© The Mhakk Studio

You are being watched!

Wednesday, August 19, 2009

Masuk syurga sebenarnya ikut Parti !

Isu ahli/penyokong Umno tak masuk syurga ...

KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga" Baca Lagi...


Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai. Baca Lagi...


KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam. Baca Lagi...


Beliau (Zahid Hamidi) berkata, tidak mungkin sebagai hamba, seseorang itu mengambil alih tugas Allah dengan menentukan siapa masuk syurga berasaskan parti politik yang disertai oleh seseorang itu.

"Sebaliknya ia adalah kerana takwa dan iman seseorang itu serta tentang ibadah yang dilakukannya," katanya kepada para pemberita di Permatang Ara di sini hari ini. Baca Lagi...

Mai orang bukan ulamak nak komen sikit...

Sebenarnya, masuk syurga adalah mengikut parti. Ini bukan fatwa TG Nik Aziz (TGNA). Bukan juga Fatwa TG Harun Taib. Bukan komen-komen Muhyiddin dan Zahid Hamidi. Ini adalah kenyataan aku, ini blog aku yang punya... (maaf, gaya bahasa nampak mcm org tak reti).

Kalau kenyataan ini dikeluarkan oleh TGNA, atau TGHH... pasti isu ini terus meletup. Tapi, disebabkan aku yang nyatakan, malah dalam blog yang entah apa-apa ini, maka tiada siapa pun yang ampil peduli. Tidak ada harga untuk diletupkan sebagai isu untuk meraih laba politik.

Masuk syurga adalah mengikut Parti!

Fatwa sesat mana pulak ni? TGNA sudah dilabel khawarij kerana melabel penyokong Umno tak masuk syurga, jadi, aku khawarij juga kah? Tak payah hairan dengan label-label manusia.

Dalam dunia ini, ada tiga parti utama seperti yang dilabel dalam al-quran. Parti Muttaqun, Parti Kafirun dan Parti Munafiqun [Lihat tafsir surah al-Baqarah , ayat 1 - 16]. Mudah sebutannya, Parti Islam, Parti Kafir dan Parti Munafiq adalah parti-parti yang mewarnai dunia ini dek kerana manusia itu punyai pelbagai fahaman dan ideologi.

Jelas dalam al-quran, pendokong dan penyokong Parti Islam akan masuk syurga dengan Rahmat ALLAH. Manakala pendokong dan penyokong parti Kafir dan Munafiq, tempatnya Neraka. Jelas nyata dalam al-quran.

Firman ALLAH:

"Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya)" [Qaaf:31-32]

"ALLAH mengancam orang-orang munafiq laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan ALLAH melaknati mereka, dan bagi mereka azab yang kekal. " [At-Taubah:68]

"Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Neraka jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." [Al-Mulk:6]

Tiga parti utama mewarnai hidup manusia. Hanya satu sahaja diterima ALLAH.

Parti Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad RasuluLLAH S.A.W suatu ketika dahulu, kemudian disambung perjuangan baginda oleh para sahabat dan tabi'in, hinggalah hari ini, perjuangan ini diteruskan oleh para ulamak, auliyak dan orang-orang soleh. Sudah tentu para pendokong, ahli, penyokong parti ini akan mendapat syurga dengan izin dan keredhaan ALLAH.

Parti Kafir, tentunya menentang ajaran ALLAH, menentang Parti Islam secara keseluruhannya. Ahli, penyokong, pendokong parti ini menentang dasar-dasar Islam secara terang dan sembunyi. Di zaman Nabi S.A.W, mereka berada di barisan hadapan menentang RasuluLLAH S.A.W. Siapa tidak kenal Abu Lahab dan Abu Jahal. Dua Abu yang merupakan pemimpin utama parti Kafir ketika awal dakwah RasuluLLAH S.A.W.

Parti Munafiq adalah parti yang pendokong dan ahlinya adalah dalam kalangan orang-orang yang menyembunyikan kekafirannya di samping melahirkan keislamannya, atau dalam erti kata lain ialah orang yang berpura-pura Islam sedangkan pada hakikatnya ia adalah seorang yang kafir atau derhaka dan ingkar kepada ALLAH.

Firman ALLAH:

"Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok." [Al-baqarah:14]

Situasi manusia, dulu kini dan selamanya adalah terbahagi kepada tiga parti ini. Tak kiralah apa jenama dan label pun, hakikatnya mereka adalah daripada tiga jenis parti ini. Samada pertubuhan mereka memakai nama Parti Islam atau tidak bukan penentu ke syurga atau neraka, tetapi lihatlah dasarnya, iktiqadnya, gerak kerjanya, ke arah mana perjuangannya. Adakah menepati mana-mana dasar 3 parti yang dikelaskan oleh ALLAH dalam al-Quran? Jika nama sahaja "parti Islam" tetapi menentang dasar-dasar Parti Islam yang digariskan oleh ALLAH, maka akibatnya tetap neraka.

