat ini maksudnya ialah “Islam” (الإسلام). Di dalam hadis pula, Rasulullah menerangkan maksud al-Khair yang tersebut dalam ayat ini ialah ; “Menurut al-Quran dan sunnahku”.(Tafsir Al-Alusi).

Dari ayat ini dapat kita fahami bahawa Allah memerintahkan kita supaya mengajak manusia kepada Islam, menyeru kepada makruf dan mencegah mereka daripada perkara maksiat dan munkar. Dan dalam melaksanakan tugas dakwah ini diperintahkan supaya dilakukan secara berjamaah atau berkelompok.


Termasuk berdakwah kepada Islam ialah mengajak manusia untuk menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam kerana tanpa kerajaan atau pemerintahan Islam, mustahil ajaran Islam itu dapat dilaksanakan dengan sempurna seperti yang dituntut oleh Allah. Ini telahpun dijelaskan dengan panjang lebar dalam huraian-huraian yang telah lalu.


Menegakkan sebuah kerajaan atau pemerintahan yang melaksanakan sepenuhnya hukum-hakam dan undang-undang Islam merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu sekelian umat Islam. Sepertimana kewajipan-kewajipan yang lain, mereka mesti memikirkan bagaimana untuk melaksanakannya. Kewajipan ini bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan secara individu atau perseorangan. Ia hanya mampu dilakukan secara berjamaah sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam usaha menubuhkan Kerajaan Islam Madinah dan mempertahankannya daripada dihancurkan oleh musuh.


Perjuangan secara berjamaah sahaja yang mampu untuk memikul tugas dan tanggungjawab besar menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam. Dengan cara ini sahaja cita-cita menegakkan kerajaan Islam akan berjaya. Atas sebab inilah, para ulama’ harakah hari ini telah menegaskan dengan bersungguh-sungguh bahawa menubuhkan kumpulan, parti atau jamaah Islam pada zaman ini dikira suatu kewajipan semasa berdasarkan kaedah Syara’ yang disepakati oleh para ulama’ iaitu:

مَاْ لَاْ يَتـِمُّ الْوَاْجِبُ إِلَّاْ بــِهِ فَهُوَ وَاْجــِبٌ
“Apa-apa urusan yang tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya maka ia juga turut menjadi wajib”.

Menegakkan kerajaan Islam adalah wajib. Oleh kerana kewajipan ini tidak akan boleh dicapai tanpa ada jamaah atau parti yang memperjuangkannya, maka menubuhkan parti atau jamaah itu adalah wajib. Kewajipan ini sama seperti kewajipan-kewajipan yang lain yang tidak ada nas yang nyata daripada al-Quran atau as-sunnah tetapi dianggap wajib oleh Syara’ kerana ia membantu melaksana kewajipan-kewajipan yang disebut secara nyata oleh al-Quran dan as-sunnah. Ia sama seperti kewajipan berjalan ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat jumaat, kewajipan membukukan al-Quran untuk menunaikan kewajipan menjaga al-Quran, kewajipan belajar dan berlatih menggunakan senjata untuk melaksanakan kewajipan berjihad dan sebagainya.


Apatahlagi dalam suasana hari ini, dengan kemunculan pelbagai parti sekular yang memperjuangkan ideologi politik sekular (sama ada yang bersifat Nasionalis, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan sebagainya) dan berusaha menegakkan kerajaan sekular, maka amat malanglah bagi masa depan Islam jika umat Islam yang diberi kemuliaan oleh Allah untuk menjadi penganut Islam tiba-tiba tidak berkesedaran untuk menubuhkan parti Islam, yang memperjuangkan fahaman politik Islam dan berusaha menegakkan kerajaan atau pemerintahan Islam.

Tindakan para ulama’ di serata dunia pada zaman mutakhir ini seperti Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (di Tanah Arab), Sayyid Abul-Ala Al-Maududi (di Benua India), Syeikh Badi’uzzaman Said Nursi (di Turki) dan para alim-ulama’ di Malaysia ini untuk menubuhkan jamaah atau parti yang memperjuangkan Islam untuk menghadapi pelbagai parti yang memperjuangkan fahaman-fahaman manusia (seperti Sekularis, Nasionalis/Kebangsaan, Sosialis, Kapitalis dan sebagainya) hendaklah dilihat serupa dengan tindakan yang diambil oleh para ulama’ dan fuqaha’ terdahulu (antaranya Imam Asy’ari, Imam Maturidi, Imam Ahmad bin Hanbal dan sebagainya) yang mengasaskan kelompok Ahli Sunnah Wal-Jamaah untuk menghadapi golongan Muktazilah, Murjiah, Syiah dan Khawarij yang merupakan firqah-firqah (yakni kelompok) kesesatan pada zaman itu.

