© The Mhakk Studio

Monday, May 31, 2010

Subsidi musuh kemajuan negara!


Apa sebab negara kita akan bankrap pada 2019? Satu tahun saja lagi negara kita nak maju... kesian Dr Mahathir mengidam Malaysia Maju 2020. Oh... tak mengapa, Pak Lah dah awal-awal lagi letak plan backup, Misi 2057. Apa benda tu? Tanyalah Pak Lah...


KUALA LUMPUR 27 Mei - Malaysia mungkin menjadi sebuah negara bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi jika dasar pemberian subsidi masa kini tidak dimansuhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, ini kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.

Sehubungan itu, Makmal Rasionalisasi Subsidi mencadangkan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan pemberian subsidi bagi mengukuhkan kedudukan ekonominya agar lebih berdaya saing.

Negara dijangka bankrap, kerana subsidi terlalu banyak diberi. Rakyat negara kita terlalu bergantung kepada subsidi sehingga menjejaskan kemajuan negara. Itu alasan yang diberitahu oleh pak menteri. Rakyat Malaysia sudah lebih-lebih. Petrol mahu subsidi, gula mahu subsidi, ubat-ubat pun nak subsidi... sampai kepada minyak masak pun nak subsidi.

''Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia telah diagihkan kepada setiap rakyat di negara ini meliputi soal pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak serta elaun kebajikan," katanya.

Menurut Idris, kerajaan dalam cadangan pelaksanaan pemansuhan subsidi itu, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol.

Tahukah anda wahai rakyat Malaysia, anda semualah yang menyusahkan kerajaan kerana terlalu bergantung kepada subsidi, sehinggakan negara kita menjadi pemberi subsidi terbanyak atas muka bumi ini!

Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.

Ia melibatkan perbelanjaan subsidi untuk sosial (RM42.8 bilion), bahan api (RM23.5 bilion), infrastruktur (RM4.6 bilion) dan makanan (RM3.1 bilion).
Teruk sungguh anda semua hai rakyat Malaysia! Jika subsidi ditarik balik, harga barang akan naik sedikit. Tak mengapa, itu pengorbanan. Kita berkorban sedikit untuk kemajuan negara pada masa depan, untuk anak cucu kita juga. Apa salahnya kita kurangkan guna petro. Kurangkan guna minyak masak. Kurangkan penggunaan gula. Kan tak kena effect pemansuhan subsidi? jadilah rakyat yang bijak sikit, minda kelas pertama.

Kita dah terlepas Blok L dan Blok M (RM320 bilion). Kita pun nak gadaikan Tanah KTMB di Singapore. Pulau Batu putih dah lingkup dapat kepada Singapore. Kita sudah tiada apa-apa lagi. Hutang negara pun banyak. Jika subsidi diteruskan, habislah negara kita. Tahun 2019, negara kita akan bankrap. Rakyat perlu faham!

Sampai satu masa, subsidi akan menjadi musuh kepada kemajuan negara. Rakyat perlu sedar sebelum terlambat. Usahlah makan bawang. Usahlah makan gula. Makanlah ikan bakar sahaja, usah digoreng. Gunakanlah basikal - tidak perlu petrol. Gunalah ubat-ubat akar kayu sahaja. Amalkan semua ini, negara kita akan terelak dari menjadi bankrap.

Rakyat yang bersalah?

Ya... semuanya salah rakyat! Rakyat hari-hari makan bawang! Hari-hari teguk air gula. Hari-hari sedut minyak. Hari-hari baham tepung. Kalau terus bagi subsidi terhadap barang2 ini, negara akan bankrap. Sifirnya mudah. Kalau sebijik bawang, subsidinya 10sen, rakyat makan purata sebiji bawang seorang setiap hari. Sebulan sudah RM3.00. Setahun RM36.00 seorang. Kalau rakyat Malaysia 25 juta orang, maka subsidi RM900 juta setahun. Kalau sembilan tahun, sudah jadi RM8.1 bilion subsidi yang kerajaan terpaksa tanggung untuk bantu rakyat makan bawang sahaja. Belum masuk subsidi lain-lain barang. Potongan Subsidi Perlu Untuk Jimatkan RM103 Bilion Dalam Masa 5 Tahun Untuk Kurangkan Defisit Dan Hutang.

