Bagi tujuan tersebut, USM akan menandatangani memorandum persefahaman dengan International Business Machine (IBM) Malaysia Sdn. Bhd. pada hari Jumaat, 12 Ogos 2008, jam 8.45 pagi di Bilik Persidangan Canselori, Aras 6, Bangunan Canselori, USM,Pulau Pinang.
-
USM akan diwakili oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak manakala IBM pula akan diwakili oleh Pengarah Urusan IBM Malaysia Sdn, Bhd., En. Ou Shian Waei.Pengajian SSME USM ini akan ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah bermula dengan pengambilan seramai 25 orang pelajar mulai tahun hadapan.
-
Program ini akan menjurus kepada perluasan bidang pengurusan dalam dunia kerja yang lebih berorientasikan sifat teknikal khususnya dalam dunia kejuruteraan dan pengkomputeran selain industri yang melibatkan penawaran perkhidmatan kepada masyarakat. - Dipetik dari Berita USM
-
© The Mhakk Studio
Tuesday, September 16, 2008
Tidak lengkap USM tanpa Pengajian Islam
USM sudah bergelar Universiti Apeks. Canggih betul gelaran tu. Antara nak bangga dan tidak, paling penting semua warga universiti termasuk mahasiswanya perlu berlari seiringan dengan gelaran hebat itu. Tahniah.
-
Dengan gelaran bertaraf dunia itu, maka warga USM haruslah berfikiran terbuka, bebas dan rasional dalam suasana persaingan sihat. Mahasiswanya juga harus keluar dari takuk pemikiran lama, yang hanya menumpu kepada akademik semata-mata.
-
Tumpuan hanya kepada akdemik sahaja, tidak sepenuhnya menghasilkan seorang individu bergelar mahasiswa yang cemerlang. Tidak cemerlang, maka sukarlah untuk gemilang. Akan kempunanlah Perdana Menteri untuk melihat mahasiswa yang terbilang.
-
USM juga bakal mencipta satu lagi sejarah dalam pembangunan pengajian tinggi negara menerusi inisiatif penawaran program baru pengajian Sains Perkhidmatan dan Pengurusan Kejuruteraan (Service Science, Management and Engineering - SSME) yang pertama di negara ini. Sesuailah dengan ke-Apeks-an USM, program-program tersebut perlu di-islamisasikan. Diacuan mengikut cara kita, cara Islam.
-
Namun USM masih kekurangan program-program pengajian Islamik. Walaupun USM adalah universiti sains, namun program-program Islamik perlu juga diwujudkan bagi mengukuhkan lagi taraf sebagai sebuah universiti antarabangsa. Anehnya program-program seni dan kebudayaan mendapat tempat lebih daripada program pembinaan pemikiran, syakhsiah, akhlak dan jatidiri mahasiswa.
-
Jika tidak program fekah, usuluddin, syariah dan apa-apa yang seangkatan pun, sekurang-kurangnya wujud program pengurusan ekonomi Islam, falsafah perundangan Islam, pengurusan kejuruteraan dalam Islam, dan sebagainya yang boleh difikirkan bagi melahirkan graduan yang cemerlang dunia dan akhirat. Malah program-program pencambahan pemikiran Islam boleh juga dimasukkan. Sedangkan subjek Teknik Berfikir boleh diajar, yang pada hemat saya, itu adalah cara berfikir sekular dan kebaratan. Tidak dinafikan, ada kebaikannya, tetapi roh Islamnya tiada. Kita pasti tidak mahu hasilkan graduan yang sekular, tamak dan mementingkan diri semata-mata. Kita mahu graduan yang hebat, mempunyai jatidiri, rasional, kreatif dan berfikrah Islam, bermoral tinggi (bagi yang bukan Islam).
-
Mahasiswa adalah bakal mencorak masa depan negara. Bagaimana mahasiwa boleh jadi hebat? Antara cara menghebatkan seseorang individu itu, kita seharusnya dedahkannya dengan suatu yang hebat. Sebagai seorang Muslim, kita tahu tiada suatu sistem pun yang lebih hebat melainkan Islam. Aqidah kita diajar begitu. Jadi, sistem pendidikan yang mempunyai pendedahan Islamik, pasti melahirkan graduan yang cemerlang, malah terbilang.
-
Bagi mahasiswa bukan Islam, tidak salah mereka belajar dalam sistem yang menerapkan nilai-nilai Islamik dalam setiap kuliyah. Dalam kuliyah TITAS Tamadun Islam, mereka dapat sahaja belajar. Jika USM dapat menggabung-jalinkan unsur Islamik dalam setiap ilmu yang diajar, tidak mustahil praduk-produk USM, samada mahasiswa mahupun pensyarahnya, pasti dapat mengatasi kualiti mereka dari universiti-universiti lain.
-
Alangkah baiknya sekurang-kurangnya mewujudkan subjek yang dimaksudkan sebagai subjek keperluan universiti ataupun elektif. Mana tahu, suatu hari nanti Universiti Apeks USM menjadi unversiti terbilang dalam dunia. Jika ditanya apakah formulanya, dengan bangga kita boleh menjawab - Islam adalah formulanya.
-
Tahniah kepada USM atas kejayaan merangkul gelaran Universiti Apeks dan penawaran program baru pengajian Sains Perkhidmatan dan Pengurusan Kejuruteraan (Service Science, Management and Engineering - SSME) yang pertama negara.
Ditulis oleh
Aneroid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment