© The Mhakk Studio

Tuesday, June 29, 2010

Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010

Kepala Batas, Pulau Pinang, 27 Jun 2010:

Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 telah selesai. Acara bola sepak dan bola jaring yang mempertandingkan kanak-kanak pra-sekolah PASTI dari seluruh negara termasuk Sabah meriah dengan gelagat para peserta.

PASTI, atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam kini terus diperkasa. Penerapan nilai-nilai pendidikan Islam bermula dari peringkat pra-sekolah menjadi suatu alternatif kepada para ibubapa dalam memastikan anak-anak mereka tidak bisa hanyut dalam arus deras kecelaruan fikrah, akhlak serta moral di samping penguasaan akademik.

PASTI yang sekian lama dibangunkan, kini semakin diterima masyarakat, temasuk masyarakat bukan Islam. Sistem pendidikan berteras Islam yang sitematik dan berkualiti menarik perhatian ibubapa yang menginginkan anak-anak merek terdidik dengan sempurna.

Jom kita tonton sedikit sebanyak video sukan PASTI ini....


Perasmian:


Perarakan Masuk:


Bola Sepak Final...


Thursday, June 17, 2010

Stadium itu tempat rakyat Kelantan bersolat hajat...


Fiesta Kelantan 2010 dirancang hebat. Persiapan untuk siaran langsung juga dibuat. Stadium Sultan Muhammad IV akan dipenuhi rakyat Kelantan. Agenda bersama kerajaan negeri dan kerajaan pusat dikatakan akan memenuhi jadual program tersebut. PM akan hadir bagi acara perasmian.

Namun pada sebelah petangnya....

KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Akibatnya, pada sebelah malamnya, hujan turun dengan lebat, disertai ribut. Balckout pula mngkelamkan acara malam itu. PM lari pulang, meninggalkan Dato Pa untuk merasmikan Feista itu.


KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Ada orang kata, itulah balasan tidak menghormati tuan rumah. Ada yang mengatakan itu balasan kepada mereka yang mempermainkan ulama.

Stadium yang sama sebelum-sebelumnya pernah dipenuhi rakyat Kelantan menunaikan solat-solat hajat memohon pertolongan ALLAH. Padang stadium itu jugalah tempat rakyat Kelantan merayu dan merintih di hadapan ALLAH, agar ALLAH memelihara negeri ini. Mereka memohon supaya ALLAH menyelamatkan negeri mereka daripada pengkhianatan demi pengkhianatan tangan-tangan jahat, di stadium itulah.


Maka sejarah mencatatkan, stadium itu menghalau pengkhianat rakyat Kelantan pulang, tanpa sempat merasmikan Pesta tersebut! Dan pada masa yang sama, si stadium itu jugalah orang yang bersubahat dengan pengkhianat rakyat Kelantan dimalukan, dengan hanya merasmikan majlis menggunakan Loud Hailer kerana bekalan elektrik terputus. Bilangan pengunjung pula sangat memalukan bagi majlis yang dirancang gilang gemilang...

Habis... mereka mengenepikan tuan rumah. Tuan rumah bersabar, dan hanya memboikot majlis mereka. Tuan rumah masih baik hati membiarkan mereka dengan majlis mereka tanpa niat membatal dan menghalau mereka keluar. Namun ALLAH tidak membiarkan hamba-hambanNya terus dipermainkan.

Wednesday, June 16, 2010

hai orang-orang yang prejudis...

Mukhtamar ke-56 dah selesai.

Perjuangan al-marhum Ustaz Hassan Syukri juga sudah selesai... (Al-Fatihah).
Yang tinggal adalah melaksanakan setiap usul yang diluluskan.

Ada orang Umno tanya, apa sudah jadi dengan Pas, menggadaikan prinsip dan dasar parti sehingga sanggup bersekongkol dengan orang kafir, dan membenarkan orang bukan Islam menjadi calon.

Apa sudah jadi dengan Pas?
Pas telah membuat transformasi dalam fiqh siyasah, dan tahaluf siyasi yang bakal menjadi suatu paradigma baru politik dalam negara kita khasnya.

Orang-orang Umno fahamkah apa itu fiqh siyasah dan tahaluf siyasi? Kalau tak faham, buang masa sahaja cerita panjang-panjang. Lebih baik kalah berhujah dengan ahli-ahli ilmu daripada bertegang leher dengan orang-orang Umno dalam jahil dalam bab ilmu.

