Maka tersebutlah suatu kisah yang tercatat dalam al-Quran, yang di grade kan oleh ALLAH sebagai kisah terbaik (Ahsanal-Qasas). Kisah bagaimana Nabi Yusuf sewaktu kecilnya menceritakan sebuah mimpi yang unik kepada bapanya. Lalu bapanya Nabi Ya'qub menasihatinya supaya tidak diceritakan kepada saudara-saudaranya yang lain kerana bimbang provokasi mereka akibat sifat iri hati dan hasutan syaitan.
-
Namun, taqdir ALLAH jua, saudara-saudara Yusuf a.s tetap irihati kepadanya dek lebihnya kasih sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf. Ditambah lagi dengan jarum-jarum hasad yang ditusuk syaitan, akhirnya mereka semua berkonspirasi untuk memisahkah Yusuf a.s dari bapa mereka.
-
Konspirasi mereka berjaya. Dengan meninggalkan Yusuf dalam sebuah telaga, mereka memberitakan kepada bapa mereka yang Yusuf telah dimakan dek serigala. Tipu daya dan konspirasi mereka telah berjaya memisahkan Yusuf dari bapa mereka. Berdukacita dan menangislah Nabi Ya'qub sehingga buta matanya.
-
Namun setelah kurang lebih 40 tahun berlalu, para konspirator serta penyokong dan pengampu mereka akhirnya berdepan dengan kebenaran. Konspirasi yang mereka aturkan itu akhirnya didedahkan, dan mereka mengakui kesilapan mereka akhirnya. Mereka mengakui kesilapan dan rancangan kosnpirasi mereka di depan Nabi Ya'qub, dan Nabi Yusuf a.s yang ketika itu sebagai pembesar Mesir!
-
Hari ini, dalam negara kita, semua orang sedia maklum mengenai konspirasi politik terhadap DS Anwar Ibrahim. Al-Kisahnya 10 tahun lalu, cerita mengenai salah-laku dan skandal DSAI seolah-olah benar-benar berlaku. Liciknya para konspirator dan pengampu-pengampunya memanipulasi media untuk mengaburi pemikiran rakyat - sebagaimana saudara-saudara Yusuf cuba mengaburi bapa mereka dengan membawa baju Yusuf bersalut darah palsu.
-
10 tahun sudah berlalu. Kini DSAI yang pernah merengkok dalam penjara kembali ke pentas politik dan kini sebagai Ketua Pembangkang di parlimen. Nabi Yusuf juga pernah dipenjara dan akhirnya keluar sebagai menteri pada masa itu. Selangkah lagi DSAI akan mengambil-alih kepimpinan negara - sebagai Perdana Menteri. Jika hal ini terjadi, DSAI akan menjadi pembesar Malaysia sebagaimana Yusuf menjadi pembesar Mesir. Ketika itu mungkin akan melututlah semua konspirator mengakui kesilapan mereka 10 tahun dahulu!
-
No comments:
Post a Comment