© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, September 9, 2008

Bagaimana cara kita berfikir tentang Islam?


ALLAH Tuhan kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran panduan kami
Jihad Jalan kami
Mati di jalan ALLAH cita tertinggi kami...
-
Begitulah lafaz kita sebagai seorang Muslim, pejuang Islam, penggerak Islam, Mahasiswa Islam yang berintima' dengan Lailaha illaLLAH.
-
1) Jika kita tanya kepada sesiapa sahaja yang mengaku Muslim, pasti dia akan mengaku ALLAH adalah Tuhannya. Rasul, Nabi Muhammad adalah contoh ikutan yang semestinya diteladani. Al-Quran adalah panduan hidupnya.
-
2) Dalam kehidupan kita hari ini, bagaimana kita merealisasikan lafaz-lafaz tersebut? Bagaimanakah caranya kita memahami ungkapan tersebut? Adakah sekadar sedap dilagukan sahaja? Atau sekadar jawapan skema jika soalan berkaitan ditanya?
-
3) Sebagai seorang Islam, maka wajib kita fahami tujuan dan tugas sebenar mengapa kita beragama Islam. Sudah tentu kita sedar dan faham, Islam sama sekali tidak sama dengan sebarang Fahaman lain, sebarang ideologi lain dan tidak juga boleh disamakan dengan mana-mana sistem kehidupan.

4) Islam itu tinggi, tiada yang mengatasi ketinggiannya. Kita tahu itu semua dan kita yakin dengan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Kita akan marah jika Islam dihina.
-
5) Namun berapa ramaikah antara kita yang sedar bahawa Islam tidak sempit seperti yang kita fahami? Adakah kita yakin keIslaman kita sudah ditahap yang baik dengan hanya kita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, dan berzikir sahaja? Cukupkah Islam kita dengan hanya beriktikaf dalam masjid sahaja?
-
6) Cuba kita amati betul-betul bait-bait lafaz di atas. Apakah maksud sebenar kita mengakui ALLAH sebagai Tuhan kita? Kita faham tugas kita adalah sebagai Khalifah di muka-bumi. Mentadbir bumi. Adakah tugas khalifah hanya berkisar tentang fikir dan zikir sahaja? Tugas khalifah hanya solat dan puasa sahaja? Lebih malang, apakah tugas khalifah hanya untuk menjadi doktor, jurutera dan sebagainya?
-
7) Rasul sebagai ikutan. Kita yang faham selalu sebutkan betapa cintanya kita kepada RasuluLLAH. Selalu kita berebut-rebut mahu mengamalkan sunnah baginda. Serbannya, jubahnya, kurmanya, janggutnya, dan seumpamanya. Apakah itu itu syarat untuk menunjukkan cinta kita kepada RasuluLLAH? Adakah semakin panjang janggutnya, maka semakin mendalamnya cinta kepada RasuluLLAH? Semakin banyak kurma yang kita telan, semakin dan semakin... Dengan itu kita sudah cinta tahap dewa kepada Rasul, sedangkan kita meninggalkan Sunnah yang paling besar - menegakkan Daulah Islamiyyah, negara Islam.
-
8) Al-Quran selalu kita anggap sebagai panduan. Panduan bagaimana? Cuba renung dalam masa satu hari, berapa peratuskah isi kandungan al-Quran kita turuti? Setiap gerak kerja kita, ikut al-Quran? ikut Sunnah? 
-
9) Mahu berjihad? Bagaimana kita boleh berjihad jika hanya terperuk dalam bilik berdepan dengan internet dan permainan game komputer? Berjihad untuk apa jika hari-hari lalai dengan bola sepak sehingga dapat hafal nama-nama pemain bola sepak, jurulatih malah siap ingat nama 'budak milo' aka 'barua padang'? Mahu berjihad hanya dengan zikir dan fikir?
-
10) Mati Syahid menjadi idaman. Ada berani? Cakap saja. Kita serupa. Dengar cerita pasal mati syahid dengan segala keistimewaannya, kita teruja. Tapi fikir-fikir balik, aiii muda lagi ehhh. Takut. Tapi mati itu pasti. Terpulang kita yang mencorakkan kematian kita. Bagaimana mahu mati syahid jika rutin harian kita langsung tak ada ciri-ciri untuk mati syahid...
-
11) Aduhai diriku dan rakan-rakan mahasiswa. Marilah kita duduk diam-diam, renung sebentar. Cukupkah amalan kita untuk mengharap redha ALLAH. Atau kita terlalu optimis untuk ke Syurga-Nya? 
-
12) Betulkan minda kita. Tugas utama kita adalah untuk kembali meletakkan Islam ditempat yang sebenarnya tinggi. Jika kita malas dan enggan, ALLAH akan serahkah tugas ini kepada kaum lain sedangkan kita akan mendapat kerugian di sisi ALLAH.
-
13) Sunnah nabi yang paling besar bukan kurma, bukan janggut, bukan serban, tetapi mendaulatkan sebuah Negara Islam. Itulah sunnah Rasul. Rasul diwafatkan setelah sunnah mewujudkan negara Islam tercapai. Sunnah mewujudkan negara Islam dipandu oleh al-Quran. Sunnah mewujudkan negara Islam memerlukan jihad yang berterusan. Sunnah mendirikan negara Islam dan menegakkan kalimah ALLAH menggamit kita untuk menjadi Syahid.
-
14) Ingatlah wahai aku dan rakan-rakanku... bukalah minda daripada pemikiran akademik yang sempit yang hanya mementingkan pointer yang tinggi tanpa berfikir untuk kemenangan Islam. Jauhilah minda perkauman yang sempit kepada luasnya ukhuwwah Islam. Hindarilah perkara lagha dan lalai yang keterlaluan sehingga kita diperbodohkan oleh dunia.
-
15) Berhiaslah fizikal kita agar handsome, kacak dan cantik. Hiasilah akhlak kita dengan akhlak mulia. Mulakan langkah kita ikhlas kerana ALLAH, kita mahasiswa Islam adalah harapan umat ini . Walau apa bidang sekalipun kita ceburi, kita akan bela Islam. Jangan hanya sekadar berazam. Sekarang bukan zaman berazam, tetapi zaman bertindak segera.
-
p/s: apa tajuk yang sesuai untuk artikel ini?

No comments:

Ũ