-
Di suatu planet, berlangsung majlis yang baik. Program mengaji quran.. orang sebut tilawah. Ada program nasyid-nasyid. Panel-panel juri pula bertaraf antarabangsa. Al-hamdulillah... program bertemakan kesenian Islam, kalau tak silap, berakhir sebentar tadi.
-
Baik. Program di Planet X tersebut yang baru selesai tadi, dikira bagus. Perjalanannya lancar. Para penggeraknya juga lincah dan tangkas bekerja untuk menjayakan majlis. Tambahan pula majlis yang berkaitan dengan Islam. Kesenian Islam.
-
Kebaikan-kebaikan program tersebut banyak. Tak perlu disebut di sini. Yalah...majlis tilawah. Ayat-ayat suci diperdengarkan. Dalam bulan Ramadhan pula, pahalanya pasti berganda. Para penggeraknya juga insyaALLAH dapat ganjaran.
-
Namun agak dikesalkan, program yang diisi dengan slot-slot yang baik itu, diakhiri dengan gejala kurang enak dipandang. Selesai saja program itu, para penggeraknya tadi yang tekun menjayakannya, dilihat bergaul bebas lelaki dan perempuan. Kalau dianalisis, roh tilawah yang dianjurkan itu tidak diserap langsung oleh beberapa kerat mereka-mereka ini.
-
Lihatlah gambar-gambar yang dikepilkan ini...
Bergambar... boleh, tapi kenapa berkepit? Kalau adik beradik, minta maaf lah...
Adakah ini output program? Tambahan pula bulan Ramadhan. Berlangsung pula di Planet X...
Ini pula gambar dua orang panel jemputan bertaraf antarabangsa... tapi tak ada orang nak beramah mesra... nak buat macamana...bertaraf antarabangsa sekalipun, kalau dah berlatar belakang ustaz atau imam... sape la yang nak...
Banyak lagi gambar. Cuma masa ini tak perlulah post banyak-banyak. Harapnya gejala tidak sihat ini dipantau untuk program-program akan datang. Ini program tilawah al-Quran pun macam ni, apa lagi kalau program lain. Buat di Planet X pula, apa lagi kalau ditempat lain. Buat pula dalam bulan mulia, apa lagi kalau bulan lain.
-
Kasihanlah panel-panel yang datang dari jauh. Kasihanilah VIP yang hadir. Mereka tidak bersalah untuk turut terpalit tempias-tempias dosa yang dilakukan beberapa kerat manusia. Tidak salah untuk rasa gembira , lega dan puas hati dengan kejayaan penganjuran tersebut. Tapi semua itu ada batas dan had nya....
-
Syabas kepada penganjur yang berjaya mengelola majlis tersebut. Mudah-mudahan dapat ambil perhatian. Kita saling bertegur-teguran. Wassalam...
-
p/s: Satu lagi pesanan penaja, lepas ni, kita ramai-ramailah datang ke Planet X untuk solat berjamaah. Bukan hanya ketika ada program besar saja... Sesungguhnya Planet X kesepian.
19 comments:
saya bersetuju dgn apa yg di tulis oleh penulis. walaupun tiada aksi yg tidak bermoral di lakukan tetapi perlakuan bercampur lelaki perempuan yg di tunjukkan pada gmbr itu sgt mendukacitakan. sepatutnya ajk sendiri patut lebih berhati2 agar perlakuan seperti ini tidak dilakukan semasa majlis yg suci seperti majlis tilawah ini. diharap penganjur2 yg akn datang mengambil berat akan perlakuan ini agar tidak diulangi lagi pada masa hadapan....walaupun begitu, syabas saya ucapkan kepada penganjur desasiswa jaya kerana berjaya menganjurkan majlis seperti ini....
Assalamualaikum. sy jg bsetuju dgn apa yg di tulis oleh penulis. cuma sy sedikit musykil, knp teguran ini tak dilakukan di planet X? walhal saudara ada ditempat kejadian jika di rujuk pada gambar2. sy pasti, bukan niat mereka nak 'berkepit' di planet X. mungkin mereka lalai dan terlupa batas2 itu, maklumlah, bukan kita semua sentiasa berhati-hati dalam bab ini. sedikit teguran untuk memperingatkan mereka, apa salahnya. sy rasa cara itu lebih sesuai untuk menegur. tegurlah sebelum benda itu terjadi, jgn disebabkan mereka lalai, dijadikan satu isu.
ustaz yg ada di planet tu pun x tegur. keadaan mcm tu mmg xtahu camna cara paling bhikmah nak tegur. aku rasa cara penulis blog ni jdkan isu kira ok la. ni kira salah satu cara yg dia mampu buat utk tegur. xkan nak pg bg pelempang kut....kan, kan..
salam... terima kasih kerana memberi komen. artikel ni ditulis bukan saja nak mengada-ngada buat isu. Nak cegah dgn tangan, tak mampu. nak cegah dgn lidah, pun x mampu. x mampu ke, x berani ke, mmg xda kekuatan nak buat.
so, yg mampu dgn hati la. kebetulan time tu tgh pegang hanset kamera. terlintas la nak upgrade sikit drpd selemah-lemah iman naik sikit la walaupun x sampai tahap tegur dgn lisan. So, jadilah isu. mintak maafla atas kelemahan diriku ini...