Kalau tindakan ini dianggap wajib pada zaman dahulu, maka tidak ada sebab kewajipan itu tidak boleh berulang kerana pada zaman ini umat Islam juga berhadapan dengan kelompok-kelompok yang sesat yang menyimpang dari ajaran Islam iaitu kelompok-kelompok yang menganut fahaman sekular yang memisahkan agama daripada negara.

Senarai portfolio dan email MB dan exco-exco Kerajaan Negeri Kedah 2008

Senarai Nama , Portfolio dan alamat email MB , Exco Kerajaan Negeri Kedah:
Nama :
YAB. USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
(Menteri Besar)
Porfolio :
Perancang Ekonomi Negeri
Perancang Negeri Hal Ehwal TanahHasil Bumi & Sumber Asli
Majlis Tindakan NegeriKeselamatan NegeriAgama & Kewangan

Emel :
ustazizan@kedah.gov.my

Nama:
YB. TUAN HAJI IR. PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI

Porfolio :
Pembangunan Luar Bandar
Usahawan
Kerja Raya

Emel: phahrolrazi@kedah.gov.my


Nama :
YB. TUAN HAJI IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH

Porfolio:
Industri dan PelaburanSains dan Inovasi
Pertanian

Emel :
amiruddin@kedah.gov.my


Nama :
YB. TUAN HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL

Porfolio:
Perumahan
Kerajaan Tempatan

Emel:
taulan@kedah.gov.my


Nama :
YB. USTAZAH HAJJAH SITI ASHAH BINTI HAJI GHAZALI

Porfolio :
Pembangunan Wanita dan Kebajikan

Emel :
sitiashah@kedah.gov.my

Nama :
YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Porfolio:
Belia dan SukanKesenian dan Warisan
Kebudayaan

Emel :
hamdankhalib@kedah.gov.my



Nama :
YB. TUAN HAJI ABDULLAH BIN JUSOH

Porfolio:
PendidikanTeknologi Maklumat dan Komunikasi

Emel:
abdullahjusoh@kedah.gov.my


Nama:
YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH

Porfolio:
Kesihatan dan Penerangan
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Pembangunan Insan

Emel :
ismailsalleh@kedah.gov.my




Nama :
YB. ENCIK MOHAMMAD RADZHI BIN SALLEH

Porfolio :
Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat

Emel :
radzhi@kedah.gov.my


Nama :
YB. ENCIK ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO

Porfolio:
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Hal Ehwal Masyarakat Siam
Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India

Emel:
arumugam@kedah.gov.my

Nama:
YB. ENCIK TAN WEI SHU

Porfolio:
Alam Sekitar Hal Ehwal Masyarakat Cina
Sumber Tenaga Manusia
Pengangkutan

Emel:
tanweishu@kedah.gov.my


Dipetik dan disusun semula dari Portal Kerajaan Negeri Kedah
p/s: Maaf jika susunan exco-exco tersilap.

Friday, April 4, 2008

Umno/BN menyerang PAS Kelantan dalam PRU12 umpana "perang salib" Bush, Amerika Syarikat terhadap negara Islam - kata Ku Li

Kekalahan teruk BN Kelantan dalam PRU12 tempohari diulas oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), seorang veteran Umno, dan juga Ahli Parlimen Gua Musang. Katanya serangan Umno/BN terhadap Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagaikan serangan George W Bush Amerika Syarikat ke atas sebuah negara Islam - seperti perang salib, menyebabkan rakyat menolak Umno/BN.


Berikut adalah petikan dari akhbar web Malaysiakini.com:


Ku Li juga menyifatkan strategi kempen Umno untuk merampas Kelantan seumpama "perang salib" terhadap PAS dan gayanya seakan-akan peperangan presiden Amerik Syarikat, George Bush terhadap negara Islam.

"Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki-hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.

"Bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam."

Kenyataan Ku Li yang membandingkan Umno/BN seperti George W Bush - Amerika Syarikat, bagaikan menggambarkan begitulah cara serangan Pak Lah - BN ke atas Kerajaan Islam Kelantan yang dianggap sebagai sebuah negara Islam. Bermakna keangkuhan Pak Lah - BN dalam cubaan menakluk Kelantan sama seperti keangkuhan G.W. Bush dalam usaha menakluk negara Islam.

