© The Mhakk Studio

You are being watched!

Saturday, May 8, 2010

Kerajaan timbang beri lesen kepada pengedar dadah

KUALA SELUT 6 Mei – Kerajaan Bonggol mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan operasi pengedaran dadah secara berkala bagi mengelak berleluasanya aktiviti pengdaran dadah secara haram di negara ini.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Dr. Awe Atok berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti pengedaran dadah secara haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pengedaran dadah) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah dadah yang di bawa masuk ke dalam negara).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pengedaran dadah pelbagai jenis memandangkan permintaan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awe Atok berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti pengedaran dadah, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awe Atok mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya. – Agensi Bermama

No comments:

Ũ