© The Mhakk Studio

Friday, August 28, 2009

Mana lebih penting, 'Merdeka' atau Ramadhan?

Mendengar khutbah jumaat tadi di sebuah masjid, tiba-tiba saja aku rasa agak 'meluat' dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Mungkin ini persepsi aku sendiri, usah terpengaruh.

Apa tidaknya, khutbah tadi sibuk bercerita tentang 'kemerdekaan negara kita'. Entah berapa puluh tahun dah isi khutbah demikian. Dalam bulan mulia ini, paling kurang, sampaikanlah khutbah tentang Ramadhan. Apakah memperingati kemerdekaan itu lebih awla daripada menagungkan ALLAH yang telah mengurniakan Ramadhan kepada kita umat akhir zaman ini.

Tidak salah mengingati kemerdekaan negara. Tidak membacanya dalam khutbah Jumaat, tidak bererti kita tidak bersyukur akan nikmat kemerdekaan ini. Ramadhan lebih mulia untuk kita raikan berbanding sambutan kemerdekaan yang seolah-olah mahu mengajak masyarakat 'mengenang budi' sesetengah pihak.

Bagi aku, "merdeka" itu tak perlu pun disambut. Di mana maruah kita jika kita sambut ulang tahun "merdeka"? Maksud merdeka dalam kontek sambuatn dalam negara kita adalah seolah-olah berterima-kasih kepada gerombolan penjajah yang kononnya memberi kita kemerdekaan. Caishhh...! Patutkah kita berterima kasih kepada orang yang membuli kita dengan begitu teruk, hanya kerana dia sudah letih membuli? Apakah kita benar-benar merdeka daripada British, sedangkan dasar-dasar negara berkiblatkan negara penjajah itu?

'Kemerdekaan' adalah agenda tersembunyi golongan penjajah kuffar. Mereka tidak akan mudah-mudah membebaskan sesebuah negara daripada penjajahan mereka tanpa melantik boneka-boneka mereka untuk meneruskan kesinambungan dasar-dasar mereka. Lebih malang bagi umat negara yang terjajah itu, boneka-boneka penjajah ini adalah dalam kalangan bangsa mereka sendiri. Inilah petualang yang kononnya dihighlight sebagai pejuang kemerdekaan. Mana ada pejuang kemerdekaan yang berjuang tanpa pertumpahan darah! Apakah British itu sangat bodoh apabila berdepan dengan 'pejuang kemerdekaan' di meja rundingan?

Betapa berjayanya negara kita dijajah hingga kini. Kita digula-gulakan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan setiap 31 Ogos, supaya kita tidak terfikir yang kita masih dijajah. Malah anak didik penjajah yang mengemudi negara kita sanggup terus menipu rakyat sendiri hakikat kemerdekaan. Habis segala khutbah diarah menyampaikan gula-gula manis ini. Rakyat yang tiada akses maklumat, mudah saja mengangguk dan 'mengenang budi'.

Suatu masa dahulu, hamba sahaya adalah orang yang dibeli oleh tuannya dalam jual beli manusia, atau tawanan perang yang diagih-agih kepada tuannya. Dia akan merdeka apabila tuannya memerdekakannya, samada dengan kerelaan hati ataupun dengan memenuhi syarat tertentu. Maka merdekanya negara kita adalah bergantung kepada dua sebab ini mungkin. pertama, kerana kerelaan penjajah itu sendiri atau, keduanya ada syarat-syarat tertentu yang dipenuhi. Mustahil penjajah akan memerdekakan negara kita percuma. Pasti ada syarat-syarat tertentu dipenuhi. Penjajah lebih selesa pula menghighlight bonekanya sebagai pejuang kemerdekaan untuk dikenang seterusnya mewarisi pemerintahan negara.

Rujuklah sejarah yang telus untuk mengkaji, siapakah pejuang kemananan negara kita yang sebenar. Tiada istilah merdeka untuk negara kita, kerana kita tidak perlu mengakui kita dijajah. Jika tidak kerana 'rundingan' boneka-boneka itu pun, rakyat negara kita bole terus bangkit dan mencapai keamanan dan kemenangan menentang penjajah. Merdeka adalah agenda penjajah dan tali-barutnya. Perjuangan menentang penjajah adalah perjuangan menentang kebathilan. Kita adalah hamba ALLAH yang merdeka. Siapa penjajah yang mahu kita tunduk kepada mereka? Siapa mereka untuk memberi kemerdekaan kepada kita? Mereka bukan tuan kita.

Menyedihkan sekali, para pemimpin negara masih tidak menyedari hakikat ini. Sanggup sujud kepada penjajah kuffar ini. Siapa Ratu Elizabeth untuk kita agung-agungkan? Tidak malukah kita hingga hari ini merendah-hinakan diri kita apabila berdepan dengan kuasa yang pernah menceroboh negara kita suatu masa dulu? Kenapa perlu bermalu-alah dengan mereka. Sepatutnya kia membuang semua kenangan-kenangan penjajah dari negara kita. Usah disimpan dan diagungkan, kerana kita adalah umat yang merdeka.

WaLLAHU a'lam...


p/s: apa yang aku merapu petang-petang Jumaat ni... bila baca balik, aku sendiri pun pening...huhu. Sape yang faham, alhamduliLLAH...


Thursday, August 27, 2009

Doa dalam bulan Ramadhan

Isu Kartika : Pak-pak menteri kena mengaji dulu bab hukum syariah sebelum komen apa-apa.
Chua Soi Lek dipecat: masuk Parti Gerakan laaa... berebut dengan Tsu Koon pulak...
Dun Terengganu: Bubar saja DUN...pakat dengan Perak... huhu
====================================

Banyakkan berdoa dalam bulan Ramadhan ini.

