© The Mhakk Studio

You are being watched!

Sunday, May 2, 2010

Mangsa sudah sebati dengan tanah, keadilan masih kabur...

Kejadian tembak mati remaja 15 tahun adik Aminulrasyid sudah berlalu banyak hari. Keadilan masih dicari. Saksi keluar masuk memberi keterangan. Polis masih belum 'terang' akan keadilan yang sepatutnya ditegakkan.

Bilamana sahaja sesuatu kes melibatkan kredibiliti badan kerajaan contohnya PDRM dan SPRM, hasilnya akan kelihatan sama. Lihat kes bunuh Altantuya. Anggota polis yang terlibat dalam kes bunuh itu. Perbicaraan berlaku, saksi keluar masuk. Hasilnya?

Lihat pula Kes SPRM dengan Beng Hock yang mati akibat 'terjatuh bangunan'. Siasatannya? Saksi Keluar masuk. Sama juga dengan kes yang masih baru, adik Amirulrasyid. Saksi terus keluar masuk memberi keterangan. Namun pihak polis masih blur. Altantuya sudah reput. Beng Hock mungkin sudah tinggal belulang. Adik Amirulrasyid semakin sebati dengan tanah. Namun hasil siasatan masih kabur. Keadilan masih tidak dapat ditegakkan. Keluarga mangsa-mangsa tersebut masih tidak mendapat keadilan.

KPN pula cuba tunjuk rajuknya, tak mahu hantar orang-orangnya menjaga keselamatan rakyat jika terus pertikai polis.

Anda tidak nampak perkara ini sebagai suatu ketidakadilan jika anda bersikap prejudis terhadap para pejuang keadilan yang membela Amirulrasyid. Anda akan terus berkokok selari dengan pihak pemerintah dan polis bahawa polis tidak bersalah. Amirulrasyid yang bersalah. Mak bapak Amirulrasyid yang bersalah. Kerana kes ini tidak berlaku ke atas anak anda. Yang mati ditembak itu bukan anak anda. Jadi anda tidak akan kasihan kepada ibu bapanya yang sudahlah bersedih kehilangan anak, terpaksa pula terus luka hati dipersalahkan oleh orang-orang seperti anda.

Ketelusan dalam sistem undang-undang kita akan semakin parah jika tidak dicegah dengan kuasa rakyat. Harapkan pemerintah yang berkuasa, mereka punya periuk nasi untuk dijaga. Usahlah anda mengharap sangat mereka. Mereka hanya pandai meraikan anda ketika mahukan undi anda. Hakikatnya anda sendiri perlu bekerja keras mengharapkan ketelusan.

Belum kena pada anda, anda tidak akan mahu sedar.
Siapakah anda?

No comments:

Ũ