© The Mhakk Studio

Tuesday, January 27, 2009

Ceramah Palestin di Stadium Sukamenanti

Semalam, solat hajat dan ceramah perdana kekejaman Israel terhadap Palestin diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar.

Program tersebut anjuran Kerajaan Negeri Kedah, dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kedah.

Solat Hajat diimami oleh Tuan Guru Haji Salleh.

Ceramah disampaikan oleh YAB Ustaz Azizan (MB Kedah - Persuruhjaya PAS Kedah), Tuan Hj Mohammad Sabu (Naib Presiden PAS), Wakil HAMAS (diterjemah oleh Prof Dr Badaruddin Ahmad) dan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi (Presiden PAS - Ahli Parlimen Marang).

Antara isi kandungan ceramah:

1) Keganasan Israel bermula selepas Perang Dunia pertama dan kedua.

2) Menduduki Palestin secara haram dengan bantuan kuasa Barat - Britain, Perancis dan US

3) Tanah-tanah kerajaan di bawah pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dipecah-pecah kepada negara-negara kecil.

4) Para pemimpin Arab didoktrin dengan idea-idea nasionalis - untuk melepaskan negara daripada pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyyah.

5) Perang Arab-Israel dimenangi oleh Israel dalam masa enam hari. Israel, kuasa haram yang baru terbentuk di tengah-tengah masyarakat Arab, menyerang Mesir, Jordan dan Syiria serentak. Akibat menggunakan semangat nasionalis, negara-negara Arab ini kalah dalam masa 6 hari kepada Israel.

6) Bayangkan, Hizbullah dan Hamas berjaya melawan serangan Israel dan memaksa Israel berundur setelah berperang masing-masing selama 34 dan 22 hari. Hamas dan Hizbullah berperang atas nama Islam, bukan semangat kebangsaan.

7) Demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat tidak diiktiraf jika demokrasi itu memenangkan Islam, contohnya Hamas yang menang tidak diiktiraf.

8) Malangnya terdapat Kerajaan Umat Islam juga tidak mengiktiraf kemanangan Hamas selaku kerajaan Palestin yang sah. 

9) Presiden Israel, Simon Perez pernah berkata, beliau masa depan Negara Israel bertambah gelap kerana sudah muncul generasi baru Palestin yang berani membaling batu ke arah kereta kebal dan tentera-tentera Israel. 

10) Kerajaan Malaysia juga bersekongkol untuk tidak mengiktiraf Hamas! - Tidak mengktiraf wakil Hamas dalam persidangan negara-negara berkecuali (NAM) yang berlangsung di Kuala Lumpur, sebaliknya melayan wakil Fatah, yang kalah dalam pilihanaya Palestin.

11) Wakil Hamas bertegas, Umat Islam Palestin tidak akan tunduk kepada tekanan san kekejaman Zionis. Beliau membaca doa yang dibaca RasuluLLAH ketika baginda dihujani batu-batu semasa berdakwah di Thaif.

Banyak lagi isi penting. Carilah CD nya.

Kutipan derma untuk Palestin malam tadi berjumlah sekita RM40 ribu seperti yang diumum, berbanding di Kelantan dalam program yang sama, berjaya mengumpul lebih kurang RM1.2 juta. (Orang Kedah duit tak dak kut... padi belum tuai .... huhu...)

Suatu ketika dahulu, Rasul pernah bersabda bahawa kota Constantinople akan ditawan oleh umat Islam. Sebaik-baik Raja adalah rajanya, dan sebaik-baik tentera-adalah tenteranya (yang menawan kota itu).

Sultan Muhammad al-Fateh tidak menunggu "sebaik-baik Raja dan sebaik-baik tentera" itu muncul untuk menawan kota itu, bahkan beliau sendiri mengetuai para mujahidin untuk membebaskan Kota Constantine itu daripada kekufuran. Maka beliaulah yang menjadi sebaik-baik Raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Rasul juga pernah bersabda bahawa Islam akan menang akhirnya, di mana para mujahidin akan membunuh orang-orang Yahudi dan zionis yang kejam, sehingga apabila mereka melarikan diri bersembunyi, batu-batu dan pohon kayu akan memberitahu pejuang Islam bahawa Yahudi sedang bersembunyi di belakangnya. Bunuhlah dia.

Islam akan menang akhirnya. Pejuang-pejuang Islam akan menewaskan tentera-tentera Zionis dan umat Yahudi yang zalim. Namun siapakah yang akan menjadi pejuang-pejuang yang akan menghapuskan Zionis itu? Atau kita hanya menjadi penonton kepada kemenangan yang dijanjikan ALLAH dan Rasul-Nya? Tidakkah sudah tiba masanya kita menzahirkan diri kita sebagai pejuang yang disabdakan oleh RasuliLLAH?

WaLLAHu a'lam.



Thursday, January 22, 2009

Bicara roh...

Awal-awal subuh, jasadku terjaga dari tidur. Aku yang sepanjang malam berehat menunggu jasadku berasa sedikit lega. Sudah menunggu adalah sesuatu yang meletihkan. Jasadku mengintai jam di handsetnya. Baru pukul 5.30 pagi. Jasadku tidur semula.
Justify Full
Aku berasa sedih. Bukankah 5.30 pagi itu sudah hampir dengan waktu subuh? Sekurang-kurangnya bangunlah wahai jasad, dirikan solat dua rakaat. Selama hidup ini, jarang sekali aku diberi makanan yang berkhasiat. Hanya jasad sahaja menikmati makanan-makanan yang pelbagai.

Aku semakin resah. Azan subuh sudah lama berkumandang.Jasadku seperti tidak mendengarnya. Wahai jasad, bangunlah. Jangan kita terlepas waktu subuh. Aku meronta-ronta mahu jasadku bangun.

Jasadku bangun juga. Setiap kali waktu subuh, jasadku sentiasa membuatkan aku cemas dan risau. Cemas terlepas waktu subuh. Risau terlepas solat subuh berjemaah. Hari ini jasadku terlepas solat berjemaah. Aku sedikit lega kerana jasadku tidak terlepas solat Subuh. Aku masih mengharapkan jasadku bangun lebih awal untuk solat subuh berjemaah dengan jasad-jasad yang lain.

Pagi semakin bersinar. Matahari semakin tinggi. Aku masih menunggu sarapan pagiku sedangkan jasadku sedang menikmati sarapan pagi yang enak. Setiap pagi aku dilayan sebegini rupa. Aku seperti ditindas, sedangkan jasad dijaga dengan baik. Sekali lagi aku berduka. Jarang sekali sarapan pagi untukku disediakan. Sekali sekala sahaja jasadku membaca al-quran. Jarang-jarang sekali jasadku menunaikan solat sunat dhuha. Itulah makanan aku dipagi hari yang jarang-jarang aku dapat.

Jasadku bersiap-siap untuk ke dewan kuliyah, menimba ilmu dunia. Bersungguh-sungguh jasadku mengejar masa, bimbang kalau-kalau terlambat masuk dewan kuliyah. Sedang aku dibiar bodoh sendirian. Jarang sekali aku dapat menimba ilmu-ilmu fardhu 'ain. Jasadku seperti tidak menyedari bahawa aku dan dia adalah satu, yang diberi nama manusia. Jasadku tidak menyedari yang aku sering menderita, resah, cedera dan sebagainya dengan setiap perbuatannya.

