© The Mhakk Studio

Friday, March 21, 2008

Mungkinkah ini salah satu sebab Idris Jusoh tidak disukai Istana?

Kemelut perlantikan MB terengganu, mungkinkah kenyataan di bawah ini menjadi salah satu fator Istana tidak suka kepada Idris Jusoh?

Baca petikan dari sebuah akhbar web:

Sebuah siaran yang disebarluas di Terengganu dua minggu lalu memetik kata seorang yang dikatakan sering mengiringi Tuanku Sultan dalam majlis-majlis bersama Idris. Beliau terkejut mendengar cara Idris berbahasa dengan Tuanku Sultan.

"Saya pelik dan terkejut apabila mendengar Dato' Idris menggunakan bahasa "I" "You" apabila bercakap dengan Tuanku.... saya tak pernah dengar cara perbualan seperti itu. Malah Dato' Seri Haji Hadi yang warak dan disanjung-sanjung sebagai Tuan Guru serta dihormati oleh Tuanku pun membahasakan dirinya "patik" dan membahasakan Tuanku Sultan sebagai "Tuanku�. Ini Dato' Idris bercakap dengan Tuanku "I" "You", "I" "You"... Ini sungguh biadap," siaran itu memetik kata orang tersebut.


No comments:

Ũ