© The Mhakk Studio

Thursday, September 11, 2008

Tahun Melawat Taiwan...?

Kepada mahasiswa yang belajar bab pertanian, kumpullah duit banyak-banyak, nanti sambung mengaji di Taiwan... 

-

Kira-kira 40 orang ahli Parlimen BN buat lawatan sambil belajar di Taiwan.

-

Katanya untuk menimba ilmu berkaitan teknologi pertanian.

(kenapa hantar ahli parlimen, bukan pegawai atau ahli-ahli dalam bidang pertanian? )

-

Dimaklumkan Taiwan tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia.

-

Pada masa yang sama DSAI terus mengasak Kerajaan BN dengan tarikh 16 September sebagai tarikh Ahli-ahli PArlimen BN lompat ke Pakatan Rakyat.

-

Pak Lah kata lawatan ke Taiwan tiada kena mengena dengan perancangan DSAI.

-

Wartawan-wartawan asing tertumpu di Taiwan untuk membuat liputan mengenai kemelut politik Malaysia...liputan mengenai drama serangan psikologi DSAI terhadap kerajaan BN...., drama penculikan ahli-ahli parlimen BN yang dikhuatiri melompat, ke Taiwan.... 

-

kenapa Taiwan? tak pasal-pasal Taiwan jadi tumpuan disebabkan kemelut politik Malaysia.

-

Habis lah... sekali pandang, permainan politik Malaysia sangat kelakar! Seluruh dunia tertawa. Mungkin berita lucu ini dimuatkan dalam akhbar-akhbar mereka - dalam ruang seakn-akan "Macam-macam" dan "senyum kambing".

No comments:

Ũ