Hari ini aku dilukai lagi oleh jasadku. Jasadku tidak menjaga penglihatannya. Tidak menundukkan pandangannya. Setiap dosa yang diperolehnya adalah seperti pisau tajam yang melukai aku. Aku bagai didera oleh jasadku sendiri. Jasadku! tidakkah engkau mendengar rintihanku? Tidakkah engkau mempunyai belas-kasihan kepdaku?

Jasadku bergelak ketawa dengan rakan-rakannya. Aku juga dapat melihat roh-roh dalam jasad-jasad lain di sekelilingku, juga kelihatan bersedih, menderita, tidak sihat, sepertiku jua. Sedangkan jasad-jasad mereka masih boleh bergelak ketawa. Jasad-jasad kami semua tidak peduli kepada kami. Apalah malang nasib kami semua.

Aku sedar, tugas aku dan jasadku yang diberi nama manusia, dihantar ke dunia ini mempunyai matlamat iaitu mengabdikan diri kepada ALLAH, menjadi khalifah ALLAh di muka bumi. Apakah jasadku lupa dek kerana sejak kecil tidak pernah diperingat oleh sesiapa? Aku pernah berkata di depan ALLAH, yang aku sanggup untuk memikul amanah menjadi khalifah di muka bumi. Aku sanggup. Kita sanggup wahai jasad. Tetapi apakah yang telah berlaku jasadku? Adakah kau lupa jika kita gagal menunaikan amanah ini, azab neraka pasti akan membakar kita?

Apa guna kau sihatkan tubuh badanmu, sedangkan aku kau biarkan kurus tidak bermaya? Wahai jasaku! bukalah mata mu. Bukalah telinga mu. Bukalah pintu hati mu. Aku sedang berbicara dengan mu!

Kata-kata aku bagaikan angin berlalu. Jasadku tidak mendengar apa-apa. Dia masih leka dengan rakan-rakannya. Apabila masuk waktu zohor, jasadku menuju ke masjid. AlhamduliLLAH. Aku akan mendapat sedikit kekuatan. Aku akan dapat sedikit penyembuhan. Terasa begitu nyaman dan selesa ketika jasadku mula berwudhuk. Luka-luka kecilku sembuh perlahan-lahan. Ya.. wudhuk itu menggugurkan dosa-dosa kecil. Suasana bertambah nyaman apabila jasadku bersama-sama ahli jemaah yang lain menunaikan solat fardhu zohor.

Aku mendapat sedikit kekuatan. Walaupun solat jasadku tidak begitu khusyuk, aku rasa ada sedikit kelegaan. Tetapi aku tidak terus rasa selesa. Aku tidak tahu apa yang jasadku akan lakukan lagi. Setiap hari aturannya lebih kurang sama. Aku dicederakan dengan banyaknya, kemudian sekali sekala aku dirawat dan diberi makan. Selepas itu aku dianiaya semula. Aduhai jasadku... bagaimana jika engkau sendiri diperlaku begini?

Lepas solat Asar, jasadku keluar untuk bersama-sama rakan-rakannya bermain di padang. Ah... jasadku! kau lebih pentingkan kesihatan dirimu daripada kesihatan aku. Padahal setelah engkau mati nanti, tinggallah aku yang akan mewakili engkau untuk berdepan dengan ALLAH. Sedangkan engkau akan hancur dimamah tanah. Bagaimana aku mahu bertemu ALLAH dalam keadaan aku yang kurus kering, mengalami luka-luka akibat perbuatanmu, menghidapi pelbagai penyakit yang engkau bawa?

Dalam keadaan sedih begitu, aku terpandang ada lagi roh-roh yang lebih menderita . Jasad mereka tidak menutup aurat. Jasad mereka berdua-duaan lelaki dan perempuan. Betapa besarnya luka mereka, berdarah. tetapi jasad-jasad mereka tetap ceria, bergurau senda dan bergelak ketawa.

Waktu maghrib sudah masuk. Syukurlah jasadku masih ingat untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. namun aku simpati dengan beberapa roh yang aku nampak merayu-rayu kepada jasad masing-masing yang tidak mendengarnya. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Jasadku tidak menegur dan menasihati jasad-jasad mereka. Wahai jasadku, bukankah tugas kita itu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Kenapa kau tidak menjalankan tugas kita? Tahukah kau, kita akan disiksa dengan sebab kemalasan engkau?

Lepas solat maghrib berjemaah, aku rasa senang hati sedikit apabila jasadku menunggu untuk mendengar kuliyah maghrib. Aku rasa luka-luka aku dirawat lagi. Aku rasa selesa sedikit. Malah aku dapat makanan yang agak banyak ketika itu. Malangnya, jasad aku tertidur di akhir-akhir kuliyah. Makanan aku disekat sebelum habis aku makan. Oh jasadku... beginikah cara engkau melayan aku.

Selepas solat Isyak, aku menunggu apa bentuk amalan jasadku selepas ini. Aku lihat roh-roh yang ada dalam jasad ahli-ahli jemaah solat isyak tadi sedikit lega, sama sepertiku. Alangkah baiknya jika roh-roh yang banyak di padang permainan tadi dapat merasai sedikit kelegaan seperti kami di sini. Apakan daya... jasad mereka lebih kejam daripada jasad-jasad kami.

Jasadku melepak dalam bilik sambil melayari internet, dan bermain game. Aku rasa seperti diberi minum air yang payau. Suakr untuk ditelan, tetapi aku dipaksa. Jasadku melakukan aktiviti yang sia-sia. Aku kembali lega apabila jasadku mula mengantuk. Aku dapat berehat lagi daripada penderaan oleh jasadku sendiri apabila dia tidur.

Aku melihat jasadku yang nyenyak tidur. Aku berbicara seorang diri. Alangkah baiknya jika jasadku mendengar rintihanku! Alangkah baiknya jika jasadku mendengar tangisanku! Wahai jasadku!

Wednesday, January 21, 2009

'Umar al Mukhtar - Lion of The Desert

Posting kali ini, kita singkap kembali perjuangan seorang tokoh Mujahid suatu masa dahulu menentang penjajahan Kuffar ke atas umat Islam. Kisah Lion of The Desert yang difilemkan adalah kisah 'Umar Mukhtar (Lakonan Anthony Quinn) yang digelar Asadus Shuhra' (Singa Padang Pasir). 

Umar Mukhtar adalah 'Hero' umat Islam, yang sememangnya pernah wujud. Bukan lagenda, bukan khayalan seperti filem Rambo. Bukan cerita The Last Samurai. tetapi Umar Mukhtar sememangnya hero yang benar-benar wujud suatu ketika dahulu, menjadi pejuang Islam ketika itu. Siapa Umar Mukhtar?




'Umar al Mukhtar - Lion of The Desert


Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau.

Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.


Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka.


Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica”


Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan.


Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.


Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.


Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.


Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.”


Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”


Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.


Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain.


Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’


Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat.


Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.

Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”


`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali


Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini.

Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.



`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid


Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”


Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah.


Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.


Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga.


Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.


Syahid di tali gantungan


Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas.

Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.


Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.



Siapakah pula Umar Mukhtar Abad ini ? Kita menunggu kemunculannya atau cuba menjadi sepertinya?

Sunday, January 18, 2009

Yahudi kaum pendusta

Abdullah bin Salam adalah seorang sahabat nabi yang berbangsa Yahudi. Beliau memeluk Islam sewaktu nabi berhijrah ke Madinah. Abdullah bin Salam mengungkapkan bahawa bangsa Yahudi adalah pendusta dan tidak boleh dipercayai.

Berkata Abdullah bin Salam, “Wahai RasulaLLAH, Yahudi adalah kaum yang pendusta. Sekiranya mereka tahu tentang keislamanku niscaya mereka mendustakan aku mengenai dirimu. Oleh itu cubalah Engkau kirim utusan kepada mereka untuk bertanya tentang aku, bagaimanakah keadaan peribadi Abdullah bin Salam itu? "

Kemudian RasuluLLAH pun mengirim utusan kepada mereka. Utusan itu bertanya tentang Abdullah bin Salam.

Mereka menjawab; “Abdullah adalah orang yang paling baik, anak yang paling baik dan guru kami dan anak guru kami. Beliau juga orang yang paling alim tentang agama kami dan anak dari orang yang paling alim tentang agama kami.”

Utusan itu bertanya lagi, “Bagaimana pendapat kalian jika beliau masuk Islam, apakah kalian masuk juga?”

Mereka menjawab; “Semoga Allah jauhkan kami darinya.”

Tak lama kemudian Abdullah bin Salam keluar menuju ke hadapan mereka sambil mengucap dua kalimah syahadah.

Setelah mendengar ucapan kalimah syahadah Abdullah bin Salam itu, mereka menjawab; “Beliau adalah orang yang buruk dan anak yang paling buruk dari kami. Begitu juga orang yang bodoh dan anak orang bodoh dari kami.”

Setelah itu Abdullah berkata; “Perkara inilah yang saya takutkan dari mereka. Wahai RasulaLLAH, bukankah saya sudah beritahu bahawa mereka itu pendusta?” kata Abdullah bin Salam.

Rujukan:
1) Hitler itu mungkin ada benarnya - Dr Maza - UtusanOnline
2) Abdullah bin Salam «¦»awie«¦»
3) Kaum Pendusta - Resmi Padi

Friday, January 16, 2009

Jurulatih Pasukan Bola Sepak Kedah, Azraai Khor ancam letak jawatan

PANTAI timur ketika ini sedang dilanda banjir, di utara pula sedang bergelora.

Gelora di utara agak pedih bunyinya berbanding di pantai timur yang menyaksikan Kelantan sekadar kehilangan tiga mata sebelum turun gelanggang.

Di utara, juara treble, Kedah bakal kehilangan jurulatih.

Barisan jurulatih Kedah akan letak jawatan jika pengurusan pasukan terus tidak memainkan peranan dengan berkesan.

Mereka yang terdiri daripada Mohd. Azraai Khor Abdulah, Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail akan melepaskan jawatan masing-masing jika pengurus pasukan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Azraai berkata, beliau dan dua pembantunya bersedia menerima sesiapa sahaja untuk menjadi pengurus skuad Kenari jika individu itu dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.

Namun katanya, tindakan melepaskan jawatan jurulatih akan dilakukan sekiranya pengurus pasukan tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya yang dilihat menyukarkan tugas mereka.

"Tindakan ini bukanlah untuk membantah keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) semalam (kelmarin) tetapi hanya untuk kebaikan bersama dan kemajuan pasukan ini.

"Kami (barisan jurulatih) menghormati keputusan KFA dan berharap pengurus dapat meluang masa bersama pasukan dan jika perkara itu tidak dilakukan kami akan tinggalkan jawatan ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Semalam, Kosmo! melaporkan Datuk Othman Aziz disahkan sebagai pengurus Kedah oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Namun difahamkan, Othman sebelum ini tidak mengikuti perkembangan pasukan serta tidak lagi mengiringi pasukan dalam mana-mana perlawanan termasuk di tempat sendiri.

Malah, Othman juga didakwa tidak setia terhadap pasukan apabila melepaskan dua pemain tanpa berbincang serta mendapat restu dengan barisan jurulatih pada tahun lalu sedangkan ketika itu skuad Kenari kekurangan pemain untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Azraai, barisan pemain Hijau Kuning memerlukan seorang pengurus yang dapat meluangkan masa ketika latihan dijalankan selain mengambil tahu masalah mereka.

Ini kerana jelasnya, sejak setahun lalu kebajikan pemain yang menjadi tanggungjawab pengurus telah diabaikan.

Sumber: HijauKuning.Com

Thursday, January 15, 2009

Kenali tokoh-tokoh Yahudi abad ini

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?


Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.


Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.


Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.


Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).


Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.


Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.


-Satu Umat-

Wednesday, January 14, 2009

Rapat umum 'meriah'...

Rapat umum semalam... cuba tengok bilangan org yang hadir. Rasanya tak sampai 10% pun mahasiswa yang hadir untuk menyaksikan rapat umum tersebut.

Kenapa dengan orang yang tidak hadir? Adakah mereka banyak kerja lain? Banyak assignment? Study? Atau leka bermain Game? Malah ada yang kata pemilihan MPP bosan - hanya orang yang nak publisiti saja join.

Tak kisah apa-apa urusan mereka, apa yg kita dapat lihat, mahasiswa USM KKj ni tidak berminat dgn politik kampus. Tidak berminat dengan pemilihan pemimpin mereka. Tidak juga berminat mengenali siapa pemimpin yang mereka akan undi nanti.

Yang hadir hanyalah beberapa orang penyokong calon, provokator, dan orang yang kebetulan sedang makan... kiranya tak sampai 10% mahasiswa yang hadir. Rapat umum adalah program yang penting yang dianjurkan oleh pihak universiti. Jika tidak penting kenapa TNC pernah hadir. Kenapa malam tadi Prof Rahman juga hadir.

Jika program penting ini tidak mendapat sambutan mahasiswa, rasanya menang atau kalah calon-calon yang bertanding, tidak membawa apa-apa makna. Hampir-hampir saja sama levelnya dengan pemilihan secara perbincangan.

Kenapa warganegara dibolehkan mengundi bermula pada umur 21 tahun? Kenapa tidak bermula dari umur baligh, 15 tahun sekurang2nya? Kerana secara amnya, seseorang yang berumur 21 tahun ke atas mampu menimbang, menganalisis, memahami hujah dan suasana sebelum memilih seseorang pemimpin. Tidak memilih berdasarkan sentimen kepuakan, emosi dan sebagainya.

Jadi, sepatutnya mahasiswa yang akan mengundi nanti, perlu mempunyai maklumat yang secukupnya untuk difikir dan dianalisis sebelum membuat pilihan. Memilih MPP tidak sepatutnya dipilih seperti pemilihan ketua kelas di sekolah. Bagaimana mahu dapat maklumat, jika majlis rapat umum lengang sahaja? Siapa yang kata crowded, memang jenis tak cukup zat.