Tidak perlu disenaraikan di sini, PAS itu masuk kategori parti mana., UMNO itu kategori mana, DAP, MCA, MIC itu kategori mana. Anda sendiri boleh renung dan fahami sendiri. Jika pendokong dan ahli DAP, MCA, MIC ciri-cirinya menepati Parti Islam secara iktiqad, dasar, gerak kerjanya, maka tidakkah mereka akan masuk syurga dengan izin-Nya? Apakah parti yang pengikut-pengikutnya hanya namanya sahaja Islam, tetapi menentang hukum ALLAH akan masuk syurga?

Ingatlah, hanya Parti Islam sahaja ke syurga. Mana-mana pertubuhan yang selari dengan Parti Islam, maka insyaALLAH ke syurga jua. Manakala mana-mana parti yang hakikatnya tergolong dalam kalangan Parti Kafir dan parti Munafiq, tempatnya adalah neraka. maka benarlah bahawasanya ahli/penyokong Parti Kafir dan Parti Munafiq tidak masuk syurga.

WaLLAHU a'lam.

12 comments:

mat celoreng said...

agak2 kalau abu jahal & lahab tu hidup kat malaysia skang ni, dorang join parti mana ek?

Mujahid Cakna said...

antara 2, mic or mca
em,UMNO???xkot, depa parti satu lagi

pembela Islam said...

@ mat celoreng
kalau nabi idup lg skang ni, nabi sokong pas ke? bodoh punya anologi. mustahil nabi sokong pas yg sesat. parti bertokguru fatwa sesat.dah la biarkan org kapir hina islam.ingat nabi suka dgn pas ke? pergi jahanam laa

@ aneroid
kau pon sama....

Anonymous said...

pembela islam konon.. Pusat Islam pun jarang tengok muka hang.. kuliah magrib pun pemalas nak mai.. banyak so ngeh pulak nak bela islam.. bela diri hang dulu la.. gie ngaji tambah Ilmu.. jangan jadi UMNO.. solat maCAM TAK SOLAT.. solat tapi dedah aurat.. solat tapi salam dengan perempuan relaks jer.. solat pastue duk buat konsert.. Sedangkan solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar..

Kluang said...

Dalam Tafsir surah al-Baqarah , ayat 1 - 16 adakah ia menyebut PATI? Cuba Sedara fahami kembali ayat2 Al-Quran ini.

"Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang BERTAKWA pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya)" [Qaaf:31-32]

"ALLAH mengancam orang-orang MUNAFIQ laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan ALLAH melaknati mereka, dan bagi mereka azab yang kekal. " [At-Taubah:68]

"Dan orang-orang yang KAFIR kepada Tuhannya, memperoleh azab Neraka jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." [Al-Mulk:6]

BERTAKWA,KAFIR, MUNAFIQ :

Menyentuh pada 3 perkataan tersebut, ia tiada kaitan langsung dengan PATI. Pati yang ada sekarang ini hanyalah sebuah Organisasi atau boleh dikatakan sebagai persatuan yang manusia cipta.

Sedara perlu ingat, dengan kata-kata juga boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka. Hati-hatilah dengan artikel yang ditulis.

Yang saya tahu, Untuk menuju ke Syurga Allah akan menilai amalan yang kita lakukan.

Allah tidak melihat seseorang itu pada rupa paras serta PATI tetapi Allah melihat pada amalanya. Wasalam..

hamdan said...

incik kluang. mungkin parti yg dimaksudkan oleh penulis aneroid ni bukan seperti parti politik yg ada.

hamdan said...

contoh yg saya fhm, org yg beramalan baik, tp 'parti' nya kafir, maka hukumannya neraka juga. amalan baik org2 kafir tak berguna di akhirat kelak. maksud parti kat sini maybe 'golongan'

Kluang said...

Salam En. Hamdan, Mungkin saya tak faham maksud penulis.Tapi di akhir perengan penulis ada menyatakan:

"Tidak perlu disenaraikan di sini, PAS itu masuk kategori parti mana., UMNO itu kategori mana, DAP, MCA, MIC itu kategori mana."

Jadik saya minta penjelasan, Parti yang bagaimana dimaksudkan penulis kalau bukan seperti parti politik yang ada?

Saya juga mohon penjelasan apakah ciri-ciri yang menjadikan PAS boleh bergabung dengan DAP? Saya agak muskil DAP tukan bukan parti islam. Kalau tak silap saya Karpal Singh ada menolak untuk menjalankan hukum Islam. (Kalau saya salah, saya mohon maaf).

