Demo anti-ISA jadi perbualan. Berjaya atau tidak, satu dunia dah tahu tentang kejadian-kejadian yang berlaku semasa perhimpunan tersebut. Sejarah perhimpunan Bersih tidak diambil iktibar oleh pihak berkuasa.
DUN Permatang Pasir pula akan jadi tempat tumpuan selepas Manek Urai. Sedekahkah al-fatehah kepada ALLAHyarham Dato' Hamdan. Setelah 6-0 di Semenanjung, apa pula taktik Umno/BN kali ini?
"Tuan-tuan rakyat Permatang Pasir sekalian, undilah BN, kami akan bina Jambatan terbesar selepas jambatan Pulau Pinang di DUN Permatang Pasir ini, " - mungkin ini kut modal UBN?
Jambatan lagi ke?
"Kita akan jadikan Permatang Pasir ini DUN Agropolitan, Metropolitan, Gohekostan... dekat-dekat dengan negeri setan..."
Terbelit lagi lidah orang kampung nak sebut, agropolitan lagi?
Apa lagi modal Umno/BN selepas ini, kita sama-sama saksikan. Tentu strategi biasa BN menghambur duit kepada pengundi akan dibuat lagi. Kata TG Nik Aziz, tanpa duit, UMNO takkan wujud di muka dunia ini.
WaLLAHU a'lam.
5 comments:
merepek!! kalo stakat nk merepek mcm ni tk payah buat blog laa brader.
salam
huh, tambahan tuk slogan UMNO kali ni:
'Ya, DUN permatang pasir akan jadi anak emas lepas ini'
ok,kali ini kita sejauh mana duit yg hendak dibazirkn UMNO..
tips bagi sape yg xde duit untuk beli tiket balik kg raya nnt:
sila ngaku aku ngundi UMNO, ade pluang dpt rm 300
macam ada pengalaman je mujahid4869 ni... pernah dapat ke?
Orang Melayu telah hilang keyakinan kepada PKR mahupun PAS. Sejak PRU12 banyak kelemahan dan kecacatan boleh diperhatikan oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang beragama Islam.Rupanya PR, bikin tak serupa bercakap, indah khabar dari rupa, kata orang dia yang lebih..UMNO/BN kembali memenangi hati rakyat!!
pak tam,
bkn melayu yg hilang percaya kpd pas dan pkr, tp umno yg hilang kpercayaan kpd dua2 parti pembangkang tu. mmg kerja umno lah utk tidak hilang kpercayaan dan tidak mahu percaya kpd pas dan pkr.
pandangan umno x boleh katakan pandangan orang melayu. bukan semua melayu itu umno.
Post a Comment