Rapat umum semalam, menunjukkan mentaliti mahasiswa terhadap pilihanraya kampus sangat tidak memberansangkan. Tidak penting bagi mereka. Yang seronoknya, main game. Berchatting. Usah peduli semua itu. "Aku bukan jenis gila kuasa...".

Jadi, rasanya mana-mana calon yang menang nanti, adalah elok sekiranya anda bukan sahaja menyempurnakan kebajikan mahasiswa, bukan sahaja membawa suara mahasiswa, malah boleh berusaha menggilap semula mentaliti mahasiswa terhadap program-program anjuran universiti. Universiti Apex, bukan sekadar nama yang kita mahu, tetapi transformasi mahasiswanya ke arah lebih intelektual dan profesional juga perlu.


Tuesday, January 13, 2009

Pilihanraya Kampus USM Kampus Kejuruteraan

Hari ini calon-calon sudah mula berkempen. Tetapi suasana pilihanraya kampus ini pada pendapat aku, tidak meriah. Kenapa? Kalau ada orang rasa meriah, mungkin mereka syok sendiri. 

Perang poster tidak banyak kelihatan. Meriahkah? Adakah calon-calon kurang dibantu? Kasihan.

Kenapa tidak meriah?
Sepatutnya ada tujuh kerusi dipertandingkan.
Tetapi hanya satu kerusi, konstituensi umum sahaja dipertandingkan.

Di mana kerusi konstituensi-konstituensi pusat pengajian?

Rasa sekali lagi konstituensi pusat pengajian tiada pertandingan seperti tahun-tahun sebelumnya. Menang tanpa bertanding, ataupun dilantik khas. Itu saja andaian yang boleh aku buat.

Jadi PRK ini dapat dilihat satu lawan satu, antara Abul dan Aini, yang kedua-duanya mengaku mewakili mahasiswa, bukan pro mana-mana kumpulan.

Aini atau Abul? Abul atau Aini? Yang mana satu pilihan anda? Tunggu rapat umum malam nanti.
Tahniah kepada Abul dan Aini, kerana menghidupkan demokrasi dalam kampus, walaupun agak dingin suasananya. Menang atau kalah, nombor dua. Anda berdua berjaya mengembalikan demokrasi dalam kampus. Selamat berkempen!


Sunday, January 11, 2009

Wahai orang yang mengaku Muslim...!

Hari ini, melakukan sebarang usaha/ kerja/ gerak untuk Palestin adalah FARDHU AIN ke atas semua individu Muslim. Apa jua usaha yang mampu kita lakukan walau sebesar kuman pun mesti dilakukan sekarang juga.

Yang mampu beri penerangan memberi penerangan.
Yang mampu menderma terus menderma.
Yang mampu ke Palestin terus ke Palestin.
Yang mampu menggugat ekonomi Israel dan sekutunya mesti menggugat.
Yang mampu berhujah terus memberikan hujah.

Satu yang pasti, KITA SEMUA paling kurang pun MAMPU BERDOA. Banyakkan doa sekarang juga.

"Bismillahirrahmanirrahim.

Ya ALLAH, kami merayu pada-Mu agar Engkau patah-balikkanlah segala rancangan jahat mereka dan sekutu mereka kepada diri mereka sendiri dengan segera.

Datangkanlah tentera-tentera-Mu ya ALLAH, yang pernah memusnahkan tentera bergajah Abrahah, yang pernah membakar dan menimbus kaum Lut, yang pernah menenggelamkan Firaun di Laut Merah, yang pernah mematahkan semangat musyrikin Quraisy dalam Perang Khandak, yang pernah melenyapkan kaum Nuh.

Datangkanlah segera ya ALLAH ke atas kaum Zionis dan sekutu-sekutu mereka. Hancur leburkan lah kekuatan tentera mereka. Musnahkanlah strategi mereka.

Amin ya ALLAH."

ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !!

Saturday, January 10, 2009

Ada lagi menteri yg tak faham hudud...

MCA bidas DAP, Pas berhubung hudud

KUALA TERENGGANU: MCA hari ini mencabar PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas sama ada hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini boleh menjejaskan bukan Islam di negara ini.

Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata Pas enggan menyatakan sama ada hukum itu meliputi semua kaum.

Beliau juga membidas parti pembangkang yang lain seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak menyatakan dengan jelas pendirian mereka berhubung perkara itu.


“Sama ada anda setuju atau pun tidak. Ini adalah perkara yang paling asas (terutama ketika bercakap mengenai isu penting),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pendaftaran orang kurang upaya (OKU) di sini hari ini.

Dr Ng, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kegagalan PAs menyatakan pendirian mereka dengan jelas bagaimana mereka akan melaksanakan hukum Hudud itu telah menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Kenyataan oleh DAP dan PKR telah menimbulkan banyak kekeliruan daripada membuat penjelasan mengenai isu. Oleh itu, adalah sukar bagi masyarakat bukan Islam percaya kepada mereka,” katanya. - Sumber: Berita Harian Online

Memang menteri ni tak faham mengenai hudud. Sudah pun Presiden PAS beritahu, Hudud hanya untuk orang Islam. Sudah pasti hudud akan meliputi semua kaum, termasuk Melayu, Cina, India dan sebagainya - yang beragama Islam. Secara mudah, hudud hanya membabitkan Melayu Islam, Cina Islam, India Islam, Siam Islam dan sebagainya. Kalau anda bukan Islam, kenapa bising sangat? Anda yang bukan Islam hanya akan diberi pilihan, samada mahu hudud atau undang-undang sivil biasa seperti yang ada sekarang. Kenapa takut?

PAS tak ada hak nak paksa orang bukan Islam teima hudud. Tapi ketahuilah hudud boleh mengawal masalah jenayah yang semakin bertambah. Kalau orang bukan Islam tak faham lagi, tak mengapa, tunggu dan lihat lah perlaksanaannya kepada orang-orang Islam. InsyaALLAH, orang-orang bukan Islam akan rela hati meminta hudud juga dilaksanakan kepada mereka. Hudud tidak zalim, bahkan hudud memberikan keadilan kepada semua pihak, termasuk penjenayah itu sendiri.

Sekitar demonstrasi mahasiswa - Selamatkan Palestin

Sebahagian gambar Demonstrasi Selamatkan Gaza yang dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa seluruh negara yang cintakan Islam. Demonstrasi bemula di Masjid As-Syakirin KLCC menuju ke kedutaan Mesir selepas solat Jumaat 9 Januari 2009. Anggaran lebih 5000 mahasiswa yang hadir.

Bermula dari Masjid As-Syakirin KLCC

Bergerak selepas solat Jumaat

Bersemangat

"Hancur, Hancur... Hancur Israel!"

Mahasiswa Islam dari IPT seluruh negara berarak ke kedutaan Mesir

Gerakan Mahasiswa menyatakan sokongan kepada Palestin

Berkumpul di hadapan Kedutaan Mesir

Meminta Mesir membuka laluan kemanusiaan di sempadannya!