Eh, bawang tu ada subsidi ke? Tu barang kawalan laa...

Ada atau tidak, itu contoh bagaimana pihak kerajaan mengira untung rugi jika subsidi terus diberi. Rakyat kena terima hakikat, subsidi sudah tidak relevan! Renungilah kata-kata menyayat hati dari menteri kita ini:
"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Selama lebih 50 tahun merdeka, kita diancam dengan bankrap. Apa akan terjadi dengan 50 tahun akan datang?



Thursday, May 27, 2010

Patut la ramai tak takut mati, rupanya ada cara untuk hidup kembali.. (?)



Sesiapa yang rasa tak puas hidup di dunia pada waktu ini, boleh lah berfikir macam Britney Spears ini. Kalau rasa umur dah lanjut, tapi duit rasuah belum cukup dipungut, duit judi belum cukup untuk jadi kaya, masih idam jawatan itu dan ini, masih nak jadi menteri, maka boleh lah tempah teknologi pembekuan cyrogenic ini.


Mana tau, dua tiga puluh tahun selepas ini, ada teknologi boleh bagi hidup semula. Ha Ha Ha ... Bila dah hidup balik, boleh la meneruskan cita-cita yang tak sempat ditunaikan kerana 'diganggu oleh kematian'. Teknologi ini khas untuk orang yang tak percaya, jauh sekali beriman dengan kehidupan di akhirat saja. Mungkin ada orang kita yang dah taksub dengan idea bodoh ini, sehingga berani melakukan fitnah, menghalalkan judi, mengkhianati amanah rakyat, dan sebaris dengannya?

Britney idam hidup selepas mati


LOS ANGELES: Penyanyi pop terkenal, Britney Spears, berpesan supaya mayatnya dibekukan dengan harapan dia boleh dihidupkan semula selepas itu.

MINAT BARU...Britney banyak luang masa buat kajian.

Kata penyanyi Oops!... I Did It Again itu, dia berharap dengan mengawet dirinya dengan cecair nitrogen, generasi akan datang masih boleh menikmati kelincahannya beraksi sekali lagi Disebabkan taksub dengan idea dikenali sebagai ‘pembekuan cryogenic’ itu, Britney, 28, turut melabur dalam firma yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Yayasan Alcor Life Extension adalah syarikat tertua mengendalikan urusan mengawet mayat dengan cecair nitrogen apabila ia mula beroperasi pada 1972.


Dalam laman webnya, firma berpangkalan di Arizona itu menyatakan matlamat mereka menggunakan ‘suhu sejuk melampau untuk mengekalkan nyawa manusia dengan tujuan mengembalikan kesihatan apabila ada teknologi untuknya di masa depan.’ Sementara itu, seorang rakan Britney berkata, ia adalah keghairahan terbaru artis terbabit.


“Ia tercetus apabila seseorang memberitahunya Walt Disney dibekukan supaya dia boleh dihidupkan semula pada masa depan.


“Ia memang satu mitos tetapi Britney bertegas mahu membuat penyelidikan dan yakin untuk mencubanya,” katanya.


Sumber itu berkata, Britney mendapati isu itu sangat menarik sehingga menghabiskan masa membuat kajian mengenainya pada sambutan Hari Ibu lalu ketika membawa keluarganya melawat Disneyland.


Katanya, Britney membiarkan anak-anaknya bermain dengan pengasuh, manakala dia sibuk mencari maklumat.


“Sebelum ini Britney bercadang menjadikan abu mayatnya berlian tetapi terfikir untuk cuba hidup semula pada masa depan kemudian menggunakan kaedah cryogenic,” katanya.


Namun, sebelum melabur dalam firma itu, Britney terlebih dulu perlu meyakinkan bapanya, Jamie.


Sumber berkata, Jamie agak gembira dan membiarkan Britney leka dengan minat barunya.


“Ia bermakna Britney lebih selamat kerana banyak meluangkan masa melayani Internet atau menonton program Discovery Channel,” katanya. - Agensi

Situasi menang-menang

Dahulu kala, pulau Singapua diserah percuma kepada Lee Kuan Yew & Co. Melayu ditipu dengan menang-menang situation... Sapa punya kerja? Pemimpin PAS kah?