"biarlah jadi penakut, drpd jd pembohong"
: )
alhamdulillah kpd penulis yg behemash,maju dan saksama..semoga Allah mencucuri rahmat dan rezki yg melimpah2..perlukah kita memaparkan dan mengheboh2kan keburukan kita sebagai org melayu Islam kepada umum? tidakkah ia menampakkan kelemahan org islam?saya ingin bertanya kpd penulis,tempat apakah dan majlis apakah yang anda cemari?xlain xbukn,masjid dan al-quran..renung2kan lah..
salam anonimus. kabare wak. aku tau ko x pueh ati dgn posting ni. cuba la bawak insaf. terima je tguran org. kan ko pnah balaja kat skolah agama. dedah kesalahan org utk jdkan pengajaran x salah kut. kalau org buat salah, kita simpan je ksalahan tu, nampk bersih suci ke? trima la nasihat org. x salah kan? mmg la org buat ksalahan, akan malu bila terdedah - agar dia x buat lg. kalo buat benda baik, tentu x malu bila kena dedah.
dah la. xpayah sapa2 nak terasa kat sini. sndiri ble pikir. blapang dada la bila ditegur. tak kita ko mpdj ke, pmi ke, mpdl ke, palap ke, sbg org islam, kita ada batas yg ditetapkn. cuma nak paham yg ni je masing2 x sama kpahaman. satu lg kna ingat, asal nama program keagamaan saja, korang kena set dlm kepala itu ada pahala ibadat. so ibadat mana ble campur unsur2 x spatutnya. rugi la.
わかります!
:)
assalammualaikum..mengenai ape yang ditulis oleh saudara penulis memg betul,tntag pergaulan bebas,tap adakah saudara layak untuk mengaibkn saudara islam sendri?tntag gambar itu jelas menunjukn individu yg tlah dimalukan oleh saudara,jgn mudah kte terus menyalahkan org dan menganggap kte 2 mulia,lag 1 bg rakan2 lain yg menyokong penulisan ini,adakah anda manusia yg terpelihara dr dosa?kte sume sme je,yg membezakan cume amalan kte,xslah untuk menegur,krn kte manusia la kte xterlepas dr wt salah,yg saudra nak kata pasal org 2 saudar pasti ke saudra 2 benar2 dipelihara?saudar pasti akn dtg saudara masih lag berada di jln Allah?tegurla secara berhadapan bukan dgn cra ni,seandainya org 2 bersalah kte xlayak hukum mreka.2 antara die dgn Allah.salah dgn Allah bole mtak ampun?dgn manusia?arini mungkin kte masih bernafas.ari esok?siapa tau?islam adalah agama yg mengajar kta cara terbaik dlm mendidik org lain,bkn dgn cara begini,pparkn pic org.xsemestinya org 2 buat salah,kte xpnah wt salah.mgkin org2 alim mcm saudara perlu"think twice"sblom tulis ni.nway alhamdulillah sbb saudara tlah tjukn kelmhn saudara.kalo kte rase kte btol n terpelihara baik xpyh jd mnusia,baik kte jad rasul@nabi yg tplihara dr dosa.nasib baik Allah xtnjukn jumlah pahala yg kte dpt,kalo x msti manusia berebut2 wt kebaikan krn pahala,tp bukn krn Allah.apepun sy bersyukur krn sy dpt lihat org yg berfikiran spt saudara dlm dunia ni.sesungguhnya igtla,hari ni mgkin ari kte ari esok blom pasti.sekurg2nye org yg lemah bole brubah menjadi baik,tap yg baik mcm saudara blom past mjad baik slamanya.ingat Allah akan menguji Hambanya bag menguji keimanan mereka.
betul tu allah slave. yang baik x semestinya baik selamanya. yg buat salah mungkin stu hr nnt jadi baik. mmg Allah maha pengampun.
