© The Mhakk Studio

Friday, March 21, 2008

Kedah turunkan 30% cukai tanah


Kedah bawah kerajaan pimpinan PAS-PKR akan menurunkan tidak lebih 30% cukai tanah daripada kadar hari ini, kata menteri besarnya Azizan Abdul Razak.

“Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian,” katanya seperti laporan Bernama.

Azizan juga menghadiahkan tiket percuma kepada rakyat negeri itu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Beliau dilaporkan berkata, Kedah akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri dan jumlah potongan itu diumumkan kelak.

Beliau dilaporkan berkata, Kedah akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri dan jumlah potongan itu diumumkan kelak.

Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, Azizan antaranya berhasrat memajukan lagi industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan menambah produk pelancongan, termasuk menarik lebih ramai pengembara dari Timur Tengah.

Beliau dilaporkan berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau itu dan Kedah turut merancang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi berasingan untuk wanita dan lelaki

Ni Baru perintah Kedah, kalau perintah Malaysia, habis cukai seluruh negara turun. Tak best ke?

No comments:

Ũ