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, lepas tadarus, dan sebagainya. Tak kira panjang mana pun doa kita, jangan dilupa doa ini:

(Sorang-sorang)

اللهم إني أسئلك رضاك والجنة
وأعوذبك من سخطك والنار
اللهم إنك عفو كريم
تحب العفو فاعف عني
وعن والدي وعن جميع المؤمنين والمؤمنات,
والمسلمين والمسلمات برحمتك يآ أرحم الراحمين

ALLAHumma inni as-aluka ridhoka wal-jannah
wa-a'uzubika min sakhathika wannar
ALLAHUmma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni
wa 'an walidayya wa 'an jami'il mukminina walmukminat
walmuslimina walmuslimat, birohmatika ya~ arhamar-rohimin


(berjemaah)

اللهم إنا نسئلك رضاك والجنة
ونعوذبك من سخطك والنار
اللهم إنك عفو كريم
تحب العفو فاعف عنا
وعن والدينا وعن جميع المؤمنين والمؤمنات,
والمسلمين والمسلمات برحمتك يآ أرحم الراحمين

ALLAHumma inna nas-aluka ridhoka wal-jannah
wa-na'uzubika min sakhathika wannar
ALLAHUmma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna
wa 'an walidina wa 'an jami'il mukminina walmukminat
walmuslimina walmuslimat, birohmatika ya~ arhamar-rohimin


"Ya ALLAH, aku/kami memohon dari-Mu keredhaan-Mu dan Syurga
dan aku/kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan api neraka,
Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia,
Engkau suka memberi ampun, maka ampunilah aku/kami,
dan ibubapaku, dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dengan kasih-sayang-Mu hai Yang Teramat Penyayang daripada sekalian orang-orang yang penyayang..."

WaLLAHu a'lam...

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan : belajarlah berlapang dada...

Ramadhan bulan barakah, bulan digandakan ganjaran setiap amalan, dibelengu segala iblis dan syaitan, bulan yang awalnya rahmah (kasih sayang), pertengahannya maghfirah (kemampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.

Ramadhan sudah beberapa hari berlalu. Barangsiapa yang sudah bersungguh-sungguh merebut tawaran ALLAH pada hari-hari yang sudah berlalu, maka beruntunglah dia. Dan barangsiapa yang lalai dan leka, sesungguhnya hari-hari yang berlalu itu sudah tidak akan kembali kepadanya. Jika saat ini tersedar kita daripada kelalaian itu, maka Ramadhan masih di fasa awalnya - rahmah. Masih kita punyai peluang untuk merebut segala tawaran-Nya. Muhasabahlah diri di awal Ramadhan sebelum terlambat, sebelum Ramadhan terus berlalu meninggalkan kita.

Dalam sibuk mengerjakan ibadah, wajar kita meletakkan sasaran yang jelas untuk diri kita. Apa sasaran ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menggapai status hamba yang bertaqwa, selari dengan firman ALLAH;

"Hai orang-orang beriman, difardhukan ke atas kamu akan berpuasa sebagaimana telah difardhukan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa"
[al-Baqarah:183]

Sasaran ibadah kita adalah taqwa. Baik apa jua ibadah yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini, biarlah sasarannya taqwa. Solat kita, fokuskan untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Puasa kita, biarah menepati piawaian puasa orang-orang yang bertaqwa. Sedekah kita, zakat kita, bacaan al-quran kita, dan seumpamanya, biarlah menjurus ke arah taqwa. Bukan sekadar ikut-ikut orang, bukan mahu menunjuk-nunjuk, bukan saja-saja isi masa lapang.

Aktiviti amal Islami, amal jamaei dan amal ijtimaei juga adalah ibadah. Aktiviti dakwah, tarbiyyah, pengkaderan dan sebagainya yang disusun oleh jemaah, adalah ibadah. Maka sekalian usaha menjayakannya menjadi ibadah jua. Hatta bermesyuarat, berdiskusi, menyusun atur program, merancang startegi, untuk melaksanakannya bukanlah kerja sia-sia di sisi ALLAH.

Malang sekali bagi golongan yang berfikiran sempit, khususnya dalam kalangan ahli jemaah yang menganggap bermesyuarat itu membuang masa, merancang sesuatu usaha tarbiyyah adalah sia-sia. Dalam bulan barakah inilah sepatutnya kita mohon ALLAH mudahkan usaha dakwah kita, rahmati gerakerja kita, gandai ganjaran ke atas kita, dan rahmati setiap keputusan mesyuarat kita agar tindakan perlaksanaannya dipandu cahaya-Nya.

Perjuangan menggapai status taqwa dalam bulan Ramadhan bukan sahaja ditumpukan kepada solat tarawih, tadarus al-quran, sedekah dan seumpamanya, bahkah status taqwa itu perlu meliputi juga usaha mengikis sifat mazmumah dalam diri. Tentu kita tahu sifat keji dan buruk dalam diri kita. Jika tidak nampak, jadikan sahabat karib kita sebagai cermin untuk kita menilik kekejian diri kita yang kita tidak nampak. Malang sekali jika kita menganggap kita sudah bebas dari sifat-sifat buruk, sedangkan orang lain dapat melihatnya.

Sikap berlapang dada adalah sifat terpuji yang harus kita bina terutama dalam akhlak berjamaah dan bersaudara sesama kita. Ukurlah darjah kelapangan dada kita. Jika rendah bacaan meternya, baiki lagi. Dalam berjamaah, pasti ada ketika kelakuan sahabat seperjuangan kita menyebabkan kita tidak berpuas hati atau marah kepadanya. Tegurlah dia dengan penuh hikmah dan berlapang dada. Jika hati kita terluka, jangan kita melukai saudara kita pula. Bersabarlah. Kesilapan-kesilapan kecil, maafkanlah. Usah ada sikap mudah merajuk atau memprotes tidak tentu hala. Dia tidak sempurna, kita juga tidak sempurna. Berlapang dadalah kepada kelemahan sahabat kita sebagaimana kita mahu dia juga berlapang dada dengan kelemahan kita. Jika kita merasakan hati kita sangat sensitif, mudah terluka dengan tindak tanduk manusia, maka beringatlah, kita juga memiliki lidah yang sangat tajam yang boleh melukai hati orang lain.

Begitu juga kadang-kadang keputusan mesyuarat tidak selari dengan pandangan dan kehendak kita. Berlapang dadalah dan terimalah keputusan mesyuarat itu serta laksanakan dengan penuh komitmen. Boleh jadi ada hikmah disebalik keputusan jemaah yang kita tidak nampak, atau barangkali pendangan kita masih tidak sesuai dilaksanakan pada saat ini yang kita tidak tahu. Sebaik-baiknya kita beristighfar jika cadangan kita diterima, mudah-mudahan ia terhindar daripada kemudharatan jika dilaksanakan. Bersyukur jika idea kita ditolak kerana mungkin idea yang kita anggap bagus itu tersembunyi di dalamnya mudharat yang besar.

Moga-moga Ramadhan ini dapat mempertingkatkan taqwa kita, orang-rang yang mengintima' diri dalam perjuangan Islam. Mudah-mudahan darjat ketaqwaan kita memberi impak yang baik dalam berjamaah.

WaLLAHu a'lam...


UMNO kekal di Permatang Pasir

Tahniah Ustaz Salleh Man.

Umno/BN terus berjaya mengekalkan kekalahan 7 kali berturut-turut PRK selepas PRU-12 di semenanjung. UMNO kekal kalah di Permatang Pasir. Tumpuan ke Kedah pula. Ada dua isu yang dapat kita lihat.

Isu Adun Kota Siputeh (BN) yang mungkin dilucut daripada jawatan Adun kerana ponteng sidang DUN sebanyak dua kali tanpa kebenaran speaker - PRK lagi?

Isu Adun Lunas (PKR) yang keluar parti, menjadi adun bebas. Didesak letak jawatan - mungkin PRK juga lagi?

Adun Meninggal, Adun lentak jawatan, Adun lompat, Adun ponteng... berapa banyak PRK lagi dapat kita saksikan sehingga PRU13 kelak, kita tunggu dan lihat...

Friday, August 21, 2009

Ramadhan bertandang lagi...

AlhamduliLLAH...

Azan maghrib tadi menandakan bermulalah Ramadhan, bulan penuh barakah. Syukur, kita masih diberi peluang bernafas dalam keberkahan Ramadhan. Mudah-mudahan kita dapat merebut segala peluang yang disediakan ALLAH.

Selamat bersolat Tarawih, dan selamat berpuasa.

Wednesday, August 19, 2009

Masuk syurga sebenarnya ikut Parti !

Isu ahli/penyokong Umno tak masuk syurga ...

KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga" Baca Lagi...


Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai. Baca Lagi...


KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam. Baca Lagi...


Beliau (Zahid Hamidi) berkata, tidak mungkin sebagai hamba, seseorang itu mengambil alih tugas Allah dengan menentukan siapa masuk syurga berasaskan parti politik yang disertai oleh seseorang itu.

"Sebaliknya ia adalah kerana takwa dan iman seseorang itu serta tentang ibadah yang dilakukannya," katanya kepada para pemberita di Permatang Ara di sini hari ini. Baca Lagi...

Mai orang bukan ulamak nak komen sikit...

Sebenarnya, masuk syurga adalah mengikut parti. Ini bukan fatwa TG Nik Aziz (TGNA). Bukan juga Fatwa TG Harun Taib. Bukan komen-komen Muhyiddin dan Zahid Hamidi. Ini adalah kenyataan aku, ini blog aku yang punya... (maaf, gaya bahasa nampak mcm org tak reti).

Kalau kenyataan ini dikeluarkan oleh TGNA, atau TGHH... pasti isu ini terus meletup. Tapi, disebabkan aku yang nyatakan, malah dalam blog yang entah apa-apa ini, maka tiada siapa pun yang ampil peduli. Tidak ada harga untuk diletupkan sebagai isu untuk meraih laba politik.

Masuk syurga adalah mengikut Parti!

Fatwa sesat mana pulak ni? TGNA sudah dilabel khawarij kerana melabel penyokong Umno tak masuk syurga, jadi, aku khawarij juga kah? Tak payah hairan dengan label-label manusia.

Dalam dunia ini, ada tiga parti utama seperti yang dilabel dalam al-quran. Parti Muttaqun, Parti Kafirun dan Parti Munafiqun [Lihat tafsir surah al-Baqarah , ayat 1 - 16]. Mudah sebutannya, Parti Islam, Parti Kafir dan Parti Munafiq adalah parti-parti yang mewarnai dunia ini dek kerana manusia itu punyai pelbagai fahaman dan ideologi.

Jelas dalam al-quran, pendokong dan penyokong Parti Islam akan masuk syurga dengan Rahmat ALLAH. Manakala pendokong dan penyokong parti Kafir dan Munafiq, tempatnya Neraka. Jelas nyata dalam al-quran.

Firman ALLAH:

"Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya)" [Qaaf:31-32]

"ALLAH mengancam orang-orang munafiq laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan ALLAH melaknati mereka, dan bagi mereka azab yang kekal. " [At-Taubah:68]

"Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Neraka jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." [Al-Mulk:6]

Tiga parti utama mewarnai hidup manusia. Hanya satu sahaja diterima ALLAH.

