© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, August 28, 2009

Mana lebih penting, 'Merdeka' atau Ramadhan?

Mendengar khutbah jumaat tadi di sebuah masjid, tiba-tiba saja aku rasa agak 'meluat' dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Mungkin ini persepsi aku sendiri, usah terpengaruh.

Apa tidaknya, khutbah tadi sibuk bercerita tentang 'kemerdekaan negara kita'. Entah berapa puluh tahun dah isi khutbah demikian. Dalam bulan mulia ini, paling kurang, sampaikanlah khutbah tentang Ramadhan. Apakah memperingati kemerdekaan itu lebih awla daripada menagungkan ALLAH yang telah mengurniakan Ramadhan kepada kita umat akhir zaman ini.

Tidak salah mengingati kemerdekaan negara. Tidak membacanya dalam khutbah Jumaat, tidak bererti kita tidak bersyukur akan nikmat kemerdekaan ini. Ramadhan lebih mulia untuk kita raikan berbanding sambutan kemerdekaan yang seolah-olah mahu mengajak masyarakat 'mengenang budi' sesetengah pihak.

Bagi aku, "merdeka" itu tak perlu pun disambut. Di mana maruah kita jika kita sambut ulang tahun "merdeka"? Maksud merdeka dalam kontek sambuatn dalam negara kita adalah seolah-olah berterima-kasih kepada gerombolan penjajah yang kononnya memberi kita kemerdekaan. Caishhh...! Patutkah kita berterima kasih kepada orang yang membuli kita dengan begitu teruk, hanya kerana dia sudah letih membuli? Apakah kita benar-benar merdeka daripada British, sedangkan dasar-dasar negara berkiblatkan negara penjajah itu?

'Kemerdekaan' adalah agenda tersembunyi golongan penjajah kuffar. Mereka tidak akan mudah-mudah membebaskan sesebuah negara daripada penjajahan mereka tanpa melantik boneka-boneka mereka untuk meneruskan kesinambungan dasar-dasar mereka. Lebih malang bagi umat negara yang terjajah itu, boneka-boneka penjajah ini adalah dalam kalangan bangsa mereka sendiri. Inilah petualang yang kononnya dihighlight sebagai pejuang kemerdekaan. Mana ada pejuang kemerdekaan yang berjuang tanpa pertumpahan darah! Apakah British itu sangat bodoh apabila berdepan dengan 'pejuang kemerdekaan' di meja rundingan?

Betapa berjayanya negara kita dijajah hingga kini. Kita digula-gulakan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan setiap 31 Ogos, supaya kita tidak terfikir yang kita masih dijajah. Malah anak didik penjajah yang mengemudi negara kita sanggup terus menipu rakyat sendiri hakikat kemerdekaan. Habis segala khutbah diarah menyampaikan gula-gula manis ini. Rakyat yang tiada akses maklumat, mudah saja mengangguk dan 'mengenang budi'.

Suatu masa dahulu, hamba sahaya adalah orang yang dibeli oleh tuannya dalam jual beli manusia, atau tawanan perang yang diagih-agih kepada tuannya. Dia akan merdeka apabila tuannya memerdekakannya, samada dengan kerelaan hati ataupun dengan memenuhi syarat tertentu. Maka merdekanya negara kita adalah bergantung kepada dua sebab ini mungkin. pertama, kerana kerelaan penjajah itu sendiri atau, keduanya ada syarat-syarat tertentu yang dipenuhi. Mustahil penjajah akan memerdekakan negara kita percuma. Pasti ada syarat-syarat tertentu dipenuhi. Penjajah lebih selesa pula menghighlight bonekanya sebagai pejuang kemerdekaan untuk dikenang seterusnya mewarisi pemerintahan negara.

Rujuklah sejarah yang telus untuk mengkaji, siapakah pejuang kemananan negara kita yang sebenar. Tiada istilah merdeka untuk negara kita, kerana kita tidak perlu mengakui kita dijajah. Jika tidak kerana 'rundingan' boneka-boneka itu pun, rakyat negara kita bole terus bangkit dan mencapai keamanan dan kemenangan menentang penjajah. Merdeka adalah agenda penjajah dan tali-barutnya. Perjuangan menentang penjajah adalah perjuangan menentang kebathilan. Kita adalah hamba ALLAH yang merdeka. Siapa penjajah yang mahu kita tunduk kepada mereka? Siapa mereka untuk memberi kemerdekaan kepada kita? Mereka bukan tuan kita.

Menyedihkan sekali, para pemimpin negara masih tidak menyedari hakikat ini. Sanggup sujud kepada penjajah kuffar ini. Siapa Ratu Elizabeth untuk kita agung-agungkan? Tidak malukah kita hingga hari ini merendah-hinakan diri kita apabila berdepan dengan kuasa yang pernah menceroboh negara kita suatu masa dulu? Kenapa perlu bermalu-alah dengan mereka. Sepatutnya kia membuang semua kenangan-kenangan penjajah dari negara kita. Usah disimpan dan diagungkan, kerana kita adalah umat yang merdeka.

WaLLAHU a'lam...


p/s: apa yang aku merapu petang-petang Jumaat ni... bila baca balik, aku sendiri pun pening...huhu. Sape yang faham, alhamduliLLAH...


1 comment:

Anonymous said...

dats mean u wasnt sleeping during khutbah.ahaks. good

Ũ