© The Mhakk Studio

Friday, March 21, 2008

Rangkuman berita dari Selangor

BR pastikan agihan dinikmati semua golongan
DENGAN status sebagai sebuah negeri maju, Barisan Rakyat (BR) Selangor akan memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menikmati hasil kekayaan negeri. Sehubungan itu, BR Selangor akan meneliti dan memperhalusi dari segala aspek bagi pengagihan kekayaan hasil negeri agar ia dapat di nikmati oleh semua golongan di negeri ini.

Isu tanah perkuburan Islam Kota Damansara selesai
KOTA DAMANSARA - Isu yang membabitkan tanah perkuburan Islam di Seksyen 9 di sini selesai apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir Hashim memberi jaminan tanah perkuburan tersebut tidak akan diganggu oleh mana-mana pihak. Isu ini timbul ekoran dakwaan pihak tertentu yang menyatakan tanah perkuburan seluas 50 ekar berkenaan terpaksa dipindahkan kerana menjadi dasar kerajaan baru yang mahu mengekalkan hutan simpan dan ekosistem hutan simpan Sungai Buloh.

Pejabat JKKK di Selangor tiada masalah
SELAYANG - Isu peralatan dan barang yang dibawa keluar dari Pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seperti diperkatakan di Kedah dan Pulau Pinang oleh media semalam tidak berlaku di Selangor. Penghulu Mukim Batu, Zamani Mohd Karulani berkata, isu berkenaan tidak berlaku khususnya di Mukim Batu berikutan tiada peruntukan khas daripada kerajaan negeri untuk membeli aset pejabat JKKK.

Ruang solat di pasar malam - Hassan Ali
GOMBAK UTARA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hassan Ali mencadangkan supaya ruang solat dapat disediakan di pasar-pasar malam sekitar Gombak Setia di sini semalam. Beliau berkata, ia bertujuan supaya umat Islam, sama ada penjual mahupun pembeli tidak menghadapi masalah dan tiada alasan untuk meninggalkan solat yang wajib ke atas mereka.

klpos.com

No comments:

Ũ