Menunggu memorandum disampaikan kepada wakil kedutaan Mesir

Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo'Lo' turut hadir

Mendengar ucapan para pemimpin mahasiswa

Ketika rakyat Palestin menderita dibunuh, pemuda-pemudi Islam dalam negara kita masih leka berseronok dengan keseronokan dirinya. Namun masih ada segelintir mereka yang sedar, bersimpati dan cakna terhadap apa yang berlaku di Palestin. Perasaan marah kepada rejim pengganas membuak-buak. Namun apalah daya kita untuk membantu. Mungkin demonstrasi beginilah yang mampu kita lakukan untuk memberi sokongan moral saudara kita di Palestin. Jika semudah demonstrasi pun kita tidak teringin atau takut menyertainya, usahlah berangan-angan mahu menawarkan diri berjihad di bumi Palestin!

Thursday, January 8, 2009

Serang Gaza 21 jam sehari... Zionis tak tahu letih ke?

Henti serangan tiga jam sehari - Zionis

BAITULMAQDIS 7 Jan. - Israel hari ini cuba menunjukkan 'keprihatinannya' dengan mengumumkan untuk menghentikan serangan ke atas Genting Gaza selama tiga jam setiap hari.
Jurucakap tentera berkata, serangan akan dihentikan dari pukul 1 pagi hingga 4 pagi (7 hingga 10 malam waktu Malaysia) setiap hari.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri Ehud Olmert memberitahu akan membenarkan koridor kemanusiaan dibuka di Gaza.

"Bagi mencegah berlakunya krisis kemanusiaan di sana, Olmert memutuskan supaya koridor kemanusiaan dibuka di wilayah berkenaan.

"Ini termasuk pembukaan kawasan untuk jangkamasa yang terhad bagi membolehkan penduduk menerima bantuan dan bekalanan makanan,'' katanya dalam satu kenyataan.


Keputusan itu dibuat selepas masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan operasi ketenteraan ke atas Gaza.
Tindakan itu dilihat sebagai usaha Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ia masih 'prihatin' kepada kesengsaraan penduduk Palestin.

Sumber: Utusan Online


Pengganas Israel mengganas selama 21 jam sehari! 21 jam Rakyat Palestin diganyang oleh rejim pengganas. 3 jam sahaja masa untuk rakyat Palestin menarik nafas untuk kembali menderita selepas itu. 21 jam juga Hamas terpaksa bertarung mempertahankan Gaza dan rakyat Palestin. 21 jam Gaza diselubungi muntah-muntah kereta kebal dan senjata api.

Zionis guna 21 jam sehari untuk meratah rakyat Palestin. Kita pula, berapa jam sehari kita tidur? Berapa jam pula kita berdoa untuk rakyat Palestin? Berapa jam sehari kita berfikir dan bermuhasabah mengenai keadaan yang berlaku di Palestin?

Nyatalah, musuh-musuh Islam tidak akan berasa letih untuk memusnahkan Islam dan umatnya. Tapi kita semua masih ...... (sambung sendiri ayat ni...).

Wednesday, January 7, 2009

Isu Palestin: Jangan hanya sekadar emosi

Tentera pengganas Israel terus menghirup darah rakyat Palestin. Rakyat Palestin menderita. Mereka seperti bejuang bersendirian melawan pengganas bacul itu. Hamas, sebuah jemaah gerakan Islam di Palestin, berjuang untuk membela Islam dan umatnya di Palestin. Walaupun dengan persenjataan yang tidak secanggih pengganas Israel, mereka tetap terus berjuang untuk menguburkan pengganas yang menceroboh negara mereka.

Umat Islam lain di seluruh dunia hanya dapat melihat dan menonton berita kematian rakyat Palestin saban hari, namun tidak dapat berbuat apa-apa. Para pemimpin negara umat Islam pula seakan membisu. Rakan-rakan negara Arab juga bagai lembu kenyang seperti membiarkan Israel meratah Palestin. Umat Islam kini sudah seperti buih-buih di lautan. Tidak terdaya melakukan apa-apa.

Sering pula kita mendengar perkataan BOIKOT barangan Israel, Amerika, Belanda dan sebagainya setiap kali isu-isu melibatkan penghinaan kepada Islam dan kekejaman terhadap umat Islam. Hari ini, isu "boikot" bergema lagi. Namun kesannya tidaklah seberapa kepada musuh-musuh Islam tersebut, kerana ekonomi mereka disokong oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi dan sekutunya. Jika pun kerugian berbilion-bilion, mereka akan dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi. Jadi mereka tidak hairan mengapa Belanda berulang-kali menyiarkan karikatur menghina Nabi, sekalipun setiap kali siaran, umat Islam melompat membantah, mengutuk dan memboikot mereka.

Kenapa? Salah satunya seperti yang dikatakan tadi, ekonomi mereka di sokong. Keduanya, pemboikotan yang dilakukan hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Apabila isu sejuk, pemboikotan pun sejuk. Umat Islam hanya melompat kerana emosinya sahaja. Sama seperti isu Palestin. Cuba kita renung, selama kita hidup di muka bumi ini, sudah berapa kali kita mendengar berita mengenai pembunuhan umat Islam Palestin oleh tentera pengganas Israel? Dan berapa kali pula umat Islam seluruh dunia berdemonstrasi mengutuk dan memboikot barangan musuh-musuh Islam? Apabila isu tersebut senyap, umat Islam kembali seperti asal - leka dan lalai - padahal walaupun isu 'senyap', musuh-musush terus menyusun strategi untuk menghancurkan Islam. Manakala umat Islam yang mudah beremosi, akan melompat lagi!


Lebih malang lagi, majoriti umat Islam tidak mengambil tahu isu Palestin. Hanya menonton TV mengenai pembunuhan di Palestin sekadar memenuhi masa lapang. "Ah.. perang itu di mana-mana saja". Mungkin itu yang bermain difikirannya. Tidak memandang isu Palestin ini adalah isu umat Islam akhir zaman. ALLAH mahu menguji kita umat Islam, sejauh mana kesungguhan kita membela Islam. Sebahagian besar umat Islam, terutama muda-mudi leka dengan dunia mereka. Kononnya hidup ini kenalah 'enjoy' pada waktu muda. Mahasiswa Islam pula leka dengan dunia kampusnya. Cubalah turun padang dan bertemu para remaja, tanyakanlah mereka mengenai isu Palestin, apakah rupa bentuk jawapan mereka? Atau juga tanya diri sendiri. Mengapa Israel menyerang Palestin? Atau kenapa Israel menyerang kumpulan Hamas di Gaza, sedangkan tidak menyerang kumpulan Fatah di Tebing Barat? Kenapa jiran-jiran Arab sekitar Palestin berdiam diri?

Umat Islam yang sedar mengenai isu Palestin majoritinya hangat-hangat tahi ayam sahaja, memboikot barangan musuh Islam manakala umat Islam yang leka, lebih-lebih lagi jauh dari pemboikotan tersebut. Menyedihkan, mereka seperti tiada kesedaran, ataupun tiada maklumat mengenainya (?). Atau juga tiada barangan alternatif dari umat Islam untuk menggantikan produk-produk Israel dan Amerika? Sebenarnya sudah banyak barangan buatan Muslim di pasaran. Tetapi umat Islam tidak mengendahkan. Kononnya tidak 'standard' (?). Jika umat Islam tidak menyokong produk Muslim, bagaimana produk Muslim akan berkembang menjadi alternatif - dan selepas itu akan menjayakan setiap pemboikotan terhadap musuh-musuh Islam?

