Perdana Menteri mahu masjid menjadi institusi yang diminati oleh semua golongan umat Islam, baik tua mahupun muda. Katanya, masjid perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat umat Islam untuk meingimarahkannya.
Saranan PM itu sangat baik dan sangat perlu diambil perhatian, kerana pendidikan masyarakat sesuatu qariah itu dapat dilakukan di masjid. Pentarbiayahan sangat penting masa ini kerana pelbagai penyakit kronik masyarakat dapat disaksikan oleg kita semua. Remaja dengan gejala sosialnya, orang dewasa dengan skandalnya, korporat dengan rasuahnya, pemimpin dengan salah-guna kuasanya dan sebaginya adalah berpunca daripada hati mereka yang tidak berminat ke masjid.
Pelbagai langkah untuk menarik minat masyarakat kepada masjid boleh dilaksanakan jika institusi masjid diperkasa. Fungsi imam-imam yang dilantik juga mesti diperkasa juga. Bukan imam yang sekadar mengimami solat, membaca khutbah , kematian dan urusan nikah-kawin semata-mata. Fungsi imam mesti lebih luas daripada itu, dan perlantikan imam mestilah berdasarkan kredibiliti, keilmuan dan tawadhuk serta bertenaga.
Seboleh-bolehnya, para imam diberi elaun yang lebih besar sebagai pendapatan tetapnya untuk mengurus dan mentadbir urusan anak qariah dengan tumuan yang sepenuhnyatanpa perlu memikirkan pekerjaan lain. Imam-imam yang diberi elaun ini wajib merangka program-program yang boleh membantu pengimarahan masjid. Kuasa imam sewajarnya tidak diganggu-gugat oleh JKKK. Malangnya, kelibat JKKK sering menghantui imam-imam. Bahkan JKKK bukan sahaja menganggu kebebasan imam, malah pegawai daerah pun terpaksa akur dengan 'kuasa' JKKK.(?)
Dan setiap program-program masjid tidak wajar disekat. Penceramah-penceramah jemputan tidak harus disenarai hitam jika isi ceramahnya tidak memuaskan perut usus kerajaan. Malah isi kandungan khutbah juga tidak perlu ditapis dengan penapisan politik. Kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu umat Islam mestilah dicetuskan supaya mereka tidak terus lalai.
Jika kerajaan terus dengan bersikap mencantas imam-imam dan jawantan kuasa masjid mengikut nafsu politik mereka, sia-sialah masjid-masjid yang indah terbina. Sia-sialah saranan PM. Rugilah umat Islam.
Masjid perlu jadi institusi yang diminati - PM
KUALA LUMPUR 15 April — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata masjid perlu menjadi institusi yang penting dan dapat menarik minat umat Islam mengunjunginya dengan mengadakan pelbagai aktiviti.
Perdana Menteri berkata penekanan harus diberi bahawa masjid bukan hanya tempat untuk mengerjakan ibadah, sebaliknya digunakan oleh umat Islam bagi menganjurkan pelbagai kegiatan lain yang ada hubung kait dengan agama dan pada masa yang sama menjaga kesucian masjid sebagai tempat ibadah.
"Saya juga mahu masjid menjadi tempat yang memberi ketenteraman kepada yang mengunjunginya oleh itu banyak yang perlu diusahakan agar fungsi masjid menjadi lebih baik. Masjid juga tidak harus menjadi tarikan hanya kepada orang tua sahaja...kita tidak mahu masjid menjadi tempat yang dijauhi oleh golongan muda,” katanya.
Abdullah berkata aspek penyelenggaraan perlu diberi perhatian berat oleh pihak pengurusan masjid bagi memastikan persekitarannya sentiasa terpelihara.
“Tidak semestinya masjid baru sahaja nak bersih...saya lihat Masjidil Haram yang sudah lama didirikan, tetapi keadaannya sentiasa bersih dan memberi ketenangan,” katanya ketika merasmikan Multaqa Imam-Imam Masjid seluruh negara, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Persekutuan di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment