© The Mhakk Studio

Friday, November 26, 2010

Mana ada Ekspo Cheng Ho... tipu semua tu.


Kerajaan negeri Kelantan tak pernah pun menganjurkan Expo Cheng Ho. RTM, TV3 dan semua spesis media satu keturunan ini tak buat liputan pun. Koman-koman buat laa liputan macam Sua Rasa dan jom heboh. Ekspo Cheng Ho nampak macam antara Kelantan dan China, bukan Malaysia-China. Kelantan seolah-olah macam bukan Malaysia. Sebab tu tak ada liputan. Wartawan-wartawan media-media satu keturunan ini memang tak nampak pun kerajaan negeri buat Expo yang begini besar.

Sama seperti mereka tak nampak kerajaan negeri Kedah bantu mangsa banjir. Terus claim kerajaan negeri tak buat kerja bantu mangsa banjir. Itulah hakikat yang kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat kena terima, selagi tiada media sendiri. Masa awal-awal kemenangan dulu, dengar kata nak buat akhbar harian alternatif sendiri sebagai pengimbang kepada media-media berat sebelah arus BN. Tapi sampai nak masuk PRU13 dah, tak nampak pun lagi... mungkin susah kut.



Thursday, November 25, 2010

Sembang: ALLAH memberi tazkirah kepadaku

Baru tiga hari menziarahi datuk saudara yang meninggal dunia di rumahnya, tengah hari semalam aku dikhabarkan pula dengan kematian adik sepupuku, akibat lemas dalam lopak air, di kampung yang sama, Kampung Pantai Prai, Sg Petani. Adik sepupuku yang dipanggil mesra sebagai 'Cik' baru berusia 8 tahun. Dia adalah anak kembar kepada Maksu, ibu saudaraku. Baru dua hari sebelumnya aku lihat gelagat-gelagatnya ketika menziarahi datuk saudara aku (yang juga datuk saudaranya)yang meninggal dunia.

Kematian dua orang yang dekat pertaliannya dengan aku membuatkan aku rasa seperti diberi peringatan oleh ALLAH. Ketika datuk saudaraku meninggal dunia, tergetus dalam hatiku nahawa mati itu pasti. Tok Tam (panggilan mesranya) pergi dulu mengadap-Nya.

Seperti biasa apabila melihat orang tua meninggal dunia, ada satu kata-kata di suatu sudut di lobus hati bahawa 'biasalah, dia sudah tua'. Aku cuba memadam kata-kata itu dengan beristighfar. Mati itu tidak kira tua atau muda. Aku yakin dengan perkara itu, tetapi iblis sentiasa berbisik hal-hal untuk mengaburi manusia. Tidak hairan berapa ramai manusia yang melihat orang mati, tetapi masih tidak bersedia untuk mati, seolah-olah mereka tidak akan mati seperti si mati.

Tiga hari sahaja berlalu, berita kematian adik sepupuku benar-benar membidas suara sumbang di sudut hatiku itu. Anak kecil juga bisa mati. Mati itu tidak mengira umur, tua atau muda! ALLAH memberi tazkirah yang cukup tegas kepadaku melalui peristiwa ini.

InnaliLLAHi wa inna ilaiHi roj'ouun...

'Cik' sudah pergi. Tinggallah adik kembarnya bersama seorang abang dan seorang kakaknya sedang dia bersemadi di sebelah kubur Tok Tam.

Semoga ALLAH mengampuni dan mencurahi rahmat-Nya kepada Tok Tam.

Semoga adik Cik aman bersemadi di sana dan moga-moga menjadi rahmat kepada ayah dan ibunya. Pak Su dan Mak Su, bersabarlah, insyaALLAH anakmu itu akan menarik tangan kalian ke pintu syurga.

Tok Tam [14 Zulhijjah 1431]
Cik [17 Zulhijjah 1431]

Wednesday, November 17, 2010

Perutusan Eidul Adhha 1431

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR

Hari ini 10 Zulhijjah 1431 Hijriah. Kita umat Islam menyambut hari Raya Eidul Adhha untuk kesekian kalinya. Setiap kali Eidul Adhha, kita dihidangkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail 'alaihimassalam. Saya kira anda semua lebih arif dalam memahami hakikat pengorbanan kedua-dua Nabi tersebut untuk dijadikan pedoman dalam melangsungkan gerak-kerja mengembalikan izzah Islam di muka bumi. Jihad dan pengorbanan adalah elemen yang penting dalam sesebuah gerakan Islam. Maka janganlah kita memandang mudah perkara ini. Selesai menyembeli haiwan korban, kita akan bergerak semula untuk menyembelih sistem taghut yang masih mencengkam umat Islam.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!

WaLLAHU a'lam.

Salam Eidul Adhha 1431 H.

Wednesday, November 10, 2010

Sembang: Sibuk dan menyibuk

"Kita sentiasa sibuk. Jadi beruntunglah orang yang bijak mengurus kesibukannya," si abang menasihati adiknya.

"Tak semua orang sibuk. Ada juga orang yang punyai masa lapang," si adik seperti biasa, suka memanjangkan perbincangan dengan idea yang berlawanan.

"Ya betul. Tapi kita kena sibukkan diri..." si abang menambah.

"bukankah kita disuruh beringat ketika waktu lapang sebelum tiba waktu sibuk? Kenapa perlu sibukkan diri? Kita mesti manfaatkan masa lapang," si adik memintas idea abangnya.

Si abang tersenyum.

"Ya, nak manfaatkan masa lapang, kita kena sibukkan diri," si abang menjawab. Si adik diam seketika untuk mendengar penjelasan abangnya.

"Setiap masa, kita akan sibuk. Sama ada kita ini sibuk buat baik, atau sibuk buat benda jahat. Sama-ada kita sibuk berbuat ibadat, ataupun kita sibuk berbuat maksiat"

Si adik terus mendengar.

"Jika kita rasa ada kelapangan, maka sibukkanlah diri kita dengan perkara ibadat, kerana jika tidak, pasti kita akan disibukkan dengan perkara maksiat sama ada kita sedar ataupun tidak," si abang berceramah panjang lebar.

"bagaimana pula ada orang yang tak buat ibadat, tak buat juga maksiat... duduk saja je... orang ni tak sibuk kan?" si adik cuba mencuit abangnya.

"orang itu sibuk juga" si abang tersenyum.

"kenapa?"

"sibuk duduk saja," jawab si abang disusuli dengan ketawa kecil mereka berdua.


Ũ