Gelora di utara agak pedih bunyinya berbanding di pantai timur yang menyaksikan Kelantan sekadar kehilangan tiga mata sebelum turun gelanggang.
Di utara, juara treble, Kedah bakal kehilangan jurulatih.
Barisan jurulatih Kedah akan letak jawatan jika pengurusan pasukan terus tidak memainkan peranan dengan berkesan.
Mereka yang terdiri daripada Mohd. Azraai Khor Abdulah, Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail akan melepaskan jawatan masing-masing jika pengurus pasukan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Azraai berkata, beliau dan dua pembantunya bersedia menerima sesiapa sahaja untuk menjadi pengurus skuad Kenari jika individu itu dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.
Namun katanya, tindakan melepaskan jawatan jurulatih akan dilakukan sekiranya pengurus pasukan tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya yang dilihat menyukarkan tugas mereka.
"Tindakan ini bukanlah untuk membantah keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) semalam (kelmarin) tetapi hanya untuk kebaikan bersama dan kemajuan pasukan ini.
"Kami (barisan jurulatih) menghormati keputusan KFA dan berharap pengurus dapat meluang masa bersama pasukan dan jika perkara itu tidak dilakukan kami akan tinggalkan jawatan ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Semalam, Kosmo! melaporkan Datuk Othman Aziz disahkan sebagai pengurus Kedah oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Namun difahamkan, Othman sebelum ini tidak mengikuti perkembangan pasukan serta tidak lagi mengiringi pasukan dalam mana-mana perlawanan termasuk di tempat sendiri.
Malah, Othman juga didakwa tidak setia terhadap pasukan apabila melepaskan dua pemain tanpa berbincang serta mendapat restu dengan barisan jurulatih pada tahun lalu sedangkan ketika itu skuad Kenari kekurangan pemain untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M).
Menurut Azraai, barisan pemain Hijau Kuning memerlukan seorang pengurus yang dapat meluangkan masa ketika latihan dijalankan selain mengambil tahu masalah mereka.
Ini kerana jelasnya, sejak setahun lalu kebajikan pemain yang menjadi tanggungjawab pengurus telah diabaikan.
Sumber: HijauKuning.Com
1 comment:
pasai pa ambik balik osman aziz tu. dia tu umno tau dak? saja dia nk sabotaj pasukan kedah, sbb yab ds azizan presiden kfa. perangai huduh. bola pun hgpa nk main politik gak ka!! juara terebel tercorot. koman2 duk 5 terbaik.
Post a Comment