Lewat sikit, Pulau Batu Putih pulak gagal dipertahankan, walhal jaraknya dengan Singapore sangatlah jauh berbanding jarak Pulau itu dengan Johor... Ini menang-menang situation jugak ka...? Yang ni sapa punya kerja? Pemimpin DAP kah?

Baru-baru ini, kawasan sedut minyak RM320 bilion, Blok L dan Blok M diserah percuma kepada Brunei... sekali lagi Melayu ditipu dengan Menang-menang situation. Blok L dan Blok M tu memang hak Brunei, kita tak ada hak kah? Kalau takda hak, kenapa sebelum ni kita boleh je tumpang sekaki sedut minyak? Ini kerja Anwar Ibrahim kah?

Terbaru, Tanah KTMB pulak bakal disedekah kepada Singapore. Melayu terus kena tipu, menang-menang situation... Kononnya Tanah KTMB itu ditukar dengan kawasan yg lebih bernilai mengikut pasaran semasa. Bebal sangatkah Singapura beriya-iya nak ambil Tanah KTMB Tanjong Pagar kalau kurang bernilai daripada Marina South dan Rochor Ophi? Sapa yang kena kelentong?

Atau apa obat yang anak beranak Kuan Yew bagi makan kepada DS Najib, sampai begitu mudah jual tanah negara kepada Singapore?

Kalaulah Kelantan diperintah oleh BN, agaknya kawasan royalti minyak yang dikongsi dengan Thailand juga akan diserah kepada Thailand atas nama menang-menang situation jugak...(?). Tak dapat la merasa royalti, mahupun wang ehsan laa rakyat Kelantan...

Kalau TGNA yang jual telaga minyak itu kepada Thailand, sehari 25 jam, 7 hari seminggu media akan papar pengkhianatan TGNA menjual aset negara. Itu baru jual, bukan bagi free. Tapi bila Umno/BN yang buat, ini adalah situasi menang-memang. Malaysia manyak untung maa...

Melayu Umno terus kena tipu, dan dibodohkan.

Gadai habis harta dan tanah negara, Melayu Umno terus jugak sokong. Geng Songkok Tinggi Umno membisu bila negara tergadai sedikit demi sedikit. Umno Perkasa yang kuat melalak pun tak berani kata apa. Ini semua kerana situasi menang-menang...

Nak tutup isu ini, media asyik tunjuk anak Samy Vellu bergaduh dengan Muhyiddin. Umno vs MIC. Mudahnya menipu Melayu... Melayu yang berfikrah Umno sahaja...

Mahasiswa kena tipu jugak ke? Tak ada yang bangkit pun? Ya... mahasiswa sudah dilalikan dengan hiburan. Digari dengan sistem peperiksaan yang menekan. Gerakan Mahasiswa dimandulkan. MPP hanya fokus isu dalam kampus sahaja. Isu lalat dalam kampus sahaja. Isu padang bola tak cukup besar saja. Isu negara jarang kita dengar.

Walhal, isu-isu besar seperti penggadaian hartamilik negara ini mahasiswa perlu ke depan, lantang bersuara menyampaikan pandangan dan kritikan membina kepada orang-orang tua yang menjadi pemimpin ketika ini. Isu pembinaan loji nuklear untuk janakuasa elektrik, isu judi bola sepak, isu kenaikan harga barang keperluan, isu APCO, dan sebagainya - mahasiswa perlu suarakan pandangan mereka. Katakan kepada mereka kami bakal pemimpin masa depan tidak setuju cara pengendalian isu-isu oleh pemimpin masa ini, yang akan menyusahkan kami kelak.

Atau mahasiswa juga terkena pil situasi menang-menang?
RM320 bilion tu, boleh cover PTPTN laa...

p/s: dah kona kut lain dah la pulak. artikel ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata.

Tuesday, May 25, 2010

Ini berita pembetulan kah?

