© The Mhakk Studio

Tuesday, May 11, 2010

Ahmad Bashah sedang promote untuk jadi MB Kedah ?


Ahmad Bashah ni dah mula tunjuk bulu. Ada harapan nak jadi MB Kedah ka?

ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Sebelum ni Ahmad Bashah ni jugak jadi karekter dalam isu 1700 ahli PKR keluar parti.


‘‘Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin.

“Sudah dua tahun kami terpedaya, kini kami tak mahu lagi diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Kattu Raja, Jalan Paya Besar, dekat sini malam tadi.

Sebelum tu lagi...


ALOR SETAR: Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Kedah juga semakin goyah apabila ramai penyokong dan pemimpin parti berkenaan berhasrat keluar parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Dengar-dengar, Ahmad Bashah laa yang bakal jadi MB Kedah kalau PAS tumbang. Mahadzir Khalid dikatakan orang Pak Lah - macam tak da harapan. So, Ahmad Bashah ni rasa ada peluang. Sebab tu kut kuat dia duk tunjuk prestasi la ni... Sebelum berangan nak jadi MB, Ahmad Bashah kena laa tunjal-tunjal Shapei Apdal dulu suruh dia balik Sabah. Bagi jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah tu kepada orang Kedah - Ahmad Bashah laa kut...

2 comments:

orangsimpangkola said...

takat 61 orang pon nak kecoh. apa punya ahmad bashah. dulu orang umno masuk pas lg byk, ustaz azizan x galak pon habaq kat orang. ustaz azizan mau pas menang scr senyap. tengok, pas memang, umno pon terkejut macamana bulih menang. tak nampak pon ustaz azizan buat majlis orang umno masuk pas. yg umno ni 61 orang pon dah hingaq dah.

Sifrulmind said...

Dh nama pun nak promote diri, mesti ar kena buat majlis nk habaq kat semua orang. Ketua Penerangan Pas kawasan tu habaq, Abu Bakar merupakan ahli biasa PAS dari cawangan PAS Alor Penyengat dan bukan cawangan Akar Penyengat. Yg 60 lg tu ahli baru nak masuk umno, bukan ahli PAS pon sebelum ni...

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/131617

Allahua'lam

Ũ