© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, April 10, 2008

Angkasawan: Ke mana arahnya selepas BN kalah?


Program Angkasawan negara baru-baru ini disimpulkan oleh sesetengah pihak bahawa program tersebut seolah-olah satu agenda politik BN kerana Angkasawan negara, Dr Syeikh Muzaffar diarak ke sana ke mari dalam setiap kempen pilihanraya BN. Dengan menggunakan title yang sangat 'janggal, hebat dan popular' dalam kalangan rakyat Malaysia, Dr Syiekh Muzaffar dilihat mampu mempengaruhi minda rakyat untuk terus mengundi BN.

Malangnya, kempen mempergunakan angkasawan itu seolah-olah tidak mendapat 'pulangan' yang setimpalnya apabila BN kalah teruk sehingga majoriti 2/3 dinafikan di parlimen. Program Angkasawan ini seolah-olah sepi selepas kekalahan BN dan setakat ini belum pasti Dr Faiz akan dapat meneruskan impiannya menjadi angkasawan nombor 2.

Jika kerajaan benar-benar ingin memajukan teknologi aero-angkasa, bukanlah dengan cara menghantar seorang rakyatnya ke angkasa lepas. Mungkin penghantaran itu boleh dilakukan, tetapi bukan masa ini, kerana negara kita sebetulnya belum ada apa-apa usaha memantapkan teknologi aero-angkasa. Malah, penghantaran angkasawan ini lebih dilihat sebagai membazir wang rakyat dan tidak berbaloi. Kita ketepikan sebentar tentang agenda menyelamatkan survival BN. Kita fokuskan kepada kerelevanan penghantaran angkasawan itu sendiri.

Bagi saya, jika kerajaan benar-benar mahukan kemajuan negara dalam bidang aero-angkasa ini setanding dengan negara-negara maju, sepatutnya pelaburan kepada penyelidikan lebih utama daripada menghantar angkasawan yang tugasnya hanya melakukan eksperimen yang ditertawa oleh orang lain. Kerajaan wajar mengintensifkan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan mengenai aero-angkasa di IPT-IPT tempatan. Tetapi apa yang kita lihat, kerajaan sebenarnya tiada usaha ke arah itu. Lihat sahaja di sebuah universiti di utara negara kita. Program kejuruteraan aero-angkasanya tidak mendapat pengiktirafan Board of Engineer Malaysia (BEM), seterusnya memaksa pusat pengajian aero-angkasa universiti itu terpaksa bergabung dengan pusat pengajian mekanik. Tidak dapat pengiktirafan BEM bermakna ijazah mereka tidak akan laku sebagai seorang jurutera aero-angkasa, walhal mereka terpaksa bersusah payah belajar selama 4 tahun.

Kalau kerajaan mahukan kemajuan dalam bidang ini, sewajarnya wang untuk penghantaran Angkasawan negara digunakan untuk meningkatkan keperluan program aero-angkasa dengan menyediakan peralatan yang terkini dan canggih serta meningkatkan kualiti program tersebut dengan tenaga-tenaga pakar dari dalam dan luar negara. Jika BEM sendiri tidak iktiraf program aero-angkasa itu, bagaimana pula pihak antarabangsa akan mengiktirafnya, seterusnya angan-angan kerajaan untuk memajukan taknologi aero-angkasa ini hanya tinggal angan-angan.

Sebab itulah, pendapat yang mengatakn program Angkasawan negara ini hanya strategi politik BN semata-mata, dan sanggup membazir wang begitu banyak dengan tujuan yang disebutkan. Mereka membazir begitu banyak wang untuk membentuk satu watak yang 'janggal, hebat dan popular' untuk menjadi boneka mereka dalam setipa kempen pilihanraya. Saya mengatakan watak yang 'janggal, hebat dan popular' kerana title angkasawan sememangnya tidak pernah digapai oleh mana-mana rakyat Malaysia sebelum ini. Hebat kerana dia adalah Dr Muzaffar yang terpilih untuk menjadi angkasawan dan popular adalah disebabkan dia bagaikan artis/selebriti ketika dia menghadiri pelbagai program yang dianjurkan selepas bergelar angkasawan.

Insan yang janggal,hebat dan popular ini direka khas bagi menarik rakyat untuk mengundi BN. Jika tidak, apa kena mengena angkasawan tersebut dengan kempen BN? Samalah taraf angkasawan tersebut dengan darjat rendah seorang artis yang turut menjadi boneka BN dalam kempen pilihanraya dalam usaha mengaburi mata rakyat. Begitulah hebatnya kerajaan dalam merangka kemajuan teknologi aero-angkasa. Walaupun Dr Syeikh Muzaffar berkata program itu tidak membazir, tetapi rakyat sudah tidak mahu percaya!
p/s: jika ada kesilapan fakta, sila maklumkan.

No comments:

Ũ