© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, September 2, 2008

Ulama tidak boleh memihak?

Satu tajuk dalam akhbar UtusanOnline, "Ulama tidak boleh bersikap memihak"

-

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Ulama tidak boleh dilihat bersikap memihak kepada mana-mana golongan melalui kata-kata mereka kerana pengaruhnya yang kerap-kali ditafsirkan sebagai fatwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 
-
``Jika ulama tersalah cakap maka ia akan dilihat sebagai fatwa yang salah. Fatwa yang salah, boleh membawa kepada implikasi yang kurang sihat,'' katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama ulama dan umarak seluruh Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta di sini hari ini. - UtusanOnline.

-

Pendapat saya agak berbeza dengan pak menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi saya, ulama mestilah memihak kepada Islam, dan pihak yang berkompromi dengan Islam. Ulamak tidak sewajarnya berkompromi dengan pihak yang membenci Islam dan pihak yang memusuhi Islam, samada dalam kalangan umat Islam sendiri dan juga orang-orang Kafir yang jelas memusuhi Islam.

-

Dalam negara kita, fatwa dikeluarkan oleh Mufti dan majlis Fatwa. Bukan sebarangan ulama boleh mengeluarkan fatwa. Kata-kata ulama selalunya dijadikan rujukan, kerana ulama adalah pembimbing umat setelah kewafatan Nabi. Ulama tidak akan sekali-kali mengeluarkan kenyataan ataupun 'fatwa' yang boleh membawa kepada implikasi buruk. Ulama bercakap berdasarkan ilmu dan taqwanya kerana al-quran mengiktiraf ulama yang takut hanya kepada ALLAH.

-

Sedikit persoalan yang timbul, apakah kenyataan pak menteri itu cuba mengaitkan penglibatan Ustaz Ramlang Porigi dalam ceramah pilihanraya PKR di Permatang Pauh - bagi menjelaskan kedudukan sebenar beliau dalam kes sumpah Saiful - yang dilihat sebagai beliau memihak kepada parti itu(?). Saya tidak tahu, cuma membuat telahan sahaja, kerana perjumpaan ulama dan umarak itu dibuat di Masjid Wilayah - tempat Ustaz Ramlang bertugas.

-

Umarak tidak sewajarnya mengongkong ulama. Sebenarnya, ulama lah yang perlu bertanggungjawab membuat dasar negara, umarak adalah pelaksana kepada dasar. Peranan ulama dalam negara kita disempitkan hanya kepada hal ehwal yang sempit, yang melibatkan masjid, nikah kahwin, cerai, harta pusaka dan sebagainya, padahal, memimpin negara juga adalah tugas ulama.

-

Lihat sahaja bagaimana di Indonesia suatu ketika dahulu - ketika dijajah Belanda, kemudian para ulamanya bergabung menggerakkan rakyat dan akhirnya berjaya mengusir penjajah Belanda. Rakyat digerakkan oleh ulama. Kemudian setelah merdeka dari Belanda, para ulama kembali ke pondok masing-masing, dan mengabaikan aspek pemerintahan. Pemerintahan negara diserahkan kepada orang-orang jahil. Akhirnya Indonesia dijajah pula oleh komunisme. Indonesia yang majoritinya umat Islam, diperintah oleh rejim komunis dan sosialis, akibat ulama tidak mengambil tampuk pemerintahan selepas pengusiran Belanda.

-

Kepimpinan ulama adalah sangat diperlukan dalam negara kita untuk menyelamatkan negara daripada rosak. 

2 comments:

Anonymous said...

entah la....kepimpinan ulamak skrg tak macam dulu...macam nah dptkan kuaca drpd nak tegakkan islam.....

Anonymous said...

ni meme sekularisasi.
memisahkan agama dari urusan khdupan dan pentadbiran.
kalau ulama' xmasuk campur, xmnegaskn dan mengingatkn kmbali mane haram halalnya, mne salah btolnye, maka akan blaku lah skecil2 kes smpi kes2 yg mengaibkan bgitu. alahai..kesian btol la. jangan berlaku hipokrit la.. kalu xnak ISLAM diamalkan menyeluruh, terang2 cakapp pemansuhan dan penafian pandangan jumhur ulama'. kasihan..umat ISLAM di Malaysia dimomokkan dengan pemikiran sempit dan dangkal dari pemimpin2 sebegini. alangkah malunya berada dibawah kepimpinan yang mengaku ini negara ISLAM, tapi berfikiran cetek dan dangkal dalam menerima teguran dan perlaksanaan ISLAM dalam seluruh sistem pemerintahan..

-

Ũ