Umat Islam wajib bangkit menentang kezaliman Israel, sekutu dan tali barutnya. Bangkit bukan sekadar emosi. Bangkit dengan tarbiyah, kefahaman dan kesedaran bahawa tidak sekali-kali akan redha Yahudi dan Kristian kepada umat Islam, sehingga kita mengikuti millah mereka (agama dan doktrin mereka). Isu Palestin bukan hanya isu politik dunia. Bukan hanya isu kemanusiaan. Bukan jua hanya isu ketidak stabilan serantau. Tetapi Palestin adalah isu umat. Islam. Iraq adalah isu umat Islam. Chechnya adalah isu umat Islam. Isu yang sebenarnya kita boleh katakan bahawa musuh-musuh Islam sudah melancarkan perang terhadap umat Islam.

Pengisytiharan perang terhadap umat Islam dibuat secara senyap dan terancang agar umat Islam terus lena. Biar muda-mudinya leka dan terus leka. Biar para pemimpinnya terus meloba dan melobi kekayaan. Biar umat Islam tidak bangun melawan. Jika diisytihar perang, secara terang-terangan, musuh-musuh Islam akan berdepan dengan suatu penentangan yang dahsyat. Mereka takut kemunculan semula Panglima Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, Syeikh Umar Mukhtar dan sebagainya. Ayuh, jika kita tidak mampu bersama Hamas berdepan pengganas Israel, kita gerakkan dakwah dan jemaah di tempat kita, menyedarkan ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, seterusnya umat Islam. Kita munculkan semula watak-watak yang digeruni kuffar.

Sahabat-sahabat sekalian, di manakah kita?

Kata Ustaz Nik Abduh dalam blognya: "Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam."
==


Ucapan Khalil Ismail al-Haya Ketua Whip HAMAS [Kuala Lumpur 14 Mei 2006]:

"Umat Islam di Malaysia, KAMI mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini… "

==

Ucapan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Syeikh Mahdi Akef:

"Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini." baca ucapan penuh...
==


" Andai diumpama ISLAM seperti sebuah bangunan usang, yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka..Tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..."

~as-syahid Hasan Al-Banna~

==

Petikan Ucapan Syeikh Ahmad Yassin :

"Sesungguhnya Yahudi tidak mengerti erti perdamaian . Perdamaian bagi mereka adalah kubur-kubur .Perdamaian bagi mereka adalah membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa dan penghinaan terhadap maruah umat Islam .Sesungguhnya telah tiba masanya untuk umat Islam mengoyak perjanjian yang keji ini . Perjanjian yang menambahkan lagi penderitaan umat Palestin , sedangkan Israel mendapat faedah yang cukup besar daripadanya . Ia mendapat pengiktirafan daripada banyak negara ,lantas mereka membuka pintu perdagangan untuk pembangunan negara mereka .Di dalam masa yang sama mereka mengoyak kesatuan negara Arab untuk menjadi kuasa tunggal di rantau ini dan meletakkan syarat damai mengikut kehendak mereka ." baca ucapan penuh...
==

Ucapan Abdel Aziz Rantissi , pendokong Hamas:

"Saya menyeru anda semua agar tenang, seandainya Rantissi, al-Zahhar, Ismail Haneya, Nazzar Rayyan, Said Siyyam dan semuanya gugur syahid (dibunuh Israel), demi Allah perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan ? tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti)."

===

Usahlah kita terus menjadi buih-buih di lautan... marilah kita menjadi ombak tsunami.

ALLAHU AKBAR!

Monday, January 5, 2009

Wajah-wajah jenazah Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas

Saksikan wajah-wajah jenazah mereka...




































































Semoga ALLAH mencucuri rahmat-Nya kepada mereka. Gambar dipetik dari
Amatu al-Muntaqim

Posting berkaitan: Tenang sebelum ditembak

Friday, January 2, 2009

MISI SEBENAR ISRAEL KE ATAS GAZA

Operasi pertama Israel ke atas Gaza hanya mengambil masa 3 minit dan 40 saat. 60 pesawat F-16 Israel mengebom 50 bangunan di Gaza, membunuh beratus orang Palestin dan beribu yang lain turut tercedera.

Beberapa jam selepas operasi kejam itu, Perdana Menteri Israel (Ehud Olmert) dan menteri luarnya, Tzipi Livni mengadakan sidang akhbar di Tel Aviv. Dia dengan angkuhnya berkata “Operasi ini akan mengambil masa yang panjang, setiap dari kita perlu bersabar supaya kita dapat menyelesaikan misi ini dengan jayanya..”

Apa yang dikatakan Ehud Olmert itu memang benar. Sehingga semalam, selepas 6 hari operasi dijalankan, Israel terus membedil Gaza termasuk masjid, pejabat PBB dan bangunan parlimen. Biarpun tindakan kejam Israel itu telah dikecam negara luar, namun Israel tetap angkuh kerana mereka tahu, dunia tidak mampu berbuat apa-apa pada mereka.

Nah! Persoalan yang bermain dalam kepala kita pada waktu ini, apakah misi sebenar Israel kali ini sepertimana yang diungkapkan oleh Ehud Olmert itu dan kenapa ianya perlu mengambil masa yang panjang? Biarpun Ehud Olmert tidak menjelaskan tujuan misi kali ini secara jelas, namun banyak pihak sudah dapat membacanya.

Jika ada yang menyatakan tujuan misi Israel kali ini adalah untuk menghancurkan Hamas, itu adalah anggapan yang tidak benar. Kenapa? Jawapannya mudah sekali. Biarpun kali ini Israel berjaya membunuh pemimpin dan pejuang Hamas, namun pertubuhan Hamas tidak akan berkubur dari bumi Palestin.

Sejak dulu lagi Israel telah berjaya membunuh ramai pemimpin dan pejuang Hamas, namun pertubuhan itu tidak pernah mengaku kalah dan mereka terus berjaya mentadbir Semenanjung Gaza serta menggugat pengaruh Fatah di Palestin. Maka, misi untuk menghancurkan Hamas adalah misi yang amat tidak realistik sekali.

Misi Israel kali ini lebih berkait-rapat dengan tarikh pilihanraya Israel pada Februari depan yang kian hampir. Serangan ke atas Gaza akan membantu parti Kadima dan Labor mengalahkan parti Likud yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu. Dalam laporan sebelum ini, parti Likud pimpinan Netanyahu dikatakan sedang mendahului pemilihan di Israel.

Bila Ehud Olmert mengadakan sidang akhbar bersama Livni dan Barak selepas operasi ke atas Gaza dimulakan, semakin jelas misi kali ini adalah untuk mengetengahkan calon yang bakal bersaing dengan Netanyahu. Imej Livni dan Barak yang digambarkan begitu ‘lembut’ ke atas Palestin oleh Netanyahu sebelum ini tentunya akan terhakis di mata rakyat Israel. Ehud Olmert ingin membuktikan kepada rakyat Israel yang mereka juga boleh bertindak ganas ke atas Palestin.

