Esok 09 September 2008. Tarikh itu tak ada yang istimewa jika dibanding dengan 16 September yang ligat diperkatakan akhir-akhir ini.
-
09 September sedikit sebanyak mengingatkan diriku ini bahawa semakin hari, ajalku semakin hampir. 09-09-09 tahun depan adalah Jubli Perak hidupku di dunia sekiranya umurku dipanjangkan-Nya. Namun, jika direnungkan semula, apakah sumbangan aku terhadap Islam - membuatkan aku sedih. Saban hari aku dilaghakan dengan dunia. Sekali aku insaf, sepuluh kali pula syaitan akan buat counter attack yang cuba memadam keinsafan. Lemahnya diriku ini.
-
Ramadhan - syaitan dibelenggu. Terasa sedikit lega daripada gangguang makhluk yang tidak kenal erti give up itu, tetapi kedegilan hawa nafsu yang 11 bulan lain diasuh syaitan sangat menyukarkan. Semoga sahabat-sahabat sekalian dapat membantu aku ini yang entah apa-apa...
-
Tentang 16 September ini, kita tunggu dan lihat. Jangan terlalu taksub. Kalau benar-benar terjadi, AlhamduliLLAH... kalau tidak menjadi, itu adalah perancangan ALLAH jua. Selamat berpuasa pada hari ke 8..
No comments:
Post a Comment