Versi 25 Mei 2010

51 Ahli Pas Alor Setar sertai UMNO

25/05/2010 12:53pm

ALOR SETAR 25 Mei - Seramai 51 ahli Pas dalam bahagian Alor Setar bertindak keluar parti dan menyerahkan borang menyertai UMNO malam tadi.

Permohonan tersebut diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada majlis Ceramah Rakyat di Alor Penyengat, dekat sini.

Penyerahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Alor Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, yang telah memohon menyertai UMNO pada 11 Mei lalu.

Serentak dengan itu juga, Ahmad Bashah mengumumkan penubuhan cawangan UMNO Alor Penyengat yang merupakan kubu kuat Pas selama puluhan tahun. - Utusan



Yang ni versi lama, 11 Mei 2010

61 ahli Pas Bahagian Alor Setar keluar parti, sertai UMNO

11/05/2010 3:08pm

ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas. – Utusan



Berapa ramai yang keluaq ni? 61 ka 51? ka dah jadi 112 orang? Awat orang yang sama keluaq banyak kali? Alor Penyengat dgn Akar Penyengat tu benda sama ka? Nak kena pecat betoi la wartawan ni... tulislah bagi betoi sikit.

Wednesday, May 12, 2010

Bagaimana tahap keyahudian David Cameron, PM baru Britain?


David Cameron baru saja terpilih menjadi Perdana Menteri Britain yang baharu? Siapakah sebenarnya Cameron?


Cameron, anak sulung yang lahir pada 9 Oktober 1966 dari pasangan Ian Donald Cameron dan Mary Fleur Mount, di wikipedia dituliskan sebagai seorang pemeluk Kristian. Berbicara tentang keyakinannya, Cameron mengatakan: "Saya seorang Kristian, saya pergi ke gereja, saya percaya pada Tuhan. Saya fikir Gereja Inggeris dan gereja-gereja lainnya memainkan peran yang sangat penting dalam masyarakat."

Namun menurut seorang sarjana Yahudi di timesonline, Cameron boleh jadi keturunan langsung dari Nabi Musa yang ertinya dihubung-hubungkan mempunyai darah Yahudi.

Para komentator politik telah lama mengetahui bahawa garis keturunan Cameron dari ayahnya adalah seorang imigran Yahudi yang menjadi pengusaha sukses.

Yaakov Wise, seorang peneliti di Universiti Manchester Pusat untuk Studi Yahudi, melacak garis keturunan Cameron dan sampai pada Elia Levita, seorang ilmuwan Yahudi terkemuka abad ke-16. Studi Dr Wise juga menunjukkan bahwa Cameron menggambarkan dirinya sebagai rakan yang sangat antusias terhadap orang-orang Yahudi.


Moyang Cameron, Emile Levita, tiba di Britani Raya dari Jerman pada tahun 1850-an dan bisnesnya meningkat dengan pesat dalam dunia perdagangan, memperoleh kewarganegaraan Britain tahun 1871 dan menjadi direktur Chartered Bank of India, Australia dan Cina, yang berbasis di London.


Levita menikahi seorang bangsawan Inggeris, dan mengirimkan empat anak laki-lakinya ke Eton, sekolah istimewa di sana. Anaknya Arthur, seorang pialang saham, menikahi Steffie Cooper, seorang kerabat Raja George III, dan hubungan Cameron dengan monarki bertahan sampai hari ini, ia adalah sepupu kelima dari Ratu Inggeris.

Dr Wise juga menelusuri garis leluhur keluarga Elia Levita, 1469-1549, tokoh penting dalam gerakan "Kristian Hebraist," yang memelopori penelitian bahasa Ibrani dan bahasa Yiddish.

Nama Levita adalah bentuk Latin Lewi, yang bererti seorang Yahudi keturunan dari suku Lewi, anak Yaakub, dan salah satu suku dari 12 suku asli Israel. Dr Wise mengakui bahawa, bagaimanapun, koneksi Cameron terhadap Musa, sebenarnya kurang menyakinkan sebagai tesis yang agak imanjnatif historis.

Dia berkata: "Ada kemungkinan bahawa Cameron adalah keturunan langsung dari Musa atau setidak-tidaknya, sepupu. Pemimpin orang Lewi pada waktu penghijrahan dari Mesir, yang menikah dengan dua anak yang disebutkan dalam Alkitab.