Memang benar amalan baik org2 kafir tak berguna di akhirat kelak. Adakah PKR itu sebuah parti Islam? Kerana saya lihat, di sini antara pemimpin mereka ada juga bukan orang yang beragama islam.

Saya lihat yang benar2 parti Islam adalah PAS. Tetapi yang membuatkan saya muskil bagaimana PAS Sendiri boleh bergabung dengan DAP.

Saya sendiri tak berai nak menyentuh tentang masuk ke syurga kerana itu semua Allah yang menentukanya.

Jadi saya mohon penjelasan dari En. Hamdan agar saya lebih jelas dan tidak tersesat.

Anonymous said...

senang ke kluang pasti pas tu nama je islam. tp munafiq, sanggup kerjasama dgn parti kapir. penulis ni mmg taksub dgn pas sampai claim sokong pas masuk syurga.

hamdan said...

@ anon 12.33
itu tahalluf siyasi. bukan munafiq.

@kluang
ok.. apa yg saya paham, penulis ada kemukakan 3 parti yg disebut dlm quran. yakni parti ISLAM, parti MUNAFIQ, dan parti KAFIR. inin pengkelasan dlm quran.

pengeklasan parti dlm politik negara kita pula, ada parti pas, dap,pkr,umno,mca,mic dan mcm2 lg. jd nak hukum parti mana betul parti mana salah xda disebut dlm quran. pas, dap, umno dll mana ada disebut dlm quran.

jadi parti2 politik yg ada, kita kena match kan dgn parti2 yg Allah sebut dalam quran. parti politik mana yg termasuk dlm kategori parti ISLAM, parti mana yg masuk kategori parti MUNAFIQ, yg mana pulak masuk dlm parti KAFIR.

itu sendiri mau jawab. nak jawab, kita kena ada maklumat yg cukup, bukan menilai dgn sentimen dan emosi.

PAS berkawan dgn DAP (yg asas nya semua org kata DAP ni parti kafir). Tidak mahu berpadu dgn Umno (yg ramai mengatakan UMno parti melayu-islam).

Kenapa? PAS pernah bersama umno dlm kerajaan campuran, dlm BN. PAS dah melalui zaman kemerosotannya apabila ditendang oleh umno dr BN. Bg pas, umno tidak menerima atau menghormati dasar2 pas.

DAP walaupun parti kafir, PAS masih ada ruang untuk perjelas dasarnya, dan dakwah kpd DAP. tidak seperti Umno yg menolak. Orang yg ada fahaman Islam tersendiri lebih sukar untuk didakwahkan berbanding org yg tak tahu apa2 ttg Islam.

Contohnya oreintalis. walaupon diorang paham dan belajar pasal Islam, diorang susah nak terima Islam. di zaman nabi, ahlul kita yahudi dan nasrani pon tahu bhw Islam tu betul, tp tak mau juga kpd Islam.

Umno pon sama laa. jadi, tidak salah pula pas bekerjasama politik dgn Dap, atas tujuan dakwah, dan prinsip keadilan yg diperjuangkan bersama, selagi Dap tidak menolak dasar2 pas. adapun penubuhan negara Islam, itu adalah masalah teknikal sahaja.

PKR pon sama saja mcm Dap. Selagi mereka ada kesepakatan dgn pas dalam sesuatu perkara (contohnya prinsip keadilan), maka itu adalah lorong terbaik untuk ps berdakwah kpd mereka, yg pada masa yg sama, umno menutup terus pintu2 dakwah kepada pas.

masakan org mahu bersatu, tetapi pada masa yg sama memukulnya?

Kluang said...

Ok, terima kasih atas penjelasan En. Hamdan.

"DAP walaupun parti kafir, PAS masih ada ruang untuk perjelas dasarnya, dan dakwah kpd DAP. tidak seperti Umno yg menolak. Orang yg ada fahaman Islam tersendiri lebih sukar untuk didakwahkan berbanding org yg tak tahu apa2 ttg Islam."

Sekarang berpandukan ayat En. Hamdan diatas, saya nak bertanya lagilah... kalau tak silap saya sebelum ini Karpal Sigh ada menyatakan yang beliau dan DAP tidak bersetuju untuk menubuhkan negara Islam. Adakah itu bukan menolak Dasar PAS? (mohon maaf kalau saya tersilap information.)

Bagaimana pula seperti bijak pandai contohnya Ustazah Masyitah dan Datuk Jamil Khir Baharom yang sebelum ini sebagai pendakwah bebas boleh menyertai UMNO?
Bagi saya mungkin diaorang berniat untuk berdakwah dan memperbaiki kekurangan yang ada dalam UMNO. Bukan kah itu satu Dakwah dan niat yang murni?