Kalau mahu faham, orang-orang Umno kena ikuti muktamar-muktamar Pas sebelum-sebelum ini. Ikuti ucapan dasar, halatuju, dan perbahasannya dengan minda yang terbuka sebelum mengkritik. Cuba selami dan fahami agenda-agenda muktamar, bukan dengan minda prejudis. Anda akan faham insyaALLAH, apa yang Pas perjuangkan. Cara begitu lebih baik jika anda mahu benar-benar faham 'apa sudah jadi dengan Pas'. Bukan dengan cara menghadam ulasan singkat dan dangkal pemimpin-pemimpin Umno.

Begitu juga orang-orang Parti Islam, kami memahami apa agenda perjuangan Umno, kerana antara kami juga ada yang mengikuti Perhimpunan Agong Umno dalam kaca TV, secara langsung, dan diulang siar dalam berita-berita arus perdana. Kami dapat tahu apa yang Umno perjuangkan, lalu kami menolak Umno.

Anda orang-orang Umno tidak menolak perjuangan Pas melainkan hanya kerana emosi, semangat perkauman yang menebal, tidak mendapat maklumat secara terus melainkan ulasan atas ulasan semata-mata dan anda prejudis terhadap perjuangan Islam.

Kagum rasanya apabila melihat semula rentetan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, ratusan, mungkin ribuan orang-orang bukan Islam mendengar kalimah-kalimah ALLAH yang dibacakan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam ucapan-ucapan mereka. Orang-orang bukan Islam mendengar dan mengetahui akan kebenaran Islam, yang selama ini mereka tidak pernah mendengarnya. Bukankah itu adalah satu langkah permulaan yang baik dalam keadaan masyarakat majmuk di negara kita?

Orang-orang prejudis tidak melihatnya sebagai peluang dakwah kepada bukan Islam. Pas sebagai Parti Islam, mahu menyatupadukan ummah pelbagai bangsa dan keturunan di bawah satu payung, yakni Islam. Berbeza dengan orang-orang yang prejudis terhadap Islam, mereka mungkin hanya berfikir secara terhad dalam bab kesatuan ummah ini, lalu timbullah konsep 1Malaysia.

Hidayah adalah milik ALLAH. Kita hanya diseru berusaha menyampaikan ayat-ayat ALLAH kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Soal beriman atau tidak, bukan kerja kita. Mereka yang bukan Islam bebas memilih agama dan kepercayaan mereka tanpa dipaksa menganut Islam. Kita hanya menyampaikan hakikat kebenaran Islam. Tiada paksaan untuk mereka memeluk Islam. Lalu penubuhan DHPP adalah satu usaha murni ke arah merealisasikan tuntutan dakwah. Bagi orang-orang prejudis terhadap Islam, tidak hairanlah mereka akan mengatakan bahawa 'Apa sudah jadi dengan Pas' atau dalam ungkapan lain 'Pas sudah lari dari prinsip perjuangan'.

Wednesday, June 2, 2010

PM letak jawatan



TOKYO 2 Jun – Perdana Menteri Jepun yang berhadapan dengan masalah hari ini mengumumkan meletak jawatan kerana melanggar janjinya ketika berkempen untuk memindahkan Stesen Udara Futenma Kor Marin Amerika Syarikat (AS) keluar dari selatan pulau Okinawa.

Yukio Hatoyama merupakan Perdana Menteri Jepun keempat yang meletak jawatan dalam tempoh empat tahun.

Apa laa Perdana Menteri Jepun ni. Main letak saja jawatan. Mana dia pelan peralihan kuasa? Patut kena ada laa pelan peralihan kuasa, macam kat Malaysia ni. Baru maju...

Tuesday, June 1, 2010

PAS, PKR dan UMNO bergabung bantah Israel?

Maafkan saya. Saya tersilap tafsir bendera dalam gambar di bawah...


Bilakah PAS, PKR, UMNO, DAP, MCA, MIC akan turut bergabung dalam demonstrasi membantah serangan Israel ke atas konvoi bantuan ke Gaza seperti ini? Bendera nampak hampir sama dah... tapi sayang, rakyat Malaysia masih rendah tahap sensitiviti terhadap pencabulan hak asasi manusia ini.


Gambar di atas adalah dari Turki, rakyat Turki sudah pun membanjiri bandaraya bagi memprotes, ketika mana rakyat kita masih di depan televisyen sambil berkata "ish... ish.. ish...".
Ũ