Parti Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad RasuluLLAH S.A.W suatu ketika dahulu, kemudian disambung perjuangan baginda oleh para sahabat dan tabi'in, hinggalah hari ini, perjuangan ini diteruskan oleh para ulamak, auliyak dan orang-orang soleh. Sudah tentu para pendokong, ahli, penyokong parti ini akan mendapat syurga dengan izin dan keredhaan ALLAH.

Parti Kafir, tentunya menentang ajaran ALLAH, menentang Parti Islam secara keseluruhannya. Ahli, penyokong, pendokong parti ini menentang dasar-dasar Islam secara terang dan sembunyi. Di zaman Nabi S.A.W, mereka berada di barisan hadapan menentang RasuluLLAH S.A.W. Siapa tidak kenal Abu Lahab dan Abu Jahal. Dua Abu yang merupakan pemimpin utama parti Kafir ketika awal dakwah RasuluLLAH S.A.W.

Parti Munafiq adalah parti yang pendokong dan ahlinya adalah dalam kalangan orang-orang yang menyembunyikan kekafirannya di samping melahirkan keislamannya, atau dalam erti kata lain ialah orang yang berpura-pura Islam sedangkan pada hakikatnya ia adalah seorang yang kafir atau derhaka dan ingkar kepada ALLAH.

Firman ALLAH:

"Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok." [Al-baqarah:14]

Situasi manusia, dulu kini dan selamanya adalah terbahagi kepada tiga parti ini. Tak kiralah apa jenama dan label pun, hakikatnya mereka adalah daripada tiga jenis parti ini. Samada pertubuhan mereka memakai nama Parti Islam atau tidak bukan penentu ke syurga atau neraka, tetapi lihatlah dasarnya, iktiqadnya, gerak kerjanya, ke arah mana perjuangannya. Adakah menepati mana-mana dasar 3 parti yang dikelaskan oleh ALLAH dalam al-Quran? Jika nama sahaja "parti Islam" tetapi menentang dasar-dasar Parti Islam yang digariskan oleh ALLAH, maka akibatnya tetap neraka.

Tidak perlu disenaraikan di sini, PAS itu masuk kategori parti mana., UMNO itu kategori mana, DAP, MCA, MIC itu kategori mana. Anda sendiri boleh renung dan fahami sendiri. Jika pendokong dan ahli DAP, MCA, MIC ciri-cirinya menepati Parti Islam secara iktiqad, dasar, gerak kerjanya, maka tidakkah mereka akan masuk syurga dengan izin-Nya? Apakah parti yang pengikut-pengikutnya hanya namanya sahaja Islam, tetapi menentang hukum ALLAH akan masuk syurga?

Ingatlah, hanya Parti Islam sahaja ke syurga. Mana-mana pertubuhan yang selari dengan Parti Islam, maka insyaALLAH ke syurga jua. Manakala mana-mana parti yang hakikatnya tergolong dalam kalangan Parti Kafir dan parti Munafiq, tempatnya adalah neraka. maka benarlah bahawasanya ahli/penyokong Parti Kafir dan Parti Munafiq tidak masuk syurga.

WaLLAHU a'lam.

Tuesday, August 18, 2009

Peluang melabur di N11 Permatang Pasir...

"Berjihadlah di jalan ALLAH dengan HARTA kamu dan DIRI kamu, itulah yang terbaik bagimu sekiranya kamu tahu"( At-Taubah:41)

PRK Permatang Pasir ini menyaksikan pertembungan antara Parti Islam dan Parti Nasionalis Melayu! Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional!

Jentera Pilihanraya Parti Islam PRK N11 Permatang Pasir membuka peluang kepada kita untuk berjihad! Ayuh sahutlah seruan jihad ini.

Sumbangan anda boleh disalurkan kepada

YB Ust. Firdaus Jaafar
Maybank: 5640-1672-4276
Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat

Sila maklumkan sumbangan anda ini kepada:
Ust. Mohd Halizal Bin Allias (013-5027129)
Pegawai Kewangan,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sebar-sebarkan seruan ini....

Friday, August 14, 2009

Muhasabah Konvokesyen USM ke-40

Hari ini, Jumaat ~ 14 Ogos 2009 ~ hari konvokesyen USM ke-40. Para graduan Sarjana Muda Kejuruteraan berjubah ungu berkalung hijau menghadiri majlis konvikesyen ini, termasuk aku.

AlhamduliLLAH, syukur kepada ALLAH, selawat dan salam ke atas nabi Muhammad RasulaLLAH. Terima kasih emak dan ayah, terima kasih adik-adik, terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan, terima kasih para guru dan pensyarah, terima kasih rakan-rakan batch 04/08, 05/09, 06/10... terima kasih semua.

Majlis konvokesyen adalah majlis rasmi universiti bagi meraikan kejayaan para graduan. Dengan berjubah dan bertopi begitu, para graduan melangkah memasuki dewan untuk menerima ijazah mereka.

"Kejayaan..."

Apakah aku sudah berjaya hanya kerana menerima ijazah ini? Tidak. Konvokesyen ini hanyalah simbol tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda sahaja. Tidak lebih dari itu. Sama juga ijazah kedoktoran ( PhD) sekalipun, ia hanya simbol. Tiada kejayaan mutlak di dunia ini, melainkan kejayaan yang diiktiraf oleh Raja segala raja. Raja kepada segala canselor.

Aku berlindung dengan ALLAH dari sifat-sifat mazmumah yang mungkin terbit dengan penerimaan ijazah ini. Sekiranya "kejayaan" aku ini akan menyebabkan aku dinilai buruk oleh ALLAH, rela aku tidak menerima ijazah ini. Semoga ALLAH memelihara aku, ibubapaku, adik beradikku, sahabat-sahabiyah seperjuangan serta rakan-rakanku daripada kerkaan-Nya.

