© The Mhakk Studio

You are being watched!

Thursday, September 4, 2008

Menjelang 16 September - Jangan terlampau taksub

Jika ditanya apakah pasti berlaku peralihan kuasa pemerintahan Malaysia pada 16 September ini, jawablah InsyaALLAH, jika diizin ALLAH. Jika ALLAH tidak izinkan, biar sejuta tokoh seperti DS Anwar pun wujud untuk membawa perubahan, perubahan itu tidak akan terjadi.

-

Malang, dan keterlaluan jika kita terlampau taksub dengan tarikh 16 September, sehingga ada yang menganggapnya tarikh keramat! Belum tentu, itu cuma perancangan. Tidak salah mengharap ia berlaku, tetati bukan menafikan taqdir. Orang-orang beriman wajib beriman dengan Qadha dan Qadar. Menafikan taqdir membahayakan aqidah.

-

Satu hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah bahawa Rasulullah saw. bersabda :


لكل أمة مجوس و مجوس هذه الأمة الذين يقولون لا قدر . من مات منهم فلا تشهدوا جنازته و من مرض منهم فلا تعودهم و هم شيعة الدجال و حق على الله أن يلحقهم بالدجال
-
Bagi tiap - tiap ummat ada majusinya . Majusi ummat ini adalah mereka yang mengatakan tiada taqdir ( ketentuan Ilahi ) . Sesiapa yang mati dari kalangan mereka , jangan kamu hadhiri jenazahnya dan siapa yang sakit dari kalangan mereka jangan kamu lawati mereka . Mereka adalah kaum dajjal . dan sememangnya ada hak bagi Allah menghubungkan mereka dengan dajjal .
Riwayat Abu Daud ( Sunan Abu Daud : 4/222 )

-

16 Sept satu dateline.

-
Mengambil dan meletak tarikh 16 sept sebagai satu dateline untuk melengkap format tindakan atau usaha ikhtiar kita ke arah membentuk kerajaan baru adalah suatu yang dibenarkan , tetapi jika ia dianggap satu tarikh keramat yang pasti akan menyaksikan berlakunya perubahan kerajaan sebagaimana ianya diyakini oleh sebahagian , maka ianya boleh menjejaskan aqidah lantara kita telah mendahului taqdir Ilahi .

-

Sesuatu yang belum berlaku mesti kita sandarkan kepada Qadar ( ketentuan ) Allah sebagaimana kita mesti pula menyandarkan sesuatu yang telah berlaku kepada Qadha' ( perlaksanaan ) Allah swt. Demikian murninya tauhid seorang yang beriman kepada Allah swt.

-

Faktor Dato' Seri Anwar.

-
Nama Dato' Seri Anwar Ibrahim kian harum dan mekar dihati rakyat selari dengan harapan mereka yang mahukan UMNO dan BN tumbang tergadah membaham lumpur hanyir sepadan kekejian dan kemungkaran yang pernah mereka lakukan selama ini. Namanya dijulang dan disebut merata tempat. Dada akhbar pastinya tidak ketinggalan merakam pelbagai aksi Dato' Seri Anwar , termasuklah Harakah daily dan Harakah cetak cukup setia melaporkan setiap detik dan aksinya.
-

Bagus lah begitu . Bermula saat kemenangan beliau di Permatang Pauh , langkah di orak dengan penuh gaya ke pintu Parlimen dan seterusnya ke Putra Jaya . Saya turut mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan beliau di Permatang Pauh .

-
Namun saya juga ingin mengingatkan semua agar kita tetap bersederhana dalam mengkagumi Dato' Seri Anwar Ibrahim yang tidak saya sangkal akan kewibawaannya. Cuma keterlaluan itu adalah sangat tidak baik dalam jua pekerjaan kita .

-
Saiyidina Omar al Khattab rha. sewaktu baginda menjadi Amirul Mukminin , pernah memecat Saiyidina Khalid al Walid yang sedang berperang di medan tanpa sebarang salah mahupun silap , malah Saiyidina Khalid mempunyai track rekod yang cemerlang di medan perang. Sering pulang membawa kemenangan .
-

Tindakan Saiyidina Omar al Khattab dipertikai oleh para sahabat Rhm. yang lain tetapi akhirnya dijelaskan oleh baginda Amirul Mukminin bahawa tindakannya adalah berasaskan rasa bimbang akan tergugatnya aqidah para sahabat kerana terlalu mengkagumi Saiyidina Khalid yang terlalu hebat di medan sehingga dianggap punca kemenangan . ( sedang aqidah para sahabat tentu sahaja hebat dan mantap tanpa ragu ). Baginda bimbang kekaguman itu membawa syirik sehingga lupa bahawa kemenangan adalah ketentuan Allah swt.

-
Dato' Seri Anwar adalah figure malah beliau juga adalah seorang pemimpin yang bergerak dibawah tadbir dan taqdir Ilahi .

-
Yang penting bukan 16 sept , tetapi perjuangan yang istiqamah dan ikhlas untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi tercinta. Jika Allah swt mentaqdirkan 16 sept sebagai detik kemenangan , alhamdulillah ianya menjadi ujian besar dari Allah untuk terus menguji hambaNya , apakah kita termasuk dikalangan hambaNya yang bersyukur atau sebaliknya kufur wal'iyazubillah .
-
[Keterangan lanjut sila layari blog Ustaz Nasruddin at-Tantawi]

No comments:

Ũ