49 ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar
-
KUALA LUMPUR 8 Sept. — Seramai 49 anggota Parlimen Barisan Naisonal (BN) berlepas ke Taiwan hari ini bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, selain beliau sendiri, anggota rombongan terdiri daripada Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.
-
“Kami dijangka pulang ke Malaysia pada 17 atau 18 September ini,” katanya ketika dihubungi Bernama sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang di sini.
-
Ditanya mengapa Taiwan menjadi destinasi pilihan, Bung Mokhtar berkata, mereka berminat untuk menerokai teknologi baru bidang pertanian yang diamalkan di negara itu.
“Selain itu, ia dipilih kerana berdekatan dengan Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh anggota Parlimen yang terlibat.
-
Bung Mokhtar berkata, mereka berhasrat untuk mengadaptasikan segala pengetahuan yang diperoleh di Taiwan untuk membangunkan industri pertanian di kawasan Parlimen masing-masing.
-
Katanya, pihak berkuasa negara itu juga telah menyatakan persetujuan untuk membantu urusan lawatan ke tapak-tapak industri pertanian moden di sana.
Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan.
Bung Mokhtar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya lawatan itu ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 Sept ini
-
Malahan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lepas menjelaskan bahawa program lawatan itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat.
-
“Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September 16. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN,” kata Perdana Menteri.
-
— BERNAMA
-
-
Ramainya MP yang nak belajar pasal pertanian...
-
Guna perbelanjaan sendiri pula... ikhlas betul...
-
Taiwan tak ada hubungan diplomatik dengan Malaysia... pergi Thailand sudah la... kat Thailand pun canggih jugak teknologi pertaniannya. sampai sekarang Malaysia belum boleh produce 'beras Siam'...huhu...
-
Pulang pula selepas 16 September...
-
Belajar rajin-rajin yer....
-
Sengal....
-
1 comment:
uih, rjin benor le ahli parlimen ni.. anto wakil slayaknye, udoh le..ehemm...ke, sebab takut 16hb ni akn jadi pmbntukn kjaan baru, bila Pakatn Rakyat printoh,thpus la korupsi..maka xsempatlh mereka2 nk g ramai2 'lwtn bljo' d luar negara... aisey...xde diplomasi pun,ape dipeduli.. asal berlaku korups, cukuplah.. iyo yoyok oo...
Post a Comment