Misi Israel ke atas Gaza kali ini juga adalah untuk menampilkan kekuatan askar mereka. Selepas misi mereka di Lubnan pada 2006 yang lalu, imej dan kredibiliti tentera Israel mula tercalar. Kemampuan pertahanannya mula dipertikaikan. Mahu atau tidak mahu, mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan reputasi tentera mereka di mata dunia. Kejayaan mereka membedil 50 kawasan Gaza dalam masa 3 minit tentunya mengembalikan reputasi pertahanan dan askar Israel di mata dunia.

Akhir sekali, misi Israel kali ini adalah untuk memastikan boneka mereka, Presiden Mahmoud Abbas akan terus kekal berkuasa di Palestin. Sebelum ini, Hamas dan Fatah masih gagal mencapai kata sepakat mengenai siapakah yang bakal menggantikan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang akan tamat tempoh pada 9 Januari 2009. Israel tentunya tidak mahu calon Hamas dipilih sebagai Presiden Palestin. Dengan serangan ini, boneka mereka, Mahmoud Abbas akan kekal berkuasa dan keupayaan Hamas untuk menggerakkan penyokongnya menumbangkan Abbas akan dapat disekat.

Ada yang menyatakan, serangan Israel kali ini adalah berkaitan dengan serangan roket Hamas. Pada saya, alasan ini bukanlah objektif utama serangan Israel ke atas Gaza. Jika mereka mahu, sudah lama mereka boleh membalas serangan dari Hamas kerana keupayaan roket buatan sendiri Hamas langsung tidak setanding dengan keupayaan pertahanan Israel yang memiliki sistem penangkis peluru berpandu yang serba canggih dan lengkap.

Dalam tempoh 6 bulan terakhir ini, kita dapat menyaksikan bagaimana kabinet Israel mengadakan begitu banyak pertemuan dengan pemimpin Arab dan Mahmoud Abbas setelah gencatan senjata berjaya dimerterai. Tentunya, Israel menggunakan kesempatan itu untuk merancang strategi yang paling berkesan bagi memastikan mereka dapat terus berkuasa di bumi Palestine. Perkara ini sudahpun didedahkan dalam beberapa siri laporan Al-Jazeera sebelum ini.

Jika anda berada di pihak Palestin, mustahil anda tidak akan bertindakbalas ke atas kekejaman Israel dan sekutunya yang telah bertindak menutup pintu sempadan, menyekat bantuan antarabangsa dan memotong bekalan tenaga di sepanjang tempoh genjatan senjata dipersetujui.

Jika Israel benar-benar ikhlas mahu mengembalikan kestabilan di rantau itu, mereka tentunya tidak akan menggunakan kekerasan kerana mereka sudah sedia maklum, keganasan hanya akan dibalas dengan keganasan.

http://nuraflah.blogspot.com

Thursday, January 1, 2009

Zionis dan Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah

4 Muharrram 1430.
Aku mulai 1 Januari 2009 dengan artikel mengenai sejarah Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, sebagai memberi sedikit kefahaman kepada kita terhadap apa yang berlaku di Palestin hari ini.

Susunan : Imran Al-Malizi


Firman Allah S.W.T. (yang bermaksud):
“Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali redha kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka.” (Al-Baqarah : 120)

FirmanNya lagi:
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik.” ( Al-Maaidah : 82).

PERMUSUHAN YAHUDI-ISLAM: SEJARAH YANG PANJANG

Pertembungan dan pertentangan di antara umat Islam dengan golongan yahudi sudah berakar umbi semenjak zaman berzaman, sejak kebangkitan Nabi Terakhir s.a.w. yang zahir bukan dari kalangan mereka. Kebencian yang meluap-luap ini terbukti dengan percubaan demi percubaan untuk menghancurkan umat yang memikul ajaran Tauhid ini. Allah ‘Azza wa Jalla memuliakan umat ini dengan nikmat Islam dan kemenangan terhadap golongan yahudi serta menyelubungkan kehinaan ke atas mereka dengan Peristiwa Khaibar (tahun ke-7 Hijrah) setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Umat Islam meyakini bahawa Bani Israel telah memerintah sebahagian bumi Palestin selama lebih kurang 400 tahun, bagaimana pun mereka telah mengubah serta menokok tambah agama mereka dan mendustakan serta membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka.

Maka, layaklah ke atas mereka ditimpakan penghinaan dan hukuman daripada Allah Ta'ala, serta hilang hak mereka terhadap bumi Palestin. Golongan yahudi, secara realiti, politik dan ketamadunannya telah terputus terus dari keberkatan bumi Baitul Maqdis selama 1800 tahun (Semenjak 135 Masihi sehinggalah abad ke-20).
Dengan tertubuhnya Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organization -W.Z.O.) di bawah pimpinan Theodore Herzl, dan konferensi pertama yang telah diadakan di Switzerland pada 27-29 hb. Ogos 1897, di antara lain merintis jalan dan kempen politik secara sistematik untuk menubuhkan negara yahudi "Israel" di bumi suci Palestin. Herzl berada di barisan hadapan dalam usaha diplomatik aktif bagi memenangi sokongan kuasa-kuasa dunia terhadap tuntutan kaum yahudi tersebut, termasuklah memujuk Britain untuk menaungi "Projek Zionis".

Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, Khalifah Uthmaniyyah(1876-1909) supaya baginda menjual bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana khalifah dapat menghidu tujuan sebenar mereka. Tanah yang diimpikan supaya mereka dapat mendirikan negara yahudi yang kononnya akan berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah menghadapi tentangan terus menerus dari khalifah, sungguhpun jumlah tawaran tersebut begitu besar untuk ditolak. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."

Menghapuskan Khilafah Uthmaniyyah

Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh yahudi zionis telah melakukan pemberontakan "Revolusi Turki Muda" menentang khalifah. Di antara pemimpinnya ialah Emanuel Carasso, seorang yahudi berbangsa Itali. Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan dan melantik para menteri yang dipilih oleh gerombolan Turki Muda. Pada 17 November tahun yang sama, pembukaan Parlimen Uthmaniyyah telah dilancarkan sementara khalifah hanya mampu akur serta berazam untuk mengembalikan syariat Islam.

Pada 13hb. April 1909 telah berlaku satu revolusi dari kalangan tentera dan rakyat Turki yang tidak bersetuju dengan kepimpinan baru, semangat menentang perlembagaan begitu menyala-nyala. Dua hari setelah itu, khalifah telah melantik Taufiq Pasha sebagai Wazir Besar bagi tugas-tugas khas demi mengembalikan semula pelaksanaan hukum Islam serta menghapuskan perlembagaan baru. Dengan perkembangan ini, golongan tentera di Salonika telah melakukan satu lagi pemberontakan malah lebih buruk lagi mereka telah melakukan rampasan kuasa.