Adakah buah pinggang anda sihat?

KAJIAN di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.

Thangachiammah M. Muthoo 51, tidak tahu bahawa dia mengalami diabetes dan gejala tersebut perlahan-lahan merosakkan buah pinggangnya. Dia menerima rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) sejak enam tahun lalu.

Aris Said, 53, pula merupakan pesakit dialisis di NKF sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini tidak tahu bahawa dia mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes. Dia juga tidak menyedarinya kerana dia berasa sihat, sehinggalah suatu hari kedua-dua belah buah pinggangnya berhenti berfungsi.

Shamsuddin Mohd Nor, 30, tidak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat penyakit kronik ini. Dia sering mengalami sakit belakang yang berterusan. Ia merupakan penyakit buah pinggang kronik yang tidak diketahui puncanya. Dia terpaksa menerima rawatan dialisis sepanjang hayatnya.


Anda mungkin pernah mendengar cerita tentang individu-individu mengalami kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba. Kenyataannya, buah pinggang mereka telah lama mengalami kerosakan tanpa disedari. Mereka mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik, tiada tanda-tanda atau secara senyap, dan kadang-kala berkekalan selama bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun, apabila tiba masanya, gejala-gejala tersebut akan timbul tetapi pada masa itu, keadaan telah menjadi serius dan kerosakan yang terjadi tidak dapat dipulihkan lagi.



Kebanyakan penapis kecil yang dipanggil nefron di dalam buah pinggang sudah rosak dan hanya tinggal beberapa nefron yang terpaksa bekerja keras untuk menapis darah. Tanpa rawatan, semua nefron akan musnah dan kerosakan buah pinggang kekal terjadi.


Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:


* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-
kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan


* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak


* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata


* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein


* Cepat letih dan mengantuk


* Kerap sakit kepala


* Mengalami masalah tidur


* Kurang selera makan dan penurunan berat badan


* Terasa seperti hendak muntah, loya


* Darah di dalam air kencing




Sebab-sebab kerosakan buah pinggang kronik (CKD)


Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD.


“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.


“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus daripadanya merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),” katanya.


Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.


Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi.


Masa untuk melakukan ujian!


Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong berkata, kira-kira 14 peratus golongan dewasa di Malaysia menghidap diabetes.


“Bilangan kes tekanan darah tinggi bagi orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas pula mencecah 42.6 peratus,” ujar beliau.


Menurutnya lagi, disebabkan kedua-dua diabetes dan hipertensi mungkin berlaku tanpa simptom, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa paras gula dalam darah mereka atau tekanan darah mereka tidak normal.


Tambahnya, mereka juga tidak tahu bahawa mereka mengalami kerosakan buah pinggang kronik atau pada tahap yang serius.


Timbalan Pengerusi Kedua dalam Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Tan Chwee Choon pula menyatakan kegagalan buah pinggang perlu dikesan pada peringkat awal.


“Lebih awal anda mengetahui masalahnya, lebih cepat ia dapat dirawat bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.


“Anda perlu berusaha menjaga buah pinggang anda dan mencegah dari terjadi kerosakan buah pinggang kronik,” jelasnya.


Pemeriksaan kesihatan Bergerak NKF Lifecheck telah memeriksa lebih 4,000 orang di Lembah Klang sejak ia mula dilancarkan pada Januari 2008.


Pengerusi Lembaga Pengurusan NKF, Dr S. S. Gill berkata NKF Lifecheck adalah sebahagian daripada program pendidikan komuniti dikenali sebagai ‘Kidney Care’.


“Bas bergerak NKF Lifecheck akan melawat syarikat-syarikat dan komuniti setiap hari bagi menawarkan ujian untuk mengesan protein di dalam urin (salah satu daripada tanda awal kerosakan buah pinggang kronik), paras gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi, kolestrol darah yang tinggi dan ujian juga dilakukan dengan mengukur status berat badan.
“Peserta yang mengambil bahagian juga diberikan kaunseling oleh kakitangan yang berkelayakan sementara individu yang disyaki mempunyai kerosakan buah pinggang, diabetes atau tekanan darah tinggi akan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui diagnosis dengan lebih tepat,” ujarnya.


Menurut beliau, ujian dan kaunseling dicaj sebanyak RM2 bagi setiap individu.
Perkhidmatan yang boleh dianggap percuma ini adalah hasil usahasama Sunway Group dan syarikat-syarikat yang mengambil berat mengenai kesihatan komuniti. Kerosakan buah pinggang kronik adalah penyakit serius. Hari buah pinggang sedunia pula baru sahaja berlalu dengan slogan “Adakah buah pinggang anda sihat?” Jika anda tidak tahu jawapannya, tanyalah kepada doktor anda hari ini.


