Sedang aku melayari web-web membaca berita di akhbar internet, aku terfikir, bagaimana blog aku apabila aku balik nanti. Sekarang ini line internet 24 jam aku boleh guna tanpa masalah. Blog aku boleh saja diupdate bila-bila masa. Bandwidth pun boleh tahan juga la. Tapi macamana aku nak update blog aku nanti bila aku meninggalkan kampus ini. Di rumah, aku hanya guna dial-up saja untuk berinternet yang sudah tentu mahal dan mengehadkan aku untuk tidak online seperti sekarang ini.
Tidak semena-mena, aku teringat Karnival ICT 2007 di Kedah suatu ketika dulu. Aku tak pernah pergi pun. Tapi seminggu sebelum itu rasanya pihak penganjur dan seorang exco kerajaan negeri Kedah ketika itu pernah berkata dalam temuramah di MHI TV3, pihaknya berazam untuk menjadikan perkhidmatan jalur lebar ini sebagai keperluan asas sama seperti air dan tenaga elektrik. Aku tersengih ketika itu. Bagus juga azam begitu. Jangan hanya azam 3 hari, seminggu atau 40 hari je. Harap-harap laksanakanlah. Di kampung aku pun hanya sebuah rumah saja yang pakai jalur lebar streamyx. Aku nak langgan pun tak padan sebab aku bukannya berada di rumah setiap hari.
Azam exco tersebut untuk menjadikan jalur lebar sebagai keperluan asas setaraf dengan keperluan bekalan letrik dan air sangat besar, apatah lagi dia terus berkata itu adalah untuk kemudahan para petani supaya dapat memasarkan produk secara online. Wah...
Sepanjang tempoh Karnival tersebut, aku sedikit kecewa kerana aktiviti yang begitu ditonjolkan adalah pertandingan CounterStrike. Papan tanda besar di jalan menuju ke Alor Setar yang aku pernah nampak memaparkan iklan CounterStrike lebih besar dan menonlol daripada aktiviti ICT yang lain dalam karnival tersebut. Bukan kerana aku tak pandai bermain CounterStrike menyebabkan aku kecewa, tapi biarlah taraf karnival itu lebih profesional kerana ia dianjur oleh kerajaan negeri. Memanglah CounterStrike itu adalah ramuan untuk menarik orang ramai menghadiri karnival tersebut. Malah yang tak masuk akalnya, kata exco tersebut dalam MHI, bahawa penganjuran pertandingan CounterStrike itu dapat menarik minat para remaja untuk menyertainya seterusnya mengurangkan gejala mat rempit dan gejala sosial yang lain. Adoii... aku ketika itu tergelak sorang-sorang depan TV. Lingkup punya pikiran. Karnival tu hari-hari ke ada?
Belum pun azam exco tersebut dapat dilaksanakan (entah dah mula bergerak atau pun tidak, atau sekadar gimik depan kamera TV saja), kerajaan negeri Kedah pula bertukar tangan. Melepas lah aku nak dapatkan perkhidmatan jalur lebar yang murah. Pada anggapan aku jika itu plan kerajaan negeri, sudah tentu pihak kerajaan akan negotiate dengan pihak terlibat untuk bekalkan perkhidmatan tersebut dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Kedah. Keperluan asas katakan..!
Kini YB. TUAN HAJI ABDULLAH BIN JUSOH sebagai exco yang memegang portfolio Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mungkinkah beliau akan meneruskan azam exco lepas, ataupun mempunyai plan tersendiri yang lebih baik. Kita sama-sama nantikan.
2 comments:
Adakalanya internet disediakan oleh swasta, akan tetapi pemerintah iaitu kerajaan negeri kena lobi melobi supaya kawasan luar bandar ada streamyx, dapat liputan 3G dll..
benda macam tu yg kerajaan negeri melaka lupa nak buat.
seriously, benda ni dah lama plan tp still rasa senyap ja... tp kat dpn umah ni tgh tanam fiber optic cables bwh tanah so mungkin satu improvement kot..
tp mungkin utk offices kerajaan yg baru kat Anak Bukit tu.
Post a Comment