Pada 26hb. April 1909, telah diadakan Jawatankuasa Kebangsaan yang bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula. Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Jawatan khalifah hanyalah satu gelaran kepada seorang ketua negara. Muhammad Rashad iaitu adik kepada Sultan Abdul Hamid telah menaiki takhta khalifah. Perang Dunia Pertama telah meletus pada tahun 1914, dan Khilafah Uthmaniyah telah terbabit dalam Perang Dunia ini. Pihak British telah menyusup masuk ke dalam pengaruh ketenteraan Turki dan menaburkan pandangan-pandangan demi kepentingan British.

Usaha yang dijalankan ialah supaya kerajaan Uthmaniyyah menarik diri dari pembabitannya dalam peperangan ini dan terus menyuburkan usaha penghapusan Khilafah Uthmaniyyah secara mutlak. Pada 9hb.November 1915, Setiausaha Perang pihak British, Lord Kitchener telah menghubungi seorang pegawai tentera Turki iaitu Jamal Pasha di Dardanelles untuk diajak berunding menentang Khilafah Uthmaniyyah. Beliau bersetuju untuk melakukan pemberontakan dengan beberapa syarat untuk dipenuhi oleh pihak Tentera Bersekutu.


Pada 30hb. Oktober 1918, Khilafah Uthmaniyyah telah bersetuju dengan gencatan senjata Mudrog, bagi menamatkan peperangan di Asia Barat Daya. Setelah Perang Dunia Pertama tamat, pihak Tentera Bersekutu memperolehi kemenangan besar, begitu juga Khilafah Uthmaniyyah telah berpecah dan berkecai-kecai kepada negara-negara kecil. Seluruh wilayah Arab, Mesir, Syria, Palestin dan kawasan Timur Jordan telah dikuasai oleh pihak Bersekutu manakala Iraq melepaskan diri dari kesatuan khilafah secara paksaan. Yang tinggal pada kekuasaan Uthmaniyyah hanyalah negara Turki itu sendiri, sedangkan ianya juga telah diresapi pengaruh pihak Bersekutu.

Pemerintahan yang sedang nazak ini telah dibentuk semula di bawah kepimpinan Taufiq Pasha, kali ini beliau berperanan menjalankan perintah bagi pihak musuh yang berkuasa. Ketika itu jawatan khalifah disandang oleh Wahiduddin Khan yang merasakan dirinya terpikul dengan tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan tidak mahu menunjukkan sikap menentang yang mana boleh mengakibatkan kehancuran negara. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Pasha berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang dibentuknya. Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan Republik Turki, walaupun sebenarnya khalifah sudah tidak lagi berperanan dalam kekuasaan negara, namun segala ciri-ciri Islam yang masih tersisa itu hendak dicabutnya terus.

Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan British, sungguhpun beliau cuba membalutinya dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menyiapkan segalanya bagi menjayakan revolusi ini, bahkan beliau sendiri telah dididik oleh pihak British. Dengan pengaruhnya, Kamal berjaya menduduki tempat di dalam Jawatankuasa Kebangsaan, usul-usul yang dibawanya ke dalam dewan tersebut mencetuskan kontroversi dan kekecohan, dengan sokongan 80 orang ahli dewan yang merupakan penyokong setianya, beliau meneruskan niat jahatnya bagi menghancurkan kesultanan dan khilafah secara total.

Keadaan dewan menjadi kacau dengan tindakan saling mengecam dan tuduh menuduh di antara ahli dewan dan ahli politik yang terdiri dari pengikut Mustafa Kamal, golongan ulama dan intelektual. Natijahnya, Jawatankuasa Perwakilan Kebangsaan telah memutuskan bahawa Kesultanan dihapuskan. Apabila mengetahui tentang itu, Khalifah Wahiduddin telah melarikan diri. Jawatan khalifah telah diisi oleh saudaranya Abdul Majid, beliau dilantik sebagai khalifah tanpa kuasa pemerintahan.Kelicikan Mustafa Kamal memang diakui apabila dia berjaya mengheret Jawatankuasa ke dalam pelbagai krisis pertumpahan darah sehingga ianya dijadikan alasan yang kuat untuk membubarkan parlimen.

Ketika krisis tersebut sudah memuncak, Kamal telah diminta oleh Jawatankuasa Kebangsaan untuk menerajui parlimen. Kesempatan yang sudah lama ditunggu-tunggu, pada 29hb. Oktober 1923, Mustafa Kamal telah dipilih menjadi Presiden Republik Turki yang pertama setelah beliau mengisytiharkan di dewan untuk mengubah Negara Islam menjadi Negara Republik. Sebarang tentangan daripada rakyat yang pro-Islam telah ditangani dengan propaganda dan kanun yang bersifat subversif. Manakala ahli dewan yang lantang melaungkan suara Islam telah diancam dengan hukuman gantung malahan ada yang dibunuh pada waktu malam melalui pembunuh upahan.

Mustafa Kamal semakin berani dalam langkah yang diambilnya, pada 3hb. Mac 1924, beliau telah mengadakan persidangan Jawatankuasa Kebangsaan bagi mengumumkan penghapusan Khilafah dan memisahkan Islam dari negara. Dengan keangkuhannya gaya seorang diktator, keputusan dibuat tanpa melalui perbincangan. Arahan telah dikeluarkan kepada Hakim Istanbul supaya menetapkan pengusiran Khalifah Abdul Majid. Sehari selepas keputusan ini dikeluarkan, khalifah diarah keluar meninggalkan Turki sebelum terbit fajar. Sejumlah angkatan polis mengiringi Hakim Istanbul ke istana khalifah lalu memaksa baginda menaiki kereta yang kemudian membawanya keluar ke sempadan Turki. Mereka dengan tanpa belas kasihan telah meninggalkan baginda yang hanya dibenarkan membawa satu beg yang berisi beberapa pakaian dan sedikit wang.

Demikianlah penghinaan yang diterima oleh Sultan Abdul Majid akibat kebencian musuh-musuh Islam terhadap institusi Khilafah yang telah sedia ranap. Mustafa Kamal telah digelar "Attartuk"- Bapa Pemodenan Turki.
Dia menjadikan sistem Kapitalisme mendominasi negara Republik tersebut. Maka telah tercapailah impian orang-orang kafir untuk menghancurkan Islam dari dalam, secara halus dan keji. Demikianlah berakhirnya satu Empayar yang kira-kira 27 tahun sebelum itu telah menolak untuk menjualkan tanah Palestin kepada golongan yahudi. Satu tempoh yang singkat untuk satu projek yang besar.


Rujukan:

1.Al-Quran Al-Karim.
2.Kayfa Hudimat al-Khilafah – Abdul Qadim Zallum, Darul-Ummah,Beirut, 1990.

3.The Palestinian Issue, Its Background and Development Up To 2000 - Dr. Mohsen M. Saleh, Darul-Fajar.Translated by, Prof. Hassan A.Ibrahim, 2001.

4.Jewish Conspiracy And The Muslim World – Misbahul Islam Faruqi, With Complete Text of The Protocols of The Learned Elders of Zion, Thinker's Library, 1991. 5.Jurnal Liwa' Ul-Haq, bil-2, Februari-April 2001.

Ũ