Berbalik kepada "kejayaan" yang kita fahami, menerima ijazah itu itu adalah kejayaan. Sedikit pengiktirafan yang diberikan universiti kepada kita, dengan majlis sambutan yang rasmi dan gemilang, sudah tentu sebagai manusia, timbul paling tidak, sedikit rasa bangga dan bersyukur atas anugerah ALLAH dan usaha kita selama ini serta dorongan emak ayah, adik beradik dan sahabat handai kita selama ini.

Seronok, bangga, syukur, senyum 5 inci ...
Wahai aku, wahai sahabat-sahabat yang turut berkonvokesyen, ini baru kejayaan yang sedikit di dunia yang fana dan penuh dengan persepsi yang dibentuk sendiri oleh doktrin duniawi.

Tidakkah kita sekalian mahu juga berkonvokesyen dihari akhirat kelak dengan kejayaan yang kekal abadi, syurga yang ALLAH sediakan? Audiens pada hari itu bukan sahaja manusia sejak nabi Adam a.s hingga kiamat, bahkan jin-jin dan para malaikat yang sangat tidak terhitung bilangannya akan menyaksikan majlis "konvokesyen" pada hari tersebut. Bukankah ALLAH akan muliakan seseorang yang menghadiri majlis ilmu, dengan menyebut namanya di depan khalayak? Bukankah ALLAH akan menyebut nama si fulan bin si fulan dengan bangga kerana amalannya yang soleh di dunia?

Alangkah bangganya kita ketika itu, sekiranya kita benar-benar si fulan itu. Seronok yang amat besar kerana diiktiraf oleh Maliki YaumidDeen. Jika di dunia, kita akan bangga apabila Sultan atau raja menyebut nama kita dan mengiktiraf kita depan khalayak ramai, maka sudah tentu kita akan lebih gembira dan nikmat apabila raja yang paling berkuasa pada hari serba kalut itu mengiktiraf kita.

Raja yang menunjukkan sifat kemurkaan yang jelas nyata kepada pengkhianat agama-Nya semasa di dunia, raja yang sangat memurkai orang-orang yang menentang Rasul-rasul-Nya, raja yang menyediakan ledakan Neraka untuk membaham musuh-musuhnya semasa di dunia... Raja ini tiba-tiba dengan penuh kasih sayangnya menjulang nama kita, mengiktiraf nama an diri kita dan menyediakan ijazah syurga yang kekal selama-lamanya kepada kita. Tidakkah kita akan rasa sangat ingin mendapat kejayaan yang tulen seperti itu?

Ya, sudah tentu kita sangat idamkan. Akan tetapi, syurga bukan semudah yang disangka untuk mendaftarkan diri. Tiket keimanan perlu sentiasa berasa dalam diri. Taqwa adalah kayu ukur darjat kemuliaan kita di sisi ALLAH. Keredhaan ALLAH adalah kejayaan yang sebenar bagi orang-orang beriman.

Kepada yang berkonvo hari ini, jangan anggap inilah kejayaan diri selama berada di kampus. Tidak...anda belum tentu berjaya. Aku pun belum tentu berjaya. Ijazah bukan ukuran, tetapi ukurlah kejayaan kita dengan kacamata iman. Apakah kita dikira berjaya dengan ijazah kita, sedangkan solat 5 waktu kita di kampus dahulu tidak terjaga? Apakah nilai kejayaan kita jika di kampus dahulu kita lalai untuk solat berjemaah? Kita sambil lewa dalam perjuangan amru bil ma'ruf, wanahyu 'anil munkar, apakah kita berjaya? Aku bertanya diriku, anda tanyalah diri anda sendiri.

Mudah-mudahan, muhasabah diri kita ini merendahkah bibit-bibit riak, takabur dan ujub dalam diri. Perjalanan masih jauh, dan masa perlu kita maksimumkan untuk kembali ke landasan perjuangan yang diredhai ALLAH. Hidup hanya sekali. Mati bila-bila masa sahaja tanpa amaran. Ingatlah, keredhaan ALLAH adalah kejayaan yang sebenar bagi kita, orang-orang beriman.

WaLLAHu a'lam,

~ Selamat Berkonvokesyen ~

Thursday, August 13, 2009

Esok konvo la pulak...

AlhamduliLLAH, esok konvo...

Tahniah kepada para guru dan pensyarah yang mendidikku hingga habis belajar peringkat ijazah sarjana muda ini. Lepas ni sambung lagi insyaALLAH. Perjalananku masih jauh. Ijazah bukanlah kejayaan yang sebenar, tiadalah kejayaan mutlak melainkan keredhaan ALLAH sahaja adalah kejayaan yang mutlak.

Terima kasih emak dan ayahku. Tanpa emak dan ayah, tiadalah aku. ALLAH menciptakan diriku daripada emak dan ayah. Kejayaanku hanyalah secebis kejayaan emak dan ayah, kerana diriku sendiri adalah asalnya sebahagian kecil dari emak dan ayah. Pengorbanan emak dan ayah tidak dapat ku balas sekalipun dengan emas sebesar bukit Uhud. Hanya aku berusaha dan berdoa agar aku dapat menjadi anak yang soleh kepada emak dan ayah.

Terima kasih jua kepada adik-adikku yang sering memberi dorongan kepadaku. Walaupun kalian adik-adikku tidak berterus-terang, namun abangmu ini dapat membaca jauh di sudut hati kalian mahu melihat abangmu ini berjaya, sepertimana abang ingin melihat kalian jua berjaya (he~he~he~) <----- kenapa ada hehehe? >

Terima kasih kepada guru-guruku sejak kecil hingga besar...