Jadik disini saya berpendapat, PARTI tidak menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau pun neraka.. Tetapi amalan seseorang itu yang menentukan halanya ke syurga atau ke neraka. Sebab kita pun tahu yang menentukan Syurga dan neraka hanyalah Allah.

Cuba kita lihat kembali sejarah Nabi kita dimana beliau tidak pernah berputus asa memujuk Abdul Muttalib (datuk Nabi) memeluk islam sehinggalah Allah menyatakan pada nabi uasahlah bersedih kerana yang memberi petunjuk serta hidayah adalah Allah.

Nabi tidak pernah berputus asa.. Salah ke kalau PAS berusaha tanpa berputus asa untuk menyatukan kembali UMNO yang terdiri daripada umat beragama islam untuk bersama-sama menegakan syariat islam. Itu juga bukankah satu dakwah? Tetapi mengapa masih mahu bergabung dengan DAP dan PKR.

Mungkin hari ini UMNO berkeras untuk tidak ikut PAS. Saya yakin Allah akan membantu PAS seandainya PAS tidak berputus asa untuk berdakwah kepada mereka. Bukan kah dengan usaha yang tidak putus Allah menyukainya..

Saya sebenarnya rasa agak sedih melihat kita umat islam asyik bertelagah dalam masa yang sama musuh-musuh kita gembira melihat kita sambil ketawa.

hamdan said...

betul. kita semua bersedih melihat umat islam asyik bertelagah. tapi nak buat macamana, kita hidup di zaman ini, yakni zaman umat2 islam bagaikan buih2.

(saya ingin betulkan, nabi bukan berdakwah kepada datuk baginda abdul muttalib. tetapi bapa saudaranya, abu talib.)

PAS tak pernah berputus asa untuk berdakwah kpd umno. tetapi strateginya mestilah berbeza2. jika dulu strategi menyertai kerajaan campuran dgn umno gagal, takkan mahu mengulangi strategi itu lagi? org yg beriman takkan terjatuh ke lubang yg sama dua tiga kali.

PAS ubah strategi, iaitu bersama PR. Pas bekerjasama dgn PKR dan DAP atas dasar persamaan prinsip-prinsip tertentu, sepertti keadilan dan menentang penalahgunaan kuasa. adapun dasar PAS yakni berteraskan al-quran dan sunnah tidak sekali2 diketepikan.

Memang benar, dasar DAP sangat bertentangan dgn dasar Pas. Orang2 yg tidak suka Pas bekerjasama dgn Dap selalu menghujahkan isu karpal menolak negara Islam.

Ya, Karpal dan Dap pernah menolak negara Islam. tapi itu cerita dulu. Pas pon tidak bekerjasama dgn Dap ketika itu. DAP pernah keluar dari Barisan Alternatif kerana tidak setuju dgn dasar pas, fine, DAP boleh keluar, kerana PAS tidak berganjak dgn dasar Islamnya.

Tetapi dalam PR kali ini, DAP mula nampak keadilan Islam. Mereka merasakan Islam yg ditunjukkan oleh PAS berbeza dgn Islam yg mereka nampak pada Umno. sekarang DAP sudah mula jinak dgn dasar Pas walaupun tidak menyokong sepenuhnya. DAP tidak keras menentang seperti sebelumnya. bila dah saling dekat mendekatai, saling faham memahami, ketika itu dakwah lebih mudah meresapi, berbanding dakwah secara penentangan. dakwah secara aman lebih baik dripada dakwah secara berperang.

berbeza dgn umno, ketika pas berbaik dgn umno dulu, dakwah tidak dapat meresapi kerana umno memang tidak berminat, malah ditendangnya pas keluar.

Pas masih berusaha berdakwah dalam PR. hidayah adalah milik Allah. Kita mahu orang22 bukan Islam dlm DAP dan PKR menghormati dan tunduk kpd politik Islam. tetapi kita tak paksa mereka memeluk Islam, kerana tiada paksaan untuk mereka memeluk Islam.

Cumanya, Umno and the gang tidak nampak usaha dakwah Pas, kerana Umno sememangnya parti yg tidak ikhlas. Nak diajak Pas bersatu dgn Umno pun pada masa yg sama menghentam Pas, pukul2 curi... siapalah yg nak bersatu kalau mcm tu :)

Umno dan Pas boleh bersatu, tetapi mestilah atas dasar al-Quran dan as-Sunnah.

tentang Datuk Jamil khir, ustazah masyitah masuk umno, itu perkara biasa. itu diorang punya hal. dua orang itu sahaja kah berjuang untuk pulihkan umno dari dalam? sedangkan sebelum2 itu sudah ramai orang2 agama dlm umno, tak mampu juga ubah umno, malah sebuah parti islam juga pernah bersama umno untuk dakwah, umno tendang...inikan pula dua orang itu? moga-moga Allah bg kekuatan kpd mereka berdua...

Ũ