© The Mhakk Studio

Monday, May 31, 2010

Subsidi musuh kemajuan negara!


Apa sebab negara kita akan bankrap pada 2019? Satu tahun saja lagi negara kita nak maju... kesian Dr Mahathir mengidam Malaysia Maju 2020. Oh... tak mengapa, Pak Lah dah awal-awal lagi letak plan backup, Misi 2057. Apa benda tu? Tanyalah Pak Lah...


KUALA LUMPUR 27 Mei - Malaysia mungkin menjadi sebuah negara bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi jika dasar pemberian subsidi masa kini tidak dimansuhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, ini kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.

Sehubungan itu, Makmal Rasionalisasi Subsidi mencadangkan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan pemberian subsidi bagi mengukuhkan kedudukan ekonominya agar lebih berdaya saing.

Negara dijangka bankrap, kerana subsidi terlalu banyak diberi. Rakyat negara kita terlalu bergantung kepada subsidi sehingga menjejaskan kemajuan negara. Itu alasan yang diberitahu oleh pak menteri. Rakyat Malaysia sudah lebih-lebih. Petrol mahu subsidi, gula mahu subsidi, ubat-ubat pun nak subsidi... sampai kepada minyak masak pun nak subsidi.

''Kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia telah diagihkan kepada setiap rakyat di negara ini meliputi soal pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perubatan, petrol, gula dan minyak masak serta elaun kebajikan," katanya.

Menurut Idris, kerajaan dalam cadangan pelaksanaan pemansuhan subsidi itu, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol.

Tahukah anda wahai rakyat Malaysia, anda semualah yang menyusahkan kerajaan kerana terlalu bergantung kepada subsidi, sehinggakan negara kita menjadi pemberi subsidi terbanyak atas muka bumi ini!

Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.

Ia melibatkan perbelanjaan subsidi untuk sosial (RM42.8 bilion), bahan api (RM23.5 bilion), infrastruktur (RM4.6 bilion) dan makanan (RM3.1 bilion).
Teruk sungguh anda semua hai rakyat Malaysia! Jika subsidi ditarik balik, harga barang akan naik sedikit. Tak mengapa, itu pengorbanan. Kita berkorban sedikit untuk kemajuan negara pada masa depan, untuk anak cucu kita juga. Apa salahnya kita kurangkan guna petro. Kurangkan guna minyak masak. Kurangkan penggunaan gula. Kan tak kena effect pemansuhan subsidi? jadilah rakyat yang bijak sikit, minda kelas pertama.

Kita dah terlepas Blok L dan Blok M (RM320 bilion). Kita pun nak gadaikan Tanah KTMB di Singapore. Pulau Batu putih dah lingkup dapat kepada Singapore. Kita sudah tiada apa-apa lagi. Hutang negara pun banyak. Jika subsidi diteruskan, habislah negara kita. Tahun 2019, negara kita akan bankrap. Rakyat perlu faham!

Sampai satu masa, subsidi akan menjadi musuh kepada kemajuan negara. Rakyat perlu sedar sebelum terlambat. Usahlah makan bawang. Usahlah makan gula. Makanlah ikan bakar sahaja, usah digoreng. Gunakanlah basikal - tidak perlu petrol. Gunalah ubat-ubat akar kayu sahaja. Amalkan semua ini, negara kita akan terelak dari menjadi bankrap.

Rakyat yang bersalah?

Ya... semuanya salah rakyat! Rakyat hari-hari makan bawang! Hari-hari teguk air gula. Hari-hari sedut minyak. Hari-hari baham tepung. Kalau terus bagi subsidi terhadap barang2 ini, negara akan bankrap. Sifirnya mudah. Kalau sebijik bawang, subsidinya 10sen, rakyat makan purata sebiji bawang seorang setiap hari. Sebulan sudah RM3.00. Setahun RM36.00 seorang. Kalau rakyat Malaysia 25 juta orang, maka subsidi RM900 juta setahun. Kalau sembilan tahun, sudah jadi RM8.1 bilion subsidi yang kerajaan terpaksa tanggung untuk bantu rakyat makan bawang sahaja. Belum masuk subsidi lain-lain barang. Potongan Subsidi Perlu Untuk Jimatkan RM103 Bilion Dalam Masa 5 Tahun Untuk Kurangkan Defisit Dan Hutang.

Eh, bawang tu ada subsidi ke? Tu barang kawalan laa...

Ada atau tidak, itu contoh bagaimana pihak kerajaan mengira untung rugi jika subsidi terus diberi. Rakyat kena terima hakikat, subsidi sudah tidak relevan! Renungilah kata-kata menyayat hati dari menteri kita ini:
"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Selama lebih 50 tahun merdeka, kita diancam dengan bankrap. Apa akan terjadi dengan 50 tahun akan datang?



2 comments:

cybershooter said...

gila ke hape. lebih baik kau insaf apa yg kau tulis budak pakatan haprak!

Anonymous said...

lawak la ang ni. ada ka patut orang makan bawang harihari

Ũ