© The Mhakk Studio

Wednesday, April 2, 2008

"BN diikat tangan ke belakang semasa PRU12"

Petikan dari Berita Harian 3 April 2008:

Muhammad berkata, antara faktor kemerosotan sokongan terhadap BN ialah dakyah pembangkang yang disebarkan menerusi blog dan laman berita antikerajaan serta pengedaran cakera padat video (VCD) kononnya pihak berkuasa bertindak melampau ketika merobohkan sebuah kuil Hindu dua hari sebelum hari mengundi.

Katanya, pembohongan pembangkang itu dilakukan secara berterusan menerusi internet sehingga ramai pengundi terpengaruh dan membenci kerajaan.

"Ia sudah jadi pilihan raya maya, bukan pilihan raya realiti. BN tewas dalam pilihan raya maya. Tak adil berlawan cara ini, seolah-olah BN diikat tangan ke belakang," katanya yang mengakui pembangkang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mempengaruhi pengundi. - Berita Harian Online


Siapa pulak yang ikat siapa? Andai kata BN memang diikat satu daripada berpuluh-puluh sesungut (anggap BN mamcam sotong kurita),maka RTM1, RTM2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Utusan Melayu, Berita Harian, NST dan banyak lagi sesungut BN yang masih boleh diguna untuk membelit musuh-musuhnya.


Dan, internet, tiada siapa yang menyekatnya. Kalaupun boleh sekat, hanya kerajaan saja boleh sekat. Tidak wajar tuduh bahawa BN diikat tangan ke belakang. Cakap saja tak ada kepakaran. Ataupun BN sudah selesa dengan sesungut-sesungut nya yang lain. Tambahan pula sesungut-sesunggut besar yang lain seperti Polis, SPR dan Badan Kehakiman.


Andaikata BN Menang besar PRU12 lalu, pasti akan terpapar kenyataan "Berita-berita blog ditolak rakyat", "Rakyat menolak usaha bloggers fitnah BN", "kempen pembangkang di internet tidak mendapat sambutan" dan sebagainya. Lucu sekali apabila kalah, mereka mengatakan BN diikat tangan ke belakang!

2 comments:

fradzar said...

salam helmi.. ulasan yang baik.. patut demo kena hantar artikel2 demo ke tranungkite ke, malaysiakini ke, harakahdialy ke.. mudah, ringkas dan padat.. seronok orang nak baca...

aneroid09 said...

oh... itu belum difikirkan. tapi dah nak exam. tapi kat utaraonline.net ada link ke blogspot kawe.

Ũ