"Namun, kemudian keturunannya sekarang tidak diketahui dan banyak orang Lewi hari ini, namun sering membawa nama keluarga Levy, Levitan atau Levita, bahkan boleh menjadi keturunannya."

Dr Wise mengatakan bahawa catatan Yahudi sangat sulit untuk diikuti.

Lantas seberapa dekatkah Cameron dengan Yahudi?

Barry Edwards, seorang pesara dari Hampstead, mengatakan bahawa dia selalu memilih Konservatif, dan Cameron dianggap sebagai rakan yang masih bisa dipertimbangkan. Bahkan sebuah artikel di Ynet mengatakan bahwa Cameron bagus untuk Yahudi. Bahkan minggu ini, dalam totallyjewish, Cameron menegaskan bahawa pemerintahan di bawah Konservatif akan melindungi dan menguatkan komuniti Yahudi, sembari mengatakan pula bahawa garis keturunan Yahudinya merupakan salah satu anugerah dalam hidupnya.

Sumber: Eramuslim

Tuesday, May 11, 2010

Ahmad Bashah sedang promote untuk jadi MB Kedah ?


Ahmad Bashah ni dah mula tunjuk bulu. Ada harapan nak jadi MB Kedah ka?

ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Sebelum ni Ahmad Bashah ni jugak jadi karekter dalam isu 1700 ahli PKR keluar parti.


‘‘Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin.

“Sudah dua tahun kami terpedaya, kini kami tak mahu lagi diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Kattu Raja, Jalan Paya Besar, dekat sini malam tadi.

Sebelum tu lagi...


ALOR SETAR: Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Kedah juga semakin goyah apabila ramai penyokong dan pemimpin parti berkenaan berhasrat keluar parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Dengar-dengar, Ahmad Bashah laa yang bakal jadi MB Kedah kalau PAS tumbang. Mahadzir Khalid dikatakan orang Pak Lah - macam tak da harapan. So, Ahmad Bashah ni rasa ada peluang. Sebab tu kut kuat dia duk tunjuk prestasi la ni... Sebelum berangan nak jadi MB, Ahmad Bashah kena laa tunjal-tunjal Shapei Apdal dulu suruh dia balik Sabah. Bagi jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah tu kepada orang Kedah - Ahmad Bashah laa kut...

PKR Padang Serai benar-benar pupus!

Habis kering ahli PKR Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu. Tinggal Gobala saja terkial-kial sorang-sorang. 1700 orang ahli keluar parti! Tak sangka pula selama ini ahli PKR dua kawasan itu sangat ramai. Dari Adun, MP, ahli, kerusi meja, tiang-tiang lampu... semuanya sudah tak percaya kepada DSAI. Selamat tinggal PKR. Habis laa kerajaan PR Kedah.

(Gambar hiasan)


KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim- Bandar Baharu hampir lumpuh apabila 1,700 ahlinya malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejap, kejap... ada orang kata berita tu tak betul...


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menafikan laporan media yang dipetik kononnya 1,700 ahli KEADILAN isytihar keluar parti di Kulim, Kedah hari ini

Johari turut menafikan laporan tersebut kerana menurutnya tidak sampai 20 orang yang mengumumkan keluar parti dalam Majlis Hari Ibu yang telah disalahguna oleh MIC.

"Sebenarnya apa yang diadakan semalam adalah program meraikan Hari Ibu.

"Kehadiran dalam majlis tersebut cumalah 480 orang dan rata-ratanya daripada kaum India.

"Majlis tersebut dihadiri bukan sahaja ahli KEADILAN tetapi orang ramai daripada mana-mana parti pun boleh datang tetapi ada dalang mengambil kesempatan dalam majlis tersebut.

"Tetapi yang peliknya, kehadiran dalam majlis itu tidak sampai 500 orang tapi yang diumumkan 1,700 orang keluar parti," kata Johari ketika dihubungi Suara Keadilan.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan MIC itu sebenarnya untuk mendapatkan undi kaum India dan semata-mata untuk memperkukuhkan personaliti pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Tambah beliau, gimik keluar parti ini biasanya akan kedengaran di musim pilihan raya terutamannya di Sibu yang menyaksikan pilihan raya kecil 16 Mei nanti. -SK

Yang mana satu betul ni?

