© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, April 1, 2008

Pakatan Rakyat - satu langkah bijak

Perkembangan mutakhir menunjukkan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bersetuju membentuk satu pakatan yang di panggi Pakatan Rakyat . Pakatan ini merangka untuk menyelaraskan pentadbiran 5 + 1 negeri-negeri yang dimenangi PAS,PKR dan DAP (Pakatan Rakyat).
Kita berharap Pakatan Rakyat ini akan menjadi satu gagasan politik baru seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS serta Agenda Ekonomi Malaysia yang dicadangkan DSAI. Pakatan Rakyat seharusnya bergerak pantas dan efisyen bagi membantu kebajikan rakyat , membangunkan negara, menjaga keharmonian pelbagai kaum, mengurangkan gejala sosial dan jenayah serta menangkis serangan dan fitnah Umno/BN yang pasti tidak akan membiarkan rakyat nampak usaha murni Pakatan Rakyat.
Satu benda yang menarik perhatian adalah psikologi penggunaan nama 'Pakatan Rakyat'. Mungkin dalam perjalanan politik selepas ini hingga PRU13 amnya, kita akan tengok bagaimana langkah Umno/BN menyerang Pakatan Rakyat dalam media yang dikuasainya. Mungkin jika mereka bijak, mereka tidak akan menyerang pakatan ini atas nama Pakatan Rakyat, sebaliknya akan terus menyebut PAS,PKR dan DAP, ataupun pakatan pembangkang. Menyerang 'Pakatan Rakyat' akan menimbulkan kesan psikologi dalam minda rakyat seolah-olah BN melawan rakyat itu sendiri. Menfitnah, memburukkan Pakatan Rakyat akan membuat BN seolah-olah anti-rakyat. Barisan Nasional lawan Pakatan Rakyat! Itulah psikologi corak politik baru yang bakal tercetus jika pihak BN tersalah strategi.

No comments:

Ũ