Artikel ini ihsan NKF KIDNEY CARE, iaitu program pendidikan komuniti oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) yang turut menawarkan subsidi rawatan dialisis dan ubat-ubatan percuma, ujian makmal, rawatan susulan dan memberi kebajikan kepada pesakit buah pinggang. NKF juga mengalu-alukan derma dari orang awam untuk memberi sokongan kepada pesakit buah pinggang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nkf.org.my atau hubungi NKF Hotline 1300-88-3110.


Bacaan normal untuk buah pinggang yang sihat
* Gula dalam darah kurang dari 5.6 mmol/L (tidak berpuasa)
* Tekanan darah kurang dari 130/90 mmHg
* Ujian urin tiada protein, tiada gula, tiada darah
* Ukuran pinggang kurang dari 102 cm (lelaki), kurang dari 88 cm (wanita)
* Indeks berat badan Antara 18.5 -24.9 kg/m2

Dipetik dari TKODaily.net

RTM terbitkan segmen khas untuk penulis blog setiap Ahad

Kementerian Penerangan akan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membolehkan penulis blog atau ’bloggers’ memberikan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung menerusi televisyen.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata program itu selama 20 minit itu akan bermula 20 April ini akan disiarkan di RTM 1 sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.
Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan saja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.

“Seperti yang dimaklumkan bahawa kementerian akan lebih terbuka dengan media alternatif, kami akan adakan slot khas ini, yang bertujuan membincangkan sebarang isu semasa atau yang ditimbulkan oleh ’bloggers’.

“Saya percaya ini langkah ke hadapan yang sentiasa ditunggu dan dialu-alukan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, keputusan itu adalah petanda bahawa kerajaan sentiasa yakin dengan mandat yang diberi oleh rakyat sebelum ini, sekali gus menggambarkan kekuatan kerajaan yang tidak perlu bimbang dan berselindung dalam apa juga keadaan.

Mengulas mengenai pemilihan ’bloggers’ untuk ditemuramah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh panel pemilih RTM dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu yang dibincangkan.
Sumber: KLpos.Com
Aku bukan blogger. Jangan jemput aku masuk TV sudah , hehehhe...

Wednesday, April 2, 2008

"BN diikat tangan ke belakang semasa PRU12"

Petikan dari Berita Harian 3 April 2008:

Muhammad berkata, antara faktor kemerosotan sokongan terhadap BN ialah dakyah pembangkang yang disebarkan menerusi blog dan laman berita antikerajaan serta pengedaran cakera padat video (VCD) kononnya pihak berkuasa bertindak melampau ketika merobohkan sebuah kuil Hindu dua hari sebelum hari mengundi.

Katanya, pembohongan pembangkang itu dilakukan secara berterusan menerusi internet sehingga ramai pengundi terpengaruh dan membenci kerajaan.

"Ia sudah jadi pilihan raya maya, bukan pilihan raya realiti. BN tewas dalam pilihan raya maya. Tak adil berlawan cara ini, seolah-olah BN diikat tangan ke belakang," katanya yang mengakui pembangkang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mempengaruhi pengundi. - Berita Harian Online


Siapa pulak yang ikat siapa? Andai kata BN memang diikat satu daripada berpuluh-puluh sesungut (anggap BN mamcam sotong kurita),maka RTM1, RTM2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Utusan Melayu, Berita Harian, NST dan banyak lagi sesungut BN yang masih boleh diguna untuk membelit musuh-musuhnya.


Dan, internet, tiada siapa yang menyekatnya. Kalaupun boleh sekat, hanya kerajaan saja boleh sekat. Tidak wajar tuduh bahawa BN diikat tangan ke belakang. Cakap saja tak ada kepakaran. Ataupun BN sudah selesa dengan sesungut-sesungut nya yang lain. Tambahan pula sesungut-sesunggut besar yang lain seperti Polis, SPR dan Badan Kehakiman.


Andaikata BN Menang besar PRU12 lalu, pasti akan terpapar kenyataan "Berita-berita blog ditolak rakyat", "Rakyat menolak usaha bloggers fitnah BN", "kempen pembangkang di internet tidak mendapat sambutan" dan sebagainya. Lucu sekali apabila kalah, mereka mengatakan BN diikat tangan ke belakang!
Ũ