© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, March 21, 2008

Mencari Jebat Derhaka

Umum semua kita mengetahui cerita lagenda penderhakaan Hang Jebat di dalam sejarah kesultanan negeri Melaka. Beliau di anggap pengkhianat kerana melawan sultan dan merampas takhta. Akhirnya beliau di bunuh sendiri oleh orang yang beliau kasihi dan yang beliau perjuangkan iaitu Hang Tuah.


Kalau di lihat cerita awalnya Hang Jebat bukanlah seorang yang jahat atau berniat untuk melawan sultan. Malah beliau dan rakan-rakannya yang lain termasuk Hang Tuah telah berjaya berbakti kepada sultan dengan mempertahankan bumi Melaka dari di jajah sehinggakan mereka berlima di gelar pahlawan atau dahulunya di panggil Laksamana. Saya yakin tidak terlintas di hati dan firkiran beliau untuk membunuh orang ramai, apatah lagi mendurhaka kepada Sultan yang dahulunya memang di junjung oleh beliau sendiri dan rakyat lain. Lebih jauh lagi untuk menghalau Baginda dan seterusnya menduduki istana raja yang berdaulat itu.

Namun ftnah yang dikenakan keatas Hang Tuah benar-benar telah mencabar kesabaran beliau. Kasihnya kepada Tuah tidak terhingga dan atas sebab itu berita pembunuhan Tuah yang sampai kepada beliau ibarat badai besar yang melanda bumi Melaka ketika itu. Perasaan kasihnya menyebabkan tekanan yang tidak terhingga sehingga beliau sanggup melampaui segala peraturan dan adat istiadat perundangan Melayu ketika itu untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku kepada Tuah. Sukar untuk di percayai bagaimana seorang panglima yang begitu taat setia kepada Sultan dan sanggup mati kerananya tetapi akhirnya sanggup pula mendurhaka. Memang Jebat mempunyai dua karekter yang extreme. Sekali taat sepenuhnya tetapi di lain waktu merampas kekuasaan. Mungkin inilah yang di katakan ”The Power of Love”.

Cerita Hang Jebat ini boleh di analisa dari berbagai perspektif. Saya ingin melihat dari perspektif bahawa, kenapa Jebat sanggup menduharka dan meletakkan nyawanya sebagai ganti ?

1. Kalau di lihat dari filem dan buku yang di tulis, Jebat sebenarnya mempunyai tekanan perasaan yang sangat mendalam. Kesedihannya diatas kematian Tuah telah menyebabkan beliau menangis siang dan malam. Perasaan itu tidak dapat lagi di kawal dengan fikiran yang rasional dan akhirnya berlakulah apa yang kita semua ketahui. Itu tekanan yang lahir dari kasih seorang manusia kepada manusia lain, maka tidak hairanlah kalau para sahabat sanggup mempertahankan R saw sehingga menyabung nyawa kerana asasnya lebih besar dan lagi mulia iaitu cinta kerana agama. Inilah yang di panggil The Power of Ukhuwwah.

2. Jebat boleh saja memilih jalan untuk terus menangis dan merundung nasib malang yang menimpa Tuah. Beliau boleh menyepikan diri dan meninggalkan tugas sebagai Laksamana. Tetapi Jebat bertindak sebaliknya dan menghadapi peristiwa itu sebagai seorang pahlawan yang berpantang mati sebelum ajal. Masaalah yang di alami di hadapi dengan penuh keberanian tanpa mengaku kalah. Beliau tidak undur tetapi terus maju, (walaupun mungkin ramai yang tidak setuju dengan pendekatan beliau). Malangnya hari ini berapa ramai di antara kita yang menghadapai berbagai masaalah samaada di dalam pekerjaaan maupun dalam dakwah tidak menghadapinya sebagai pejuang. Selalunya apabila bertembung masaalah dakwah dan pekerjaan, kerja dakwahlah yang menjadi mangsa.

3. Yang lebih mengkagumkan lagi ialah hasil dari tekanan perasaan ini telah mengeluarkan segala potensi yang ada pada Jebat sehingga tidak ada seorangpun panglima di Melaka yang berupaya mengalahkan beliau. Hatta seluruh warga istana, termasuk sultan dan hulubalang-hulubalang lain terpaksa keluar dari istana menyembunyikan diri. Ini sungguh luarbiasa. Jebat telah menggunakan segala kehebatan dan keupayaannya untuk bermaharajalela. Masalah yang ada memberi peluang untuk Jebat mengeluarkan kemampuannya yang sebenar yang selama ini mungkin beliau sendiri tidak jangkakan. Potensi diri ini hanya keluar bila manusia menghadapi tekanan. Ertinya apabila kita lari dari masaalah sebenarnya kita mematikan potensi yang ada dalam diri.

Mungkinkah dapat ku ketemui Jebat di zaman ini ? Aku masih mencari.............????

No comments:

Ũ