Guru-guru sekolah rendahku - Sekolah kebangsaan Bukit Besar, yang masih aku ingat (kepada cikgu-cikgu yang tidak tersebut namanya, maaflah, kerana aku manusia serba lemah...):

Cikgu Aliyah, Cikgu Syukri, Cikgu Ghazali, Cikgu Rokiah, Cikgu Habsah, Cikgu Norniwati, Cikgu Zakaria, Teacher Normala, Sir Nathan, Cikgu Yusof, Cikgu Halim, Ustaz Islami, Ustazah Norshidah, Cikgu Noriah ( Guru Besar), dan semua guru SKBB

Ustaz Ya, Ustaz Ali, Ustaz Man, Ustazah Che Puteh, Ustazah Normah, dan semua guru kelas kafa SKBB.

Guru-guru sekolah menengahku:

Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ma'ahad Muhammadi Lilbanin, Kota Bharu (MML 1997-2002)

Ustaz Zawawi (warden Asrama masa Peralihan)
Ustaz Alim Syah + Ustaz Ghazali (guru yang membetulkan bacaan al-Quran aku setiap kali usai solat Dhuha...aduhai~)
Cikgu Ramlah (guru kelas Ting. Peralihan-1)
Ustaz Hanbali (ustaz yang mengajar Al-Quran)
Ustaz Abdullah Isa (mengajar subjek Ta'abir / Imlak masa Peralihan)
Ustaz Kamal Mahyudin Harun (guru kelas Ting. 2 Makkah)
Ustaz Yahya Mat Yaman (Ketua Warden AMML yg baru)
Ustaz Faleh Lai Abdullah (guru Khat yang sangat cantik tulisannya)
Ustaz Abdul Rahman Che Soh (warden AMML yang baru)
Ustaz Qamar (warden asrama Al-Amin dan AMML yang baru)
Cikgu Zainal Abidin (guru mengajar KHB)
Cikgu Kasmah (guru Matematik Moden)
Ustaz Abdul Aziz Musa (seronok belajar Qawaid yakni Nahu+Saraf)
Ustaz Syafiq Musa ( Qawaid)
Allahyarham Ustaz Nik Man (subjek Balaghah)
Cikgu Shafiee (cikgu BM Ting. 4)
Cikgu Sabiha (B.Melayu Ting. 5...juga guru kelasku sms ting. 5)
Cikgu Syadiah (guru subjek Kimia)
Cikgu Razak (Add. Maths form 4, guru kelasku 4 sc Madinah)
Cikgu Tarmizi Said (uncle kepada Faiq, mengajar Matematik Moden masa Ting.5)
Ustaz Zul Profesor (Ustaz yang selalu sebut "Ya helmi... salle (salam)" bila jumpa aku...mengajar subjek Adab & nusus iaitu syair2 arab)
Cikgu Tarmizi M.Nor (pernah belajar Kimia dari beliau)
Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (Mudir MML selepas Ust Nik Radzi Nik Mat)
Ustaz Badrul Hisham Al-Hafiz (sedap suara Ustaz yang mengajar Tafsir ini, pernah menjadi makmum solat yg diimamkan oleh beliau)
Ustaz Baharudin (guru disiplin yg mengajar Hadith form 4)
Cikgu Zuraidin Abdullah (cikgu Disiplin, pernah dirotan beliau sepasa Peralihan ~ hehe )
Cikgu Abdul Aziz ( Matematik SPM)
Ustaz Nik Mohd Zamil (nama glamor Ustaz Pok Nik Mat- Great Teacher Poknikmat)
Cikgu Rosmaidah (subjek Add. Math.)
Cikgu Noraini (mengajar B.Melayu + English masa Ting. 2,3)
Teacher Anisah (very enjoy The Pearl and the poems =)
Ustazah Narizan (mengajar PSI)
Cikgu Zaim (subjek Biologi)
Ustaz Rashid ( jual yogurt )

Dan semua guru-guru SMU(A) MML ... terima kasih.

Kolej Matrikulasi Kedah (KMK Changlun)

En. Abdul Rahman bin Yeop ( pengarah KMK 2003)
Ust Sophuan Ahmad
En. Azman (Math)
Cik Rohaiza ( Biology - sekarang dah Puan)
En. Suhaimi (warden)

Uhuk... minta maaf laa..tak dapat ingat banyak-banyak..maklumlah matrik setahun saja.


USM Kampus kejuruteraan ( USMKKj):

Prof:
Dr Hanafi, Dr Ahmad Fauzi, Dr Zainal ( ZAMI)

Assoc. Prof:
Dr Hazizan, Dr Mariatti, Dr Azlan

Lecturers
Dr Zulkifli Ariff, Dr Zulkifli Ahmad, Dr Razaina, Dr Azura, Dr Zainovia, Dr Khatijah, Dr Zuhailawati, Dr Baharin, Dr Sabar, Dr Chow, Dr Cheong dll

Technicians:
Mr Segar, En Rokman, En Mohammad, En Faizal dll

Serta banyak lagi lecturer n technician... semuanya ada kaitan.

Habis dah entry ni. Letih pikir nama-nama ni. Stop di sini dulu. maaf sekiranya entry ini menggugat kedudukan sapa-sapa. Sesungguhnya bukanlah ada sesiapa pun yang membuka blog ini melainkan diriku sedniri dan anda yang sedang membaca entry ini.

Sekian.

Sunday, August 9, 2009

Melayu bukan Umno - Utusan selalu buat silap!

Media-media arus BN memutar belit fakta lagi. Tidak menghairankan, kerana itulah rutin mereka yang cuba berusaha keras mengUmno-BN-kan rakyat Malaysia terutama kepuakan Melayu, lebih-lebih lagi Melayu yang lemah fikrah Islamnya.

Kali ini, isunya Anwar pengkhianat. Memang Anwar Pengkhianat, tetapi bukan pengkhianat Melayu, kerana ramai juga Melayu menganggapnya sebagai hero. Baca petikan berita dari UtusanOnline:


Satu lagi isu yang panas ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pemimpin pembangkang dan peneraju PKR, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu. Baca lagi...

Penulis berita ini melakukan kesilapan / sengaja memutar belit fakta. Sepatutnya berita ini ditulis seperti di bawah:

Anwar pengkhianat UMNO

Satu lagi isu yang panas ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pemimpin pembangkang dan peneraju PKR, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat UMNO.

Kenyataan Muhyiddin mendapat gelombang reaksi banyak pihak yang menyokong beliau. Tindakan Anwar yang dikatakan mahu menyaman Muhyiddin sebanyak RM100 juta selain media yang melaporkannya, tidak menghalang banyak pihak mengeluarkan kenyataan melabel Anwar sebagai pengkhianat Melayu.

Awang percaya Anwar juga faham tentang sentimen masyarakat UMNO yang rata-rata marahkan beliau atas banyak tindak-tanduknya menggugat kepentingan UMNO semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Melayu adalah satu bangsa yang sama saja dengan Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan sebagainya. Hakikat manusia adalah sama. Yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa. Tak kira dari bangsa apa sekalipun, taqwa adalah parameter kemuliaan. Betapa hebat kemelayuan seseorang, tidak mulia pun. Betapa tebalnya kecinaan seseorang, tiada nilai pun di sisi ALLAH, Tuhan yang menciptakan kepelbagaian bangsa. Yang diambil kira adalah ketebalan taqwa - ketaatan melaksanakan setiap perintah ALLAH dan kepatuhan meninggalkan larangan-Nya.

UMNO? UMNO adalah satu spiesis baru yang baru muncul 60-70 tahun kebelakangan ini. Ia adalah pecahan daripada bangsa Melayu, dan tidak makruh atau haram hukumnya jika kita menyebutnya sebagai Bangsa UMNO, masyarakat UMNO. UMNO adalah entiti rasis kononnya membela Melayu, kononnya bersemangat kebangsaan, nasionalisme. UMNO dan Melayu berbeza. UMNO adalah bangsa baru, yang cuba memanipulasi minda orang Melayu. bangsa UMNO tidak memerlukan genetik Melayu. Sesiapa yang berideologi UMNO, sudah cukup, tak kira orang itu Melayu, Cina, Mamak dan sebagainya.

Thursday, August 6, 2009

H1N1 : Penyelesaian secara sekular belum menampakkan kejayaan



KUALA LUMPUR 5 Ogos - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini hari ini mencatatkan empat lagi kes kematian, kes kematian tertinggi dalam sehari. Sebanyak 16 lagi kes baru turut dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 meningkat kepada 1,476 kes dengan 12 kematian sejak ia mula dikesan di negara ini. Baca lagi...

Lagi berita kematian akibat infleunza H1N1 (nenekku membacanya sebagai sakit babi). Setiap hari ada saja kes kematian dicatat dalam negara, walaupun pelbagai usaha dilakukan. Banyak sudah kampus-kampus IPT dan sekolah-sekolah ditutup sementara untuk mengekang wabak ini dari terus merebak. Hasilnya, kematian tetap berlaku. Memang ajal maut itu sudah ditentukan ALLAH, namun setakat mana usaha manusia menyelesaikan masalah wabak ini menjadi perbahasan.

Langkah pencegahan sudah diwar-warkan kepada umum, daripda 'batuk beradab', hingga kepada menjaga kebersihan, hingga kepada simptom-simptom penyakit. Terpulang kepada cakna rakyat dan orang ramai tentangnya. Kesedaran orang ramai terhadap bahayanya virus ini masih ditahap yang rendah. Itu dari pihak orang ramai.

Pihak berkuasa pula, apa tindakannya? Apa yang kementerian kesihatan buat? Adakah kenyataan bahawa wabak ini terkawal hanya untuk menyedapkan hati orang ramai, sedangkan kematian terus meningkat? Apakah Kementerian / kerajaan tiada usaha lain selain menunggu vaksin yang entah wujud atau tidak?


Kalaupun kerajaan sudah dan sedang berusaha keras untuk mencegahnya, kelemahan kerajaan/orang ramai membendungnya sudah tentu menggambarkan musbah ini diluar upaya fikir manusia membendungnya. Tidak akan berhenti wabak ini dari terus menular, tanpa izin dari ALLAH, Tuhan yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Orang-orang beriman tidak akan melihat musibah ini dari sudut fizikal semata-mata. Orang-orang beriman akan turut melihat musibah H1N1 ini dari kacamata iman. Orang-orang yang berpendirian sekular tidak akan melihat bahawa wabak ini adalah bala yang diturunkan ALLAH sebagai peringatan kepada manusia. Sekularis tidak nampak sekalipun lidah mereka mengatakan musibah ini adalah peringatan ALLAH. Namun hati mereka tetap tidak nampak, apatah lagi mencari penyelesaian dari sudut keimanan di samping usaha pencegahan secara fizikal.

Sabda RasuluLLAH SholaLLAHu 'alaihi wasallam:

“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

(HR: Ibnu Majah)

ALLAH memberi peringatan kepada manusia yang lalai dengan mengirimkan tenteranya yang halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Virus H1N1 adalah salah satu daripada tentera-tentera ALLAH. Sama juga seperti gelombang tsunami yang memusnahkan Acheh dua-tiga tahun lalu. Tsunami juga adalah tentera ALLAH, yang diutus untuk memberi peringatan kepada manusia yang saban hari semakin bongkak dan takabur, enggan menurut titah perintah ALLAH.

