© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, March 31, 2008

Mesej untuk diriku sendiri


Satu malam + sedikit waktu pagi aku menyiapkan powerpoint untuk viva FYP aku. Tunggang-langgang atau tidak, aku belum dapat pastikan. Biarlah aku bawa jumpa Prof Hanafi dulu. Aku tahu banyak salah. Kalau aku baiki pun belum tentu dapat betul sepenuhnya. So, lebih baik aku bawa saja kesalahan-kesalahan ini kepada Prof sebab masa dah suntuk. Anytime saja jika Dr Azlan suruh aku berviva, aku terpaksa menurut perintah. jika tidak, bila lagi?

Sudah lah aku ini berserabut dengan tempat LI aku yang aku belum confirm lagi sebab ada tanda KIV pada nama aku dalam senarai LI. Aku tak tergerak untuk berjumpa Dr Cheong lagi, sebab aku terjerut dengan powerpoint viva, tugasan Die Dr Zul dan Dr Azhar dan minggu depan final exam yang aku masih belum intai-intai lagi untuk study. Semua ini memberikan aku tekanan 2.2 Pascal. Sikit saja tekanan tu, tapi membuatkan aku seperti tak tahu hendak buat apa. CPU usage kepla otak aku memang tinggi dah walaupun otak aku diciptakan lebih hebat daripada Intel Core 2 Duo. Sebab itulah aku sempat menaip blog usang aku ini, sebab dah tak tahu nak buat apa. Semua serba tak kena. Tapi, aku masih boleh senyum, sebab senyum itu boleh mengurangkan tekanan, dan juga sedekah yang paling mudah.

Masa susah begini lah baru aku nak ingat kepada ALLAH. Masa senang, entah la aku ingat atau tidak. Oh ALLAH... maafkan aku. Ampuni dosa-dosa aku. Aku sering lalai dari mengingati-Mu. Aku tahu, Engkau beri aku sedikit kesusahan ini adalah untuk membuatkan aku ingat kepada-Mu. Ampuni aku, Ya ALLAH. Hamba-Mu ini ingin sekali lagi memohon rahmat-Mu dan pertolongan-Mu.

Pada masa yang sama juga, iblis cuba mencucuk jarumnya dalam sanubariku agar menjadi malas, putus asa dan seumpamanya. Cis, memang dasar iblis, tak boleh tengok orang susah, nak je dia ambil peluang sesatkan aku! Aku mohon perlindungan-Mu ya ALLAH dari tipudaya Iblis. Jadikan aku hamba-Mu yang ikhlas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang ikhlas kepada-Mu sahaja tidak akan diganggu iblis....

ALLAHumma Aghitsna... ALLAHumma Unshurna....
Ya Sa~mi'a kulli najwa~
Ya Muntaha~ kulli syakwa~
Nas-aluka an tarhamana
Nas-aluka minan Najihin...

اللهم إنا نسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنا إلى حبك
Ya Allah, kami memohon cinta-Mu
dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu
dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu

No comments:

Ũ