© The Mhakk Studio

Thursday, May 27, 2010

Patut la ramai tak takut mati, rupanya ada cara untuk hidup kembali.. (?)



Sesiapa yang rasa tak puas hidup di dunia pada waktu ini, boleh lah berfikir macam Britney Spears ini. Kalau rasa umur dah lanjut, tapi duit rasuah belum cukup dipungut, duit judi belum cukup untuk jadi kaya, masih idam jawatan itu dan ini, masih nak jadi menteri, maka boleh lah tempah teknologi pembekuan cyrogenic ini.


Mana tau, dua tiga puluh tahun selepas ini, ada teknologi boleh bagi hidup semula. Ha Ha Ha ... Bila dah hidup balik, boleh la meneruskan cita-cita yang tak sempat ditunaikan kerana 'diganggu oleh kematian'. Teknologi ini khas untuk orang yang tak percaya, jauh sekali beriman dengan kehidupan di akhirat saja. Mungkin ada orang kita yang dah taksub dengan idea bodoh ini, sehingga berani melakukan fitnah, menghalalkan judi, mengkhianati amanah rakyat, dan sebaris dengannya?

Britney idam hidup selepas mati


LOS ANGELES: Penyanyi pop terkenal, Britney Spears, berpesan supaya mayatnya dibekukan dengan harapan dia boleh dihidupkan semula selepas itu.

MINAT BARU...Britney banyak luang masa buat kajian.

Kata penyanyi Oops!... I Did It Again itu, dia berharap dengan mengawet dirinya dengan cecair nitrogen, generasi akan datang masih boleh menikmati kelincahannya beraksi sekali lagi Disebabkan taksub dengan idea dikenali sebagai ‘pembekuan cryogenic’ itu, Britney, 28, turut melabur dalam firma yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Yayasan Alcor Life Extension adalah syarikat tertua mengendalikan urusan mengawet mayat dengan cecair nitrogen apabila ia mula beroperasi pada 1972.


Dalam laman webnya, firma berpangkalan di Arizona itu menyatakan matlamat mereka menggunakan ‘suhu sejuk melampau untuk mengekalkan nyawa manusia dengan tujuan mengembalikan kesihatan apabila ada teknologi untuknya di masa depan.’ Sementara itu, seorang rakan Britney berkata, ia adalah keghairahan terbaru artis terbabit.


“Ia tercetus apabila seseorang memberitahunya Walt Disney dibekukan supaya dia boleh dihidupkan semula pada masa depan.


“Ia memang satu mitos tetapi Britney bertegas mahu membuat penyelidikan dan yakin untuk mencubanya,” katanya.


Sumber itu berkata, Britney mendapati isu itu sangat menarik sehingga menghabiskan masa membuat kajian mengenainya pada sambutan Hari Ibu lalu ketika membawa keluarganya melawat Disneyland.


Katanya, Britney membiarkan anak-anaknya bermain dengan pengasuh, manakala dia sibuk mencari maklumat.


“Sebelum ini Britney bercadang menjadikan abu mayatnya berlian tetapi terfikir untuk cuba hidup semula pada masa depan kemudian menggunakan kaedah cryogenic,” katanya.


Namun, sebelum melabur dalam firma itu, Britney terlebih dulu perlu meyakinkan bapanya, Jamie.


Sumber berkata, Jamie agak gembira dan membiarkan Britney leka dengan minat barunya.


“Ia bermakna Britney lebih selamat kerana banyak meluangkan masa melayani Internet atau menonton program Discovery Channel,” katanya. - Agensi

No comments:

Ũ