Degilnya manusia untuk mengakui hakikat peringatan ini dapat dilihat dalam negara kita sendiri. Apakah seruan kerajaan kepada rakyat supaya kita semua kembali bermuhasabah diri? Apakah konsep 1Malaysia ini tidak terlintas untuk tunduk memohon pertolongan ALLAH? Harapkan kementerian kesihatan, menterinya bukan Islam. Sepatutnya Yang Dipertuan Agong atau Perdana Menteri selaku ketua negara, tunduk kepada ALLAH, mohon pertolongan ALLAH dengan rasa rendah diri supaya ALLAH menyelamatkan kita rakyat Malaysia dari terus dibaham wabak bahaya itu.

Kengganan membuktikan keangkuhan. Tugas memohon pertolongan ALLAH ini bukan hanya tugas ulamak, usataz-ustaz, syeikh-syeikh, wali-wali. Tugas semua manusia. ALLAH mahu manusia sujud kepada-Nya. Orang-orang kafir sudah tentu tidak akan sujud. Akan tetapi, keengganan umat Islam untuk sujud kepada ALLAH, mengakui kesilapan dan memohon ampun adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Pemimpin umat Islam sendiri tidak mahu sujud. Sujud dalam erti kata akur bahawa ALLAH sedang memberi tazkirah. ALLAH mahu pemimpin terlebih dahulu sujud kepada-Nya. Rakyat insyaALLAH akan turut sujud bersama pemimpin mereka.

Berbeza dengan pemimpin yang beriman dan dekat kepada ALLAH, mereka akan menyeru rakyat supaya berhati-hati dengan bala ALLAH.

KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.
Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa. Baca lagi...

Firman ALLAH dalam surah ar-Ra'du, ayat 11:
Apabila ALLAH mengehendaki keburukan kepada sesuatu kaum, maka tiada siapa pun dapat menolaknya. Orang-orang beriman sangat peka terhadap perkara ini. Mereka amat takut kalau-kalau disebabkan mereka tidak memberi teguran atau mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat sekeliling, bala ALLAH akan menimpa, dan tiada siapa yang dapat menyelamatkannya, melainkan ALLAH sahaja yang Maha Berkuasa.

Orang yang berfikrah sekular?

"Oh... kita perlu menutup kampus-kampus dan sekolah-sekolah untuk elak h1N1 merebak"

"Keadaan masih terkawal. Harap rakyat dapat bersabar. Beli topeng penutup hidung banyak-banyak..."

"''Selepas menerima rawatan, pesakit hendaklah berada di rumah dan mengurangkan pergaulan serta menjaga kebersihan diri,''

Mungkin inilah contoh-contoh cara orang sekular berfikir dan mengeluarkan kenyataan.

Itu peringkat pimpinan negara. Bagaimana pula di peringkat yang lebih rendah. Peringkat kampus, sekolah dan jabatan-jabatan yang lain? Siapakah yang menjadi pengikut sekularis dalam membaca amaran ALLAH ini?

Di peringkat kampus, selain Pusat Islam, Persatuan-persatuan Islam dan kelab-kelab beroreintasikan Islam menganjurkan solat hajat, bacaan yasin dan doa memohon pertolongan ALLAH, ada atau tidak jabatan-jabatan lain, individu-individu berpengaruh yang lain cakna perkara ini? Atau pemikiran sekular telah membahagi-bahagi tugas ini - yang Pusat Islam dan seumpamanya sahaja perlu memohon pertolongan ALLAH sedangkan yang lain tidak perlu?

Semoga kita dijauhkan daripada orang-orang sekular, dihindari daripada pemikiran sekular sepertimana kita mohon dihindari dari wabak H1N1. Hindarilah daripada melakukan perkara yang ditegah oleh ALLAH. Hentikan daripada melakukan maksiat dan dosa-dosa. Mohonlah pertolongan ALLAH. Mohonlah keampunan ALLAH. Jangan kita angkuh dan takabur dengan usaha kita. ALLAH sahaja yang Maha Berkuasa.

WaLLAHU a'lam.

Tuesday, August 4, 2009

Jambatan Pulau Pinang ke-2 di Permatang Pasir

Demo anti-ISA jadi perbualan. Berjaya atau tidak, satu dunia dah tahu tentang kejadian-kejadian yang berlaku semasa perhimpunan tersebut. Sejarah perhimpunan Bersih tidak diambil iktibar oleh pihak berkuasa.

DUN Permatang Pasir pula akan jadi tempat tumpuan selepas Manek Urai. Sedekahkah al-fatehah kepada ALLAHyarham Dato' Hamdan. Setelah 6-0 di Semenanjung, apa pula taktik Umno/BN kali ini?

"Tuan-tuan rakyat Permatang Pasir sekalian, undilah BN, kami akan bina Jambatan terbesar selepas jambatan Pulau Pinang di DUN Permatang Pasir ini, " - mungkin ini kut modal UBN?

Jambatan lagi ke?

"Kita akan jadikan Permatang Pasir ini DUN Agropolitan, Metropolitan, Gohekostan... dekat-dekat dengan negeri setan..."

Terbelit lagi lidah orang kampung nak sebut, agropolitan lagi?

Apa lagi modal Umno/BN selepas ini, kita sama-sama saksikan. Tentu strategi biasa BN menghambur duit kepada pengundi akan dibuat lagi. Kata TG Nik Aziz, tanpa duit, UMNO takkan wujud di muka dunia ini.

WaLLAHU a'lam.
Ũ