Saturday, May 8, 2010

Kerajaan timbang beri lesen kepada pengedar dadah

KUALA SELUT 6 Mei – Kerajaan Bonggol mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan operasi pengedaran dadah secara berkala bagi mengelak berleluasanya aktiviti pengdaran dadah secara haram di negara ini.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Dr. Awe Atok berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti pengedaran dadah secara haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pengedaran dadah) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah dadah yang di bawa masuk ke dalam negara).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pengedaran dadah pelbagai jenis memandangkan permintaan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awe Atok berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti pengedaran dadah, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awe Atok mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya. – Agensi Bermama

Wednesday, May 5, 2010

Remaja penyamun cedera ditembak polis


KUALA LUMPUR 5 Mei – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah premis menerima padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak polis dalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasan itu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.

Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premis terbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parang menjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.

Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. - Utusan

Tembak lagi. Kali ni cedera. Tak mati. Ni baru namanya samun. Kenapa pulak tak tembak mati? Sebab pakai senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. Bukannya senjata seperti kereta...

Ada jugak orang samun pakai gergaji... gergaji biasa ke chainsaw? adoii...takleh bayang. Apa nak jadi laa dengan anak-anak muda sekarang ni. Boleh mengancam populasi orang-orang baik pada masa depan.

Sunday, May 2, 2010

Mangsa sudah sebati dengan tanah, keadilan masih kabur...

Kejadian tembak mati remaja 15 tahun adik Aminulrasyid sudah berlalu banyak hari. Keadilan masih dicari. Saksi keluar masuk memberi keterangan. Polis masih belum 'terang' akan keadilan yang sepatutnya ditegakkan.

Bilamana sahaja sesuatu kes melibatkan kredibiliti badan kerajaan contohnya PDRM dan SPRM, hasilnya akan kelihatan sama. Lihat kes bunuh Altantuya. Anggota polis yang terlibat dalam kes bunuh itu. Perbicaraan berlaku, saksi keluar masuk. Hasilnya?

Lihat pula Kes SPRM dengan Beng Hock yang mati akibat 'terjatuh bangunan'. Siasatannya? Saksi Keluar masuk. Sama juga dengan kes yang masih baru, adik Amirulrasyid. Saksi terus keluar masuk memberi keterangan. Namun pihak polis masih blur. Altantuya sudah reput. Beng Hock mungkin sudah tinggal belulang. Adik Amirulrasyid semakin sebati dengan tanah. Namun hasil siasatan masih kabur. Keadilan masih tidak dapat ditegakkan. Keluarga mangsa-mangsa tersebut masih tidak mendapat keadilan.

KPN pula cuba tunjuk rajuknya, tak mahu hantar orang-orangnya menjaga keselamatan rakyat jika terus pertikai polis.

Anda tidak nampak perkara ini sebagai suatu ketidakadilan jika anda bersikap prejudis terhadap para pejuang keadilan yang membela Amirulrasyid. Anda akan terus berkokok selari dengan pihak pemerintah dan polis bahawa polis tidak bersalah. Amirulrasyid yang bersalah. Mak bapak Amirulrasyid yang bersalah. Kerana kes ini tidak berlaku ke atas anak anda. Yang mati ditembak itu bukan anak anda. Jadi anda tidak akan kasihan kepada ibu bapanya yang sudahlah bersedih kehilangan anak, terpaksa pula terus luka hati dipersalahkan oleh orang-orang seperti anda.

Ketelusan dalam sistem undang-undang kita akan semakin parah jika tidak dicegah dengan kuasa rakyat. Harapkan pemerintah yang berkuasa, mereka punya periuk nasi untuk dijaga. Usahlah anda mengharap sangat mereka. Mereka hanya pandai meraikan anda ketika mahukan undi anda. Hakikatnya anda sendiri perlu bekerja keras mengharapkan ketelusan.

Belum kena pada anda, anda tidak akan mahu sedar.
Siapakah anda?
Ũ