apapapun kita disuruh ajak manusia kpd makruf, cegah kemungkaran. mungkin itu cara penulis nak tegur kita. mungkin dia br blajar cara nak dakwah. so, harap penulis boleh baiki lagi. cara berhikmah dlm menegur bukan hanya cara berlembut, kadang2 perlu juga keras. ikut keadaan. harap2nya kita support lah penulis agar dia istiqomah. kita tau niat dia nak buat baik, ajak kpd kebaikan. mungkin cara saja kita x brapa stuju. kita bleh tolong tegur dia.
weeh penin aku. satu pihak nak tegur, st lagi lawan..alasannya takut aibkan ore.
to:alla slave ,
dah buat salah, kena la tegur. meme la satu hr nnt mungkin jd baik. tp bila? ore tegur, mu sindir kata dia alim la, warak la...apo laa.
mu pun raso mu tu baik dah ka duk kritik dia? mu tu dah baik sgt ka? sah mu kata mu pun x sempurna. tp mu nak tgur jugak. sbb tegur tu perlu. sama la dgn pnulis tu. dia pon tau dia x sempurna. kalu nok tunggu sempurna baru nak tegur, bila? bila nak sempurna? kalu smua org pikir supo mu, takut nak tegur ore lain sbb mungkin diri sendiri buat jahat masa akan datang, mapuh la... bila nak bulih tegur? aku rasa ayat2 tulisan dia tak la ganas pun. tak de yg pedas pun. kalu aku dah tembak sekor sekor dah.
tulisan blog ni lebih kpd mesej "jange duk buat lg". aku rasa la. bukan dia nak aibkan sapa2. mesej dia global.
to aneroid 09 si penulis blog
kalu mu rasa hok ni cara mu tegur, rasanya mu keno tukar cara lainla. kalu mu tulis saja pun xpo, sapo suruh mu letak gambar skali. aku sokong usaha mu. walaupun aku ni terawih pun kantoi tp aku dop suka jga tgk pgaulan lagu tu. fitnah beb. aku ado jugak malam tu. tp tak tpikir la bulih diblogkan. haha. aku just kutuk2 dlm hati je.
wau hangat rupanya.. manalah x marahnya huhu.. dah dia tukang amek gambar tu... eleh2 gambar masuk dalam nie aib.. cuba gambar mcm tu masuk dalam mangga... mesti di kata glemer... huhu.. tetiba penulis kene lak pangkat belagak baik.. huahua..
akhir zaman nie... sapa yang menegur tu besalah.. oh kiamat sudah dekat!
huhu dunia dah terbalik
terimalah teguran skalipun yg menegur tu penyangak . tak payah la nak tunggu org alim nak tegur baru nak insaf.
renung dan insafi teguran tu dgn ikhlas, bkannye pukul balik org yg tegur.adios!!
bg aku, kempimpinan siswa yg menganjurkannye patut bertanggungjawab. aku tau thn nie sape yg mengajurkannya.... harap exco kerohanian mereka dpt berkate sesuatu
nak tgur budak2 skang ni xpayah nak lembut2 lg. lembut2 bukan dorang nk sedar pun. penulis ni kira x de kasar sgt. patut hentam kasi teruk2 lg. dgn dorang ni, kasi hentam teruk2 tu baru berhikmah.
salam....aku x phamla.....bagaimana korang nilai gambar 2.....sape k td ckp fitnah....berdasarkan gambar 2....boleh citerkan fitnah yang bagaimana yg dmaksudkan....kpd yg berkata...hentam teruk2....xperlu guna cara berhikmah....patutla aku tgk org kita selalu x sepakat....asyik hentam org ni.....tunjuk aib org.....sape yg tersasar sekarg ni...kalu nk tgur org pon biarlah beradab...kalu x puas hati btol2 jumpa penganjur...bagi teguran...ni tunjuk gambr.....terang2 plak....igt kalu kita bukak aib org aib kita sape nk tutup.....nasihat boleh diterima...tetapi kalo x kna cara...agak2 bagaimana????.....kita ibadat kerana Allah ker atau kerana Pahala?????...pikir2kan....kita hanyalah hamba....kepada yg kata kiamat sudh dekat.....knp anda tegur org yg jauh...org yg dekat bagaimana?????sudah ditegurkah?????kalu setakat bergambar.....anda sudah jadikan isu sebegini rupa bagaimana pula isu lelaki menyerupai perempuan dn kapel di tempat anda....di mana selalu menimbulkan fitnah...?????sudahkah ditegur....?????jgn tangkap gmbr dn nmpk yg jauh jer...depan mata yg hari duk lihat sudahkah ditegur??????
skuang2 nya dia tegur jg walaupn yg jauh, drpd kau tu yg dekat x tegur, yg jauh pn x tegur
masing2 dakwah dgn kapasiti masing2. biasala, org yg xleh terima akan mmbrontak. alasannya aib. dah wat benda salah.
Post a Comment